The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalwahdi007, 2022-10-13 04:52:24

buku panduan Terma dan Syarat Perkhidmatan Kakitangan

buku panduan_merged

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

PENGENALAN

Buku Panduan Terma dan Syarat Perkhidmatan dirumuskan sebagai panduan kepada kakitangan
di bawah Yayasan Hijrah Selangor (selepas ini dikenali sebagai YHS atau Yayasan); berkaitan
dengan peruntukan kemudahan kakitangan yang digunapakai untuk kumpulan jawatan masing-
masing. Setiap peruntukan dirumus mengikut kumpulan dan gred jawatan dengan mengambilkira
peranan jawatan tersebut di dalam organisasi.

Yayasan berhak meminda mana-mana Bahagian Terma mengikut keadaan semasa dan
kemampuan Yayasan. Sebarang pertukaran ke atas Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan
tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hijrah Selangor.

Semua maklumat di dalam Buku Panduan ini adalah Sulit dan Persendirian dan untuk simpanan
dan kegunaan kakitangan Yayasan sahaja. Buku ini tidak boleh diubah, dicetak atau diedar kepada
mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Buku Panduan ini adalah hakmilik Yayasan. Sebelum menamatkan perkhidmatan, setiap
kakitangan perlu menyerahkan semula buku ini kepada Unit Sumber Manusia Yayasan Hijrah
Selangor.

Peruntukan Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Yayasan
pada 24 Ogos 2010 dan 21 Januari 2011 untuk digunapakai oleh Kakitangan Yayasan.

Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan ini telah dipinda dan diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan pada 13 September 2022 yang akan diletakkan (kelulusan pindaan).

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN …………………………………………………………………….. Muka Surat

ISI KANDUNGAN ………………………………………………………………….. 1

1. TAFSIRAN …………………………………………………………………. 2

2. PERLANTIKAN KAKITANGAN 4

Jenis Perlantikan …………………………………………………………. 5
Syarat Perlantikan ………………………………………………………... 5
Terma Perlantikan ………………………………………………………... 6

3. SYARAT - SYARAT PERKHIDMATAN 6
6
Tempoh Percubaan ………………………………………………………. 7
Notis Penamatan Perkhidmatan ……………………………………….. 7
Pertukaran dan Pemindahan Kerja ……………………………………. 7
Pinjaman Perkhidmatan (Secondment) ………………………………. 8
Pengambilan Semula Kakitangan ……………………………………... 8
Umur Persaraan …………………………………………………………... 8
Kerjaya dan Kenaikan Pangkat …………………………………………
Penamatan kontrak atas sebab pembubaran syarikat …………….. 9
9
4. WAKTU KERJA
11
Waktu Kerja Rasmi ………………………………………………………. 11
Kerja Lebih Masa …………………………………………………………. 11

5. PENTADBIRAN GAJI 11
12
Gaji Pokok …………………………………………………………………. 12
Potongan Gaji ……………………………………………………………..
Caruman KWSP ………………………………………………………….. 13
Caruman PERKESO
Tarikh Pembayaran Gaji ………………………………………………… 13
Bonus ………………………………………………………………………. 13
Kenaikan gaji tahunan ……………………………………………………

6. ELAUN

Tuntutan Keraian ………………………………………………………….
Elaun Penyelenggaraan Kereta ………………………………………...
Elaun Perbatuan/ Perjalanan ……………………………………………
Elaun Telefon Bimbit ……………………………………………………..

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

7. CUTI Muka Surat

Cuti Tahunan ……………………………………………………………… 15
Cuti Sakit …………………………………………………………………... 15
Cuti Sakit Berlarutan …………………………………………………….. 16
Cuti Ehsan ………………………………………………………............... 16
Cuti Bersalin ………………………………………………………............ 17
Cuti Gantian ……………………………………………………………….. 17
Cuti Perkahwinan ………………………………………………………… 18
Cuti Mengerjakan Ibadah Haji ………………………………………….. 18
Cuti Sebelum Bersara …………………………………………………… 18
Cuti tanpa rekod ………………………………………………………….. 18

8. PERUNTUKAN KEMUDAHAN PERJALANAN 19
21
Dalam Negeri ………………………………………………………….......
Luar Negara ……………………………………………………………….. 23
23
9. SKIM FAEDAH PERLINDUNGAN KAKITANGAN 24
25
Skim Insurans Hospital dan Pembedahan (Berkumpulan) ………..
Skim Insurans Faedah Hayat & Kemalangan (Berkumpulan) ……. 26
Skim Bantuan Perubatan Pesakit Luar ………………………………. 27
Skim Rawatan Pergigian ………………………………………………... 28

10. TATATERTIB DAN DISIPLIN 28

Tanggungjawab …………………………………………………………... 29
Kod Pakaian ………………………………………………………………..
Keselamatan dan Sekuriti ………………………………………………. 32
33
11. PROSES TUNTUTAN KELAYAKAN

12. SENARAI PANEL KLINIK

13. LAMPIRAN

Lampiran A (Insurans Hospital & Pembedahan) ……………………
Lampiran B (Insurans Faedah Hayat & Kemalangan) ……………...
Lampiran C (Senarai Panel Doktor) ……………………………………
Lampiran D (Klasifikasi Jawatan dan Tangga Gaji) ………………...

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

1. TAFSIRAN

Syarikat bermaksud Yayasan Hijrah Selangor atau dikenali juga sebagai
‘Lembaga’ Yayasan/YHS.
‘Pengurusan’ (kelulusan pindaan)
‘Kakitangan’
‘Kumpulan Jawatan’ bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hijrah
Selangor
‘Gred Jawatan’
bermaksud Pengurusan Yayasan Hijrah Selangor
‘Gaji Pokok’
‘Keluarga’ bermaksud pekerja yang dilantik oleh Yayasan secara sepenuh masa
‘Anak’ atas perlantikan tetap/ kontrak/ sambilan

bermaksud kategori jawatan samaada :

• Kumpulan Pengurusan Utama
• Kumpulan Pengurusan Kanan
• Kumpulan Pengurusan
• Kumpulan Eksekutif
• Kumpulan Sokongan

(kelulusan pindaan)

bermaksud klasifikasi jawatan mengikut tangga gaji dalam
sesebuah kumpulan jawatan :

• Kumpulan Pengurusan Utama :KP23

• Kumpulan Pengurusan Kanan :KP22, KP21

• Kumpulan Pengurusan :KP17, KP18, KP19, KP20

• Kumpulan Eksekutif :KP13, KP14, KP15, KP16

• Kumpulan Sokongan :KP10, KP11, KP12

(kelulusan pindaan)

bermaksud bayaran gaji tidak termasuk elaun dan bonus

bermaksud suami atau isteri pertama yang sah dan anak-anak yang
dibawah tanggungan kakitangan

bermaksud anak kandung, anak angkat secara sah atau anak tiri yang
dijaga oleh kakitangan, berumur kurang dari 21 tahun, bujang dan
belum mempunyai pekerjaan atau masih belajar

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

‘Keluarga Terdekat’ bermaksud suami, isteri, anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua,
‘Panel Klinik’ nenek dan datuk kedua belah pihak, adik beradik dan adik beradik
pasangan. (kelulusan pindaan)

bermaksud klinik perubatan yang disenaraikan sebagai doktor
Yayasan yang dirujuk dalam hal berkaitan rawatan pesakit luar
(outpatient).

2. PERLANTIKAN KAKITANGAN

1. JENIS PERLANTIKAN (kelulusan pindaan)
Perlantikan kakitangan dikategorikan seperti berikut:

i) Kakitangan Tetap

Pekerja yang dilantik untuk bekerja sepenuh masa mengikut waktu bekerja rasmi
dan dibayar gaji bulanan.

ii) Kakitangan Kontrak

Pekerja yang dilantik untuk bekerja sepenuh masa untuk satu tempoh yang terhad
dan dibayar gaji bulanan.

iii) Kakitangan Sambilan

Pekerja yang dilantik untuk bekerja sepenuh masa untuk satu tugas khusus dalam
tempoh yang terhad dan dibayar elaun mengikut hari bekerja dan akan dibayar
secara bulanan.

