The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Kumpulan 12 -Sekolah & Persekitaran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-12-14 02:46:16

Laporan Kumpulan 12 -Sekolah & Persekitaran

Laporan Kumpulan 12 -Sekolah & Persekitaran

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2018/2019
KPS3014 - PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM
MUHAMMAD HAIKAL BIN ABD MURAT D20172080982 ISMP REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
SUHEIL AZMIN BIN HASLI D20172081006 ISMP REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
MUHAMMAD ZAKIR BIN ZULKIPLI D20172080999 ISMP REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
MUHAMMAD HAKIM BIN AHMAD FADLY D20172081004 ISMP REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI
SITI NURFAZIRA BINTI MOHD YUNUS D20172081028 ISM PENGAJIAN
MALAYSIA
NURUL HAFIQAH BINTI ABDUL SHUKOR D20172081037 ISM PENGAJIAN
MALAYSIA
NURUL BALQIS BINTI MAHMUD D20172080869 ISMP PENDIDIKAN
MORAL

KUMPULAN KULIAH: A
PENSYARAH: EN. RIDZUAN BIN JAAFAR
TARIKH SERAH: 30/10/2018

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3-5
NO ISI KANDUNGAN 5
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif kajian 6
3.0 Soalan kajian
4.0 Kaedah kajian 7-10
5.0 Latar belakang kajian 10-11
6.0 Dapatan kajian 12-13
7.0 Analisis SWOT
8.0 Rumusan 14
9.0 Bibliografi 15-20
10 Lampiran

2

1.0 Pengenalan

1.1 Sekolah

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai
pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada
beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan
dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan
menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain.
Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat,
oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah
tugas dan tanggungjawab sekolah.

Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan
secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan formal berkaitan
keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Pada zaman penjajahan Jepun,
orang Tanah Melayu yang ingin bersekolah diwajibkan belajar Bahasa Jepun dan adat resam
Jepun. Pada zaman penjajahan Inggeris, sekolah vernacular diperkenalkan, Orang Melayu,
Cina dan India belajar di sekolah yang berbeza dan bahasa ibunda masing-masing digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas kemerdekaan, system pendidikan di
Malaysia telah dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1959)
yang bertujuan untuk mewujudkan system pelajaran yang sama bagi kaum dan
mencadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah.

1.2 Persekitaran

Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah
merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di
sekolah.

Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di
sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik
darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik

3

air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai
jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai
ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi
peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran
psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk
komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.

1.3 Sekolah dan Masyarakat

Mengapa sekolah harus berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara
sekolah dengan masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral
dari masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat. Sekolah
adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar
dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan
matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk
pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan
Kebangsaan. Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi
pemimpin negara. Oleh itu, kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat saling berkolerasi,
keduanya saling memerlukan. Dalam erti kata lain, sekolah ditubuhkan kerana masyarakat
memerlukannya. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa
yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh
masyarakat.

Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat, menurut Elsbree dan McNally
dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan sekolah dan masyarakat sebagai berikut:

1. Mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak
2. Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat

4

3. Memperbanyakkan penyertaan masyarakat
4. Memelihara kelangsungan hidup sekolah
5. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang bersangkutan.
6. Memperlancar proses belajar mengajar
7. Memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan dalam pembangunan

dan pelaksanaan program sekolah.
8. Memajukan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
9. Memperoleh bantuan sekolah dalam membantu menyelesaikan berbagai masalah yang

dihadapi oleh masyarakat.

2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi:

I. Untuk mengetahui sejauh mana hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan
agensi luar.

II. Untuk mengetahui isu-isu pendidikan semasa di sekolah
III. Untuk mengetahui pendidikan dan globalisasi di sekolah

3.0 Soalan Kajian
I. Berapa lamakah cikgu berkhidmat sebagai tenaga pendidik?
II. Adakah pengetua menjalankan hubungan dua hala dengan agensi luar?

III. Bagaimanakah situasi murid di dalam kelas semasa proses pembelajaran? Adakah
mereka selesa berada di dalam kelas?

IV. Adakah kesan globalisai membawa perubahan positif terhadap Pendidikan ?
V. Adakah masyarakat luar menyalurkan derma untuk projek dan pembangunan

sekolah?

