The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KP CU01 WA 1 SITE PREPARATION REQUIREMENT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normanhishamsudin, 2021-04-15 03:25:22

SITE PREPARATION REQUIREMENT

KP CU01 WA 1 SITE PREPARATION REQUIREMENT

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT BC - 030 - 3 : 2013 –C01 LAND / SITE PREPARATION
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. 1. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT
AND TITLE 2. PREPARE LAND / SITE PREPARATION TOOLS,

NO. DAN PENYATAAN EQUIPMENT AND MATERIALS
AKTIVITI KERJA / 3. CARRY OUT PEGGING AND SETTING OUT WORK
WORK ACTIVITIES NO. 4. CARRY OUT HOARDING INSTALLATION
AND STATEMENT 5. PERFORM SITE CLEARING WORK
6. COORDINATE LAND / SITE PREPARATION INSPECTION
7. PERFORM FOUNDATION ACTIVITIES

NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 24
CODE NO. BC-030-3:2013-C01/P (1/7)

NO. KOD / CODE NO.

TAJUK: MENGENAL PASTI KEPERLUAN DALAM PERSEDIAAN TAPAK / TANAH.
TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti, memilih dan
menyedia PASTI KEPERLUAN DALAM PERSEDIAAN TAPAK / TANAH
menepati spesifikasi yang ditetapkan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 24

TAJUK / TITLE:
IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT

TUJUAN / PURPOSE:

PENERANGAN / INFORMATION :

Persediaan Tapak bina adalah salah satu skop kerja awal yang perlu dilakukan sebagai
permulaan bagi kerja-kerja pembinaan. Terdapat beberapa peringkat persediaan dan ia
seharusnya bermula dengan mengenalpasti sempadan tapak , disusuli dengan pemilihan tapak
yang akan dibincangkan dalam kompetensi ini.
Beberapa aktiviti lain yang merupakan prosedur standard dalam peryediaan tapak
seperti lawatan tapak, local Condition, pengurusan tapak, penstoran bahan, Pemaran
dan Papan Sendeng (fencing and Hoarding), penggalian, pengemasan tapak ,
pengukuran tapak dan Rancang Tanda tapak akan dibincangkan dalam kompetensi
seterusnya. Perlu diingat prosedur-prosedur ini perlu disempurnakan sebaiknya sebelum
proses pembinaan bermula.

.

1. KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT

Dokumen kontrak adalah satu dokumen perjanjian diantara pihak klien atau majikan
bersama dengan pihak kontraktor untuk pelaksanaan sesuatu projek. Dalam perlaksanaan
projek-projek di bawah kendalian pihak agensi kerajaan, penyediaan dokumen kontrak
hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh milik tapak. Kesan daripada
kegagalan penyempurnaan dokumen kontrak dalam tempoh yang ditetapkan, akan
menyebabkan pihak kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran seterusnya.

Dokumen kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen kontrak
mengandungi borang-borang, tender, lukisan-lukisan dan dokumen yang sama seperti
Dokumen Meja Tender.Walaubagaimanapun kesediaan Dokumen Kontrak untuk
ditandatangani bergantung pada bila kontraktor mengembalikan Surat Setuju Terima Tender,
mengemukakan Bon Pelaksanaan dan polisi- polisi insurans yang tertentu.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 24
Tindakan menyediakan dokumen di atas lazimnya dimulakan dari awal lagi bagi

memastikan dokumen kontrak sedia untuk ditandatangani secepat mungkin setelah Surat
Setuju Terima Tender dikeluarkan. Dokumen kontrak ini akan ditandatangani oleh pegawai
yang diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil kerajaan oleh Menteri Kerja Raya berdasarkan
Akta Kontrak Kerajaan. Pegawai yang diberi kuasa akan menandatangani Dokumen Kontrak
mewakili kerajaan dan begitu juga sebaliknya kepada wakil Kontraktor.

2. ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK
Kontrak berasaskan Senarai Kuantiti:

1. Arahan Kepada Petender
2. Borang Tender
3. Surat Setuju terima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010)
4. Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)]
5. Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak
6. Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak
7. Spesifikasi Piawai
8. Spesifikasi Addenda
9. Pengukuran , Perincian dan Faktor Menghargakan Senarai Kuantiti Measurement,

Amplification and Pricing Factor-MAPF)
10.Senarai Kuantiti/Ringkasan
11.Jadual Kadar Harga Harian
12.Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak
13.Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan

Kontrak berasaskan Lukisan dan Spesifikasi:
1. Arahan Kepada Petender
2. Borang Tender (JKR 203 C-Pin.8/2008)
3. Surat Setujuterima Tender (JKR 203D –Pin 9/2010)
4. Borang Kontrak Piawai [P.W.D.FORM 203A(Rev 2007)]
5. Addenda Kepada Syarat-syarat kontrak
6. Peruntukan Khas Kepada Syarat-Syarat Kontrak
7. Spesifikasi Piawai
8. Spesifikasi Addenda
9. Jadual Kadar Harga
10.Jadual Kadar Harga Harian

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 24
11.Senarai Lukisan Untuk Tandatangani Oleh Kedua-dua Pihak
12.Lukisan- Lukisan Yang Disenarai Di Dalam Senarai Lukisan

3.0 SENARAI KUANTITI
Senarai kuantiti adalah dokumen yang terkandung dalam Dokumen Tender, yang

mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan sesebuah
projek. Senarai kuantiti membolehkan kontraktor menghargakan setiap butiran kerja yang
terlibat untuk mendapatkan jumlah harga tawaran.

Kontrak berdasarkan senarai kuantiti mestilah menjadi sebahagian daripada Dokumen
Tender yang dikeluarkan kepada pretender dan juga menjadi sebahagian daripada Dokumen
Meja Tender. Senarai kunatiti adalah asas untuk mendapatkan Harga Kontrak. Pendahuluan
Kepada Senarai Kuantiti (Preambles to Bill of Quantities) hendaklah digunakan bagi tender
berasaskan senarai kuantiti.

Syarat-syarat kontrak juga menghendaki Senarai Kuantiti disediakan mengikut kaedah
yang terkandung dalam Malaysian Standard Method of Measurement of Building Works Second
Edition (SMM 2) yang diterbitkan oleh Institut Juruukur (Malaysia) dan kerja-kerja kejuruteraan
awam mengikut kaedah yang terkandung dalam Civil Engineerin Method Of Measurement
(CESMM) yang diterbitkan oleh Institut Jurutera Awam (London). Sekiranya terdapat
penyimpangan daripada kaedah mengukur piawaian ini atau di mana kaedah mengukur lain
digunakan, ianya hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam Senarai Kuantiti.

Senarai kuantiti mestilah disediakan oleh seorang yang terlatih dan berkelayakan. Ini
adalah sangat penting kerana sebarang kesamaran, percanggahan atau kesilapan dalam
Senarai Kuantiti akan membawa kepada permasalahan pentadbiran kontrak dan boleh
menimbulkan pertikaian antara kontraktor dan Kerajaan.

4.0 DOKUMEN PERSEDIAAN TAPAK.

Jenis pemilikan tanah adalah seperti berikut:
1. Jenis-jenis Geran
2. Status tanah.
3. Kaveat.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 24

4.1Jenis-jenis Geran
Terdapat dua jenis Geran Tanah atau Hak Milik Tanah iaitu Hak Milik Tetap (HT) dan
Hak Milik Sementara (HS)

HAK MILIK TETAP HAK MILIK SEMENTARA (HS)

i. Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar - Tidak boleh dipecah sempadan
ii. Hak Milik Tetap Pejabat Tanah - Tidak boleh dipecah bahagi
- Tidak boleh disatukan tanah
Hak Milik Tetap Pejabat Pendaftar - Tidak boleh dipecah bahagian
- Geran Negeri iaitu Tanah yang diberi
milik selama-lamanya bangunan jika jalanraya terletak di
- Geran Pajakan Negeri iaitu Tanah atas tanah Hak Milik Sementara
yang diberi milik untuk satu tempoh (HS)
tahun tertentu
*melainkan tanah telah diukur dengan
sempurna dan pelan berkenaan
dengannya telah diluluskan.