2. SYARAT PERLANTIKAN (kelulusan pindaan)

i) Seseorang yang ditawarkan perlantikan jawatan sepenuh masa, perlu menjalani proses
temuduga, disahklan sihat oleh doktor dan menandatangani surat persetujuan
menerima perlantikan kejawatan sebelum memulakan tugas.

ii) Kakitangan dilantik ke dalam kumpulan jawatan tertentu berdasarkan peruntukan
berikut :

Kumpulan Jawatan Gred Jawatan Lantikan &
Pengurusan Utama Penetapan Gaji
Pengurusan Kanan KP23 Lembaga Pemegang
Pengurusan
Eksekutif KP21, KP22 Amanah
Sokongan Lembaga Pemegang
KP17, KP18, KP19,
KP20 Amanah
Pengurusan
KP13, KP14, KP15,
KP16 Pengurusan

KP10, KP11, KP12 Pengurusan

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

iii) Semua kakitangan bertanggungjawab mengemaskini semua butiran peribadi ketika
mula bertugas dan dari semasa ke semasa kepada Unit Sumber Manusia. Jika terbukti
terdapat maklumat palsu atau menyembunyikan maklumat diri, pihak Yayasan berhak
menamatkan perkhidmatan dengan serta merta.

3. TERMA PERLANTIKAN

i) Terma perlantikan dan syarat perkhidmatan kakitangan dalam Kumpulan Pengurusan,
Eksekutif dan Sokongan tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang tersenarai
dalam buku panduan ini.

ii) Terma perlantikan dan syarat perkhidmatan Pengurusan Utama, dan Pengurusan
Kanan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan seperti di dalam kontrak perlantikan masing-masing dan tidak
terikat kepada syarat-syarat perkhidmatan yang disenaraikan dalam buku panduan
ini.

3. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

1. TEMPOH PERCUBAAN

i) Kakitangan yang baru dilantik berkhidmat perlu menjalani tempoh percubaan tidak
kurang dari enam (6) bulan.

ii) Sekiranya dalam tempoh percubaan prestasi kakitangan tidak mencapai tahap yang
ditetapkan oleh Yayasan, tempoh percubaan boleh dilanjutkan tidak melebihi enam (6)
bulan lagi untuk memberi peluang kakitangan tersebut untuk memperbaiki prestasi.

iii) Kakitangan yang tidak disahkan dalam jawatan setelah tamat tempoh lanjutan
percubaan, perkhidmatannya akan ditamatkan.

2. NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN

i) Dalam tempoh percubaan, mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan dengan
memberi dua (2) minggu notis atau membayar dua (2) minggu gaji sebagai ganti.

ii) Bagi kakitangan Kontrak dan Tetap, mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan
seperti berikut:

a) Kumpulan Pengurusan/ Pengurusan Kanan: Tiga (3) bulan notis atau membayar tiga
(3) bulan gaji sebagai ganti.

b) Kumpulan Eksekutif/ Sokongan: Satu (1) bulan notis atau membayar satu (1) bulan
gaji sebagai ganti.

a. Pihak Yayasan boleh menamatkan perkhidmatan dengan serta merta dengan notis dua
puluh empat (24) jam tanpa sebarang rujukan kepada syarat 2 (i) atau (ii,) jika terbukti
salahlaku semasa menjalankan tugas atau terbukti memberi maklumat palsu semasa
memohon pekerjaan.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

3. PERTUKARAN DAN PEMINDAHAN TEMPAT KERJA (kelulusan pindaan)

i) YHS berhak menempatkan kakitangan dimana-mana Bahagian dan Cawangan semasa
ditawarkan perkhidmatan tanpa mengambilkira tempat tinggal dan pemilihan
cawangan.

ii) YHS berhak menempatkan, menukarkan dan memindahkan tugas, skop kerja atau
tempat kerja dalam mana-mana Bahagian atau Cawangan di YHS mengikut keperluan
operasi.

4. PINJAMAN PERKHIDMATAN (SECONDMENT)

i) Semua kakitangan boleh dipinjamkan untuk berkhidmat dalam mana-mana Anak
Syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

ii) Tempoh pinjaman perkhidmatan untuk tempoh tidak kurang dari enam (6) bulan dan
tidak melebihi dua (2) tahun.

iii) Di dalam tempoh pinjaman, Syarat-syarat Perkhidmatan, faedah dan kemudahan kekal
mengikut syarat-syarat seperti di syarikat asal tetapi bayaran akan dibuat oleh syarikat
yang meminjam.

iv) Sebelum tempoh pinjaman tamat, kakitangan yang terlibat boleh memohon secara
bertulis untuk diserapkan sebagai kakitangan di syarikat yang dipinjamkan. Terma dan
syarat perlantikan mengikut budibicara syarikat baru.

v) Jika permohonan tidak diluluskan, setelah tamat tempoh, kakitangan tersebut perlu
kembali semula berkhidmat di syarikat asal dalam jawatan yang terdahulu, (sekiranya
terdapat pertukaran nama jawatan semasa tempoh pinjaman).

5. PENGAMBILAN SEMULA KAKITANGAN

i) Kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan secara sukarela dan bukan atas
sebab disiplin, boleh memohon untuk kembali berkhidmat di Yayasan.

ii) Permohonan kemasukan yang baru mestilah tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh
penamatan perkhidmatan terdahulu.

iii) Yayasan berhak atas budi bicara menerima atau menolak permohonan kembali
berkhidmat dan kakitangan perlu melalui proses temuduga dan kemasukan seperti
biasa.

iv) Perlantikan semula dianggap sebagai perlantikan baru.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

1. UMUR PERSARAAN (kelulusan pindaan)

i) Kakitangan di wajibkan bersara ketika mencapai umur enam puluh (60) tahun.

ii) Tarikh lahir yang digunakan adalah seperti yang tercatit di dalam Surat Beranak atau jika
tiada, akan mengikut tarikh yang tercatit di dalam Kad Pengenalan.

iii) Pihak syarikat mempunyai hak mutlak untuk menawarkan mana-mana kakitangan yang
mencapai umur persaraan untuk terus berkhidmat (jika difikirkan perlu) sehingga umur
enam puluh (60) tahun tertakluk kepada tahap kesihatan dan prestasi kerjanya.

iv) Kakitangan yang akan bersara perlu memberi makluman dan mengisi Borang Persaraan
Wajib tiga (3) bulan sebelum bagi membolehkan proses serahan tugas dan cuti
persaraan.

2. KERJAYA DAN KENAIKAN PANGKAT

i) Kakitangan dalam perkhidmatan akan diberi peluang pengembangan kerjaya melalui
kenaikan pangkat.

ii) Kenaikan pangkat ke tangga gaji yang lebih tinggi tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Kelayakan akan dipertimbangkan kepada kakitangan yang telah berkhidmat sekurang-
kurangnya 3 tahun, pencapaian pretasi kerja pada tahap memuaskan, berpotensi dan
disiplin yang baik.

iii) Kakitangan yang dinaikkan pangkat perlu menjalani tempoh percubaan selama enam (6)
bulan atau boleh dilanjutkan lagi selama enam (6) bulan sebelum disahkan dalam
jawatan baru.

iv) Sekiranya prestasi dalam tempoh percubaan tidak menepati tahap yang disyaratkan,
kakitangan tersebut tidak akan disahkan dalam jawatan dan akan ditugaskan semula
kejawatan asal atau yang setaraf dengan jawatan terdahulu mengikut kadar gaji lama.

