PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN SK MALIM KM 6 JALAN MALIM , BERTAM MALIM, 75250 MELAKA Kod Sekolah: MBA 2046 Tel: 06 3365690 Faks : 06-3365772 Emel: [email protected] PERATURAN KELAS PPKI AHLI JAWATANKUASA UNIT DISIPLIN KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INEGRASI SK MALIM
PERATURAN SEKOLAH 1.SERAGAM SEKOLAH 1.1 MURID LELAKI 1.1.1 Dikehendaki memakai pakaian seragam lengka a) Baju kemeja berwarna putih lengan pendek. b) Seluar biru tua ( panjang/ pendek). c) Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua. d) Kasut kanvas berwarna hitam ( ‘zap on’) e) Sarung kaki berwarna hitam. f) Tali leher berwarna biru muda. ( Boleh dibeli di sekolah) 1.1.2 Lencana sekolah hendaklah dijahit pada poket baju kemeja di sebelah kiri ( dibeli di sekolah) 1.1.3 Tanda nama ( nme tag) di jahit di atas poket sebelah kiri ( ditempah di sekolah) 1.1.4 Tulis nama pada kasut/ beg/ sarung kaki/ beg bekal/ botol bekal 1.15 Sebarang kehilangan / rosak peralatan atau barang murid/ barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah , pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangannya.
1.2 MURID PEREMPUAN 1.2.1 Dikehendaki memakai pakaian seragam lengka a) Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru tua atau baju pinafo. b) Kasut kanvas berwarna hitam ( ‘zap on’) c) Sarung kaki berwarna hitam. d) Tali leher berwarna biru muda. ( Boleh dibeli di sekolah) 1.2.2 Lencana sekolah hendaklah dijahit pada di sebelah kiri dada. ( dibeli di sekolah) 1.2.3 Baju kurung putih ( paras dada sebelah kiri atau di sebelah kiri baju pinafo. 1.2.4 Tanda nama ( nme tag) di jahit di atas poket sebelah kiri ( ditempah di sekolah) 1.2.5 Tulis nama pada kasut/ beg/ sarung kaki/ beg bekal/ botol bekal 1.2.6 Sebarang kehilangan / rosak peralatan atau barang murid/ barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah , pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangannya.
2.PENGAWAS SEKOLAH ( KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN) 2.1 MURID LELAKI a) Wajib memakai uniform pengawas lengkap pada hari Isnin dan Jumaat (kecuali diberitahu) b) Dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap: i) Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru muda. ii) Seluar panjang berwarna biru tua. iii) Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua. ii) Kasut kanvas berwarna hitam ( ‘zap on’) iv) Sarung kaki berwarna hitam. v) Tali leher berwarna merah. ( Boleh dibeli di sekolah) vi) Vest berwarna biru tua lengkap dengan lencana sekolah dan nama murid ( dibeli di sekolah)
2.2 MURID PEREMPUAN a) Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda. b) Kain biru tua . c) Baju kurung warna biru muda. d) Ves berwarna biru tua lengkap dengan lencana sekolah dan nama murid ( dibeli di sekolah) e) Kasut kanvas berwarna hitam ( ‘zap on’) f) Sarung kaki berwarna hitam. g) Tali leher berwarna merah. ( Boleh dibeli di sekolah) h) Tudung biru tua.
