The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 2026
Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu) @2.00pm – 6.00pm
Tempat : Casuarina Convention Hall 1 & 2, Hotel Casuarina Meru, Ipoh, Perak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsham99, 2026-05-07 21:38:09

Buku Program Majlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad 2026

TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 2026
Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu) @2.00pm – 6.00pm
Tempat : Casuarina Convention Hall 1 & 2, Hotel Casuarina Meru, Ipoh, Perak

TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20261 / 21KANDUNGANPERKARA MUKA SURATSEKAPUR SIRIHSEULAS PINANGSETITIS TINTASEUNTAI BAHASAMELAKAR MEMORI MENYIMPUL JASASALASILAH MOYANG PUTEH AHAMADPERJALANAN MASAFAKTA MENARIKAKTIVITIATURCARA MAJLISJAWATANKUASA PENGURUSANLAMPIRAN : - CARA DAFTAR - PEK INFO GALUR - PELAN LANTAI DEWAN 1 & 2 - SUSUNAN MEJA MAKAN GALUR - PHOTOBOOTH2367911121314151617181920


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20262 / 21Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli keluarga Moyang Puteh Ahamad (MPA).Alhamdulillah.Terlebih dulu saya dengan penuh sukacita ingin mengzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWTyang dengan limpah kurnia, izin serta inayahNya dapat kita semua berkumpul dan bertemu mesrabersilaturrahim dalam Majlis Tautan Kasih MPA di Casuarina Hotel, Meru Ipoh pada hari ini.Selamat datang kepada semua ahli keluarga MPA ke Majlis Tautan Kasih MPA yang julung-julungkali diadakan.Idea dan cadangan untuk menganjurkan satu perjumpaan yang lebih besar telah secara rasminyadizahir-maklumkan hampir 1 tahun yang lalu kepada wakil-wakil Galur yang menghadiriperjumpaan pertama Mini Reunion Waris MPA pada 29 Jun 2025 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.Rentetan dari perjumpaan tersebut, bermulalah langkah dan usaha untuk menjayakan Majlis TautanKasih MPA dengan terbentuknya satu Jawatankuasa Pengurusan yang diwakili oleh semua Galuryang dapat dihubungi dan dipengerusikan oleh Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria (Sham) sertadipimpin dengan jayanya oleh Rus Bakarurraini Bin Shahfei (Abin).Majlis Tautan Kasih MPA ini sudah tentu tidak dapat diadakan tanpa usaha awal Allahyarham Hj.Ahmad Zakaria Bin Hj. Abu Kassim (Pak Mat Zakaria) dan kita sesungguhnya amat terhutang budidan berterima kasih kepada usaha asas ini yang dilaksanakan dengan tekun bertahun-tahunlamanya. Pak Mat tanpa lelah mengumpul maklumat dan telah dengan teliti mencatat sertamendokumentasikan satu persatu Galur keluarga MPA yang kini menjadi asas kepada rekod galurdan nasab MPA sepertimana yang dikongsi-pamer kepada kita semua.Usaha melengkapkan maklumat galur MPA ini dibantu dan diturunkan kepada Norhayati Binti HjAhmad Zakaria (Kak Ati), Norbaayah Binti Hj Ahmad Zakaria (Nora) dan Sham dan seterusnyadiambil-alih dan dikembang serta ditambah baik oleh Kusnizam Bin Khusairi (Kusnizam) denganmeliputi maklumat terkini yang diperolehi dari kalangan ahli keluarga dari 9 Galur mewakiliAnakanda MPA yang dikenali sebagai Generasi Pertama.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20263 / 21Kejayaan mengumpul seramai 474 orang ahli dari kalangan keluarga besar MPA untuk menghadiriMajlis Tautan Kasih MPA pada hari ini merupakan satu menifestasi kepada usaha dan kerja kerassemua pihak yang terlibat.Saya menyarankan agar kita semua memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan dalam MajlisTautan Kasih MPA ini untuk kita membuka ruang seluasnya bersilaturrahim, mengenali mesrasesama ahli keluarga besar MPA; ibarat pepatah dimana yang jauh didekatkan dan yang dekatdimesrakan.Saya sebagai penaung Majlis Tautan Kasih MPA ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dansetinggi terima kasih kepada para Penyumbang dan Dermawan yang tidak dapat dinamakan satupersatu; barisan kepimpinan Jawatankuasa Pengurusan iaitu Abin (Penasihat) yang sentiasa komitedmemberikan panduan dan nasihat serta tanpa jemu dan lelah berterusan menyantuni ramai ahlikeluarga MPA; Sham (Pengerusi) yang sentiasa berkongsi maklumat terkini dan memimpinJawatankuasa Pengurusan dengan baik; Kusnizam yang dari masa ke-semasa mengemaskini danmenambah-baik dokumentasi serta menterjemahkan kedudukan setiap ahli Galur, semua AhliJawatankuasa Pengurusan yang dengan penuh dedikasi melaksanakan tugasan dengan baik dansemua yang terlibat secara langsung maupun tidak termasuk ramai dari Generasi ke-3, ke-4 danke-5 yang turut sama membantu serta sudah tentu semua ahli keluarga yang dapat hadir meluangkanmasa berkumpul berkenal mesra dan bersilaturrahim dalam Majlis Tautan Kasih MPA ini.Harapan saya semoga hasilan dari pertemuan kita hari ini menjadi titik-tolak kepada pengkukuhanikatan tautan kasih dan melebar-luas kemesraan dikalangan keluarga besar MPA serta pada masayang sama dapat membina jambatan silaturrahim yang berkekalan. Semoga ianya nanti turutmenjadi asbab kebaikan dan mengalir pahala kepada Pak Mat Zakaria, ibu-bapa kita, ahli keluargakita yang telah mendahului serta kita semua, In Syaa Allah.Sekian, semoga Allah SWT memberkati Majlis Tautan Kasih MPA ini dan kita dikurniakankesihatan yang baik serta kelapangan masa dan rezeki untuk dapat bersama bertemu kembali dimasa terdekat.Terima kasih dan Salam hormat,Ismail Hj. KamaruddinGalur Abu KassimPenaungMajlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad 2026Sabtu21 Zulkaedah 14479 Mei 2026