3. PENAMATAN KONTRAK ATAS SEBAB PEMBUBARAN ATAU PENUTUPAN YAYASAN

i) Yayasan boleh dibubarkan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atas pertimbangan
dan kelulusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

ii) Dengan pembubaran ini perkhidmatan kakitangan yang ada akan ditamatkan.

iii) Sekiranya Yayasan dibubarkan, notis pemberitahuan secara bertulis kepada kakitangan
akan diedarkan tidak kurang dari satu (1) bulan dari tarikh pembubaran atau jika notis
kurang dari satu (1) bulan, bayaran ganti notis akan dibuat kepada kakitangan.

iv) Sebelum pembubaran, Yayasan akan berusaha mencarikan peluang pekerjaan di
mana-mana syarikat sekutu sekiranya ada dan menawarkan penyerapan kakitangan ke
dalam syarikat tersebut jika ada.

v) Bayaran pampasan akan dikira berpandukan peruntukan yang diluluskan oleh Lembaga
Pemegang Amanah atau berdasarkan peruntukan Akta Kerja 1955.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

6. WAKTU KERJA

1. WAKTU KERJA RASMI (kelulusan pindaan)

Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
atau

3.30 pagi hingga 5.30 petang
atau

9.00 pagi hingga 6.00 petang

Waktu Rehat

Isnin hingga Khamis : 1.00 tengahari hingga 2.00 petang

Jumaat : 12.15 tengahari hingga 2.45 petang

i) Pemilihan waktu kerja adalah di bawah kelulusan pihak Pengurusan berdasarkan
permohonan dan Yayasan berhak menentukan waktu kerja kakitangan berdasarkan
keperluan dan tugasan.

ii) Yayasan berhak untuk menyemak atau mengubah waktu kerja dan waktu rehat pada
bila-bila masa jika difikirkan perlu.

iii) Waktu kerja fleksibel adalah berdasarkan penetapan waktu kerja yang diluluskan oleh
Penyelia.

iv) Waktu kerja dijangka melebihi waktu kerja rasmi yang dinyatakan dari semasa ke
semasa, mengikut budibicara dan keperluan tugasan yang dinyatakan.

2. KERJA LEBIH MASA (kelulusan pindaan)

i) Kakitangan yang berpendapatan RM4,000.00 ke bawah sebulan layak untuk dibayar
kerja lebih masa mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

ii) Jumlah kerja lebih masa dalam satu (1) bulan tidak boleh melebihi 104 jam.

iii) Sebarang kerja tambahan di luar waktu adalah dengan budibicara dan kelulusan YHS
mengikut peruntukan kerja lebih masa yang dibenarkan dan pengesahan Ketua
Jabatan.

iv) Kakitangan yang diarahkan bekerja sebelum atau selepas waktu kerja akan dibayar
kerja lebih masa mengikut kadar berikut :

Hari Biasa : 1.5 x Kadar gaji sejam x jumlah kerja lebih masa

Cuti Rehat 1.0 x Kadar gaji sejam x jumlah kerja lebih masa
2.0 x Kadar gaji sejam x jumlah kerja lebih masa
Kurang dari 8 jam :

Lebih dari 8 jam :

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

Cuti Umum 2.0 x Kadar gaji sejam x jumlah kerja lebih masa
Kurang dari 8 jam : 3.0 x Kadar gaji sejam x jumlah kerja lebih masa
Lebih dari 8 jam :

v) Kakitangan yang bekerja lebih masa selepas jam 6.00 petang (pada hari Isnin hingga
Jumaat) atau sekurang-kurangnya satu (1) jam pada hari cuti rehat atau hari cuti umum
layak membuat tuntutan kerja lebih masa.

vi) Tuntutan kerja lebih masa ini tidak tertakluk kepada program-program kakitangan
seperti latihan/ kursus/ team building/ hari keluarga/ dinner dan sewaktunya.

vii) Pemberian cuti ganti bagi program adalah di bawah pertimbangan dan budi bicara
Pengurusan.

viii) Bagi kakitangan yang tidak layak membuat tuntutan kerja lebih masa (berpendapatan
lebih RM4,000) akan diberikan pilihan Cuti Ganti atau Tuntutan Harian.

ix) Kakitangan yang kerja diluar pejabat pada hari biasa dan melebihi 50km hanya layak
membuat satu (1) tuntutan sahaja samada Tuntutan Saraan atau Tuntutan Harian.

PILIHAN:

Waktu Kerja Kelayakan

Bekerja lebih masa pada hari biasa, cuti rehat dan 1 hari
cuti umum RM30.00

ATAU

Bekerja lebih masa pada hari biasa, cuti rehat dan
cuti umum

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

7. PENTADBIRAN GAJI

1. GAJI POKOK

i) Kakitangan akan dibayar gaji pokok seperti yang ditawarkan dalam surat tawaran
perlantikan. Walaubagaimanapun, Yayasan berhak menyemak dan membuat perubahan
kadar gaji pokok jika difikirkan perlu, tertakluk kepada polisi penggajian Yayasan.

ii) Kakitangan yang menjalani tempoh percubaan akan mendapat semakan gaji pokok jika
perlu sekiranya gaji pokok yang diterima di bawah tahap gaji minima dalam tangga gaji
gred jawatannya.

iii) Gaji pokok akan dibayar mengikut Tangga Gaji Gred Jawatan masing-masing seperti
yang dinyatakan di surat perlantikan.

2. POTONGAN GAJI

i) Yayasan boleh mempertimbangkan potongan gaji untuk tujuan Caruman Tabung Haji,
Zakat Pendapatan dan Pinjaman Kakitangan.

ii) Potongan gaji memerlukan kebenaran dan persetujuan bertulis dari kakitangan terlebih
dahulu sebelum dilaksanakan.

iii) Jumlah potongan gaji tidak boleh melebihi had yang ditetapkan pada kadar 60% dari
jumlah pendapatan.

iv) Pengesahan dan kebenaran potongan gaji bagi organisasi lain adalah atas budi bicara
Sumber Manusia.

3. CARUMAN KWSP

i) Caruman kepada KWSP oleh Kakitangan adalah berpandukan kadar yang ditetapkan
oleh pihak KWSP.

ii) Caruman majikan adalah sebanyak 15% dari gaji pokok setiap bulan. Caruman yang
melebihi kadar biasa yang ditetapkan oleh KWSP ini adalah bertujuan sebagai simpanan
persaraan untuk kakitangan.

iii) Kakitangan akan mula mencarum pada bulan pertama perkhidmatan.

4. TARIKH PEMBAYARAN GAJI

Gaji akan dibayar tidak lewat dari 27 haribulan pada setiap bulan.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

5. BONUS (kelulusan pindaan)

i) Tertakluk kepada kemampuan/ keuntungan Yayasan serta tahap prestasi kakitangan,
bayaran bonus kepada kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan akan dibuat
dalam tahun kewangan bonus diisytiharkan.

ii) Kadar bonus yang diisytiharkan tertakluk kepada kelulusan dan budibicara Lembaga
Pengarah syarikat berpandukan kedudukan kewangan dan kemampuan syarikat.

iii) Kakitangan yang memberi notis dan telah menamatkan atau ditamatkan perkhidmatan
sebelum bonus diluluskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, tidak layak menerima
bonus.

iv) Kakitangan yang masih dalam tempoh siasatan atau tindakan kes pelanggaran Etika
Kerja & Disiplin tidak layak mendapat bonus yang disytiharkan berdasarkan kelulusan
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan.

v) Kakitangan yang berkhidmat kurang dari dua belas (12) bulan dalam tahun kewangan
bonus berkaitan, layak dibayar bonus pada kadar prorata atau atas budi bicara pihak
Yayasan.

vi) Kakitangan yang dipinjamkan perkhidmatan (secondment), bayaran bonus tertakluk
kepada kadar bonus yang diisytiharkan oleh syarikat yang meminjam.

vii) Kakitangan yang dalam tempoh percubaan pada tahun kewangan bonus diisytiharkan
layak menerima bonus pada kadar prorata atau pertimbangan Pengurusan.

