The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEMPLAT KK GWCP1042_ Penulisan Ilmiah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rajaamirahfarhana, 2021-11-02 04:10:53

KERJA KURSUS GWCP1042 FLIPBOOK

TEMPLAT KK GWCP1042_ Penulisan Ilmiah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1042 WACANA PENULISAN

NAMA PELAJAR : RAJA AMIRAH FARHANA BINTI RAJA ANUAR
SHAHIMI
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 2021292310222
KUMPULAN/ UNIT : 030109020732
KOD DAN NAMA KURSUS : PPISMP/ PA4
NAMA PENSYARAH : GWP1042 WACANA PENULISAN
TARIKH HANTAR : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB
: TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama :RAJA AMIRAH FARHANA BINTI RAJA Angka Giliran:2021292310222
ANUAR SHAHIMI Nama Kursus:GWCP
Kod:1042

Pensyarah :PUAN ZURAIDA BINTI TALIB

Tarikh Hantar :21/10/2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Borang Maklum Balas Kerja Kursus 4

PENGHARGAAN 5
5
TUGASAN 2 : 6
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 6
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 7
1.0 PENDAHULUAN 8
2.0 PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN.

2.1. Pendedahan kepada Google Classroom
2.2. Bersemuka menggunakan Google Meet
2.3. Menggunakan aplikasi WhatsApp,Telegram dan Microsoft

Teams.

3.0. PENUTUP 9
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN 9
10
11

3

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t kerana
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Tanpa keredhaanNya saya tidak mungkin mampu menyiapkan tugasan ini walau
sedikit pun.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zuraida Binti Talib yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan serta penerangan yang sempurna kepada saya
mengenai kerja kursus dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan
daripada ALLAH yang tidak ternilai harganya.
Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi
idea dan pendapat masing-masing bagi menyiapkan kerja kursus ini. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir madah, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini dihasilkan dan dijalankan.

4

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Oleh:
RAJA AMIRAH FARHANA BINTI RAJA ANUAR SHAHIMI

PPISMP

1.0 PENDAHULUAN

Selepas penularan wabak covid-19 semua pihak mula menggunakan pelbagai jenis
aplikasi dan teknologi untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara maya
atau atas talian (Mallow, 2020). Menurut (Carliner, 2004)pembelajaran dalam talian merujuk
kepada pembelajaran dan sumber sokongan lain yang tersedia melalui
komputer.Kebanyakkan semua sistem pendidikan di semua peringkat pengajian dari
sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi(IPT) telahpun menggunakan teknologi
e-pembelajaran sebagai alternatif pembelajaran dalam talian. Oleh hal yang demikian
,begitu ramai warga pendidik atau siswa guru menggunakan kaedah e-pembelajaran
terutamanya pelajar institusi pendidikan guru (IPG).Institusi Pendidikan Guru (IPG)
merupakan sebuah pusat pengajian yang dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan
keguruan bertaraf sijil.Bahkan menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan
Sultan Idris(UPSI) iaitu Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menerangkan bahawa setiap
graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) adalah merupakan pendidik
yang terlatih.Beliau juga mengatakan setiap graduan tersebut bukanlah hanya mahir di
dalam berkomunikasi sahaja malahan mereka juga mahir di dalam setiap penyelesaian
masalah,teknologi Revolusi Perindustrian 4.0,pengurusan dan perhubungan antarabangsa
agar dapat membentuk generasi murid yang lebih holistik selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. (Norzali, 2021).Oleh itu,sebagai seorang siswa di Institusi
Pendidikan Guru, terdapat pelbagai cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif telah
dilaksanakan.Tujuan penulisan ilmiah ini adalah untuk lebih memfokuskan kepada cara-
cara pembelajaran dalam talian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) agar setiap penggunaan
langkah pembelajaran tersebut dapat menghasilkan kesan yang efektif kepada para
pelajar.

5

2.0 PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN

Penggunaan e-pembelajaran adalah merupakan kaedah teknologi terbaru di mana
ia merupakan satu kemudahan platform bagi pelajar dan pendidik untuk terus berinteraksi
di dalam pembelajaran terutamanya kepada pelajar institut pendidikan guru.Bahan yang
disampaikan menerusi e-pembelajaran adalah dengan menggunakan grafik
visual,perkataan,animasi,video atau audio (Aziz, 2015).Pelajar juga menganggap e-
pembelajaran dapat meningkatkan tahap produktiviti mereka dan (Agatha F. Umbit &
Muhammad Suhaimi Taat,2016) mengatakan e-pembelajaran akan dapat penerimaan
yang baik dan sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar (Shafie,
2020).Menurut D.Hasmadi & Hamidah (2020) menerangkan dalam kajian mereka menerusi
pelajar Universiti Bina Bangsa,Indonesia, terdapat 80 peratus responden bersedia untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian malahan 62 peratus responden juga menyatakan
bahawa pembelajaran dalam talian mempunyai banyak kelebihan dan 32 peratus
responden lagi berpendapat bahawa sukar untuk memahami kandungan pembelajaran
ketika proses pembelajaran dalam talian dilaksanakan (Suzana Binti Zainol Abidin,
2021).Oleh itu,pensyarah dan pelajar perlulah sentiasa merancang cara pembelajaran
dalam talian yang lebih berkesan untuk memudahkan urusan pembelajaran secara dalam
talian berlangsung.