Hak Milik Tetap Pejabat Tanah Hak Milik Sementara ialah kita
- Geran Mukim iaitu Tanah yang diberi membolehkan tanah diberi milik
milik selama-lamanya sebelum diukur atau membolehkan
- Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang hakmilik dikeluarkan sebelum
diberi milik untuk satu tempoh tahun pengukuran tanah apabila berlaku
tertentu pecah sempadan, pecah bahagian dan
- Geran Pajakan biasanya selama 60 penyatuan.
tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh
pajakan tamat, kerajaan negeri boleh Hak Milik Sementara membolehkan
mengambil tanah tersebut. Pemilik tuan punya tanah membuat pindahmilik,
tanah boleh memohon untuk gadaian atau pajakan sebelum kerja
menyambung pajakan untuk tempoh ukur diselesaikan.
tertentu dengan bayaran premium
tanah semasa. Hak Milik Sementara bersamaan
- Geran Pajakan kemungkinan dengan Pejabat Pendaftaran dan
mempunyai sekatan-sekatan akhirnya akan dipegang oleh Geran
tertentu dan kemungkinan tiada Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
sekata.
Hak Milik Sementara bersamaan
dengan Pejabat Tanah dan akhirnya
akan dipegang oleh Geran Mukim atau
Geran Pajakan Mukim.

4.2 Status tanah.
i. Pegangan milikanbebas (freehold/kekal)

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 24
Merupakan tanah dimana pemilik tanah pegangan bebas miliki tanah tersebut
selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali kepada hak milik kerajaan
selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambil balik tanah oleh kerajaan).
Sebagai contoh, jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah
Negeri maka ianya menggunakan No.Hak milik seperti Geran 1234 manakala jika ianya
dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No.Hak milik adalah seperti Geran mukim
1234.

ii. Pajakan (leasehold)
Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah
ditetapkan.Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh
kerajaan Negeri / Pejabat tanah adalah 99 tahun.

iii. Hak milik sementara
Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan
tanah pegangan milikan bebas atau pajakan.Dokumen hak milik muktamad akan
menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim
dan sebagainya.Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang
digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah
seperti H.S.(D)11234 atau H.S.(M)1234.

iv. Tanah lesen pendudukan sementara (tanah lot)
Ia merupakan tanah lesen pendudukan sementara kerana tempoh sahnya singkat
dan tidak boleh di serah hak.Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat
pinjaman perumahan kerajaan kerana tidak memiliki geran.

4.3 Kaveat.
Kaveat adalah sekatan atau pendaftaran halangan untuk sebarang urusniaga ke

atas sesebuah hartanah. Tidak kira samada melibatkan urusan lelong, pembelian
hartanah "sub sale" atau hartanah baru. Apabila kaveat didaftarkan atas sesebuah
hartanah menyebabkan pemilik berdaftar tidak boleh membuat sebarang urusniaga
terhadap tanah berkenaan semasa tempoh kaveat. Kaveat juga mekanisme yang
disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus
niaga hartanah miliknya.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 24

Terdapat empat jenis kaveat yang dinyatakan di dalam Akta Kanun Tanah
Negara 1965 (Bab 19, Bahagian 1).

i. Kaveat Pendaftar.
Kaveat jenis ini yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut
Seksyen 320, antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik
tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari
urus niaga yang tidak wajar dan penipuan.

ii. Kaveat Persendirian.
Sekatan atasan hartanah yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang
mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah tersebut. Menurut Seksyen 322
Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan pendaftaran kaveat yang menyatakan
"sesiapa yang mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan, bolehlah memasuki
suatu kaveat persendirian untuk melindungi kepentingan mereka."

iii. Lien Kaveat.
Kaveat cagaran atau pegangan atas satu dokumen hakmilik. Kebiasaan kaveat jenis ini
didaftarkan oleh Bank atau syarikat pinjaman untuk menjaga kepentingan mereka
setelah sesebuah hartanah dicagarkan atau disandarkan kepada mereka. Perkara ini
disebut dalam Seksyen 330 dalam Akta Kanun Tanah Negara 1965.
iv. Kaveat Amanah.
Didalam Seksyen 332 pula menyatakan tentang kaveat amanah ini. Kaveat ini
dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang
amanah ke atas milikan tersebut.

Apabila kita terlibat dalam satu urusniaga samada jualbeli, sewa atau pajakan sesebuah
hartanah, kaveat ini adalah sesuatu yang amat penting untuk diperhatikan. Kita boleh
melihat bukti kaveat pada dokumen hakmilik.

Dengan itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan carian geran terbaru di Pejabat
Tanah untuk melihat status samada hartanah itu mempunyai kaveat atau tidak. Ini

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 24
kerana banyak kes berlaku apabila pembeli hartanah telah membuat bayaran
pendahuluan tanpa melihat status terbaru, tetapi pertukaran hakmilik tidak dapat
dilakukan kerana terdapat sekatan atau kaveat atas hartanah tersebut. Ada
kemungkinan duit pendahuluan anda akan hilang amat besar.

