The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANAH DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL DAN SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by goldsmartchessclub, 2021-12-02 01:04:00

KERJA KURSUS GEOGRAFI

TANAH DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL DAN SEKOLAH

KERJA KURSUS GEOGRAFI
GUNA TANAH DI KAWASAN

TEMPAT TINGGAL DAN
SEKOLAH

Ditulis oleh : Muhd Irfan bin Zulhilmi

No. KP : 060824100835

Tingkatan : 3 Ibnu Taimiah

Guru Geografi : Cikgu Zulkafli bin Ariffin

Kawasan Kajian: Tendong,

Pasir Mas, Kelantan

SENARAI SEMAK

Bil Perkara Halaman Tarikh

1 Penghargaan 2 15/11/2021
2 Pendahuluan 3 15/11/2021
3 Objektif Kajian 4 15/11/2021
4 Kaedah Kajian 5 16/11/2021
4.1 Kaedah Pemerhatian 5 17/11/2021
4.2 Kaedah Temubual 5 18/11/2021
4.3 Kaedah Rujukan 6 19/11/2021
5 Kawasan Kajian 7 20/11/2021
6 Hasil Kajian 10 24/11/2021
7 Rumusan 17 25/11/2021
8 Lampiran 18 26/11/2021
9 Rujukan 20 26/11/2021

Penilaian Umum

1

PENGHARGAAN

Segala pujia-pujian dirafakkan kepada Allah SWT, Tuhan
pencipta sekalian alam dan telah mengurniakan banyak nikmat
kepada hamba-Nya agar dapat memudahkan urusan dan dapat
beribadat kepada-Nya. Seterusnya, selawat dan salam ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, berkat perjuangan
Baginda dan para sahabat, Islam telah tersebar ke seluruh dunia.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah
saya siapkan kerja kursus ini. Di sini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan saya,
Ammar Najmi, Wan Ahmad Iman dan Danish Durani yang
terlibat dalam membantu kerja kursus ini. Juga diucapkan terima
kasih kepada guru Geografi 3 Ibnu Taimiah, Cikgu Zulkafli bin
Ariffin di atas nasihat dan dorongan semangat yang berterusan.

Terima kasih juga kepada responden yang telah
bersetuju dalam memberi kerjasama bagi menyempurnakan
kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

2

PENDAHULUAN

Kerja kusus ini telah diarahkan oleh Pengetua sekolah,
dan guru geografi tingkatan 3 untuk dijalankan oleh semua
pelajar tingkatan 3. Untuk subjek Geografi ini, tajuk kajian saya
adalah kajian guna tanah dan nama saya, Muhammad Irfan bin
Zulhilmi dari kelas 3 Ibnu Taimiah dari SMK Agama Falahiah
telah melakukan kajian di kawasan tempat tinggal saya,
Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Antara sebab utama saya memilih kawasan tempat
tinggal sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan tempat
tinggal saya. Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat
kajian. Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini
dan memudahkan saya mendapat data-data yang berguna
untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya
gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja
kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian guna
tanah di kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya, saya
telah menemu ramah beberapa responden bertujuan untuk
mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan
berterima kasih kepada semua responden yang memberi
kerjasama yang baik dan saya berjaya menyiapkan kerja kursus
ini dalam tempoh yang diberi.

3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi
kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-
perkara seperti berikut:

a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang
latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan
kajian

b) Membuat / melukis sebuah peta lakar berasaskan peta
topografi dengan lengkap serta mentafsir peta lakar di
kawasan kajian

c) Mendapatkan maklumat berdasarkan lorekkan kawasan
taburan guna tanah seterusnya menghuraikan satu jenis guna
tanah utama di kawasan kajian

d) Menghuraikan kesan guna tanah yang dipilih terhadap alam
sekitar di kawasan kawasan berlorek dalam kajian peta

e) Mencadangkan usaha-usaha dan langkah yang perlu
dilakukan untuk mengatasi kesan guna tanah di kawasan
berlorek dalam kajian peta

4

KAEDAH KAJIAN

Terdapat empat kaedah kajian telah dijalankan dan membantu
saya bagi memastikan tugasan kajian peta di kawasan kajian
iaitu Pasir Mas, Kelantan dapat disiapkan dengan sempurna dan
bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat

1) Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan

Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di
kawasan.bagi mengenalpasti guna tanah yang terdapat di
kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu membantu saya
untuk melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah

2) Kaedah Temubual Dan Borang Soal Selidik

Melalui kaedah temubual bersertakan borang soal selidik
yang diedarkan kepada penduduk setempat, saya dapat
mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara
seperti berikut:

i. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan
kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna
tanah

ii. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji

iii. Memberikan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha
juga tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi kesan
guna tanah di kawasan kajian

5

3) Internet/Buku Rujukan
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.
Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi
mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti
yang telah dilayari, saya turut dapat memuat-turun bahan
berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan
tambahan.

4) Bimbingan Guru
Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya
melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu,
saya mendapat bimbingan dari guru iaitu

8

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah di
Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Secara amnya, guna tanah di
kawasan ini lebih terarah kepada kegiatan pertanian,
perindustrian dan perumahan. Keadaan muka bumi di kawasan
ini secara amnya ialah tanah yang rata, dan tanah ini merupakan
tanah pamah dan jenis aluvium yang sesuai untuk dijadikan
sebagai kawasan tanaman padi.

Terdapat juga tanah seperti tanah lerit merah yang
sesuai untuk dijadikan tapak penanaman kelapa sawit dan
getah.

Selain itu, Tendong, Pasir Mas, Kelantan juga
mempunyai sebuah dua buah masjid dan satu surau sebagai
tempat beribadat untuk orang Islam. Terdapat juga penduduk
yang menanam sawah padi dan kelapa sawit sebagai punca
rezeki mereka.

Bagi infrastruktur pendidikan pula, terdapat dua buah
sekolah yang telah dibina berdekatan kawasan perumahan
seperti SK Othman Talib (2) dan SMK Tendong.

Kereta dan motosikal merupakan pengangkutan
terpenting di sini. Oleh itu, kerajaan telah membina jalan raya
untuk menghubungkan bandar dan luar bandar.

Peta lakaran dan peta digital ada di halaman
seterusnya.

9

1. Peta Digital
10

2. Peta Lakar
11

HASIL KAJIAN

FAKTOR GUNA TANAH PETEMPATAN

Antara jenis guna tanah di kawasan tempat tinggal saya ialah
petempatan. Jenis perumahan yang sering dibina di sini adalah
perumahan bukan strata. Perumahan bukan strata ialah
perumahan yang dibina atas tanah (landed house). Rumah jenis
ini termasuklah rumah banglo, rumah teres, rumah berkembar
dan rumah berkelompok.

Antara faktor yang mempengaruhi guna tanah untuk tujuan
petempatan adalah bentuk muka dan lokasi. Faktor ini
mempengaruhi kemudahan seperti pengangkutan awam, jalan
raya dan lebuh raya yang menghubungkan antara bandar dan
luar bandar.

Beberapa tahun belakangan ini banyak pusat membeli belah
dibina, seperti Salamku dan Mydin dan ini telah membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk.

Di samping itu, kawasan perindustrian berhampiran juga

mempengaruhi guna tanah Seremban sebagai kediaman.

Pekerja-pekerja sektor ini memerlukan kediaman yang

berdekatan dengan kawasan pekerjaan mereka bagi

memudahkan kehidupan harian. Oleh itu, guna tanah bagi

kediaman berhampiran kawasan perindustrian ini meningkat

bagi menampung permintaan. 12

FAKTOR GUNA TANAH PERINDUSTRIAN

Dalam kawasan Tendong, Pasir Mas ini, terdapat juga kawasan
yang dijadikan sebagai tempat perindustrian seperti di GS
Lighting and Electrical dan kedai penghasilan ayam segar. Antara
faktor guna tanah perindustrian di sini adalah jaringan
pengangkutan yang berkualiti dan lokasinya yang strategik.

Bukan itu sahaja, kedudukan Tendong, Pasir Mas yang dikelilingi
oleh kawasan-kawasan yang mempunyai sumber semula jadi
hasil pembalakan dan pertanian memudahkan pekilang-pekilang
untuk mendapatkan sumber-sumber asli bagi pemprosesan
produk mereka.

KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN
Antara kesan guna tanah untuk penempatan terhadap alam
sekitar adalah peningkatan suhu di sekitar Tendong, Pasir Mas.
Semakin ramai manusia membuat penempatan di sesuatu
kawasan meningkatkan lagi bilangan kenderaan. Kenderaan
seperti kerata, motor dan lori melepasakan gas karbon
monoksida dan ia menyebabkan daya serap haba lebih tinggi.
Fenomena ini dikenali sebagai pulau haba.

Pembinaan bangunan secara rapat meningkatkan lagi suhu
sekitar Tendong, Pasir Mas kerana haba terperangkap dalam
kawasan penempatan tersebut.

13

Selain itu, kesan lain hasil guna tanah petempatan yang sering
berlaku adalah banjir kilat. Hal ini sering berlaku jika hujan lebat
berterusan tanpa henti pada waktu yang singkat. Peningkatan
penduduk di kawasan perumahan akan meningkatkan sisa
pepejal dan jika ia tidak tidak dilupuskan dengan efisyen akan
menyebabkan masalah perparitan yang serius. Sikap penduduk
setempat yang suka membuang sampah ke dalam saluran
longkang dan parit memburukkan lagi keadaan ini.

KESAN GUNA TANAH PERINDUSTRIAN

Antara kesan guna tanah bagi tujuan perindustrian ialah
pencemaran-pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bunyi,
bau, udara dan air. Pencemaran bunyi dan udara dihasilkan
daripada kenderaan yang keluar masuk sekitar kawasan kilang
dan kilang-kilang yang beroperasi. Asap-asap dan gas hasil
perindustrian ini akan menyebabkan udara di sekitar kawasan
petempatan berdekatan menjadi kotor dan menjadi tidak sihat
untuk penduduk. Pencemaran air berpunca daripada
pembuangan sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan baik pula
sangat berbahaya kepada sungai-sungai.

14

CADANGAN MENGATASI KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN

Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan
membuat perumahan hijau yang terancang. Pemaju dan
kerajaan hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam
melaksanakan langkah ini. Pihak pemaju hendaklah merancang
dengan teliti terlebih dulu kawasan petempatan yang akan
dibina dengan mengambil kira faktor kepadatan penduduk.
Kawasan perumahahan yang ingin dibina hendaklah mempunyai
sistem perparitan dan pengudaraan yang sistematik agar tidak
berlaku pencemaran dan banjir kilat.

Di samping itu, kawasan teduhan juga hendaklah
diperbanyakkan dengan menanam pokok-pokok bagi
menurunkan suhu sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, kempen kesedaran dan pendidikan alam
sekitar juga hendaklah diperkasakan bagi mendidik penduduk
akan kepentingan alam sekitar. Cara-cara mengitar semula sisa
pepejal hendaklah diterapkan dari kecil lagi bagi mengurangkan
risiko pencemaran hasil pembuangan sisa pepejal yang tidak
teratur.

15

CADANGAN MENGATASI KESAN GUNA TANAH PERINDUSTRIAN
Antara cadangan yang boleh dilakukan bagi

mengurangkan masalah pencemaran untuk guna tanah
perindustrian adalah dengan menguatkuasakan perundangan.
Kerajaan hendaklah memastikan pengilang-pengilang ini
membina kilang mereka dengan menepati piawaian terutama
aspek keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar ketika dan
selepas projek disiapkan.

Denda dan kompaun dimaksimakan bagi memberi
pengajaran kepada pengilang agar tidak mengambil remeh isu
pencemaran ini. Kerajaan juga boleh memberi galakan kepada
pengilang agar menjalankan operasi mereka dengan
menggunakan teknologi hijau. Hal ini adalah kerana teknologi
hijau mampu mengurangkan kesan pencemaran dan
pengeluaran haba yang terlampau tinggi.

16

RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian yang saya lakukan mempunyai
pelbagai faktor dan kesannya. Ia juga telah menyedarkan saya
tentang tugas sebagai masyarakat setempat dan peranan
kerajaan untuk memajukan lagi kawasan Tendong, Pasir Mas ini.

Kesan-kesan guna tanah ini juga seharusnya disedari
oleh masyarakat tempatan untuk lebih berusaha dalam menjaga
keselesaan dan keharmonian kawasan ini.

Saya juga telah mengalami pengalaman yang amat
berguna dalam pembelajaran geografi dalam menggunakan
pelbagai kaedah dalam mendapatkan data.

Tetapi jika dibandingkan dengan kawasan lain, kawasan
tempat tinggal saya lebih baik dan kesan-kesan negative boleh
diperbaiki dengan kesedaran dan kerjasama masyarakat
setempat. Kawasan tempat tinggal yang sempurna
mencerminkan penduduknya yang sentiasa menghargainya.

17

LAMPIRAN
18



RUJUKAN

1. Buku teks / Buku Rujukan
Buku teks Geografi Tingkatan 3, Nota Ekspress Geografi PT3

2. Internet
https://mypt3.com/contoh-geografi-pt3-jawapan

3. Orang Sumber/Temubual
Nama : Shaari bin Abdullah
Umur : 73
Alamat : Lot 2848, Kampung Bechah Hilir, Tendong

4. Responden Soal Selidik ( Halaman Seterusnya )
1. Nur Rosaria bin Umar
2. Muhd Amiruddin bin Muhd Ajwad
3. Naim bin Jali
4. Norian binti Abdul Rahman

20

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : _______________________________________
Jantina : _______________________________________
Bangsa : _______________________________________
Umur : _______________________________________
Pekerjaan : _______________________________________

Arahan : Sila Tandakan (/) pada jadual di bawah ini

Soalan 1 : Berapa lama Encik/Puan tinggal di kawasan ini

Kurang 1 tahun
1 tahun
Lebih 5 tahun
Lebih 10 tahun

Soalan 2 : Pada pendapat anda, manakah aktiviti yang
memberikan kesan negatif di kawasan Tendong

Perindustrian
Pertanian
Perumahan

Soalan 3 : Nyatakan sebab dan cadangan untuk
memperbaiki kesan negatif

_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________


Click to View FlipBook Version