5

4.0 Kaedah Kajian

Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Kepelbagaian kaedah adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah
tepat, jelas dan benar. Kaedah yang kami gunakan adalah kaedah pemerhatian, temubual dan
perbincangan kumpulan. Kami tidak menggunakan kaedah soal selidik kerana data yang akan
dapat mungkin tidak jelas dan terlalu umum.

4.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama semua
ahli kumpulan. Kami telah melawat di sekitar sekolah dan persekitaran kawasan kajian.
Melalui kaedah ini, kami telah mendapat gambaran yang jelas mengenai kajian kami. Kaedah
ini juga digunakan adalah untuk memastikan kawasan kajian yang dikaji menepati ciri-ciri
yang kami perlukan dalam kajian kami.

4.2 Temubual

Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi antara dua pihak
atau lebih iaitu antara penemu bual dengan pihak yang ingin ditemu bual. Temubual ialah
kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Kaedah
ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Dalam kajian ini, kami
telah menemubual dua orang responden. Semua responden memberikan maklumat yang jelas
dan baik untuk membantu kajian kami.

4.3 Perbincangan Kumpulan

Berdasarkan kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk memperoleh
maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. Hal ini juga penting untuk
bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini.

5.0 Latar Belakang Kajian
Topik kajian yang dijalankan oleh kumpulan kami ialah“ Sekolah dan Persekitaran”.

Kajian di sebuah sekolah menengah harian iaitu SMK Sertik, Bentong, Pahang telah
dijalankan pada 29 Oktober 2018, hari Isnin.

6

SMK Sertik ini dipilih menjadi tempat kajian kerana lokasinya yang senang dicari dan
terdapat perkhidmatan bas ke sekolah di sekolah tersebut. SMK Sertik ini juga terletak di
kawasan luar bandar. Sekolah ini telah menarik perhatian kami kerana kami ini tahu
bagaimana persekitaran sekolah di kawasan Felda dan bagaimana penerimaan serta kerjasama
masyarakat setempat di kawasan Felda tersebut. Visi SMK Sertik ialah.”Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Misi SMK Sertik ialah “Memastikan semua
pelajar lulus dan peningkatan 5% pelajar mencapai cemerlang setiap tahun, memupuk sahsiah
dan akhlak murni kepada semua pelajar, mewujudkan prasarana dan persekitaran yang
selamat dan kondusif dan membudayakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap
dan berkesan.”

5.1 Latar Belakang Sampel

Seramai 2 orang sampel telah memberikan maklum balas terhadap temu bual yang kami
jalankan . Pemilihan sampel adalah secara rawak yang terdiri daripada seorang guru
kaunseling. Selain itu, sampel ini juga terdiri daripada seorang pelajar perempuan Tingkatan
3 dan pengawal keselamatan. Hasil temu bual kami sangat berkait rapat dengan objektif
kajian yang kami tetapkan. Kesemua sampel memberikan respon secara terbuka dan
memberikan kerjasama yang baik semasa kami mengemukakan soalan.

6.0 Dapatan Kajian

i. Hasil daripada temubual yang dijalankan kepada seorang guru kaunseling

Sampel pertama yang kami temu bual adalah merupakan seorang guru kaunseling di SMK
Sertik. Guru kaunseling tersebut bernama Encik Abdul Yazid Bin Abdullah. Beliau telah
bertugas selama 19 tahun. Beliau juga pernah bertugas di SMK Karak selama 5 tahun dan di
Sabah selama 5 tahun dan akhirnya beliau telah berkhidmat di SMK Sertik sehingga tahun ini
dimana SMK Sertik merupakan sekolah asal beliau menuntut ilmu. Beliau mendapat
kelulusan daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pendidikan Bimbingan Dan
Kaunseling. Kami telah mengemukakan beberapa soalan kepada beliau mengenai sekolah
dan persekitarannya. Beliau memberikan respons yang sangat baik dan bersemangat untuk
berkongsi maklumat dengan kami. Sebelum itu, beliau menerangkan skop tugas sebagai
seorang guru kaunselor iaitu pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid,
peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid, psikososial dan kesejahteraan diri

7

murid, pengurusan profil murid, pendidikan pencegahan, konsultasi keibubapaan,
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan tambahan skop adalah pengurusan serta pentadbiran
sekolah.

