Bil Kandungan 1 Biodata Diri Pengenalan Umum 2 Falsafah 3 Tujuan 4 Matlamat 5 Objektif 6 Logo 7 Bendera 8 Cogan Kata 9 Lagu 10 Ikrar 11 Suluh Kata 12 Sejarah 13 Perlembagaan 14 Visi dan Misi Bidang Kurikulum 15 8 Bidang Kurikulum 16 Persijilan Jurulatih 17 Persijilan Peringkat Sekolah 18 Struktur Organisasi Pelbagai Peringkat Pengurusan dan Pentadbiran 19 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan 20 Kuasa Penganjur 21 Struktur Unit ISI KANDUNGAN
22 Pengurusan Folio/Buku Log/Laporan Aktiviti 23 Tanggungjawab Pemimpin 24 Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin 25 Takwim dan Rancangan Aktiviti Perancangan Orientasi Sekolah Rendah 26 Program Unit Beruniform di Sekolah Rendah 27 Kandungan Kurikulum 28 Pensijilan 29 Perancangan Orientasi Sekolah Rendah 30 Laporan Mingguan 31 Rujukan 32 Lampiran
BIODATA DIRI NAMA: NUR ATIRAH BINTI RAMADAN NO. ANGKA GILIRAN: 2021292340500 NAMA INSTITUT: IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN UNIT: TESL 3 (SK) TARIKH LAHIR: 28 JUN 2003 ALAMAT: PT765, TAMAN MGA SRI DELIMA 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN NO. TELEFON: 011-3754236 Life is tough, but so you are <3
PENGENALAN UMUM
FALSAFAH Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensipotensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampudan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
TUJUAN Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
MATLAMAT Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti : Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, untuk:- Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu: i) Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara. ii) Menguasai berbagai bidang ilmu. iii) Berakhlak mulia. iv) Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat. Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan. Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin Pengertian Warna Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan LOGO
BENDERA Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan: - Setiap Upacara Rasmi - Tatacara Perjumpaan Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM
COGAN KATA Berilmu Beramal Beriman
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia LAGU PPIM
Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan; Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibu bapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara IKRAR
SULUH KATA P U T E R I I S L A M Patuh kepada ibu bapa Ugama/Agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith Taat kepada Allah dan Rasul Erat Ukhuwah Islamiyah Rela berbakti kerana Allah SWT Iman dipupuk Ilmu dituntut Insaf diri - Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun) Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlak Mulia Pengukuh Keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan
Pelancaran Rasmi oleh DYMM Raja Permaisuri Agong ke-6 , Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah. Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua PPIM pertama. SEJARAH PPIM Pada Awal tahun 1960-an Ditubuhkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, ilham daripada YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaan - Pelajar Sekolah Menengah Kurikulum: Aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981
SEJARAH PPIM 17 Jun Setiap Tahun Sambutan Hari Puteri bagi memperingati kelahiran PPIM. 20 Jun 1987 Sambutan pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan. 17 Jun 1988 Anugerah ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir Kebangsaan. Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. 2 Disember 1988 Diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
PPIM dilancarkan di Institusi Pengajian Tinggi oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. SEJARAH PPIM 11 September 1993 PPIM bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 8 April 2000 23 November 1996 Skuad Puteri dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Tujuan: Meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan mangsa banjir dan program ziarah hospital.
Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid Kekosongan jawatan yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg Datin Hajah Badiah Abdul Manan hingga kini. SEJARAH PPIM Awal 2004 Ibu Pejabat PPIM berpindah ke Darul Puteri di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah) 24 Mac 2007 24 Ogos 2005
PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM 1.Nama & Alamat 2.Matlamat 3.Objektif 4.Keahlian 5.Penasihat 6.Guru Penasihat 7.Ahli Jawatankuasa 8.Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa 9.Kewangan 10. Kehadiran/ Penyertaan 11.Mengendali Mesyuarat 12.Aktiviti 13.Peraturan 14.Kesalahan 15. Larangan 16.Tindakan Disipilin 17.Pindaan Perlembagaan 18.Pembubaran Persatuan 19.Perubahan 20. Hal-hal lain
PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM (PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA) SEKSYEN 130 AKTA PENDIDIKAN 1996 1.NAMA DAN ALAMAT: a. Nama Persatuan: Pergerakan Puteri Islam Malaysia b. Alamat: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor. 2. MATLAMAT: a. Menggalakkan kecerdasan dan kecergasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti badan beruniform. b. Menyediakan peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang serta menyeluruh dalam aspek fizikal, rohani, emosi dan intelek. c. Melatih dan memupuk bakat kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti badan beruniform. 3. OBJEKTIF: a. Supaya ahli yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) akan lebih terpimpin dalam menimba ilmu Berpesatuan. b. Ahli-ahli dapat memupuk akhlak mulia, sikap bertanggungjawab dan mendisiplinkan diri. c. Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan segala aktiviti yang diceburi dengan sempurna.
