The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wonglaiyee, 2022-11-29 03:36:45

335502786-Ting-1-Bab-1-Arah

335502786-Ting-1-Bab-1-Arah

Geografi Tingkatan 1

ARAH

Oleh : Pn Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Seri Berang

1.1 Arah

Di akhir pengajaran murid dapat,
• Mengenal pasti lapan arah

mata angin

Situasi 1

• Jika Ali ingin ke Kuala Berang, arah manakah
yang dia perlu tuju?



Arah mata angin

• Dalam geografi, mata angin merupakan panduan
yang digunakan untuk menentukan arah.

• Biasanya arah mata angin digunakan semasa
memandu arah atau mengemudi kenderaan atau
semasa menggunakan kompas dan menggunakan
peta.

• Kerjaya yang sering dikaitkan dengan arah ialah
juruterbang, askar, pemandu dan pelancong

Mata angin utama

• Mata angin utama ialah utara, selatan,

timur dan barat

• Empat mata angin perantaraan pula ialah

timur laut, barat laut, tenggara dan

barat daya
• Kelapan-lapan arah mata angin ini sering kali

digunakan untuk menentukan kedudukan

Arah mata angin

BL TL
BT
BD TG

Di akhir pengajaran murid
dapat,

• Menggunakan matahari
sebagai panduan untuk
menentukan arah mata angin

Menentukan arah menggunakan
matahari

Arahan

• Tangan kanan berada pada arah matahari
terbit. Tangan kanan merujuk kepada arah
…………

• Tangan kiri pula merujuk kepada arah …………..
• Di bahagian hadapan kamu, arah tersebut

ialah arah …………….
• Manakala di belakang kamu, arahnya adalah

arah …………………..

Cuba jawab..

Peta pelancongan negeri Pahang

Di mana kedudukan negeri saya?

Di akhir pengajaran murid dapat,

• Menggunakan kompas untuk
menentukan arah mata angin

• Menentukan arah berpandukan
matahari, mengorientasi
kompas dan mengukur bearing
sudutan dengan menggunakan
jangka sudut

Mengenali kompas

• Kompas ialah alat yang menunjukkan arah
merujuk kepada arah utara

• Jarum kompas akan sentiasa bergerak ke arah

utara kerana terdapat magnet pada

kompas yang menggunakan medan magnet
bumi
• Bacaan kompas dibaca menggunakan unit
darjah ( °) iaitu merujuk kepada arah.

Contoh kompas

Arah kompas mengikut nilai darjah

Bahagian-bahagian kompas

• Dial - adalah permukaan kompas
dimana tertera angka dalam darjah
dan huruf mata angin.

• Pembidik objek - adalah lubang
dengan kawat halus visir untuk
membidik sasaran.

• Pembaca skala kompas, digunakan
untuk melihat darjah kompas.

• Jarum penunjuk - adalah alat yang
menunjuk Utara Magnet.

• Tutup Dial dengan dua garis
bersudut 45° yang dapat diputar.

• Cincin pegangan -adalah tempat
ibu jari untuk menumpang Kompas
saat membidik.

Cara membaca kompas.

 Berdiri tegak dan pastikan
badan kamu menghala ke
tempat yang ingin dituju

 Pegang kompas dan
cangkukkan ibu jari pada
cincin pemegang kompas

 Pastikan kompas berada
dalam keadaan rata dan
tunggu sehingga jarumnya
berhenti bergerak

Halakan pembidik
objek ke arah yang
hendak dihala.

Perlahan-lahan baca
nilai sudut yang
ditunjukkan di dalam
kompas

Cara memegang dan membidik objek
menggunakan kompas

Di akhir pengajaran murid
dapat,

• Mengukur bearing sudutan
pada peta dengan
menggunakan jangka sudut

Bearing sudutan

• Bearing sudutan merupakan
bacaan sudut mengikut arah
pusingan jam dari utara
dalam satu bulatan penuh

• Bearing sudutan dinyatakan
di dalam unit darjah di
antara 0° sehingga
360° darjah.

Membaca bearing sudutan
menggunakan jangka sudut

Kedudukan protektor yang betul

• Bagi mengukur sudut yang
nilainya kurang dari 180°

- Protektor mesti berada dalam
keadaan tegak

- Nilai 0° berada di atas dan
nilai 180° berada di bawah

- Nilai sudut dibaca mengikut
arah pusingan jam iaitu dari
atas ke bawah

Kedudukan protektor yang betul

• Bagi mengukur sudut yang
nilainya lebih dari 180°

- Protektor mesti berada dalam
keadaan tegak

- Nilai 0° berada di bawah dan
nilai 180° berada di atas

- Sudut dibaca dari bawah ke
atas

JANGAN!!!!!!

Kedudukan protektor yang salah…

Contoh soalan

• Ukur bearing sudutan Titik X ke Titik Y

Titik X

Titik X

Langkah-langkahnya

• Sambungkan satu garisan yang
menyambungkan dari titik X ke titik Y

Titik X

Titik Y

• Baca semula soalan, tentukan di mana titik
mula dan arah yang ingin dituju

• Dari titik X ke titik Y. Kemudian, lukis arah
mata angin pada titik permulaan iaitu titik X

Titik X

Titik Y

• Letakkan protektor selari dengan arah utara
yang telah dilukis tadi

Titik X

Titik Y

• Baca bacaan angka
pada protektor

Aktiviti berkumpulan:
Mari membaca bering

Arahan :
• Lihat kertas yang telah diberikan oleh guru
• Terdapat 5 stesen yang ditanda di hadapan

kamu
• Cari nilai bearing dari satu stesen ke stesen

yang lain menggunakan kompas dan jangka
sudut yang diberikan oleh guru

Stesen 1 Stesen 2
Stesen 5
Stesen 3
Stesen 4

Stesen 1 Stesen 2
Stesen 5
Stesen 3
Stesen 4

Nilai sudut bagi setiap stesen

 Bearing stesen 1 ke stesen 2 ialah ………………
 Bearing stesen 2 ke stesen 3 ialah ………………
 Bearing stesen 3 ke stesen 4 ialah ………………
 Bearing stesen 4 ke stesen 5 ialah ………………


Click to View FlipBook Version