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20264 / 21ِحيِم َّرالِنَٰمَّر ْحِم ا ِهَّلل الْسِبAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita semua diberikankesempatan untuk berhimpun dalam sebuah majlis yang amat bermakna, iaitu Majlis Tautan KasihMoyang Puteh Ahamad 2026. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat yang istiqamah di atas jalankebenaran.Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sekadar sebuah pertemuan atau perhimpunan keluargasemata-mata. Ia merupakan satu saat perhentian dalam perjalanan panjang sebuah nasab, ruanguntuk kita menoleh ke belakang dengan penuh penghormatan terhadap sejarah, dan dalam masayang sama melangkah ke hadapan dengan kesedaran serta harapan yang baharu.Nama Moyang Puteh Ahamad menjadi titik temu dan penyatuan bagi kita semua. Namun yang lebihutama daripada sekadar pertalian darah ialah kasih sayang dan silaturrahim yang diwariskan darisatu generasi ke satu generasi. Dalam kehidupan yang semakin pantas dan mencabar pada hari ini,hubungan kekeluargaan mudah terhakis sekiranya tidak dipelihara dengan niat dan usaha yangberterusan.Majlis Tautan Kasih ini hadir sebagai satu ikhtiar untuk mengukuhkan kembali hubungan tersebut— merenung asal-usul, menyedari pertalian, dan menghidupkan kembali rasa kebersamaan sebagaisatu keluarga besar. Inilah makna sebenar tautan kasih; ikatan yang tidak kelihatan namun kukuh,yang menyatukan kita merentas usia, latar dan tempat tinggal.Sejarah keluarga ini tidak terbina dalam tempoh yang singkat. Ia adalah hasil usaha gigih, kesabaranserta keprihatinan mereka yang terdahulu yang menyedari pentingnya memelihara nasab dansejarah keluarga. Usaha menyusun dan merekodkan salasilah keluarga ini telah dimulakan sejakpuluhan tahun lalu dan diteruskan dengan penuh amanah sehingga ke hari ini.Segala perancangan yang membawa kepada terlaksananya majlis ini, bermula dengan pertemuanberskala kecil sehingga terbentuknya jawatankuasa pelaksana, membuktikan bahawa kesatuan hatidan kerjasama antara galur serta generasi mampu menghasilkan sesuatu yang besar dan bermakna.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20265 / 21Keterlibatan Generasi ke-3 dan ke-4 sebagai pelaksana utama, dengan sokongan serta restu generasiterdahulu, merupakan satu contoh kesinambungan yang amat membanggakan.Majlis ini tidak seharusnya berakhir sebagai satu kenangan indah yang tersimpan dalam gambaratau catatan semata-mata. Sebaliknya, ia diharapkan menjadi permulaan kepada hubungan yanglebih erat dan berterusan dalam kalangan waris Moyang Puteh Ahamad.Kepada generasi muda, gunakanlah peluang ini untuk mengenali saudara-mara, memahamiasal-usul, serta menghargai nilai adab, budi dan hormat yang menjadi teras kekeluargaan kita.Kepada generasi yang lebih dewasa, teruslah menjadi contoh, pembimbing dan pendamai agarnilai-nilai murni ini dapat diwariskan dengan sebaik-baiknya.Salasilah yang ada pada hari ini bukan sekadar rekod sejarah, tetapi satu amanah bersama yangperlu dipelihara, dikemas kini dan disampaikan kepada generasi seterusnya dengan kefahaman sertahikmah.Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasihkepada seluruh waris Moyang Puteh Ahamad yang dapat hadir dan bersama-sama menjayakanperhimpunan ini. Kehadiran tuan-puan sekalian amat besar maknanya dan menjadi lambangkesatuan keluarga yang selama ini kita dambakan. Besar harapan saya agar pertemuan ini menjadisatu titik perubahan yang bermakna, yang membuka jalan ke arah usaha merapatkan danmengekalkan silaturrahim kekeluargaan yang lebih kukuh, berpanjangan dan berkekalan.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada seluruh Jawatankuasa KerjaMajlis yang telah bekerja keras dengan penuh dedikasi, kesabaran dan semangat kebersamaandalam merancang serta melaksanakan majlis ini. Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkanamatlah dihargai dan mudah-mudahan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.Akhir kata, semoga Majlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad ini meninggalkan kesan yangmendalam dalam diri setiap yang hadir, serta menjadi titik tolak kepada hubungan kekeluargaanyang lebih erat, harmoni dan berterusan pada masa hadapan.Sekian, dengan penuh hormat dan takzim.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Yang menjalankan amanah,*………………………………………* *YBrs. Encik Rus Bakarurraini bin Shahfei*Galur Abu KassimPenasihatMajlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad 2026


