The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hani Noor, 2021-09-16 12:25:47

BUKU SKRAP SEJARAH ARISSA

BUKU SKRAP SEJARAH ARISSA

SK TAMAN KOTA JAYA
BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 4

TAJUK TUGASAN:
TOKOH- TOKOH TERBILANG
KESULTANAN MELAYU MELAKA

LAKSAMANA HANG TUAH

Disediakan Oleh: NUR ARISSA IRIS BT MOHAMAD FARIZAL
Kelas: 4 KOTA SEROJA

ISI KANDUNGAN: Muka Surat

Perkara

1) Pendahuluan 3
2) Objektif 4

3) Isi persoalan 5
8
Latar Belakang Hang Tuah 11
Sifat Kepimpinan
Sumbangan Hang Tuah

4) Rujukan 15
5) Lampiran 16

PENDAHULUAN

SINOPSIS

Hang Tuah merupakan laksamana terbilang
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ketokohan Hang Tuah menyebabkan Sultan
Melaka melantiknya sebagai Laksamana
Melaka. Unit ini membincangkan riwayat hidup,
kualiti diri dan peranan Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka.

Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

I. Menerangkan riwayat hidup Laksamana
Hang Tuah.
2. Mengenal pasti kualiti diri yang dimiliki oleh
Hang Tuah.

Nilai Teras Sivik

Bertanggungjawab
Hormat-menghormati

3

OBJEKTIF

1. Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah.

2. Menjelaskan kualiti diri Hang Tuah
sebagai Laksamana Melaka.

3. Menganalisis peranan Hang Tuah sebagai
Laksamana Melaka.

ISI PERSOALAN

Latar belakang Hang Tuah

Hang Tuah merupakan tokoh terbilang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
kebijaksanaan Hang Tuah menyebabkan sultan
melantiknya menjadi Laksamana Melaka.

Hang tuah berasal dari Kampung Sungai
Duyung. Bapanya bernama Hang Mahmud dan
ibunya bernama Dang Merdu Wati. Beliau
mempunyai empat orang sahabat karib, iaitu
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu.

Hang Tuah merupakan seorang yang berani
dan tangkas. Beliau pernah menyelamatkan
bendahara dalam peristiwa amuk. Bendahara
telah mencadangkan Hang Tuah dilantik sebagai

5

Laksamana Melaka. Empat sahabatnya pula
dilantik sebagai hulubalang Melaka. Hang Tuah
telah menjalankan tugas sebagai Iaksamana
dengan penuh dedikasi.

Hang Tuah Telah berjaya melihat wajah
Maharaja China yang tidak boleh ditatap oleh
sesiapa pun semasa mengetuai rombongan
menghantar utusan dari Melaka ke China. Hang
Tuah menggunakan kebijaksanaan memujuk
Tun Teja untuk berkahwin dengan Sultan
Melaka. Hang Tuah berjaya membawa Tun Teja
ke Melaka.

Hang Tuah telah difitnah dan dijatuhi
hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Bendahara
menyelamatkan Hang Tuah dengan
menyembunyikannya. Hang Jebat telah

mengamuk kerana mahu menuntut bela atas
kematian sahabatnya, Hang Tuah.

Sultan menyedari kesilapannya. Bendahara
telah memberitahu sultan bahawa Hang Tuah
masih hidup. Sultan menitahkan Hang Tuah
untuk mengembalikan keamanan di Melaka.
Hang tuah berjaya menumpaskan Hang Jebat.
Hang Tuah dilantik semula sebagai Laksamana
Melaka. Sumbangan beliau telah membawa
pada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Riwayat hidup Hang Tuah membuktikan
bahawa status rakyat dalam masyarakat boleh
berubah apabila diberikan jawatan oleh sult

7

Sifat Kepimpinan
Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana

Melaka Pada zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah. Kualiti diri yang dimiliki oleh Hang
Tuah menyebabkan beliau dapat memberikan
sumbangan yang bermakna Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka.

Bijaksana

Menggunakan kebijaksanaannya Ketika
bertarung dengan Taming Sari sehingga
memperoleh kemenangan.
Menguasai 12 bahasa untuk
memudahkannya menjalankan tugasan
rasmi.

8

Jujur dan amanah

Menjalankan tugas yang diamanahkan
dengan jujur demi kesejahteraan Melaka.
Menjaga keselamatan perairan Melaka
supaya menjadi pusat perdagangan yang
terkenal di dunia.
Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi
utusan ke China, India dan Turki.
Mentaati perintah sultan.

Berani

Menyelamatkan Bendahara Tun Perak
daripada orang mengamuk.
Hang Tuah mengalahkan orang suruhan
Majapahit yang dihantar oleh Patih Gajah
Mada.

