DUA 6022 :
KOMUNIKASI &
PENYIARAN ISLAM
TAJUK 6:
IMPLIKASI
GADJET
TERHADAP
KEKELUARGAAN
NAMA PENSYARAH : ZULKEFLY BIN MUKHTAR
NAMA PELAJAR : NO PENDAFTARAN
NURINA SAHIRA BINTI ZULKIFLI (17DIB18F1014)
NURHAFIZAH BINTI SARUNA (17DIB18F1017)
NADZIRAH BINTI MOHD NASIR (17DIB18F1080)
NURHAJAR NADHIRAH BINTI MASARUDIN (17DIB18F1083)
MAKSUD GADJET
TERHADAP KEKELUARGAAN
Gajet adalah sebuah peringkat elektronik kecil
yang memiliki teknologi pada masa kini.
Teknologi jelas mempengaruhi perkembangan
anak-anak kerana teknologi merupakan media
yang boleh memberi info-info negatif dan juga
positif kepada anak-anak masa kini.
Pengaruh gajet terhadap institusi
keluarga akan serba sedikit terjejas.
Matlamat ringkasan ini adalah
mengetahui pengaruh gajet terhadap
institusi keluarga serta mengetahui
bagaimana cara untuk mencegah
pengaruh buruk.
Ini kerana kemajuan teknologi juga dapat
membentuk akal fikiran anak -anak, jika tidak
manfaatkannya dan diimbangi dengan interaksi
dengan lingkungan sekitarnya dengan terlalu
membebaskan anak dibawah umur
menggunakan teknologi yang terlalu canggih.
seperti gajet maka itu dapat mengubah
perilaku seorang anak, untuk itu peranan
orang tua sangat penting dalam institusi
keluarga.
KELEBIHAN ALAT KOMUNIKASI
TERHADAP HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
Antara kebaikan aplikasi gadjet pada institusi kekeluargaan ialah
boleh menjadi alat perhubungan. Misalnya, telefon pintar
membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu
sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung
hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan
lagi.Tambahan pula, gadjet juga boleh melayari internet. Pada masa
kini, penggunaan internet amat penting kepada semua kerana
dengan adanya internet ianya dapat berhubung antara satu sama lain
dengan lebih mudah.
KEKURANGAN ALAT KOMUNIKASI
TERHADAP HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat menerusi hubungan
kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas,
kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan
perihal keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu
mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga.
Contoh, yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar
makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-
masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas.
AKIBAT MENGGUNAKAN APLIKASI
GADJET PADA MASA KINI
Kesan Positif Alat
Komunikasi terhadap
Kekeluargaan
Antara kesan positif komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan ialah dapat
bermesra bersama keluarga di dalam kumpulan kerana ia dapat memudahkan
komunikasi antara keluarga. Sebagaimana kita tahu, dalam komunikasi aspek
terpenting ialah perhubungan interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu,
kekerapan berkomunikasi antara keluarga akan mengeratkan lagi pertalian yang
sedia ada.
Contohnya, anak-anak masih boleh berhubung dengan kedua ibu bapa atau adik
beradik yang lain melalui telefon seperti Whatsapp video call, instagram ,discord dan
lain-lain. Ini akan menghilangkan rindu, mendekatkan jarak yang jauh dan
mengeratkan talian kekeluargaan. Teknologi komunikasi telah menjadi aspek
penting dalam pembangunan keluarga hari ini terutama dari segi perhubungan.
Oleh itu, alat komunikasi dapat menjadi medium perhubungan yang sangat efektif.
Kesan Negatif Alat
Komunikasi terhadap
Kekeluargaan
Kesan negatif alat komunikasi terhadap hubungan kekeluargaan ialah pendidikan
yang diterima dalam sesebuah keluarga berperanan besar dalam membentuk
individu untuk menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya.Peranan komunikasi
dalam sesebuah keluarga diakui penting berdasarkan kepada kajian-kajian yang
dilakukan oleh para sarjana. Namun begitu, keberkesanan komunikasi dalam
sesebuah keluarga kini disaingi oleh peranan berbagai elemen yang lain yang
mencabar kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Salah satu daripada elemen berkenaan ialah teknologi seperti Internet,media sosial
dan sebagainya. Dalam konteks keluarga, keasyikan melayari laman sosial berupaya
memberikan implikasi yang kurang sihat bagi kesejahteraan keluarga.Ini berlaku
apabila interaksi keluarga, masa, rekreasi, dan ikatan kekeluargaan diganti dengan
aktiviti siber. Lama-kelamaan perkara ini akan mengganggu seluruh sistem dan
fungsi keluarga tersebut.
Langkah-Langkah
Memperbaiki Hubungan
Kekeluargan
BERIKAN ZAKAT ATAU SEDEKAH KEPADA 01
MEREKA
Malang sekali, kebanyakkan muslim melupakan bantuan kepada ahli keluarga mereka yang
miskin.Saya tidak pasti sama ada ia memalukan atau kerana mereka takut sanak saudara mereka
akan mula ‘bergantung hidup kepada mereka’. Dengan ini, ahli keluarga boleh memberi bantuan,
contohnya membiayai pelajaran anak mereka atau kos perubatan dan sebagainya.
02 MELAWAT DAN MENJEMPUT SANAK SAUDARA
UNTUK MAKAN BERSAMA
Jika saudara kita tinggal di bandar atau daerah yang sama, jemput mereka untuk makan
bersama.Ini adalah cara yang bagus untuk berhubung semula dan mengekalkan perhubungan
dengan keluarga. Contohnya, setiap sebulan sekali luangkan masa makan diluar bersama
keluarga.
HUBUNGI SAUDARA MARA MELALUI TALIAN 03
VIDEO
Jika saudara kita menggunakan mana-mana alat sosial atas talian (online social tools), hubungi
mereka dengan satu salam yang mudah. Jika kita tidak begitu mengenali mereka, mulakan dengan
menghantar mesej biasa di telefon bimbit mereka yang diakhiri dengan nama kita dan mungkin
‘anak kepada sekian-sekian’ supaya mereka dapat mengenali kita.
04 BERBUAL DENGAN DATUK NENEK KITA
Terdapat begitu banyak hikmah, pengalaman dan pelajaran yang dapat dipelajari daripada orang
tua kita. hanya duduk dengan mereka, tanyakan mereka beberapa soalan dan tekan butang
rakam.Jangan jadikannya formal, hanya duduk dan dengar sahaja.
Video
KESIMPULAN
IMPLIKASI
KETKGEERALHDUAJAEDRTAGPAAN
Kesimpulannya, teknologi boleh membawa
kesan positif atau kesan negatif terhadap
kekeluargaan. Kewujudan kedua-dua kesan
tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan
cara bagaimana pengguna mengaplikasikan
teknologi sama ada dengan cara yang betul
atau salah dan sesuai atau tidak sesuai.
Internet sendiri tidak boleh membezakan
mana yang benar atau salah. Dengan ini,
dalam kekeluargaan perlu betul-betul
mempunyai akal dan berfikiran waras untuk
menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang
tidak boleh lakukan melalui teknologi.Oleh
itu,ibu bapa haruslah sentiasa melihat apa jua
aktiviti anak-anak dimana mereka berada.
RUJUKAN
https://inchenaim.com/hubungan-
kekeluargaan/
http://anyflip.com/odhdi/zoul/basic
https://keluarga.com/1234/8-cara-
facebook-dapat-merusak-rumah-
tangga-anda
Take your time.
Going from face-to-face meetings to online
meetings can be a big
adjustment for the whole team. A supportive
environment is key in helping everyone transition
to the new way of collaborating.