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20266 / 21Assalamualaikum kepada semua waris yang hadir.Hari ini kita berkumpul bukan sekadar untuk makan-makan, tetapi untuk menyambung kembali tali persaudaraan yang telah bermula sejak zaman Moyang Puteh Ahamad di Teluk Kepayang, Bota, Perak.Sungai Perak airnya tenang,Tempat mandi si anak dara;Teluk Kepayang tempat dikenang,Disitulah bermula segala cerita.Syukur alhamdulillah, hari ini kita melihat bukti betapa suburnya pohon keluarga kita. Daripada anak, membawa kepada cucu, cicit, piut hinggalah ke generasi oneng. Walaupun ini adalah Majlis kali Pertama seumpama ini, kita telah berjaya mengumpulkan 7 dari 9 Galur iaitu Galur Kulop Poi, Alang Yah, Teh Jelipah, Pandak Mat Sirat, Abu Kassim, Saodah dan Ibrahim serta 5 generasi iaitu dari Generasi ke 2 sehingga Generasi ke 6.Syabas pada semua yang telah bekerjasama. Namun kita tidak lupa juga kejayaan pada hari ini adalah usaha Pak Mat Zakaria 34 tahun yang lalu, iaitu ayah saya, yang telah menyusun Nasab yang menjadi rujukan utama sejak 1 November 1992.Bukan sehari mengait jala,Hingga senja di jeti muara;Tiga puluh empat tahun menyusun galah,Baru terbinanya Tautan Kasih keluarga.Harapan saya, semoga ukhwah ini tidak putus disini. Kenalilah sepupu papat dan saudara mara kita agar identiti keluarga Teluk Kepayang ini terus kekal sampai bila-bila.Tujuh galur kasih tak terurai,Moyang Puteh Ahamad punca salasilah;Adat dijaga kasih ditanam,Agar zuriat kita rukun berkumpul.Sekian, terima kasih.Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria Bin Abu Kassim Bin Puteh AhamadPengerusiMajlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad 2026