Tempoh sekatan atau kaveat persendirian adalah selama 6 tahun, ia akan secara
automatik akan terbatal selepas tempoh itu. Namun semua kaveat yang didaftarkan
boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh pengkaviet dengan hanya membuat pembatalan
di Pejabat Tanah. Kaveat juga boleh dibatalkan dengan perintah mahkamah.

5.0 TUJUAN PERSEDIAAN TAPAK.
Penyiasatan tapak merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerokaan

kawasan/tapak, bagi menguji bahan-bahan yang ditemui ( di tapak atau dibawa ke makmal)
dan menganalisis keputusan dan data-data yang dikumpul serta membuat penilaian tentang
tapak bina yang dicadangkan.Ia merupakan satu penyiasatan yang terperinci dan menyeluruh
yang diperlukan pada peringkat awal dalam kerja rekabentuk dan kerja pembinaan untuk
projek-projek kejuruteraan awam.

Penyiasatan tapak kebiasaannya bergantung kepada saiz dan jenis struktur dalam
sesuatu projek. Malah dalam keadaan tertentu kerja-kerja kejuruteraan awam yang kecil pun
memerlukan penyiasatan tapak.

Di antara objektif penyiasatan tapak ialah seperti berikut :
i. Menilai kesesuaian tapak untuk kerja-kerja atau projek yang dicadangkan.
ii. Membolehkan rekabentuk yang ekonomi dan memuaskan disediakan.
iii. Meramal dan menyediakan langkah-langkah yang berkesan terhadap masalah-masalah

yang mungkin timbul dalam masa pembinaan .
iv. Menyelidik dan membuat laporan tentang keselamatan struktur-struktur yang sedia ada

atau tentang sesuatu kegagalan yang telah berlaku.
v. Menentukan alternative yang paling sesuai di dalam pemilihan tapak bina bagi projek

yang akan dilaksanakan.
vi. Menilai perubahan yang mungkin berlaku secara semulajadi atau terjadi akibat daripada

kerja-kerja pembinaan yang dijalankan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 24

6.0 SUMBER PERSEDIAAN TAPAK / TANAH.
1. Jentera
2. Tenaga kerja
3. Bahan
4. Kewangan

7.0 ASAS BANGUNAN
Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan.

Tiap-tiap bangunan bemula daripada asasnya. Oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau
kegagalan pembinaan bangunan tersebsut. Asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian
paling bawah terletak diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur
bangunan dibawah tanah termasuk penapak dan cerucuk jika cerucuk digunakan. Pembinaan
bahagian asas ini memerlukan tindakan khusus supaya cukup kukuh dan kekal untuk
menanggung segala beban diatasnya.

7.1 Fungsi Asas
i. Mengagihkan beban bangunan itu supaya ditanggng oleh tapak tanah yang lebih luas.
ii. Mencegah bangunan itu daripada mendap akibat gerakan atau hakisan.
iii. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan.
iv. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya ini
sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.

7.2 Faktor yang mempengaruhi reka bentuk dan saiz asas
i. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungnya.
ii. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin yang
ditanggungnya.
iii. Ekonomi – perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.

7.3 Jenis Asas
Ada beberapa jenis asas yang lazim digunakan.
i. Asas Hampar
ii. Asas Jalur
iii. Asas Pad (Alas Tiang)
iv. Asas Bertangga
v. Asas Rakit

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 24
vi. Asas Cerucuk.

 Asas Hampar
i. Asas hampar digunakan secara meluas kerana kelebihannya dari segi ekonomi dan
pembinaan.

ii. Sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai tanggung yang sederhana tinggi untuk
menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

iii. Pada dasarnya asas ini dibina sekurang-kurang 600mm dibawah aras tanah (bagi jenis
tanah liat) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok (Rajah 1) atau 2 kali tebal tembok + 300
mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau unjuran (Rajah 2).

iv. Manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok atau ditentukan (Rajah3)

Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3

 Asas Jalur

Asas jalur digunakan untuk menyokong dua tiang dimana satu daripadanya terletak
berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunann lain
yang sedia ada.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 24

Rajah: Asas Jalur
Terdapat empat jenis asas jalur yang digunakan dalam pembinaan.
a. Asas Jalur Biasa - Asas ini digunakan bagi satu atau dua tiingkat bangunan kediaman

dengan adanya tanah yang baik Dan kukuh serta tidak mengecut seperti tanah berbatu
kelikir. Asas ini ditempatkan pada garisan tengah dinding Dan dibina dengan konkri
tyang mempunyai nisbah bancuhan 1:3:6

Rajah: Keratan asas jalur biasa
b. Asas jalur lebar - Asas ini digunakan bagi tanah yang rendah keupayaan tanggung

beban seperti tanah liat, tanah lembah dan tanah tambun yang menyebabkan
pemendapan kerap kali berlaku.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 24

Rajah: Keratan rentas Jalur Lebar Rajah: Keratan asas jalur alang ‘T’

c. Asas Jalur alang ‘T’ – Asas ini pula digunakan untuk mengelak daripada terjadiinya
keretakan kepaa asas tersebut kerana tekanan beban yang tinggi Dan tanah yang
mempunyai kurang daya tanggung beban.

d. Asas Jalur dalam – Sesuai digunakan pada tanah yang berkelodak Dan tanah liat yang
mana tanah ini akan mengecut mengikut perubahan masa. Namun asas jenis ini adalah
kuat Dan teguh dengan penjimatan penggunaan batu-bata serta mengurangkan
pengorekan lubang yang lebar yang akan melibatkan pembuangan tanah Dan
tambahan tanah yang minimum.

Rajah: Asas Jalur Dalam

 Asas Pad

Dipkenali juga asas alas tiang atau asas tumpu. Dalam pembinaan ringan yang

berangka, asas jenis ini sesuai digunakan untuk menyokong tiang-tiangnya. Di dalam

tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk memastikan

kestabilan. Asas ini terletak diantara lapisan tanah yang mempunyai keupayaan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 24
tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucok jika tanahnya jenis tanah gambut.
Kebiasanya mempunyai kedalaman di antara 0.5m hingga 2.5 m dan mempunyai bentuk
segi empat sama atau bujur.

Rajah: Keratan Asas Pad

 Asas Bertangga - Asas ini dibuat berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan
tapak yang curam di samping mengawqal kos pembinaan bangunan. Pembinannya
perlu mematuhi beberapa peraturan yang berikut:

a. Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam.
b. Naiknya hendaklah seragam Dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter.
c. Cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk

mencegah asas ini dari tergelincir.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 24

Rajah: Asas Bertangga
 Asas Rakit – Sesuai digunakan pada tanah yang mempuyai daya tanggung beban

yang rendah seperti tanah lombong. Dibina pada keseluruhan kawasan bangunan
yang mana perbezaan pemendapan Dan keretakan dapaat dielakkan pada
sesuatu bahagian kawasan tersebut. Bagi tujuan kekuatan ia dibina dengan
kebelan konkrit sehingga 300mm Dan ketebalanya digandakan pada bahagian
yang mempunyai dinding tanggung baban.

Rajah: pandangan dan keratan asas rakit

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 24

8.0 CERUCUK

Apabila tapak binaan terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak
mencukupi, tindakan hendaklah diambil untuk menguatkan keadaan tanah. Salah satu
daripada caranya ialah menggunakan cerucuk. Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas
yang lain, biasanya asas alas tiang atau asas rakit. Penggunaan cerucuk akan dapat
mengurangkan kos dan juga sesuai digunakan apabila beban bangunan tidak seragam.

8.1 KLASIFIKASI CERUCUK
Cerucuk dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan cara cerucuk
memindahkan beban kepada bumi dan cara ianya dibina. Kumpulan bagi cara
pemindahan beban ialah:

Cerucuk Tanggung (Bearing Pile)
Salah satunya dikenali sebagai Cerucuk Tanggung Hujung (End-bearing Pile) iaitu
cerucuk di tahan oleh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke
dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu (lapisan stratum)
yang berupaya menanggung bebannya. Cerocok-cerocok ini merupakan tiang-tiang
yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan.
Beban bangunan tersebut diagihkan terus dari asas ke atas tanah atau batu (stratum)
yang menyokongnya. Jarak dia antara cerocok-cerocok berdasar kepada saiz
cerocok dan bahan yang digunakan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 24

Cerocok Geseran (Friction Pile)
Dikenali sebagai Cerucuk Geseran Kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di
tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan
tanah – Cerocok ini ditanggung oleh daya gesean diantara tanah dan permukaan
cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai
permukaan yang kasar dan jarak diantara cerocok-cerocok hendaklah dirapatkan
mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerocok

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 24

Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-
lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua
sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