4. KEAHLIAN: a. Terbuka kepada semua mahasiswa wanita islam institut ini. b. Permohonan menjadi ahli adalah melalui borang yang disediakan. c. Ahli-ahli mestilah menerima, bersetuju dan berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 6. GURU PENASIHAT: a. Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPGMKTHO. b. Penasihat haruslah memberi nasihat dan panduan dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. c. Pensyarah penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli persatuan semasa aktiviti dijalankan. 5. PENASIHAT: a. Pengarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah sebagai penasihat persatuan. 7. AHLI JAWATANKUASA: a. Dilantik semasa Mesyuarat Agung Persatuan. b. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahi yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. c. Pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan secara undian. d. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa sebarang mesyuarat bersama ahli. e. Ahli Jawatankuasa yang ingin meletak jawatan harus menghantar surat perletakan jawatan mereka kepada Guru Penasihat persatuan. f. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada: - Pengerusi - Bendahari - Naib Pengerusi - Ahli Jawatankuasa (Bil bergantung kepada - Setiausaha keperluan
8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA : I. Pengerusi Mengetuai dan mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas pelaksanaan semua mesyuarat mengikut Perlembagaan. Meneliti catatan minit mesyuarat persatuan serta memastikan segala keputusan yang ditetapkan diambil tindakan yang sewajarnya oleh individu berkenaan. Melaksanakan tugas-tugas lain yang telah diberikan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. II. Naib Pengerusi Menolong pengerusi persatuan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan. Mengambil alih tugas pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. III. Setiausaha Menguruskan hal-hal surat menyurat persatuan. Menyediakan melalui catatan serta menandatangani minit mesyuarat atau laporan kegiata-kegiatan yang telah dilaksanakan. Meneliti kehadiran ahli persatuan dalam sebarang kegiatan atau mesyuarat. Menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Melaksanakan tugasan-tugasan lain jika diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
IV. Bendahari Bertanggungjawab berkaitan dengan semua hal kewangan persatuan. Menghasilkan dan menyimpan data kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Menyediakan Penyata Kira-Kira secara bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan persatuan jika diminta oleh ahli dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Menyediakan Laporan Kewangan persatuan untuk tujuan audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Menjalankan tugas-tugas lain jika diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa. V. Ahli Jawatankuasa Membantu melaksanakan tugasan dalam segala kegiatan serta aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro berkenaan sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
9. KEWANGAN : a. Sumber utama dalam kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung yang perlu dibayar setiap satu semester. b. Persatuan juga boleh menperolehi sumber kewangan melalui aktiviti yang dilaksanakan. c. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar akan dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 10. KEHADIRAN/PENYERTAAN: a. Ahli persatuan hendaklah menghadirkan diri dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan sepanjang semester. b. Kegagalan menhadiri aktiviti sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan pemotongan markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum ahli berkenaan boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. 11. MENGENDALI MESYUARAT: a. Setiap mesyuarat yang diadakan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri bersama oleh guru penasihat. 12. AKTIVITI: a. Dilaksanakan mengikut perancangan dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. b. Sebarang pindaan terhadap aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan disampaikan kepada pengetahuan ahli.
14. KESALAHAN : a. Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli persatuan: Jenayah dari salah laku Perilaku lucah dan tidak sopan Tidak menepati masa Tiada kekemasan dalam kerja dan penampilan Melakukan kesalahan kecil Bertingkah laku tidak sesuai dengan imej persatuan 15. LARANGAN: a. Pelajar dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan institusi serta hukum syarak. 16. TINDAKAN DISIPLIN: a. Tindakan diambil terhadap ahli yang melanggar perkembangan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan Amaran bertulis Rayuan secara bertulis kepada Guru Penasihat boleh dibuat oleh ahli yang tidak berpuas hati terhadap tindakan. Keputusan Guru Penasihat berhubung rayuan terhadap tindakan adalah muktamad. a. Peraturan institut adalah peraturan asas. b. Peraturan khas yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. c. Ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan dikenakan tindakan tatatertib. 13. PERATURAN:
18. PEMBUBARAN PERSATUAN : a. Setiap bahagian dalam perlembagaan ini sah sehinggalah ia dipinda. b. Sebarang cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir institusi secara bertulis. c. Mesyuarat khas perlu diadakan untuk membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu serta dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa. d. Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengarah. 17. PINDAAN PERLEMBAGAAN: a. Kuasa akan diberi kepada Pengarah untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. 19. PERUBAHAN : a. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pengarah tentang sebarang perubahan dalam perlembagaan atau peraturan atau ahli persatuan. b. Laporan hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan. c. Pengarah berhak meluluskan atau menolak perubahan tersebut. 20. HAL-HAL LAIN : a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap kegiatan yang dijalankan. b. Ahli-ahli haruslah sentiasa peka serta mengikuti aktiviti dengan penuh komitmen.
........................................................ (NUR ATIRAH BINTI RAMADAN) Pendaftar Unit Beruniform, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor.