9

Berkemahiran dalam ilmu persilatan

Mahir dalam ilmu persilatan. dengan

Mempelajari ilmu persilatan
gurunya, Aria Putra.

Kualiti diri yang dimiliki oleh Hang Tuah telah
membawa kestabilan dan kemakmuran
Kesultanan Melayu Melaka.

10

Sumbangan Hang Tuah
• Memastikan keselamatan perairan Melaka.
• Menjadi utusan Kesultanan Melayu Melaka.

Peranan Hang Tuah
Hang Tuah Sebagai Laksamana Melaka telah
diberikan peranan penting pada Kesultanan
Melayu Melaka. Ketokohan dan kualiti yang ada
pad dirinya membantu Hang Tuah mengatasi
sebarang halangan Ketika melaksanakan
tanggungjawabnya.

Waktu siang terbang sang helang,
Meredah lembah merentas hutan,
Laksamana Hang Tuah pahlawan terbilang,
Taat setia kepada sultan.

11

Burung pipit terbang berkawan,
Terbang berkawan dalam taman,
Musuh durjana habis dilawan,
Amanlah negeri sepangjang zaman.
Cantiknya cincin berbelah rotan,
Buat meminang dara jelita,
Setia menjaga paduka sultan,
Tanah jajahan luas merata.
Tiung hinggap di dahan patah,
Melihat kerbau di dalam bendang,
Apa dititah tidak dibantah,
Meminang Si Putri Gunung Ledang.
Cili padi digiling lumat,
Buat memasak ikan haruan;
Pedagang asing dijamin selamat,
Lanun yang ganas sudah ditawan.

12

Indah berseri bunga di taman,
Petik sekuntum semat di baju,
Laut yang Iuas sudahlah aman,
Melaka sejahtera berkembang maju.

Tun Teja sudah percaya,
Disangka Tuah yang jatuh cinta,
Teja dibawa ke dalam bahtera,
Rupanya Teja untuk Si Raja.

Dua pendekar beradu tenaga,
Pahlawan Melaka, pahlawan Betara,
Akhirnya tewas pendekar Jawa,
Hang Tuah berjaya mendapat kerisnya.

Hang Tuah bijak orangnya,
Dalam diam berfikirlah dia;
Akhirnya melihat wajah Maharaja,
Kangkung dimasak dipotong tiada.

13

RUJUKAN:
1. Buku Teks Sejarah Tahun 4.
2. www.google.com
3. www.youtube.com
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Makam
Hang Tuah
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perigi Hang
Tuah

14

Makam Hang Tuah yang terletak
di Tanjung Melaka Malaysia merupakan
makam seorang pahlawan Melaka di mana
kisah keberaniannya bermula apabila
semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan
sesiapa, beliau telah dapat menangkap
seorang Ielaki yang mengamuk di Kampung
Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga

15

Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana
untuk dijadikan pahlawan termuda
berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya
yang cemerlang membuatkan beliau
bersama empat sahabatnya legenda dalam
sejarah Melaka.
Walaupun terdapat beberapa hikayat
seperti Hikayat Hang Tuah menyatakan
bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan
terdapat yang mengatakan Hang Tuah
meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu
daripada tulisan Tun Sri Lanang, dalam
pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan
Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di
Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.
Di dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
dicatatkan: "Hatta maka Laksamana Hang

16

Tuah pun kembalilah ke rahmat Allah Taala,
maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di
Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh
adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada
nobat. Maka Khoja Hassanlah jadi
Laksamana, menggantikan mertuanya.
Maka Laksamana Khoja Hassan beranak
dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang
lelaki, bernama Tun Abdul. Wallahu a'lamu
bi'l sawab, wa ilaihi'l marji'u wa'l ma'ab".LII
1. A Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, A.
Samad Ahmad, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur

17

Perigi

Perigi Hang
Tuah terletak
di Kampung
Duvong,
Malavsia ini
dikatakan
mempunyai
kaitan dengan
Hang Tuah seorang pahlawan yang
terkemuka di Nusantara ini di Zaman
Kesultanan Melavu Melaka (1398 - 1511).
Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung
Duyong ini dipercayai menggali sendiri
perigi ini untuk kegunaannya.

18

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi
lama kelamaan menjadi besar dan dalam.
Perigi ini dikatakan tidak pernah kering,
walaupun di musim kemarau panjang.
Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh
menyembuhkan penyakit.

Nama Hang Tuah digunakan untuk
pasaraya

19

Nama digunakan untuk LRT

Nama Hang Tuah digunakan untuk
monorail

20

Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah

Keris Taming Sari

21

Buku Cerita

Pepatah dari Hang Tuah yang terkenal

22

23


Click to View FlipBook Version