Menurut pandangan beliau mengenai pengetua sekolah dan peranan pengetua sekolah dalam
menceriakan sekolah. Beliau menyatkan bahawa pengetua sekolah tersebut sangat
mementingkan keceriaan persekitaran sekolah berada di dalam keadaan yang baik. Beliau
merancang dengan baik tentang cara penyelenggaraan sekolah demi memastikan pelajar-
pelajar dapat belajar dengan selesa dan mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Beliau juga
menyatakan bahawa pengetua merupakan “Key Maker” di mana pengetua merupakan
penentu kearah perjalanan sekolah. Encik Abdul Yazid juga ada menyatakan bahawa
perjalanan dan fokus pencapaian adalah mengikut pengetua dalam semua aspek. Sesetengah
pengetua sudah semestinya akan memfokuskan kepada akademik, namun ada sesetengah
pengetua bukan sahaja fokus kepada akademik malah, beliau juga akan lebih fokus terhadap
3K iaitu Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan. Walaubagaimanapun, pengetua haruslah
mengurus sekolah berdasarkan Jabatan Pelajaran Negeri. Seterusnya, kami mengajukan
soalan mengenai hubungan sekolah dengan agensi luar. Pengetua dan sekolah memang
menjalankan hubungan yang baik dengan agensi luar. Contohnya seperti PDRM, AADK,
FARMASI dan sebagainya. Memandangkan sekolah ini adalah sekolah luar bandar, maka
pelajar yang berpotensi mempunyai masalah disiplin akan diserahkan dan dijalankan ujian air
kencing pada setiap tahun oleh pihak AADK. Selain itu, sekolah ini juga menjalankan
hubungan yang baik dengan Klinik Kesihatan sekitara Karak dan doktor-doktor akan datang
ke sekolah untuk membuat pemeriksaan setiap tahun.

Selain itu, sampel kami iaitu Encik Abdul Yazid telah menjawab objektif kajian kami iaitu
untuk mengetahui hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan
masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, di setiap sekolah seharusnya menubuhkan
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). PIBG di SMK Sertik disokong hebat oleh ibu bapa
dan masyarakat sekitar sekolah. Masyarakat seperti ibu bapa telah menyalurkan derma serta
mencari dana untuk memajukan dan mencari peruntukkan untuk sekolah. Sekolah semestinya
mempunyai peruntukkan yang diberi oleh kerajaan namun begitu, peruntukkan tersebut tidak
mencukupi dan memerlukan dana sampingan dimana akan disalurkan dan dikutip melalui
PIBG. Kejayaan kerjasama dalam PIBG SMK Sertik yang mencari dana untuk sekolah ialah
mereka telah menerima dana hamper RM100.000 untuk membina kemudahan seperti astaka.

8

Mengenai kemudahan atau prasarana sekolah pula, beliau menyatakan bahawa semua berada
di dalam keadaan yang baik. Pihak sekolah telah menyediakan inisiatif dengan menyediakan
satu buku kawalan sebagai laporan untuk memastikan jika ada sebarang kerosakan peralatan
di sekolah. Di dalam bilik darjah pula telah mengamalkan pembelajaran abad ke-21, di mana
susun atur meja di temgah dan di tepi ada perbezaan. SMK Sertik juga telah mengubah cara
belajar dengan mewujudkan “Mobile Class”. Mobile Class ini bermaksud pelajar harus
bergerak ke kelas yang diajar oleh guru tersebut. Ianya bukan lagi seperti dahulu dimana guru
yang akan bergerak memasukki kelas. Guru ditugaskan untuk menghias bilik darjahnya
sendiri untuk pelajarnya. Setiap guru mempunyai bilik darjah tersendiri dan para pelajar
haruslah bergerak ke setiap kelas berkaitan mata pelajaran mengikut jadual.

ii. Hasil temubual yang dijalankan kepada seorang pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan yang telah kami temubual bernama Abdul Rahman Bin Ismail yang
berasal daripada Karak. Beliau berumur 52 tahun dan telah bertugas di sekolah tersebut
selama 2 tahun. Kami telah mengemukakan soalan yang mudah kepada beliau bagi
membantu kajian kami terhadap sekolah dan persekitaran. Mengikut pandangan beliau, faktor
tersebut tidak menberi kesan negatif kepada pelajar di situ. Peranan pengetua sebagai
pemimpin tertinggi sangat berkesan di mana pengetua menjalankan tanggungjawabnya
dengan baik dan mengamalkan sikap bertimbang rasa kepada semua termasuklah pengawal
keselamatan itu sendiri. Menurut beliau, layanan pengetua dan guru-guru terhadap semua
pengawal keselematan di sekolah tersebut sangat baik dan mereka menghormati pekerja-
pekerja di situ sama rata tanpa mengira status pekerjaan mereka di situ. Hal ini sangat penting
dalam sesuatu organisasi sekolah untuk menentukan hala tuju sekolah kearah yang lebih baik.

iii) Hasil temubual dengan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terhadap persekitaran
sekolahnya.

Pelajar yang kami temubual berumur 15 tahun dan belajar di tingkatan 3 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sertik. Temubual ini diambil melalui temu bual. Kami menemubual
pelajar ini mengenai persekitaran sekolah, kemudahan sekolah dan suasana di dalam bilik
darjah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila kami bertanya
mengenai kehadiran guru ganti dan ketepatan waktu guru tersebut masuk ke dalam kelas,
pelajar tersebut memberitahu bahawa kebanyakan guru ganti masuk menggantikan kelas yang
telah dijadualkan kepada mereka tetapi ada juga guru yang tidak menjalankan tanggunggjwab

9

tersebut. Pelajar itu juga turut menceritakan suasana belajar di dalam kelas dimana pelajar
bising mengikut situasi iaitu adakala mereka bising kerana berbincang dan ada juga bising
bermain sesama sendiri. Dari segi keselesaan, kejelasan suara guru dan kemudahan di dalam
kelas pula, pelajar ini dapat menyatakan keselesaan ketika belajar baik-baik sahaja, manakala
suara cikgu yang mengajar juga jelas dan kemudahan sepeti meja, kerusi dan kipas juga tiada
masalah. Namun, ada sedikit lubang pada lantai yang mungkin akan membahayakan pelajar.

7.0 Analisis SWOT

7.1 Strengths (kekuatan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Sertik mempunyai banyak kelebihan dari segi kekuatan
mereka. Salah satunya adalah dari pihak pengetua mereka sendiri. Mereka mempunyai
pengetua yang bijak dan bergiat aktif serta membuat perancangan yang sistematik yang lebih
kepada key meker. Salah satu usaha beliau dalam menceriakan sekolah adalah
memperuntukkan biaya dengan kerjasama PIBG untuk menceriakan persekitaran sekolah
dengan membina astaka sekolah tempat untuk pelajar berteduh. Walaupun ianya tampak
kecil namun sebenarnya member impak yang besar kepada pihak sekolah itu sendiri
terutamanya para pelajar. Hal ini kerana ianya dapat membantu menaikkan lagi semangat
mereka untuk hadir ke sekolah. Sekolah ini juga mempunyai satu keunikan, dimana
terdapatnya seorang kerani yang dikhaskan untuk memantau kerosakan sama ada di dalam
mahupun luar kelas. Hal ini penting kerana ianya akan dapat membantu memastikan
persekitaran yang selesa untuk para pelajar dan guru-guru. Pengetua sekolah ini juga sangat
prihatin kepada kakitangannya seperti yang disuarakan oleh pegawai keselamatan melalui
dapatan kajian kami. Bukan itu sahaja, kekuatan yang mereka punyai, bahkan sarana ibu bapa
juga menjadi ‘strengths’ sekolah ini kerana mereka memberi kerjasama yang sangat baik
kebelangankan ini. Salah satu program yang sering mendapat kerjasama yang baik daripada
ibu bapa adalah majlis penetapan target untuk pelajar tingkatan 3 dan 5.

7.2 Weakness (kelemahan)

Antara kelemahan yang terdapat di sekolah ini adalah masalah ponteng sekolah. Hal ini
kerana menurut cikgu pelajar ponteng sekolah kerana tiada kawalan ibu bapa dalam
memantau keadaan anak-anak mereka. Mereka lebih terdedah dengan arus globalisasi iaitu
menggunakan gajet sehingga tidur lewat di tengah malam. Hal ini menyebabkan mereka tidak

10

cukup tidur lalu mengambil keputusan untuk ponteng sekolah. Pihak sekolah telah memberi
teguran dan nasihat kepada pelajar yang ponteng sekolah.