2.1.PENDEDAHAN KEPADA GOOGLE CLASSROOM.

Penyampaian kuliah di institusi pendidikan guru juga semakin drastik berubah
selepas wujudnya penularan wabak covid-19 di seluruh dunia.Jadi,setiap proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) telahpun dilaksanakan secara maya menerusi e-
pembelajaran.Justeru itu,platform atau kaedah yang sering digunakan oleh pelajar di
Institusi Pendidikan Guru (IPG) ialah Google Classroom .Hal ini demikian kerana terdapat
pelbagai perkhidmatan web yang boleh diakseskan secara percuma kepada para pelajar
iaitu Gmail,Google Drive,Google Docs dan sebagainya.Penggunaan Google Classroom
ini amatlah memberangsangkan bagi para siswa guru dan mudah untuk diakses dengan
menggunakan laptop dan telefon pintar.(Chung et.al.,2018) mengatakan bahawa
pembelajaran dalam talian ini adalah sejajar dengan pendidikan Abad ke-21 di mana
kaedah seperti ini dapat dihubung kaitkan antara pedagogi guru dan teknologi yand tidak
boleh dipisahkan kerana ia berlandaskan konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang sangat efisien kepada pelajar. (Ching, 2021).Demikianlah dengan menggunakan

6

aplikasi Google Classroom, pelajar institusi pendidikan guru(IPG) akan menjadi lebih
mahir dengan teknologi terkini.

2.2.BERSEMUKA MENGGUNAKAN GOOGLE MEET

Selain itu,cara lain yang sentiasa digunakan oleh pelajar institusi pendidikan
guru(IPG) dari segi sesi bersemuka yang dilaksanakan secara dalam talian ialah Google
Meet dan Microsoft Teams.Tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Institusi Pendidikan
Guru Malaysia(IPGM) bagi sesi bersemuka tersebut adalah terhad iaitu hanya akan
berlangsung selama 1 jam sehingga 2 jam.Hal ini disebabkan oleh setiap latar belakang
keluarga pelajar adalah berbeza dari segi kewangan,tempat tinggal dan sebagainya.
Jadi,masih terdapat segelintir pelajar yang tidak akan dapat mencapai capaian internet
yang baik dan sesi tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.Dengan ini,penggunaan
Google Meet sebagai alternatif bersemuka secara dua hala dalam talian disebut sebagai
interaksi segerak. Akan tetapi bagi interaksi kuliah tidak segerak pula, pensyarah akan
menetapkan pelaksanaan tutorial dan perbincangan menggunakan kaedah Google
Classroom di mana pelajar akan dapat melakukan tugasan dengan mudah dan diberikan
poin bagi setiap pelaksanaan tugasan tersebut dari segi individu mahupun berkumpulan.

Menurut kajian yang dilaksanakan Zakaria et. al. (2020) mengatakan bahawa
keberkesanan penggunaan GM sepanjang tempoh PKP telah menghasilkan pelajar yang
positif kerana tahap kesediaan mereka berada di tahap yang tinggi.Hal ini disebabkan
oleh setiap pendidik telah menyediakan pelbagai asas pembelajaran dalam talian dengan
menggunakan Google Meet (P&P) secara menyeluruh.Bukan itu sahaja,Muhammad Izzat
et.al. (2020) juga menyokong penghujahan tersebut dan berpendapat bahawa pelajar
lebih aktif ketika sesi soal jawab dengan pendidik melalui forum dan chat yang telah
disediakan di dalam Google Meets tersebut. (Magesvaran, 2021).Izharlah bahawa
penggunaan Google Meet bagi pelajar (IPG) dan pensyarah sangatlah berkesan dan
sesuai untuk kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

7

2.3.MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP,TELEGRAM DAN MICROSOFT TEAMS

Di samping itu,mengikut (Mohd Nazri Md Saad,2017) beliau mengatakan telah wujudnya
beribu-ribu aplikasi baharu yang dihasilkan dan dibangunkan oleh pembangun perisian
seluruh dunia tujuannya adalah demi meningkatkan lagi kegunaan pendidikan,
pengurusan dan persendirian.(Pavlik,2015) turut berpendapat bahawa pembangunan
aplikasi mudah alih dapat memberikan peluang yang cerah kepada bidang pendidikan
guru di masa akan datang kerana teknologi mudah alih adalah sangat penting dan
bermanfaat dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai cara
untuk terus kekal dan lebih berdaya saing demi pendidikan pada masa akan datang. (Nur
Hazirah Hairia’an, 2020).Justeru itu,bukanlah google meet dan google classroom sahaja
yang menjadi suatu tempat proses pembelajaran dalam talian berlangsung malahan dari
segi penggunaan aplikasi whatsApp,Telegram dan Microsoft Teams juga dapat
membantu di dalam cara pembelajaran dalam talian bagi pelajar di (IPG).

Selain daripada itu,penggunaan Microsoft Teams (MT) juga dapat dijadikan sebagai satu
asbab keberkesanan di dalam pembelajaran atas talian.Seperti yang kita tahu,Microsoft
Teams adalah sebahagian daripada ekosistem 360 office di mana ia menyediakan
aplikasi kerja berkumpulan,menjadi medium interaksi dan aktiviti perbincangan bersama
rakan-rakan dan pensyarah. (Tran Vu Mai Yen, 2021).Jika dilihat dari segi penggunaan
WhatsApp dan Telegram menurut (Bouhik & Deshen,2014) kajian mereka mendapati
pendidik perlulah sentiasa cakna dalam menggunakan dua aplikasi tersebut dengan cara
yang terkawal untuk mengelakkan emosi dan prestasi akademik pelajar tidak terganggu
jika sesi interaktif tidak terkawal.Kajian pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan
kemahiran utama abad ke-21 yang perlu dititikberatkan oleh pelajar.Setiap kaedah dan
cara yang dilaksanakan oleh pelajar (IPG) terhadap pembelajaran atas talian ini juga
boleh diakses di mana-mana malahan dapat menjimatkan masa terutamanya
menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram yang terdapat di telefon pintar. (Nur
Hazirah Hairia’an, 2020).Sehubungan dengan itu,pelajar juga dapat mengulang kaji
semula pembejaran yang tidak difahami dengan lebih jelas pada kelas yang terdahulu.

8

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya,dapatan perbincangan daripada hasil penulisan ilmiah di atas
adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran dalam talian yang efektif bagi para pelajar di
institut perguruan(IPG).Antara cara yang efektif dan boleh dipraktikkan oleh para pelajar
ialah pemahaman terhadap penggunaan e-pembelajaran.Selain itu,pelajar juga dapat
mengetahui pendedahan mengenai fungsi Google Classroom dalam pembelajaran dalam
talian.Seterusnya,setiap pelajar akan dapat menggunakan kaedah bersemuka dengan
Google Meet dengan lebih cakna.Akhir sekali,pelajar akan lebih memahami definisi
Microsoft Teams dan kelebihan penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram untuk
pembelajaran dalam talian.

(1158 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Aziz, w. a. (2015, November 15). Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera, EDX,Futurelearn).
Didapatkan dari wadah ICT Universiti Kebangsaan Malaysia:
http://www.ukm.my/wadahict/pembelajaran-atas-talian-epsa-coursera-edxfuturelearn/

Carliner, S. (2004). An overview of online learning. HRD Press,Inc.
Ching, M. C. (2021). Tahap penerimaan google jamboard sebagai alat digital dalam e-

pembelajaran:satu kajian. JURNAL KURIKULUM & PENGAJARAN ASIA PASIFIK, 34-45.
Magesvaran, U. (2021). Tahap Pengetahuan dan kekangan yang dihadapi oleh guru bahasa

melayu ketika menggunakan aplikasi google meet dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam talian (The level of Knowledge and Constraint among Malay Language Teachers
into Implementation Online Tea. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay
Language Education Journal – MyLEJ), 42-53.
Mallow, M. S. (2020, Jun 29). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Didapatkan dari
BERNAMA: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1853908

9

Norzali, I. (2021, Jun 21). Pengambilan guru baharu: KPM diharap utamakan graduan ISMP, IPG.
Didapatkan dari BH online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/830313/pengambilan-guru-
baharu-kpm-diharap-utamakan-graduan-ismp-ipg

Nur Hazirah Hairia’an, M. D. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa
perintah kawalan pergerakan (Online Teaching andLearning forthePeriod ofMovement
Control Order). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), 19-28.

Shafie, B. H. (2020). Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19 (Implementation of PdPcOLL during COVID-19 Movement
Control OrderPhase 1 and 2). Jurnal Dunia Pendidikan, 213-221.

Suzana Binti Zainol Abidin, Z. B. (2021). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
DALAM TALIAN (EPEMBELAJARAN) TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR DI KOLEJ.
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 3-14.

Tran Vu Mai Yen, N. T. (2021). The Practice of Online English Teaching and Learning with Microsoft
Teams: From Students’ View. AsiaCALLOnline Journal, 52-57.

10

LAMPIRAN
11

12


Click to View FlipBook Version