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20267 / 21Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana denganlimpah kurnia dan keizinan-Nya, kita semua dapat berhimpun dalam Majlis Tautan Kasih MoyangPuteh Ahamad pada hari yang penuh bermakna ini.Ianya bermula pada tahun 2017 apabila saya melihat salinan kertas dalam 3-4 mukasurat yangdikongsi oleh arwah Pok Din dalam group WA Tok Kulop Poi (dan kini Group WA Moyang PutehAhamad), saya buat kajian apa aplikasi yang sesuai dan secara tidak langsung terus terlibatmemikul amanah untuk menyambung usaha penyusunan dan pemurnian salasilah keturunanMoyang Puteh Ahamad, khususnya dari kawasan Teluk Kepayang dan Bota Kiri. Usaha inimerupakan kesinambungan daripada kerja-kerja awal yang telah dimulakan dengan penuh dedikasioleh Allahyarham Pak Mat Zakaria sejak 1 November 1992. Sesungguhnya, usaha yang berterusanini mencerminkan komitmen kita dalam memelihara warisan keturunan agar tidak luput ditelanzaman.Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadasemua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama, khususnya Allahyarham Pok Din atasperkongsiannya, Kak Nora: versi hardcopy , Saudara Saiful Helefis: bagi versi sofcopy, sertaseluruh waris yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakanpenghasilan Carta Nasab 2026 (Satu Muka) yang dipersembahkan kepada para hadirin pada hari ini.Walau bagaimanapun, berdasarkan analisis kehadiran dan maklumat yang diterima, didapati masihterdapat sebahagian waris yang belum mengemaskini data mereka, khususnya melalui aplikasiMacFamily Tree. Sehubungan itu, saya amat berharap agar semua waris yang hadir dapatmemberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha pengemaskinian maklumat ini. Inisiatif ini amatpenting bukan sahaja sebagai rujukan generasi akan datang, malah sebagai medium untukmengukuhkan hubungan antara setiap galur serta mempereratkan lagi silaturrahim dalam kalangankita.Bagi memastikan pengurusan maklumat salasilah ini lebih teratur dan sistematik, adalahdicadangkan agar setiap galur mempunyai wakil atau pemegang salasilah masing-masing, atau


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20268 / 21berhubung terus dengan saya bagi tujuan penyelarasan maklumat. Langkah ini pentingmemandangkan pertambahan generasi dari semasa ke semasa, agar setiap susur galur dapatdirekodkan dengan lengkap tanpa sebarang keciciran.Selain itu, ingin saya tegaskan bahawa segala maklumat yang dihimpunkan dalam sistem ini adalahmerupakan satu amanah yang perlu dijaga dengan penuh integriti. Data ini tidak dibangunkan untukdikongsi secara terbuka tanpa kawalan, dan tidak seharusnya disalahgunakan untuk sebarangkepentingan peribadi, sama ada pada masa kini mahupun pada masa hadapan.Sebagai penutup, adalah menjadi harapan agar segala usaha yang telah dilaksanakan ini akan terusdiperkasakan dengan sokongan padu daripada seluruh waris. Apa yang kita bina hari ini bukansekadar catatan nama, tetapi merupakan satu legasi berharga yang akan menjadi panduan dankebanggaan kepada generasi akan datang.Semoga Majlis Tautan Kasih ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan kekeluargaanserta menjadi titik tolak kepada usaha berterusan dalam memelihara dan memartabatkan warisanketurunan Moyang Puteh Ahamad.Sekian, terima kasih.Kusnizam Bin KhusairiGalur SaodahMPA.B1.1 SAO.A1.1 KUS - G3.5