VISI PPIM Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari seigi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. MISI PPIM Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupana yang nyata melalui program-program yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formaal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
BIDANG KURIKULUM
BIDANG KURIKULUM
PERSIJILAN JURULATIH Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebela kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Kepimpinan Tahap I dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebela kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Kepimpinan Tahap II dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebela kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Jurulatih Tahap I dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri Kedudukan Logo dan Tag Nama (Sebela kiri baju kawad pemimpin) Kedudukan ‘APOLATTE’ Jurulatih Tahap II dan Pangkat Di atas bahu sebelah kanan dan kiri
PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH Peringkat Sekolah Rendah P u t e r i B o n g s u P u t e r i B o n g s u C e m e r l a n g
Peringkat Sekolah Rendah Anugerah Khas Puteri Kayyisa Anugerah Khas Puteri Harapan
PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH Peringkat Sekolah Menegah P u t e r i K e c i l P u t e r i T e n g a h
PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH Peringkat Sekolah Menegah P u t e r i S u l o n g P u t e r i S u l o n g C e m e r l a n g
Peringkat Sekolah Menegah A n u g e r a h K h a s P u t e r i A z Z a h r a a Anugerah Khas Tokoh Puteri
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Kebangsaan Yang Di-Pertua Naib Yang Di-Pertua 1 Naib Yang Di-Pertua 2 Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Seorang wakil Bhg Sekolah Kem. Pelajaran Seorang wakil Bhg Belia Kem Belia dan Sukan Seorang wakil Pusat Islam Jab. Perdana Menteri 2 Orang wakili LKPIM Seorang wakil Kem. Pembangunan Wanita dan Keluarga
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Negeri Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Seorang wakil Jab. Belia Seorang wakil Majlis Agama Islam Negeri Seorang wakil Jab. Pembangunan Wanita dan Keluarga Seorang wakil Bhg. KK. Jab. Pelajaran Seorang wakil LKPIM Pengerusi Bersama
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Daerah Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ahli Majlis Pentadbir Seorang wakil: Bhg. Kokurikulum Jab. Pelajaran Majlis Agama Islam Negeri Seorang wakil LKPIM Pengerusi Bersama Jab. Pembangunan Wanita dan Keluarga Jab. Belia
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat IPT (IPGK) Penaung (Pegarah) Guru Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Penolong Setiausaha Penolong Bendahari Bendahari Pengerusi (Ketua Jabatan) Ahli Jawatankuasa
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat IPGMKTHO Pengarah Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar Pensyarah Penasihat Dr. Ruhayati binti Ramly Pengerusi Nur Fairuz Dayana binti Badri Naib Pengerusi Wan Nurul Hannan binti Wan Abdul Fattah Setiausaha Wan Najwa binti Wan Adi Amran Penolong Setiausaha Nurul Nasihah binti Mohd Asri Penolong Bendahari Siti Halimah binti Masrom Pengerusi (Ketua Jabatan) Asma Nabihah binti Abd Rahman Bendahari Nur Insyirah Adyani binti Muawiah AJK
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Sekolah Menengah Pengetua Ketua Guru Pemimpin Setiausaha Pen. Kanan Hem Pen. Kanan Kokurikulum Guru Pemimpin Guru Pemimpin Guru Pemimpin Penghuluwati Naib Penghuluwati Bendahari Ketua Pasukan 1 Ketua Pasukan 2 Ketua Pasukan 3
STRUKTUR ORGANISASI Peringkat Sekolah Rendah Penaung (Guru Besar) Guru Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Penolong Setiausaha Penolong Bendahari Bendahari Pengerusi (Pen. Kanan Kokurikulum) Ahli Jawatankuasa
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Pendaftaran Ahli: a) Borang Kebenaran ibu bapa Kebenaran dari ibu bapa perlu diperolehi sebelum didaftarkan. b) Borang Ahli: Guru Pemimpin perlu mengedarkanBorang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian diserahkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan ke sekolah. c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform Guru-guru pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM. Pembahagian Ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan: a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa kumpulan. b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang. c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan. d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format berikut:- Pada tahun 1988, Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya seramai 85 orang.
Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di tempatnya. Salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit PPIM itu. Meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan ibu pejabat beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PPIM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PPIM di mana perlu. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran. KUASA PENGANJUR
PENGERUSI Mempengerusikan setiap mesyuarat. Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan. Menjelaskan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. NAIB PENGERUSI Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Bertanggungjawab membantu pengerusi menyelia tugas AJK persatuan. Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. SETIAUSAHA Mengurus surat-menyurat. Mencatat minit mesyuarat atau laporan. Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan. NAIB SETIAUSAHA Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Bekerjasama dengan Setiausaha. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan. Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan. Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit. Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat agung. AJK Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan. STRUKTUR UNIT
PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI Menyediakan buku log yang standard dan dibawa pada setiap kali perjumpaaan Unit beruniform. Kandungan Buku Log: Biodata/Profil Diri Falsafah PPIM Matlamat PPIM Objektif Logo Bendera Moto/Cogan Kata Doa Lagu Puteri Ikrar Puteri Suluh Kata Struktur Organisasi Catatan/Laporan Aktiviti Cara Penulisan Catatan/Aktiviti: 1.Tarikh/Hari: 2.Masa 3.Tempat 4.Tahap: 5.Aktiviti/Catatan: