.
TAJUK E-FOLIO: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI DISEMBER 2020
DET2C
NAMA PENSYARAH: MIOR ISKANDAR BIN MIOR AZIZAN
NAMA AHLI KUMPULAN:-
1)MUHAMMAD HAZIM BIN BAHAUDIN
(15DET20F1041)
2)MUHAMMAD AIMAN QUSYAIRI BIN AHMADI
(15DET20F1025)
3)MUHAMMAD ARIF BIN ADAM
(15DET20F1049)
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
TOPIC 3-5
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA 5-6
KOMPOSISI DAN TABURAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA 6-7
KAUM MELAYU 8-9
KAUM CINA 10-11
KAUM INDIA 11
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SLPS MERDEKA
SEHINGGA KINI 12
KOMPOSISI ETNIK
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada ENCIK MIOR ISKANDAR BIN MIOR AZIZAN, Pensyarah matapelajaran ETIKA
DAN PERADABAN (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.Selain itu, tidak
lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal
dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merialisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan
teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
1
PENDAHULUAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,agama dan
adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-
19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung
Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa
atau kaum lain.Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat
majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma.Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk
terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang
tersendiri.Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi
kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi
yang terkemudian.M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang
panjang lebar mengenai konsep ini.M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai
masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik
pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang
tersendiri.Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan,
bukannya atas dasar nilai bersama.Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga
memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk.Beliau
membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan
bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik
2
TOPIK: SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
1.1 SEJARAH KEWUJUDAN DAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat
perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang
daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah
merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakkan ahli sejarah dan antropologi
social bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah
ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di semenanjung
Malaysia.
Dalam tahun1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola
etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.Aspek demografi merupakan perkara
yang penting dalam mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya
memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut
mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang
pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam
jangka masa yang panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu
ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh
Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobility penduduk. Masyarakat homogenis
Melayu Tnah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang
mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah
Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah
menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe
(1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke
semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan
kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
3
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh
masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya
tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain
termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh
Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi
tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh
lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia
berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa
bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N.
Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese.
Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang
agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan
mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di
negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana
berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku
dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan
masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-
negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
4
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina
dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori
penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-
Cina dan lain-lain.
1.2 KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik
yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan
adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan
dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang
dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi
oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga
berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah
daripada rumpun bangsa yang sama.
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum
penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah
Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk
kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar
kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah
penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah
Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah
Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan
keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu.
5
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49%
pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat Tanah
Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and
rule).
Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama
memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.Struktur
masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak
dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena
migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di
negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan
sehingga ke hari ini.Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-
masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera
tidak digalakkan.
1.3 KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek
moyangnya 8ating dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu
kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari
kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan
ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia 8ating daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi
dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834
orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
6
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan.
Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-
kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.Penguasaan ekonomi orang Melayu
terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur
tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah
mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru
seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan
Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini
menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau
perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan
kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi
ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin
merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan
hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor
ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu
dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor
ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih
lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu
menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu
dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni
mereka yang sangat kaya.
7
1.4 KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua
puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang
ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga
kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara
Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin
yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan
Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura
dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun
1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang
datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di
Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti
perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai
Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan
Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org
Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa
masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat
Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000
orang.
8
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke
setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini
dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The
Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina
telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai
kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-
kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis
sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka
ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang
Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-
kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu
ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia
Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936
orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
9
1.5 KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India yang
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India
yang berbahasa Tamil, yang dating ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk
mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari
system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut
membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang
mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20,
sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal
lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun
1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai
pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.Tumpuan masyarakat India ini ialah di
kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan
menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah
berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu
antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke
Tanah Melayu.
10
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari
Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang
Punjabi dan orang Ceylon.
Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada
keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu
pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet-estet
getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan
kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas
dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India
yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa
terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api,
jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah.
Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem
Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India
mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah yang digelar
Kangani.
Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem
Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang
disebut di dalam kontrak.
Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu
11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
11
1.6 KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI
Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahun 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000
(Carta 1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam
tempoh 2000-2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada
tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta 2).
Carta 2
11
1.7 Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah
bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina
(24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
12
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan
Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan
dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan
bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya demi
meningkatkan daya tahan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di
negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak
untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak
memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi merealisasikan integrasi
nasional dan pembetukan negara bangsa maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu
menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh
segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.
RUJUKAN
BUKU
1) Pengajian Malaysia Siri Politeknik, Razana Fatin Abdullah@Razali, Oxford Fajar 2015/2016.
INTERNET
1)http://pmbab5.blogspot.my/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html
2)http://shantapriya20.blogspot.my/
3) http://masyarakatmajmukdimalaysia.blogspot.my/
13
LAMPIRAN
KAUM MELAYU
Berikut merupakan perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum melayu. Antaranya ialah hari raya
aidilfitri, hari raya aidil adha, sambutan maulidur rasul dan banyak lagi.
Kaum melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu banyak lagi ibadah
yang dilakukan umat islam seperti membaca qur’an, berzikir dan sebagainya
Baju tradisional masyrakat melayu bagi perempuan ialah baju kurung, kebaya dan banyak lagi.
Manakala bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu.
14
KAUM CINA
Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk
bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi yang beragama
Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan
terpenting bagi kaum cina.namun begitu terdapat nbanyak lagi prayaan yang diraikan masyrakat
cina.
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang menarik antaranya ialah tarian naga, tarian singa dan
tarian kipas. Terdapat juga tarian lain yang juga merupakan tarian tradisional kaum cina.
15
KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama
hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir kaum india yang menganut
agama islam setelah berhijrah ke tanah melayu.
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama
hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir.
Antara perayaan yang disambut masyarakat india di Malaysia ialah Hari Deepavali, Thaipusam,
Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya.
Antara masyarakat india ialah tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Sari, kurta,sarung dan serban merupakan pakaian tradisional bagi masyrakat india.
16
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Kebanyakkan masyarakat Sarawak dan sabah adalah beragama islam. Namu ade juga sebhagian
mereka yang beragama kristian, dan Buddha. Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman
dahulu seperti animisme
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut
oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian
baru. Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah
kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon”
iaitu semangat padi.
PESTA GAWAI
PESTA KEAMATAN
17
Berikut merupakan baju kebudayaan masyrakat Sabah dan Sarawak
SABAH
SARAWAK