3. PAKAIAN SUKAN 3.1 Pakaian sukan dan seluar hanya dipakai pada hari SELASA dan RABU sahaja kerana ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Persatuan/ Permainan Pendidikan Khas ( Aktiviti Kokurikulum) 3.2) HARI SELASA a) Jika ada Pengakap Istimewa, murid dikehendaki memakai T- shirt Pengakap dan seluar track suit hitam / biru tua. b) Jika tiada Pengakap Istimewa, murid dikehendaki memakai T-shirt sekolah dan seluar track suit hitam/ biru tua. c) Jika aktiviti persatuan Permainan , murid dikehendaki memakai T-shirt sukan sekolah dan track suit hitam biru tua
4. AKTIVITI LUAR 4.1 Ketika aktiviti luar ( lawatan terapi/ penyertaan mewakili sekolah, murid dikehendaki memakai t- shirt berwarna : a) Ungu dan oren ( baju JPN Melaka) atau b) Baju PPKI atau c) Baju Merah SK MALIM dan d) Seluar track berwarna hitam/ biru tua dan berkasut kanvas hitam.. e) Ibu / bapa hendaklah memastikan pakaian murid ke sekolah bersih, kemas dan tidak koyak/ tetas jahitan. f) Bawa pakaian tambahan – sepasang baju t-shirt, track suit, tuala mandi dan pakaian dalam
5. WAKTU PERSEKOLAHAN ( Jadual waktu akan berubah mengikut situasi / pekeliling semasa HARI KELAS WAKTU PERSEKOLAHAN ISNIN SINARAN 1& 2 SINARAN 3, 4 & 5 07.40 pagi - 01.00 petang 07.40 pagi - 12.50 t/hari SELASA SINARAN 1, 2 & murid terlibat kokurikulum SINARAN 3, 4 & 5 07.40 pagi - 02.00 petang 07.40 pagi - 12.30 t/hari RABU SINARAN 1 & 2 SINARAN 3, 4 & 5 07.40 pagi - 12.40 t/hari 07.40 pagi - 12.30 t/hari KHAMIS SINARAN 1 & 2 SINARAN 3, 4 & 5 07.40 pagi - 12.40 t/hari 07.40 pagi - 12.30 t/hari JUMAAT SINARAN 1 & 2 SINARAN 3, 4 & 5 07.40 pagi - 11.30 pagi 07.40 pagi - 11.40 pagi
7. AKTIVITI PENGAKAP ISTIMEWA / PERSATUAN/ PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS 7.1 Diadakan 2 minggu sekali ( berselang seli) 7.2. Murid akan diberi memo kehadiran aktiviti kokurikulum pada setiap hari Isnin. 7.3 Jika tiada aktiviti Pengakap Istimewa pada hari Selasa, murid akan balik seperti biasa. 7.4 Semua murid Pendidikan Khas akan terlibat dengan aktiviti Pengakap Istimewa. 7.5 Hanya murid yang terpilih sahaja terlibat dengan aktiviti Persatuan / Permainan Pendidikan Khas. 7.6 Sebarang pindaan tarikh aktiviti kokurikulum akan diberitahu pada hari Isnin. 7.7 Aktiviti kokurikulum murid akan diadakan bersama takwim aktiviti kokurikulum murid. 7.8 Ibu/bapa/ penjaga hendaklah memastikan anak tuan/ puan hadir mengikuti aktiviti kokurikulum bertetapan dengan Aspirasi Negara – 1 Murid 1 Sukan. 7.9 Ibu/ bapa / penjaga hendaklah mengambil anak tuan/ puan tepat pada waktunya. 7.10 Ibu/bapa dikehendaki tidak berada di muka pintu kelas atau berdiri di tingkap kelas Pendidikan Khas kerana akan menggangu emosi dan proses penyuraian murid sebelum waktu balik.
8. WAKTU BALIK 8.1 Ibu/ bapa/ penjaga hendaklah menepati waktu balik murid dan mengambil murid tepat pada waktu yang telah diberitahu pada pada ibu bapa / penjaga 8.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan anak tuan /puan sekiranyaberlaku kemalangan / pergaduhan . 8.3 Segala urusan dan kebajikan anak tuan/ puan untuk pergi dan balik sekolah adalah tanggungjawab ibu/ bapa/ penjaga. 9. BUKU/ AKAUN BANK SIMPANAN NASIONAL 9.1 Setiap murid Pendidikan Khas yang ditempatkan di sekolah dikehendaki menyediakan Akaun dari Bank Simpanan Nasional. 9..2 Cara memohon Pembukaan Akaun Bank Simpanan Nasional: a) Surat beranak / Mykid asal b) 1 Salinan surat beranak/ Mykid c) Wang deposit RM 10.00/ RM 50.00 d) Bawa bersama murid semasa membuka akaun bank.