6. KENAIKAN GAJI TAHUNAN

i) Kenaikan gaji tahunan akan berkuatkuasa pada setiap 1hb Januari.

ii) Kadar kenaikan gaji tertakluk kepada tahap prestasi kerja dan kedudukan
kewangan syarikat.

iii) Hanya kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat
tidak kurang dari enam (6) bulan layak menerima kenaikan gaji tahunan.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

8. ELAUN

i) ELAUN PERJALANAN (kelulusan pindaan)

i) Kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri bagi tugas-tugas diluar (cawangan)
dan bidang tugasan memerlukan pergerakan kerja luar (Ibu Pejabat) layak menerima
Elaun Perjalanan.

ii) Pihak Yayasan berhak atas budi bicara menentukan bidang kerja yang layak menerima
Elaun Perjalanan mengikut keperluan kerja.

iii) Mana-mana kakitangan yang menerima Elaun Perjalanan tidak layak membuat tuntutan
perbatuan dan tuntutan tol bagi tujuan kerja hakiki.

iv) Kadar Elaun adalah mengikut jawatan seperti berikut:

Jawatan Kadar Maksima
RM500 sebulan
Kumpulan Pengurusan RM450 sebulan
RM350 sebulan
Pengurus Cawangan

Eksekutif Kanan/ Eksekutif/
Pegawai

ii) ELAUN TELEFON BIMBIT

i) Kakitangan yang menjalankan tugas yang memerlukan penggunaan telefon bimbit
sendiri, layak mendapat elaun mengikut peruntukan seperti berikut:

Jawatan Kadar Maksima
Kumpulan Pengurusan RM200 sebulan
Kumpulan Eksekutif/ Sokongan RM150 sebulan

iii) TUNTUTAN KERAIAN (kelulusan tambahan Terma)

i) Tuntutan Keraian layak kepada semua kakitangan diperingkat pengurusan dan operasi
sebagai peruntukan untuk meraikan tetamu atau pelanggan atau ‘business associates’.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

ii) Kakitangan yang layak perlu membuat tuntutan balik kos keraian berdasarkan resit
mengikut kepada had maksima peruntukan seperti berikut:

Jawatan Peruntukan Sebulan

Pengurus Kanan hingga RM500
Pengurusan Utama RM200
RM150
Pengus Unit/ Pengurus
Cawangan

Penolong Pengurus Cawangan/
Pegawai Hijrah

iv) ELAUN TANGGUNG KERJA

i) Elaun Tanggung Kerja diberikan kepada kakitangan yang melaksanakan tugas Pegawai
atasan secara sepenuh masa disamping melaksanakan tugasan sendiri.

ii) Kakitangan yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1)
tahun layak untuk menanggung kerja.

iii) Kakitangan hendaklah menanggung kerja selama dua puluh lapan (28) hari berturut-turut
termasuk hari cuti mingguan dan cuti kelepasan am.

iv) Sekiranya kakitangan meninggalkan tugasan melebihi tempoh empat belas (14) hari
atau lebih berturut-turut termasuk cuti kelepasan am adalah tidak layak menerima elaun
tanggung kerja.

v) Cuti berpanjangan yang layak menerima elaun tanggung kerja adalah cuti kursus atau
mewakili syarikat dalam apa jua program, aktiviti atau sukan.

vi) Kadar pembayaran elaun tanggung kerja adalah 1/4 atau 25% daripada gaji semasa
atau gaji akhir kakitangan yang ditanggung.

v) ELAUN TAMBAHAN KERJA

i) Elaun ini diberikan kepada kakitangan yang tidak layak atau mencukupi syarat mendapat
Elaun Tanggung Kerja tetapi perlu menanggung beban tugas rakan sekerja.

ii) Bayaran ini dibuat dengan syarat:
a) Kakitangan menanggung beban kerja tambahan sekurang-kurangnya 50%.
b) Kakitangan menaggung kerja bagi gred dan jawatan yang sama.
c) Melaksanakan kerja tambahan sekurang-kurangnya 28 hari berturut-turut.

iii) Pembayaran sebanyak RM300 sebulan berdasarkan pengesahan Penyelia.

iv) Penyelia bertanggungjawab memaklumkan kepada Unit Sumber Manusia satu (1) bulan
bagi proses kelulusan.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

9. CUTI

1. CUTI TAHUNAN
Kelayakan Cuti Tahun Kakitangan:

Kumpulan Jawatan < 5 tahun >5 tahun
Pengurusan 21 hari 28 hari
Eksekutif 18 hari 21 hari
Sokongan 14 hari 18 hari

i) Cuti rehat dan cuti umum tidak termasuk dalam perkiraan cuti tahunan.

ii) Cuti tahunan boleh dikumpulkan sebanyak sepuluh (10) hari untuk dibawa ke tahun

berikutnya setelah mendapat kelulusan Yayasan sebelum akhir tahun. Baki cuti yang
tidak diluluskan akan dimansuhkan.

iii) Baki cuti yang tidak digunakan akan dimansuhkan dan Yayasan tidak membayar pampas

an baki cuti yang tidak digunakan ketika menamatkan perkhidmatan.

iv) Jika kakitangan tidak hadir bekerja tanpa mendapat kelulusan Yayasan terlebih dahulu,

akan dikira sebagai cuti tanpa gaji. Mereka yang masih dalam tempoh percubaan pada
tahun pertama berkhidmat, boleh mengambil cuti tahunan berdasarkan jumlah prorata
kelayakan cuti bagi setiap bulan perkhidmatan.

v) Jika cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari kerja berikutnya adalah cuti umum bergaji

penuh sebagai ganti.

vi) Jika cuti umum jatuh pada hari Sabtu, satu hari cuti akan dikira sebagai cuti tambahan

kepada cuti tahunan.

2. CUTI SAKIT
i) Kelayakan Cuti Sakit berpandukan Akta Kerja 1955 seperti berikut:

Tahun Perkhidmatan Jumlah Hari setahun
0 -2 tahun 14
2 - 5 tahun 18
22
5 tahun keatas

ii) Cuti sakit perlu disahkan oleh Doktor Panel atau Doktor Hospital Kerajaan. Sekiranya sijil
sakit dikeluarkan oleh doktor yang bukan dari Doktor Panel Yayasan atau Hospital
Kerajaan, sijil tersebut perlu mendapat perakuan Bahagian Sumber Manusia dan
Pentadbiran untuk dikira sebagai cuti sakit.

iii) Kakitangan perlu memaklumkan kepada Penyelia berkenaan Cuti Sakit sebelum jam 8.30
pagi.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

iv) Jika gagal mengemukakan sijil sakit yang sah, cuti akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.

v) Sekiranya kakitangan mengambil cuti berlebihan dari yang diperakui oleh Doktor Panel,
jumlah hari yang berlebihan akan dikira sebagai cuti tahun.

vi) Kakitangan yang telah menggunakan Cuti Sakit sepenuhnya perlu menggunakan Cuti
Tahun sebagai ganti Cuti Sakit dan sekiranya Cuti Tahun telah habis, maka perlu
mengambil cuti tanpa gaji.

3. CUTI SAKIT BERLARUTAN

i) Kakitangan yang disahkan mengidap penyakit serius atau kecederaan berpanjangan
hendaklah mengemukakan laporan perubatan kepada Bahagian Sumber Manusia untuk
makluman.

ii) Sekiranya keadaan serius dan memerlukan rawatan lanjut, layak diberi cuti sakit:

a) Cuti Bergaji Penuh : 6 bulan berturut-turut
b) Cuti Separuh Gaji : Tidak melebihi 6 bulan berikutnya

iii) Jika kakitangan memerlukan cuti sakit yang berpanjangan dan melebihi tempoh 12 bulan
kelayakan Cuti Sakit Berlarutan, atas budi bicara Ahli Lembaga Pemegang Amanah
bertanggungjawab mempertimbangkan keputusan bagi kelayakan cuti dan pembayaran
gaji.

4. CUTI EHSAN (kelulusan pindaan)

Atas budibicara Yayasan, kakitangan layak memohon Cuti Ehsan dengan disertai sijil
berkaitan sebagai bukti atas sebab-sebab berikut:

i) Kematian Pasangan dan Anak (anak kandung, anak tiri, anak angkat yang sah)

a) Empat belas (14) hari berturut

ii) Kematian Ahli Keluarga Terdekat (disertai sijil kematian):

a) Dalam Negeri Selangor : Dua (2) hari bekerja

b) Luar dari Selangor : Tiga (3) hari bekerja

iii) Kelahiran Anak (untuk kakitangan lelaki sahaja, disertai sijil kelahiran dari hospital)

a) Tujuh (7) hari berturut-turut untuk lima orang anak yang masih hidup sahaja.
b) Pekerja lelaki yang sah berkahwin dengan pasangannya.
c) Berkhidmat sekurang-kurangnya dua (12) bulan dengan Yayasan.
d) Memaklumkan kepada majikan berkaitan tarikh bersalin tiga puluh (30) hari

sebelum.

iv) Bencana Alam (kebakaran / banjir/ tanah runtuh)

a) Dua (2) hari berturut-turut
b)

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

5. CUTI BERSALIN (kelulusan pindaan)

i) Kakitangan wanita layak memohon cuti bersalin selama sembilan puluh lapan (98) hari
berturut-turut termasuk cuti rehat dan cuti umum.

ii) Cuti bersalin atas sebab keguguran hanya dikira selepas kehamilan mencapai minggu
kedua puluh dua (22). Jika kurang dari tempoh tersebut dikira sebagai cuti sakit.

iii) Cuti bersalin akan bermula pada tarikh kelahiran anak.

iv) Memaklumkan kepada Yayasan enam puluh (60) hari sebelum cuti bersalin bagi
melayakkan kakitangan mendapat Elaun Bersalin.

v) Gaji penuh semasa cuti bersalin adalah dianggap sebagai Elaun Bersalin. Seseorang
kakitangan tidak berhak mendapat Elaun Bersalin sekiranya pada masa kehamilan ia
mempunyai lima (5) orang anak kandung yang hidup.

vi) Sekiranya tidak hadir bekerja selepas tamat cuti bersalin tanpa kelulusan Yayasan,
dikira sebagai cuti tanpa gaji.

vii) Kakitangan telah bekerja tidak kurang tiga (3) bulan dari tempoh mengandung dan
diambil bekerja dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin.

6. CUTI GANTIAN

i) Kakitangan yang tidak layak untuk tuntutan kerja lebih masa, yang diarah bekerja pada
hari rehat atau cuti umum, layak memohon cuti gantian satu (1) hari untuk setiap kerja
yang dilakukan.

ii) Cuti Gantian boleh diambil pada hari berikutnya atau pada hari lain dalam tempoh satu
(1) bulan setelah kerja dilaksanakan, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

iii) Penyelia bertanggungjawab memastikan kakitangan mengambil cuti gantian dalam
tempoh tersebut bagi mengelakkan pengumpulan cuti yang berlebihan.

7. CUTI TANPA GAJI

i) Cuti tanpa gaji adalah tidak digalakkan. Kelulusan boleh dipertimbangkan sekiranya
kakitangan berkenaan telah menghabiskan cuti tahunannya dan tidak dapat mengelak
daripada bercuti atas sebab kecemasan, cuti sakit/bersalin yang berlebihan serta tidak
hadir bekerja tanpa kelulusan.

ii) Kelulusan Cuti Tanpa Gaji adalah dibawah Unit Pentadbiran. Permohonan perlu melalui
Penyelia.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

8. CUTI MENGERJAKAN IBADAH HAJI

i) Kakitangan yang telah berkhidmat selama lima (5) tahun, layak memohon cuti untuk
mengerjakan ibadah Haji sebanyak tiga puluh (30) hari berturut-turut sekali dalam
perkhidmatan.

ii) Permohonan untuk kelulusan perlu disertakan dengan jadual haji perlu dikemukakan satu
(1) bulan dari tarikh berangkat ketanah suci.

9. CUTI SEBELUM BERSARA (kelulusan pindaan)

Kakitangan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun layak mendapat
cuti selama dua (2) bulan bergaji penuh sebelum tarikh persaraan.

10. CUTI TANPA REKOD (kelulusan pindaan)

Yayasan membenarkan kakitangan mengambil cuti tanpa rekod untuk tujuan penyertaan
atau mewakili YHS bagi tujuan Mahkamah, SPRM, Polis, Koperasi Warga Hijrah Selangor
(KOHIJRAH), Kelab Sukan & Rekreasi Hijrah, aktiviti kesukarelawan, Negeri atau Negara.

11. CUTI PERKAHWINAN (kelulusan pindaan)

Kakitangan yang dilantik bagi perkahwinan kali pertama layak memohon cuti perkahwinan
selama lima (5) hari.

12. CUTI PERJALANAN (tambahan terma)

Kakitangan layak mendapat peruntukan cuti perjalanan bagi persediaan satu (1) hari
sebelum dan satu (1) hari selepas bagi perjalanan ke luar Selangor dan melebihi 200km
sehala.

13. CUTI KUARANTIN (tambahan terma)

i) Layak kepada kakitangan yang dikenakan kuarantin atau mempunyai anak yang
dikenakan kuarantin disebabkan oleh penyakit berjangkit dan menerima surat kuarantin
daripada pihak hospital.

ii) Kelayakan cuti selama empat belas (14) hari setahun (disertakan surat rahan kuarantin
daripada pengamal perubatan yang diperakui).

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

8. PERUNTUKAN KEMUDAHAN PERJALANAN

Setiap kakitangan layak membuat tuntutan ke atas perbelanjaan berkaitan tugas yang
dilaksanakan tertakluk kepada kadar dan had maksima yang disenaraikan seperti berikut:
(kelulusan pindaan)

i) Kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi layak membuat
tuntutan perbatuan berdasarkan kadar berikut:

Had Perjalanan Kadar Tuntutan
500km pertama RM0.70/km
501km seterusnya RM0.60/km
Motorsikal RM0.50/km

ii) Bagi perjalanan berkumpulan digalakkan berkongsi sebuah kenderaan dan layak
membuat satu (1) tuntutan perbatuan sahaja.

iii) Kakitangan yang menerima Elaun Perjalanan layak membuat tuntutan perbatuan
sekiranya diarahkan bekerja diluar tugasan hakiki.

1. DALAM NEGERI

i) Kakitangan yang ditugaskan di luar pejabat yang jaraknya melebihi dari 50km dari pejabat
utama atau pejabat cawangan layak menuntut balik kos perbelanjaan harian.

ii) Jenis perbelanjaan yang layak dituntut seperti berikut:

a) Tuntutan Saraan Diri

i) Tuntutan hanya dibayar sekiranya kakitangan bertugas diluar pejabat utama
melebihi 50km tanpa disediakan makanan.

ii) Peratusan kadar pembahagian elaun dari jumlah tuntutan adalah seperti berikut:

Sarapan Pagi : 20 % (11 Pagi)
Makan Tengahari : 40 % (4 Petang)
Makan Malam : 40 % (7 Malam)

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

iii) Kadar Tuntutan Saraan Diri yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada gred
seperti berikut:

Kumpulan Jawatan Semenanjung Sabah /
Malaysia Serawak

Pengurusan Kanan & RM100 RM 100
Utama
Pengurusan RM 80 RM 80
RM 80 RM 80
Eksekutif RM 50 RM 50

Sokongan

b)Penginapan Hotel

i) Tuntutan kemudahan penginapan hanya untuk kakitangan yang perlu bermalam
sahaja.

ii) Had maksima tuntutan tertakluk kepada kadar bilik jenis Deluxe seperti berikut
disertakan dengan resit asal:

Kumpulan Jawatan Had maksima
Pengurusan Kanan & Utama RM 300
RM 200
Kumpulan Pengurusan RM 200
Kumpualn Eksekutif
RM 100
Kumpulan Sokongan

iii) Kakitangan perlu mendapatkan kelulusan Unit Sumber Manusia bagi tujuan
penginapan.

iv) Penginapan yang tidak mempunyai resit, akan di bayar pada kadar 50% daripada
kadar had maksima.

c) Lain-lain Tuntutan

Perbelanjaan berkaitan khidmat laundri, tempat letak kenderaan, tol, telefon dan fax
boleh dituntut berdasarkan kos sebenar disertai dengan resit.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

2. LUAR NEGARA (tambahan terma)

Peruntukan luar negara dibenarkan berdasarkan kelulusan Pengurusan Tertinggi
berdasarkan had kelayakan yang telah digariskan seperti di bawah:

i. Kelayakan Tiket Kapal Terbang

a) Bagi urusan rasmi yang memerlukan kakitangan menggunakan penerbangan
awam, kelayakan adalah berdasarkan kelas berikut:

b) Semua pembelian tiket hendaklah melalui Unit Sumber Manusia atau Penyelia
program yang diberikan hak kuasa.

c) Kakitangan dibenarkan untuk membuat pembelian tiket penerbangan sendiri
dengan mendapat kelulusan Unit Sumber Manusia.

Kumpulan Jawatan Tiket Penerbangan
(Kelas)
Pengurusan/ Pengurusan Kanan/
Pengurusan Utama Kelas Peniagaan
Eksekutif/ Sokongan
Kelas Ekonomi

ii. Kelayakan Penginapan Hotel

a) Kemudahan penginapan tertakluk kepada had maksima penginapan bagi
kumpulan jawatan berikut:

Kumpulan Jawatan Jenis Bilik
Kumpulan Pengurusan Standard Suite

Kumpulan Eksekutif/ Sokongan Deluxe/ Twin Sharing

b) Had maksima adalah berdasarkan kepada kategori negara dengan jumlah
peruntukan seperti di bawah:

Kategori Negara Kumpulan Kumpulan Eksekutif/
Pengurusan Sokongan

Had Maksima (RM) Had Maksima (RM)

Kategori I 500.00 400.00
Kategori II 540.00 440.00
Kategori III 580.00 480.00
Kategori IV 620.00 520.00
Kategori V 660.00 560.00

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

iii. Kelayakan Saraan Harian Had Maksima (RM)
250.00
Kumpulan Jawatan 200.00
Pengurusan Utama 200.00
Pengurusan Kanan 150.00
Pengurusan 150.00
Eksekutif
Sokongan

a) Nilai tuntutan akan mengikut kepada mata wang negara yang dilawati.

iv. Elaun Pakaian

a) Kakitangan yang ditugaskan ke luar negara yang beriklim sejuk sederhana atau
sejuk layak membuat tuntutan bagi Elaun Pakaian dengan had maksima
sebanyak RM1,000.00 bagi tempoh tiga (3) tahun.

b) Elaun ini hendaklah dituntut satu (1) bulan sebelum perjalanan atau dalam
tempoh tiga (3) bulan selepas pulang dari luar negara.

v. Kelayakan Insurans Perjalanan Luar Negara

a) Kakitangan yang melaksanakan kerja ke luar negara akan dilindungi insurans
sekiranya dimasukkan ke wad dan mengikut kepada had maksima sebanyak
RM50,000.00.

b) Pembelian ubat atau rawatan kesihatan semasa di luar negara boleh dituntut
berdasarkan resit.

vi. Belanja Pelbagai

a) Bagi kakitangan yang berada di luar negara sekurang-kurangnya tiga (3) hari
boleh membuat tuntutan dobi berdasarkan resit.

b) Tambang pengangkutan awam tempatan boleh dituntut jika kenderaan rasmi
atau sewaan tidak disediakan.

c) Bayaran telefon, telegram, bayaran pos, dan bayaran faks atas urusan rasmi.

d) Bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan
resit.

e) Belanja keraian hanya dibenarkan kepada peringkat Kumpulan Pengurusan
berdasarkan kepada kelulusan pengurusan. Perbelanjaan hendaklah disertakan
dengan resit.

f) Kakitangan layak membuat permohonan pendahuluan (kotigensi) bagi
perjalanan ke luar negara tertakluk kepada kelulusan pengurusan.

Yayasan berhak mengubah dan mengemaskini peruntukan dari semasa ke semasa
berdasarkan kepada perubahan mata wang negara dan ekonomi.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

9. SKIM FAEDAH PERLINDUNGAN KAKITANGAN

1. SKIM INSURAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
(Group Hospitalization and Surgical Insurance)

i) Semua kakitangan dan ahli keluarga (isteri dan anak di bawah umur 21tahun yang masih
belajar dan belum berkahwin) diberi perlindungan di bawah Skim Insuran Hospital &
Pembedahan kecuali kakitangan dalam tempoh kontrak.

ii) Majikan akan melindungi kakitangan sahaja dalam tempoh kontrak dan sekiranya
kakitangan telah disahkan jawatan, maka perlindungan ini akan diberikan kepada ahli
keluarga (pasangan dan anak di bawah 21 tahun yang masih belajar dan belum
berkahwin).

iii) Skim Insurans Hospital dan Pembedahan Berkelompok meliputi perkara-perkara berikut:

a) Kos Hospital (tidak termasuk kos bersalin)
b) Yuran Profesional Pakar Perubatan
c) Kos Pembedahan
d) Rawatan rapi dan lanjutan
e) Rawatan Kecemasan

iv) Perlindungan dibawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh skim
tersebut seperti Pelan Perlindungan dalam Lampiran A dan jadual berikut:

Kumpulan Jawatan Kelayakan Kelayakan
(Room & Board) (Setahun)
Pengurusan
Eksekutif RM250.00 RM 65,000
Sokongan
RM 200.00 RM 55,000

RM 180.00 RM 45,000

v) Yayasan berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan untuk
kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

2. SKIM INSURAN FAEDAH HAYAT BERKELOMPOK
(Group Term Life)

i) Semua kakitangan dilindungi oleh Skim Insuran Faedah Hayat (Group Term Life
Insurance) meliputi:

a) Kematian
b) Ketidakupayaan Kekal
c) Ketidakupayaan Sementara
d) Rawatan Perubatan dan Pembedahan atas sebab-sebab kemalangan

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

ii) Perlindungan dibawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh skim
tersebut seperti Pelan Perlidungan dalam Lampiran B.

Kumpulan Jawatan Kelayakan (Setahun)

Pengurusan RM 100,000
Eksekutif RM 75,000
Sokongan RM 50,000

iii) Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan untuk
kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

3. SKIM BANTUAN PERUBATAN PESAKIT LUAR (OUTPATIENT)

i) Kelayakan

Skim bantuan perubatan ini meliputi kakitangan dan keluarganya seperti berikut:

a) Kakitangan lelaki, isteri pertama yang sah dan anak-anak dalam tanggungannya yang
terdiri dari anak kandung atau anak angkat secara sah yang dijaga oleh kakitangan,
yang berumur kurang dari dua puluh satu (21) tahun dan belum mempunyai pekerjaan
atau masih belajar.

b) Kakitangan wanita dan anak-anak dalam tanggungannya yang terdiri dari anak kandung
atau anak angkat secara sah yang dijaga oleh kakitangan, yang berumur kurang dari
dua puluh satu (21) tahun dan belum mempunyai pekerjaan atau masih belajar.

c) Pasangan suami isteri yang bekerja di Yayasan, layak menerima kemudahan dan
faedah bantuan perubatan ini secara berasingan.

ii) Jenis Bantuan

a) Jenis bantuan adalah seperti berikut:

1. Pemeriksaan perubatan pesakit luar
2. Ubat yang berkaitan
3. Rawatan Pakar yang diperakui oleh Doktor Panel
4. Rawatan kehamilan / keguguran
5. Pemeriksaan khas mengikut keperluan dan arahan Kerajaan seperti Swab Test

Covid-19 (RTK/PCR) dan pembelian test kit (berdasarkan arahan majikan).
6. Rawatan bersalin (kelayakan tuntutan adalah sebanyak 30% daripada

kelayakan).
7. Peralatan pemulihan (wheelchairs, walking aids, hospital beds).

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

b) Bantuan Perubatan ini tertakluk kepada had kelayakan mengikut kumpulan jawatan
masing-masing seperti berikut:

Kumpulan Jawatan Had maksima setahun
Pengurusan RM 4,000
Eksekutif RM 3,500
Sokongan RM 2,500

c) Yayasan berhak menyemak semula dan menentukan jenis bantuan perubatan untuk
kakitangan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

d) Perbelanjaan perubatan yang melebihi had, perlu dibayar sendiri oleh kakitangan.

iii) Syarat-syarat bantuan

a) Yayasan tidak akan menanggung perbelanjaan yang berkaitan dengan kecederaan,
kesakitan, atau penyakit yang dialami akibat penyertaan kakitangan dalam aktiviti
haram atau merbahaya, sukan merbahaya, kegiatan yang menyalahi undang-
undang, penggunaan dadah atau alkohol dan percubaan membunuh diri.

b) Peruntukan perubatan ini tidak termasuk perbelanjaan alat-alat perubatan, alat
pembedahan, cermin mata atau gigi palsu.

c) Semua rawatan mestilah melalui Panel Doktor syarikat seperti yang disenaraikan
dalam Lampiran C melainkan kes-kes kecemasan.

4. SKIM RAWATAN PERGIGIAN

Kakitangan layak menuntut kos rawatan pergigian tidak melebihi RM300 setahun berkaitan
rawatan ‘scaling’, ‘extracting’, dan ‘filing’ sahaja. Rawatan yang berbentuk ‘cosmetic’ tidak
termasuk dalam skim ini.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

10. TATATERTIB DAN DISIPLIN

1. TANGGUNGJAWAB

i) Semua kakitangan dikehendaki mematuhi Terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan,
Surat Pekeliling, Memo, Polisi, Peraturan dan Arahan-Arahan lain yang dikeluarkan dan
dikuatkuasakan oleh Yayasan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan dengan
Yayasan.

ii) Secara amnya kakitangan tertakluk kepada Peraturan Disiplin yang menyenaraikan ke
semua perlakuan yang harus dipatuhi oleh setiap kakitangan Yayasan.

iii) Semasa dalam perkhidmatan, kakitangan diwajibkan mematuhi perkara- perkara berikut:

a) Sentiasa berkhidmat dengan jujur melunaskan tanggungjawab menurut peraturan
yang ditentukan oleh syarikat dan menurut arahan pegawai atasan.

b) Bersedia akan sentiasa menumpukan sepenuh masa dalam bidang tugasan yang
ditetapkan oleh Yayasan dan menjaga kepentingan Yayasan dan tidak melakukan
apa-apa yang bercanggah dengan kepentingan perniagaan Yayasan kecuali jika
diarahkan secara bertulis untuk melakukan kerja diluar bidang kerja yang ditetapkan.

c) Bertanggungjawab menjaga dan mengendalikan dengan jujur perkara berkaitan
kewangan Yayasan, harta benda, rekod akaun, dan apa-apa barangan yang
diamanahkan ketika memegang jawatan ini.

d) Kakitangan hendaklah sentiasa mematuhi Kod Etika Kerja Yayasan Hijrah Selangor
sepertimana yang telah digariskan sebagai panduan dan rujukan dalam menjaga
disiplin dan tatalaku sepanjang berkhidmat.

e) Memahami dan mematuhi Polisi Pematuhan Mencukupi (Integriti) yang dikeluarkan
termasuk mengelakkan diri daripada mekanisma konflik kepentingan, penglibatan
dalam rasuah (peruntukan Akta Pencegahan Rasuah) dan Kod Etika Perniagaan
Yayasan.

f) Dilarang keras memberitahu atau membocorkan rahsia syarikat kepada mana-mana
pihak luar mengenai maklumat berkaitan urusniaga Yayasan, atau rahsia perniagaan
atau maklumat teknologi kepunyaan Yayasan yang diketahui semasa masih
menyandang jawatan ini atau pun setelah meninggalkan jawatan ini kecuali
mendapat kebenaran secara bertulis dari Yayasan yang memberi kebenaran untuk
berbuat demikian.

g) Semua penemuan saintifik, penemuan proses teknikal dan rekacipta yang tercetus
dari tugasan kakitangan adalah hakmilik mutlak Yayasan dan kakitangan yang
terlibat dalam tugasan ini bertanggungjawab memindah milik apa-apa patent yang
dihasilkan dari penemuan ini kepada pihak Yayasan dan bertanggungjawab
memastikan dokumen yang sah difailkan dengan pihak berkuasa bagi memastikan
kesahihan penemuan dan melindungi hak eksklusif kepentingan Yayasan.

h) Kakitangan dari semasa ke semasa, bersedia dan boleh ditugaskan dan dipinjamkan
ke mana-mana jabatan atau anak syarikat jika diperlukan untuk apa-apa tugasan di
luar dari tugasan asal tanpa sebarang perubahan dalam syarat dan terma pelantikan.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

i) Yayaysan berhak menyusun dan mengubah tempat tugas ke mana-mana jabatan
atau cawangan mengikut keperluan dan perubahan operasi Yayasan jika diperlukan
untuk apa-apa tugasan di luar dari tugasan asal tanpa sebarang perubahan dalam
syarat dan terma pelantikan.

vi) Jika dalam tempoh perkhidmatan, kakitangan didapati bersalah melanggar tatatertib
kerja atau tidak menurut perintah (breach of contract) atau salahlaku atau cuai dalam
menjalankan kerja atau disahkan tidak efisien dalam melunaskan tanggungjawab atau
disahkan bankrup atau dijatuhkan hukuman atas sebab kes jenayah, kakitangan boleh
dilucutkan jawatan oleh Yayasan dengan pelucutan jawatan ini, kakitangan akan hanya

dibayar gaji dan elaun (yang berkenaan) hingga ke tarikh dilucutkan jawatan.

2. KOD PAKAIAN

Semua kakitangan adalah diwajibkan mengenakan pakaian yang bersesuaian ketika dalam
waktu bertugas di dalam atau di luar pejabat seperti berikut:

i) Etika Pemakaian Kakitangan Wanita

a) Dibenarkan

Baju kebangsaan, berseluar slack atau skirt dan blause yang tidak tipis, di
bawah pinggul, tidak ketat, baju Korporat Hijrah Selangor, berkasut atau
sandal formal. Bertudung dan rambut hendaklah sentiasa diikat dan kemas.

Baju T-Shirt Hijrah dibenarkan bagi tujuan program atau tugasan khas.

b) Dilarang semasa waktu kerja rasmi

Baju t-shirt harian, seluar leotard atau jean, sneaker atau selipar.

ii) Etika Pemakaian Kakitangan Lelaki

a) Dibenarkan

Kemeja lengan panjang/lengan pendek (formal), batik, tali leher (sekiranya
perlu), seluar slack, baju korporat Hijrah Selangor dan kasut koporat. Rambut
hendaklah disikat dan kemas.