7.3 Opportunities (peluang)
Sekolah ini juga mempunyai banyak peluang dalam meningkatkan dan memajukan sekolah
mereka. Mereka dapat menjalinkan hubungan dua hala dengan pihak luar. Bukan itu sahaja,
mereka juga manjalankan kerjasama dengan agensi luar seperti pihak kolej dan universiti.
Pihak sekolah, unit kaunseling khususnya, telah menyediakan ‘booth’ bagi membolehkan
mereka mempamerkan institusi masing-masing. Para pelajar berpeluang untuk meengetahui
dengan lebih lanjut berkaitan institusi yang berada di dalam negara kita. Hal ini penting bagi
membantu mereka memilih pendidikan mereka di masa hadapan. Dalam pada itu, sekolah ini
berpotensi mengadakan persekitaran yang kondusif dengan mengamalkan pembelajaran abad
ke-21 seperti yang telah diamalkan oleh kebanyakan sekolah di luar negara. Antara contoh
pembelajaran ini adalah susun atur meja yang berlainan dan mobile class. Pelajar akan
bergerak ke kelas guru yang mengajar. Bukan lagi seperti dahulu menunggu guru datang ke
kelas.
7.4 Threats (ancaman)
Meskipun sekolah ini mempunyai banyak kekuatan dan juga peluang, namun begitu terdapat
juga beberapa ancaman yang dihadapi di sekitar sekolah ini. Antaranya masalah penagih
dadah yang boleh mengancam masalah keselamatan pelajar ketika pelajar habis sesi
persekolahan. Hal ini boleh mempengaruhi pelajar terjerumus kancah dadah. Pengawal
kseselamatan akan memastikan pelajar selamat ketika berada dalam kawasan sekolah. Ada
beberapa pelajar yang menaiki bas. Jalan akan menjadi sesat. Oleh itu, pengawal keselamatan
akan menjaga lalu lintas supaya tidak berlaku sebarangan kemalangan.

11

8.0 Rumusan

Berdasarkan temu bual yang dijalankan, jelaslah bahawa peranan pengetua amat jelas dalam
menceriakan sekolah dan persekitaran. Pengetua ini merupakan pembentuk dan peneraju
kepada perjalanan ke arah kecemerlangan sekolah tersebut. Bagi mencapai persekitaran yang
kondusif di samping dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang cemerlang,
pengetua haruslah seimbang dalam menjalankan strategi bagi mencapai target dari segi
kokurikulum dan kurikulum. Pengetua haruslah bijak dalam menangani masalah dan mencari
peluang bagi menonjolkan sekolahnya sebagai sekolah yang berpotensi disamping
persekitaran yang baik dan kondusif. Oleh itu, hal ini akan menjadikan sekolah sebagai
sebuah sekolah yang terkenal.

Selain itu, apabila kita melihat faktor persekitaran sekolah yang merupakan persekitaran
yang dikelilingi jalan raya besar dan dikelilingi kawasan felda, sudah semestinya kemudahan-
kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah terhad. Jadi, kemudahan yang
disediakan oleh sekolah juga boleh diguna pakai oleh masyarakat felda berhampiran sekolah
untu aktiviti yang dianjurkan dan sebagainya. Namun begitu, kemudahan-kemudahan yang
ingin digunakan haruslah dengan kebenaran pihak sekolah dan penggunaanya adalah terhad.
Hal ini kerana, kemudahan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah haruslah dijaga
dengan baik dan digunakan dengan cermat untuk mengekalkan kemudahan tersebut dalam
bentuk yang baik untuk kegunaan para pelajar dan pihak sekolah.

Seterusnya, respon daripada guru dan pengawal keselamatanmengenai hubungan mereka
dengan guru besar sangat baik ekoran guru besar yang seorang yang sentiasa memberi
support dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Hal ini menunjukkan bahawa keprihatinan
orang atasan terhadap orang bawahan sangat dipuji dan menjadi sebagai contoh yang perlu
diikuti.

Di samping itu, bagi komitmen ibubapa yang telah para responden daripada guru nyatakan
adalah respon yang sangat memberansangkan dengan tindakan ibubapa dalammemberikan
kerjasama dengan pihak sekolah mengenai anak-anak mereka dan hal-hal berkait dengan
aktiviti sekolah. Ibubapa sungguh memberikan perhatian terhadap perkembangan dan
kebajikan anak mereka. Hal ini sangat terpuji kerana dapat meningkatkan rasa kasih sayang
antara anak dan ibubapa sekaligus hubungan rapat dengan pihak sekolah. Sebagai seorang
yang bergelar ibubapa harus memberikan contoh teladan yang positif terhadap anak-anak
mereka bagi melahirkan modal insan yang berguna suatu hari nanti dan sangat mempengaruhi

12

mereka dalam perkembangan mereka meningkat dewasa menjadi insan yang berkualiti untuk
masa depan mereka sekaligus pemimpin untuk negara kita Malaysia.
Manakala responden daripada kumpulan pengawal keselamatan mengenai hubungan mereka
dengan guru di sekolah ini sangat baik dan tiada masalah. Di sini dapat dijelaskan mereka
menghormati antara satu sama lain walau berbeza pangkat. Hal ini dapat dilihat melalui
persekitaran yang telah terlatih dengan teladan yang ditunjukkan oleh guru besar sekolah ini
berikan dengan menghormati semua orang bawahannya dan memberikan kerjasama yang
sama dengan orang-orang bawahan lakukan. Bagi layanan para pelajar pula terhadap
pengawal keselamatan adalah sangat kurang sopan bagi segelintir pelajar. Hal ini
menunjukkan nilai hormat-menghormati antara satu sama masih lagi tidak diterapkan meluas
dalam kalangan pelajar dan ini juga membuktikan bahawa nilai murni dan moral perlu
diambil berat bagi melatih pelajar untuk menjadi modal insan yang cemerlang dari segi
rohani dan jasmani.

13

9.0 Bibliografi

Asmidar, N. (2014, Oktober 13). Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh pada Oktober 21, 2016,
daripada Sekolah dan Persekitaran: https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/

Fuji, B. (2015, Ogos 21). Fungsi dan Peranan Sekolah dalam Pendidikan. Diperoleh pada November
1, 2016, daripada http://www.trigonalmedia.com/2015/08/fungsi-dan-peranan-sekolah-
dalam.html

Othman, M. K. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai. Journal of General
Studies , 118-127.

Razak, A. Z. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran.
Jurnal Pendidikan , 3-19.

Sujak, S. (2013, Mei 6). Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif. Diperoleh pada Oktober 1, 2016,

daripada http://pismppklihat.blogspot.my/2013/05/persekitaran-pembelajaran-yang-

kondusif.html

Bakri, N. (2005). Punca Prestasi Pembelajaran yang Lemah di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Teknologi , 29-45.

14

10. Lampiran
Temu bual dengan En. Abdul Yazid di SMK (LKTP) KG Sertik
Nama : En. Abdul Yazid bin Abdullah
Guru: Kaunselor
Pengalaman mendidik : 19 tahun

Pelajar UPSI : Asssalamualaikum, nama saya Muhammad Zakir bin Zulkifli dari UPSI. Saya
pelajar Reka Bentuk dan Teknologi, jadi saya mengambil subjek pengurusan pembelajaran. Oleh itu,
saya ingin menemu bual cikgu berkaitan sekolah dan persekitaran. Boleh tak cikgu memperkenalkan
diri terlebih dahulu?

Guru : Nama saya . Abdul Yazid bin Abdullah. Saya guru kaunseling, dan ini merupakan

tahun kelima saya di sekolah ini. Saya ditugaskan menjaga pelajar tingkatan 3, dari segi menguruskan

akademik, sahsiah dan juga kesejahteraan mental. Guru kaunseling ada empat skop tugas, tambahan

yang satu lagi adalah pengurusan dan pentadbiran.

Pelajar UPSI : Beralih kepada soalan topic kita. Pada pendapat cikgu, apakah peranan pengetua
dalam menceriakan sekolah?

Guru :Baiklah, ini berdasarkan apa yang saya tahu, beliau masuk sekolah ini pada tahun ini

dan merupakan seorang guru cemerlang. Banyak lagilah beliau menambah baik prasarana di sekolah.

Beliau boleh digelar key meker kerana seimbang dari segi akademik dan kokurikulum sekolah.