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 20269 / 21Ahmad Zakaria bin Abu Kassim dilahirkan di Teluk Kepayang, Bota pada tarikh 7 September 1928.Beliau adalah merupakan anak kelima dari tujuh adik-beradik dan merupakan seorang anak yangamat gemar membaca dan menulis.Beliau adalah seorang individu yang pantang berputus asa dalam apa jua cabaran dan dugaan yangmendatang. Ahmad Zakaria bin Abu Kassim menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu TelukKepayang pada tahun 1938 dari darjah 1 hingga tamat darjah 5.Sejak kecil lagi, beliau sekeluarga menerima pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan mereka.Antara yang tidak dapat dilupakan adalah dengan kehilangan abang sulung yang disayangi akibatdihukum bunuh oleh tentera Jepun.Beliau juga menjalani liku kehidupan yang sangat perit seperti kekurangan bekalan makanan,pakaian serta kemudahan asas akibat pertembungan dalam zaman peperangan sewaktu pendudukantentera Jepun di Tanah Melayu.Namun, cabaran emosi dan fizikal ketika itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terusmeneruskan pembelajarannya di Sekolah Melayu Teluk Bakong dari darjah 6 hingga darjah 7.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202610 / 21Walaupun begitu, pengajian beliau sewaktu berada di darjah 7 terpaksa dihentikan separuh jalankerana keadaan kawasan setempat yang semakin kucar-kacir dan tidak mengizinkan.Setelah tamat zaman pendudukan Jepun, dalam tahun 1945 beliau telah mengambil keputusan untukmenyambung kembali pengajiannya di Sekolah Melayu Silibin di Ipoh dan kemudiann ke SekolahAnderson mulai dari “Special Malay Class 1 and 2” dan langsung ke “Standard 4” hingga “Standard7”.Semasa sedang belajar di Sekolah Anderson, Ahmad Zakaria bin Abu Kassim hadapi masalahkewangan untuk membayar yuran asrama dan akhirnya beliau telah diusir keluar dari asramatersebut.Disebabkan oleh hal tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk menginap di sebuahkandang lembu yang terletak berdekatan dengan sekolah dan dengan gigih meneruskanpembelajarannya di Sekolah Anderson tanpa jemu.Setiap hujung minggu dan waktu cuti sekolah, Ahmad Zakaria bin Abu Kassim mula buat kerjasampingan seperti menjadi caddy golf dan pengutip bola tenis di kelab-kelab golf serta tenis untukmendapatkan wang supaya dapat membayar keperluan sekolah.Dalam bulan Mac 1953, Ahmad Zakaria bin Abu Kassim telah menyambung pengajiannya di RIDA(kini dikenali sebagai MARA) dalam kursus“Rubber Estate and Factory Management”.Beliau adalah merupakan antara pelatihpertama di jurusan tersebut.Pelatih-pelatih lain adalah Haji Mohd Nor,Abdul Majid Kadir, Abdul Rahim dan TanSri Nayan Ariffin. Mereka telah diletakkan didua pusat latihan yang terletak di LadangTelok Pengerang dan Ladang Telok Sengat diJohor sebelum dipindahkan ke RRIM SungaiBuloh dan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Keadaan latihan pada ketika itu amatmencabar kerana kedudukan kedua-dualadang tersebut terletak berhampiran dengankawasan persembunyian pengganas komunisyang sedang bermaharajalela.Sering kali ladang-ladang disana menerimakunjungan yang tidak diundang dan serangandari pihak pengganas komunis. Namun,halangan tersebut tidak mematahkansemangat beliau untuk meneruskan latihanwalaupun beberapa orang pelatih telah menarik diri dari program tersebut.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202611 / 21Setelah tamat latihan, beliau telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai “Trainee Supervisor” diladang Braemar dalam tahun 1955. Di situlah bermulanya jejak beliau menuju ke arahpelantikannya sebagai anak Melayu pertama yang dilantik sebagai pengurus ladang di bawahsyarikat kelolaan Harrisons and Crosfield dalam tahun 1962.Ahmad Zakaria bin Abu Kassim telah diamanahkan untuk menguruskan Ladang Juasseh di NegeriSembilan sebelum berpindah ke ladang-ladang yang lain. Antara ladang-ladang yang pernahmenerima khidmat beliau adalah Ladang Braemar, Ladang Cluny, Ladang Trolak, Ladang SungaiBruas, Ladang Sogomana, Ladang Diamond Jubilee, Ladang Juasseh dan banyak lagi.Dalam tahun 1972, Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33) telah mengiktiraf jasa beliau dalam bidangperladangan dengan pingat Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) bersama-sama dengan 146 penerima didalam bidang yang lain.Beliau telah buat keputusan untuk bersara awal dari dunia perladangan dalam bulan Oktober 1982.Atas sebab-sebab tertentu, pihak Harrisons Malaysian Plantation Berhad telah memohon agar tarikhpersaraan beliau dilanjutkan sehingga penghujung tahun 1984.Setelah berfikir secara mendalam, beliau telah bersetuju untuk melanjutkan khidmatnya sepertiyang telah ditetapkan dan akhirnya beliau secara rasmi telah bersara pada tarikh 7 September 1983.Pada tarikh 13 Januari 2018 ketika usia 90 tahun, Ahmad Zakaria bin Abu Kassim telahmenghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman beliau di Kampung Sungai Rokam, Ipoh.Sumbangan artikel dari cucu arwah, Hafiz Hisan.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202612 / 21


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202613 / 21A. 34 Tahun. Bermula 1/11/1992, Encik Ahmad Zakaria Bin Abu Kassim atau lebihdikenali sebagai Pak Mat Zakaria bertindak menyusun Nasab Bapa dan Ibu beliau iaituNasab Abu Kassim Bin Puteh Amat (Telok Kepayang, Bota, Perak) dan Nasab LongSenah Bte. Kulop Mat Akit (Bota Kiri, Parit, Perak). Selepas beliau meninggal duniaatas keuzuran pada tahun 2018, tugas penyusunan tersebut telah diambilalih olehEncik Kusnizam bin Khusairi dari Galur Saodah dan dijadikan sumber utama dalammengemaskinikan Salasilah Moyang Puteh Ahamad sehingga kini.B. 10 bulan 10 hari (atau 314 hari) yang lalu. Pada 29/6/2025 telah diadakan MajlisPerjumpaan Mini Reunion Moyang Puteh Ahamad di Restoran Bintang Raya, BandarTasik Puteri, Rawang, Selangor. Keputusannya : Jawatankuasa Kerja dibentuk untukmelaksanakan Majlis Perjumpaan Waris Moyang Puteh Ahamad yang Pertama.C. 8 bulan 23 hari (atau 266 hari) yang lalu. Pada 16 Ogos 2025, telah berlangsungmesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja Majlis Tautan Kasih Moyang Puteh Ahamad.D. 2 generasi bergabung. Jawatankuasa Kerja pelaksana program adalah terdiridaripada gabungan Generasi ke 3 dan ke 4 dari kesemua Galur.E. Tarikh Keramat 9hb Mei 2026. Majlis yang dinamakan Tautan Kasih Moyang PutehAhamad diadakan.F. 7 Galur. Sebanyak 7 dari 9 Galur iaitu Kulop Poi, Alang Yah, Teh Jelipah, Pandak MatSirat, Abu Kassim, Saodah dan Ibrahim telah dapat dikumpulkan.G. 5 Generasi. Kehadiran merangkumi Generasi ke 2 sehingga ke 6.H. 2 dari 3 waris Generasi ke 2 turut hadir memeriahkan majlis iaitu Puan Aziah BintiMohd Baki (anak perempuan kepada Opah Saodah) dan Puan Aishah Binti Mahmud(isteri kepada Abdul Hayet Bin Pandak Mat Sirat). Tok Aziz Bin Kulop Poi tidak dapathadir kerana uzur.I. 474 waris. Setakat 6/5/2026, seramai 474 waris telah mendaftar untuk hadir ke MajlisTautan Kasih Moyang Puteh Ahamad.J. Artificial Intelligence (AI) digunakan untuk rekabentuk grafik serta mengilustrasikanwajah Moyang Puteh Ahamad serta 3 orang anaknya iaitu Teh Jelipah, Pandak MatSirat dan Ibrahim.