Baju T-Shirt Hijrah dibenarkan bagi tujuan program atau tugasan khas.

b) Dilarang

Baju kemeja (tidak formal), seluar jean, sandal, sneaker dan selipar. Rambut

panjang melebihi paras telinga dan mewarnakan rambut.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

3. KESELAMATAN DAN SEKURITI
i) Sekiranya berlaku kecemasan, kemalangan atau kecurian ditempat kerja, Bahagian
Pengurusan & Pentadbiran perlu diberitahu serta merta untuk tindakan susulan.
ii) Setiap kakitangan diwajibkan mematuhi peraturan keluar masuk pejabat yang ditetapkan
oleh Yayasan.
iii) Sebarang kerosakan peralatan kerja dan perabot serta permasalahan cawangan
hendaklah dibaiki pada kadar segera atau memaklumkan kepada Unit Aset seperti Garis
Panduan yang telah disediakan.
iv) Mematuhi Garis Panduan penggunaan Pantry di Ibupejabat dan Cawangan bagi
mengelakkan berlaku sebarang kemalangan di tempat kerja dan kebakaran.

11. PROSES TUNTUTAN KELAYAKAN

Garis panduan proses tuntutan kelayakan boleh dirujuk dalam Polisi Yayasan Hijrah Selangor bagi:
i) Polisi Waktu Bekerja
ii) Polisi Peruntukan Elauan dan Tuntutan Kakitangan
iii) Polisi Peruntukan Cuti Yayasan Hijrah Selangor
iv) Polisi Skim Faedah Perlindungan dan Perubatan Kakitangan

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

12. SENARAI PANEL KLINIK


BIL SENARAI PANEL KLINIK


KLINIK IDZHAM SDN BHD

1 Klinik Idzham (Tmn Kosas), 3g Jalan Kosas ½,Taman Kosas, Ampang 68000 Selangor

2 No 2g Jalan 2/21d Batu 5, Jalan Gombak Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur

3 9135g Jalan Bandar 4, Taman Melawati, Ulu Kelang, 53100 Kuala Lumpur

4 Shop Lot A-G89, Palm Spring @ Damansara, Persiaran Surian, No. 1 Jalan 3/29, Sek,
Kota Damansara, 47810 Selangor

5 No. J-006, Block J, Jalan Pju 10/2a, Vista Shop, Damansara Damai, 47830 Selangor

6 No 41/Aab Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

7 25g Jalan Pandan 3/3, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur
8 4g Jalan 2/23a Taman Danau Kota, Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

9 2-2-4 Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 1, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

10 No. 21, Jalan Wangsa 11, Taman Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000 Selangor

KLINIK DR. ROSLI

1 No. 47, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18, 40000 Shah Alam, Selangor.

2 No. 81, Jalan 19/6, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
3 No. 22, Jalan USJ 4/6B, Selangor Darul Ehsan.

4 No 15, Jalan Kristal 7/K, Seksyen 7, 40450 Shah Alam, Selangor.

KLINIK FAMILI

1 No 44, Jalan Medan Batu Caves 1, Medan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

2 No 26 Jalan 59/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor
PUSAT RAWATAN IKHWAN

1 Lot 2109. Batu 6 ,Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan



MEGAKLINIK ZAHRAN
C-06-G, C-07-G, C-08-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
1 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

POLIKLINIK AZ-ZAHRAH

2 No.17, Jalan Seri Baiduri 2, Taman Sri Baiduri, Selangor, Bandar Teknologi Kajang,
43500, Malaysia

POLIKLINIK Az-ZAHRAH BTHO SDN. BHD

3 No 1, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1 Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras,
Selangor, Malaysia

KLINIK SALLEH

1 No. 15 A, Jalan Menteri, 45300 Sungai Besar, Selangor

KLINIK KELUARGA DR. DAHLIA SDN. BHD
1 No. 10, Jalan 2/16, Bandar Baru Selayang Fasa 2b, Batu Caves 68100 Selangor

POLIKLINIK KELUARGA
1 No 39 Jalan Dato muda Jaffar, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
2 Jalan Rawang 1, 48000 Rawang, Selangor.

POLIKLINIK SHAIK (SUNWAY) SDN BHD

1 No 9, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor

POLIKLINIK SINARAN & SURGERI

1 28, Jalan Melati 3/1, Bandar Melawati, 45000, Kuala Selangor, Selangor

KLINIK AJWA

1 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

2 14, Jalan Pahat G 15/G, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia

KLINIK ARUL

1 No. 9, Dua Lorong Bahagia, Tanjong Karang


POLIKLINIK BAHIAH SDN BHD

1 Saujana Utama 3, Sg. Buloh, 47000 Selangor

KLINIK SRI PENAWAR
1 No. 66 Jln 1, Taman Paduka, 45000 Kuala Selangor,Selangor

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan



KLINIK SITI
1 No. 41, Jalan Tenggiri, Taman Mutiara, 48200, Tanjung Sepat, Selangor.

2 No 50 Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting, Selangor. (HQ)

3 No 17, Tingkat Bawah, Jalan Wira 2, Taman Perwira, Telok Panglima Garang

KLINIK REDDY SABAK BERNAM

1 Pekan Sabak Bernam, 45200 Sabak, Selangor

KLINIK SP CARE 24 HOURS

1) Batang Kali – Beside Shell Batang Kali

2) Rawang Mutiara – Near KPJ Hospital / Perodua service centre

3) Bukit sentosa – Near Tesco Bukit Beruntung

1 4) Country Homes Rawang – Near Jusco Rawang
5) Bandar Baru Selayang – Near Selayang Stadium

6) Kota Damansara – Near ongoing MRT station construction

7) Rawang Tin - near Rawang Flyover

POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN

1 Semua Cawangan Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan di Selangor.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

13. LAMPIRAN

LAMPIRAN A –PELAN INSURAN HOSPITAL & PEMBEDAHAN (BERKELOMPOK)

SENARAI KEMUDAHAN

MANAFAAT Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Sokongan Eksekutif Pengurusan

Nilai perlindungan Nilai Perlindungan Nilai Perlindungan
Tahunan: Tahunan Tahunan

RM 45,000 RM 55,000 RM 65,000

Bilik Hospital RM 180 RM 200 RM 250
termasuk makanan harian

Kemudahan:
Unit kawalan rapi
Faedah pelbagai
Manafaat Pembedahan
Bayaran Perkhidmatan Bius
Lawatan Doktor
Rawatan kecemasan
Rundingan Pakar pra- hospital
Khidmat Diagnostik pra-hospital
Rawatan selepas keluar hospital
Perkhidmatan Ambulans

Elaun Harian Hospital Kerajaan
(jika berkaitan)

RM 100 RM 100 RM 100

NOTA :

Perlindungan di bawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti Pelan Perlindungan di
atas. Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan untuk kakitangan dari semasa
ke semasa jika difikirkan perlu.

Terma & Syarat Perkhidmatan Kakitangan

LAMPIRAN B – PELAN INSURAN FAEDAH HAYAT & KEMALANGAN
(BERKELOMPOK)

SENARAI KEMUDAHAN

MANAFAAT Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Sokongan Eksekutif Pengurusan

Nilai perlindungan Nilai Perlindungan Nilai Perlindungan

Kematian Biasa RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000

Kematian Kemalangan RM 50,000 RM 75,000 RM 100,000
RM 75,000 RM 100,000
Keilatan Kekal Menyeluruh (Biasa) RM 50,000
RM 75,000 RM 100,000
Keilatan Kekal Menyeluruh RM 50,000
(Kemalangan )

NOTA :

Perlindungan di bawah skim ini terhad kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti Pelan Perlidungan di
atas. Syarikat berhak menyemak semula dan menentukan jumlah perlindungan untuk kakitangan dari semasa
ke semasa jika difikirkan perlu.


Click to View FlipBook Version