Pelajar UPSI : Ok baiklah, soalan seterusnya. Adakah pengetua menjalankan hubungan dua hala
dengan agensi luar?

Guru :Terlalu banyak sebenarnya dan pada keseluruhan memang baik. Contohnya, sekolah

ini telah menjalinkan hubungan dengan PDRM, farmasi dan agensi luar.

Pelajar UPSI :Bagaimanakah pula komitmen yang diberikan oleh ibubapa terhadap program yang
dijalankan oleh pihak sekolah, sarana ibu bapa?

Guru : Sarana ibubapa juga banyak, contoh PIBG, majlis penetapan target untuk pelajar

tingkatan 3 dan 5, di mana ibubapa datang bagi menyaksikan anak-anak mereka berikrar. Sambutan

dari mereka kebelakangan ini sangat positif. Lagi yang melibatkan sarana ialah hari terbuka, untuk

ambil keputusan peperiksaan memang ramai walaupun terdapat system untuk menyemak keputusan

berdasarkan atas talian. Pada masa tersebut, ibu bapa akan menanyakan perkembangan anak-anak

mereka, sahsiah dan displin mereka di sekolah.

15

Pelajar UPSI : Adakah keadaan kelas selesa untuk menjalankan proses pembelajaran? Kemudahan
seperti kipas ke, mungkin sesekali tidak berfungsi?

Guru : Kelas sekarang juga melaksanakan pembelajaran abad-21 dan mobile class.

Contohnya, susun atur meja di tengah dan juga di tepi, ada banding beza

Pelajar UPSI :Adakah kemudahan sekolah seperti dewan, padang dan gelanggang boleh di pinjam
untuk kegunaan bersama?

Guru : boleh digunakan tetapi dengan kebenaran pihak sekolah.

Pelajar UPSI : Ok soalan terakhir, adakah masyarakat luar menyalurkan derma untuk projek dan
pembangunan sekolah?

Guru : Hal ini lebih kepada PIBG, setiap satu keluarga pelajar akan dikenakan bayaran
PIBG.

Pelajar UPSI :Sekian itu sahaja daripada kami. Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Temubual : Pengawal Keselamatan

Pelajar UPSI : Selamat pagi Encik

Pengawal keselamatan : Selamat pagi saudari.

Pelajar UPSI : Baiklah, kami daripada UPSI ingin membuat kajian tentang sekolah dan

persekitatan. Sebelum itu, bolehkah encik memperkenalkan diri encik terlebih dahulu?

Pengawal Keselamatan : Boleh. Nama saya Abdul Rahman bin Ismail. Berasal daripada Karak dan
berumur 52 tahun.

Pelajar UPSI : Terima kasih Encik kerana sudi memperkenalkan diri. Baiklah, kami ingin

memulakan sesi temubual ini. Soalan pertama, bagaimanakah layanan pengetua terhadap encik

sebagai pengawal keselematan?

Pengawal Keselematan: Layanan pengetua sangat baik. Pendek kata, pengetua sporting dan boleh
bertimbang rasa dengan kami.

Pelajar UPSI : Bagaimana pula layanan guru dengan pengawal keselamatan?

Pengawal Keselamatan: Baik juga, tiada masalah.

Pelajar UPSI : Bagaimana pula adab pelajar di sekolah ini dengan pengawal keselamatan?

16

Pengawal keselamatan : Ada sesetengah daripada mereka yang berpelakuan kurang sopan terhadap
kami. Secara keseluruhannya, baik juga. Tiada masalah.

Pelajar UPSI : Baiklah encik. Itu sahaja soalan daripada kami. Terima kasih kerana

memberikan respons yang baik.

Pengawal keselamatan : Sama-sama.

Peta Lokasi SMK (LKTP) KG SERTIK

17

Gambar pelajar lelaki bersama Encik Abdul Yazid Bin Abdullah iaitu guru kaunseling SMK Kg
Sertip

Gambar pelajar perempuan bersama Encik Abdul Yazid Bin Abdullah iaitu guru kaunseling SMK Kg
Sertip
18

Gambar bersama responden pelajar Tingkatan 3

Logo Sekolah Menengah Kebangsaan Kg.Sertik
19

Visi dan Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Sertik

Pintu masuk ke SMK Kg. Sertik
20


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Konnerud Sport 2018 Høst
Next Book
BULETIN PPD EDISI 2018 V2