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202614 / 21


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202615 / 21TEMA PAKAIAN :BUSANA MELAYUWARNA GALUR :KULOP POI (KP) : BIRU PANDAK MAT SIRAT (PMS) : UNGUALANG YAH (AY) : HIJAU ABU KASSIM (AK) : HITAM EMASTEH JELIPAH (TJ) : PUTIH SAODAH (SAO) : MERAHIBRAHIM (IB) : KUNINGPengurus Lantai : Meor Mazfaizal Bin Ahmad Zawawi (AK)2.00 petang : Pendaftaran oleh Jawatankuasa Kerja Majlis TKMPA: Meja Pertanyaan Perisian MacFamily Tree MPA oleh Kusnizam Bin Khusairi (SAO)2.30 petang : Kata-kata Aluan Pengacara Majlis oleh Syed Khairudin Bin Syed Idris (AY) dan Norhafiza Binti Mohamad (AK): Tahlil Ringkas dan Doa Selamat oleh Ustaz Muhammad Haikal Bin Rus Bakaruraini (AK): Ucapan Pengerusi Majlis TKMPA oleh Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria (AK): Ucapan Penasihat Majlis TKMPA oleh Rus Bakaruraini Bin Shahfei (AK): Ucapan Perasmian oleh Penaung Majlis TKMPA oleh Datuk Ismail Bin Hj Kamaruddin (AK): Persembahan Montaj: Jamuan Hi-Tea (Dome per table): Sesi Pengenalan Galur - 1. Kulop Poi 5. Abu Kassim 2. Alang Yah 6. Saodah 3. Teh Jelipah 7. Ibrahim 4. Pandak Mat Sirat: Sesi Bergambar- 2 Gambar Utama MPA dan Jawatankuasa- 2 Gambar Generasi ke 2&3 dan ke 4- 7 Gambar Galur5.30 petang : Wacana Hala Tuju Waris Moyang Puteh Ahamad oleh Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria (AK)6.00 petang : Bersurai


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202616 / 21Penaung : Datuk Ismail Hj Kamaruddin (Abu Kassim 012-3835150)Penasihat : Rus Bakaruraini Bin Shahfei (Abu Kassim 019-5705121)Pengerusi : Zaifulsham Bin Hj Ahmad Zakaria (Abu Kasssim 012-2998660)Naib Pengerusi : Siti Mazlifah Binti Hj Zawawi (Abu Kassim 019-2719772)Abu Kassim : Meor Mazfaizal Bin Ahmad Zawawi (019-3990067) Li Bin Kamarudin (019-5650958) Norhafiza Binti Mohamad (019-2827305) Rafidah Binti Razak (012-3534059) Muhammad Arif Murshid Bin Ros Saidon Khudri (011-39518011)Kulop Poi : Ariffin Bin Badrol Hisham (011-16365793) Faridah@Mar Binti Zahidin (010-3855586) Mohd Hatta Bin Hanid (019-2484937) Badaruddin Bin Chek (012-9763666) Roha Binti Jaafar (012-6785966)Teh Jelipah : Hjh Halimatun Arrahmniyah Binti Shaari (013-4532648) Mior Zainul Basri Bin Hamzah (013-3684742) Lailaton Azlina Binti Alias (013-3505096) Azizatun Zahariah Binti Alias (012-5172543) Mustafa Bin Mohamed (018-9577869)Alang Yah : Hj Syed Khairudin Bin Syed Idris (013-5955195) Cikgu Salim Bin Mahmud (012-6789941)Pandak Mat Sirat : Roslina Binti Abdul Hayet (017-8201165) Hairi Bin Mat Lanan (019-5752624)Saodah : Kusnizam Bin Khusairi (019-2229940)


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202617 / 21LAMPIRAN


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202618 / 21


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202619 / 21


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202620 / 21


TAUTAN KASIH MOYANG PUTEH AHAMAD 202621 / 21


Click to View FlipBook Version