9.31 Salinan akaun bank hendaklah diberi untuk simpanan sekolah. 9.4 Penyimpanan maklumat akaun bank murid adalah di bawa tanggungjawab ibu bapa/ penjaga. 9.5 Murid tidak akan dapat di daftarkan sebagai penerima bantuan Elaun Murid Khas (EMK) sekiranya tiada Akaun BSN dan kad OKU sebelum 31 Januari. 9.6 Penemppatan Pendaftaran murid ada hari pertama sekolah 9.7 Ketidakhadiran anak tuan/puan ke sekolah akan menjejaskan penerimaan segala bantuan keada anak tuan/puan. 9.8 Peneriamaan batuan adalah mengikut arahan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketidakpatuhan tuan memberikan maklumat yang diminta oleh pihak sekolah akan menjejaskan pendaftaran bantuan untuk anak tua. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab,
10. PERMOHONAN KAD OKU (KAD ORANG KELAINAN UPAYA) - * bagi murid baru dan belum ada kad OKU 10.1 Mastikan anak tuan uan telah memohon Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila ditempatkan di sekolah Program Pendidikan Khas 10.2 Cara permohonan Kad OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat a) satu Salinan Surat Beranak Mykid b) satu Salinan surat doctor c) 4 keping gambar berukuran passort d) Hantar maklumat tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kota Cemerlang , Ayer Keroh Melaka 10.3 Kegagalan tuan puan memohon Kad OKU sebelum 31 Januari akan menyukarkan ihak sekolah mendaftarkan anak tuan puan untuk menerima EMK 10.4 Sila serahkan maklumat berikut ketika endaftaran murid ke Kelas Pendidikan Khas a) satu Salinan Akaun BSN b) satu Salinan Kad OKU c) satu Salinan Surat Beranak
d) satu salinan Surat Beranak Mykid e) satu salinan IC ibu dan bapa murid f) satu salinan surat pengesahan doktor g) Surat penempatan h) Salinan surat nikah i) Slip gaji 10.5 Lengkap segala borang yang diserahkan keada ibu bapa berkaitan segala maklumat anak tuan dan keluarga yang diperlukan oleh pihak sekolah 10.6 Hantar segala maklumat seberapa segera setelah lengkap untuk tindakan pihak sekolah 11. KEPERLUAN HARIAN MURID 11.1 Bekalkan anak tuan puan setiap hari ke sekolah i) T-shirt putih ( tiada gambar) ii) Seluar track berwarna hitam / biru iii) Tuala iv) Beg plastik
11.2 Tujuan peralatan tersebut adalah sebagai persediaan jka pakaian anak tuan puan basah / kotor semasa di sekolah Sila bekalkan pakaian lain sekiranya pakaian tersebut telah digunakan. 11.3 Sekiranya anak tuan / puan membawa alat tulis, pensil warna , kotak pensil dan beg kecil untuk menyimpan peralatan alat tulis anak tuan, Sebarang kehilangan peralatan anak tuan adalah tanggungjawab murid. bagi kelas pihak pengurusan sediakan khas alat tulis untuk setiap murid menggunakan dana sumbangan badan Kebajikan kelas 11.4 Rancangan Makanan Tambahan akan diberikan kepada murid setiap hari ( peruntukan untuk murid OKU),Menu mengikut arahan kerajaan dan tidak boleh ditukar ganti. 11.5 Murid boleh membawa bekal sendiri ke sekolah dan akan disimpan di dalam kelas. 12 . BARANG LARANGAN 12.1 Jangan bawa barang permainan, barang kemas, telefon, peralatan yang mendorong murid lain mengambilnya. 12.2 Barang permainan, barang kemas, peralatan yang hilang adalah bukan tanggungjawab sekolah kerana telah diberitahu.