8.2 JENIS-JENIS CERUCUK DAN SPESIFIKASI

Bahan-bahan yang digunakan untuk cerocok adalah seperti berikut:

 Kayu – kayu bakau atau kayu lain yang terawet

 Konkrit – tuang-dahulu (bertetulang)

tuang disitu (Raymond, Franki Dan sebagainya)
 Rencam (composite) – Biasanya kayu atau keluli (bahagian bawah cerucuk)

dan Konkrit (bahagian atas cerucuk)

 Keluli - Cerocok H, Cerocok paip, Cerocok kepingan

Berdasarkan kepada bahan yang dinyatakan , jenis- jenis cerucuk dan spesifikasinya
disenaraikan seperti berikut :
1. Cerucuk Kayu

Terdiri dari kayu bakau dan kayu berubat ( Tanalised Timber Pile ). Ia sesuai sekali
digunakan bagi pembinaan bangunan yang kecil dan tidak mempunyai bebanan yang
tinggi.
a) Cerucuk Bakau
Garis pusat kayu bakau yang akan digunakan kebiasaannya berukiuran 75mm hingga
125mm .Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima. Mempunyai sifat-
sifat yang sesuai digunakan sebagai cerucuk geseran pada tempat yang sentiasa
lembab seperti paya.Ia tidak sesuai untuk tanah yang kering.
b) Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timber Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”. terdiri dari jenis kempas dan keruing yang telah diawet dan
merupakan diantara bahan yang digunakan dalam kerja-keja asas cerucuk .

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 24

Foto: Cerucuk kayu bakau
2. Cerucuk Konkrit

a) Cerucuk konkrit Bertetulang Pratuang - ( Precast R.C. Pile )
Cerucuk Pra Tuang ini dibina dikilang atau diruang tegasan konkrit di tapak bina.
Cerucuk dibina dalam bentuk persegi,tiga segi,bulat dan octagon.Ia dibina dengan
mengambil kira penyambungan bagi memperolehi panjang diperlukan dilakukan
dengan mudah. Cerucuk yang siap dibawa ke lokasi penanamannya dengan lori .
Terbahagi kepada 2 cara binanya iaitu (a) Konkrit bertetulang dengan bar keluli
Lembut dan (b) Konkrit Prestressed.
b) Cerucuk Konkrit bertetulang
Boleh digunakan pada kebanyakan tapak dan keadaan tanah kecuali di kawasan yang
terlalu lembut dan kawasan yang mempunyai batu kapur. Mempunyai ukuran 250 x 250
hingga 450 x 450 mm dengan panjang sehingga 18,000m.

Foto: Cerucuk konkrit
bertetulang

c) Cerucuk konkrit tegas dahulu/Prategasan (Prestressed)
Cerucuk konkrit prategasan dibina mengikut standard MS 1314 BS8110 dan BS 8004
dengan saiz 125mm x 125mm dan 150mm x 150mm , panjang 20m dan disambung
menggunakan plat keluli yang dipasang pada hujung cerucuk.Dengan binaan konkrit
berkualiti tinggi ia Mampu menahan Tegasan tegangan yang berlaku semasa
pemanduan cerucuk dan kerosakan dapat dikurang. Agak rumit untuk memotong
cerucuk konkrit prategasan selepas pemasangan. Oleh itu cerucuk ini lebih sesuai

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 24
untuk penggunaan dimana panjang cerucuk boleh diramal dan konstan. Sifatnya yang
tidak telap berbanding cerucuk konkrit tetulang. Proses pembuatannya yang khusus
seperti pemampatan dengan menggunakan kaedah spinning atau pengawitan
autoclave boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit berkekuatan tinggi.
d) Cerucuk Konkrit Tuang Kemudian/ di Tempat ( Cast In-situ Pile )
Beberapa jenis cerucuk jenis ini adalah Frankipile, Vibro,& simplex concrete pile.
Cerucuk tuang ditempat ditanam dengan 2 cara iaitu
i. Memandu masuk dengan Kaedah Hentakan penukul (Driven in situ)
ii. Mengorek tanah .

Kaedah (i) adalah sesuai untuk projek berskala sederhana dan
besar dimana perubahan panjang cerucuk sering diperlukan .
Lebih ekonomi dengan pembinaan cerucuk bersaiz 300 -600mm
dengan panjang 18,000m. Pembinaannya memerlukan Heavy
Piling Rig dan tapak bina terbuka yang boleh menerima
kebisingan tanpa batas. Kaedah (ii) melibatkan pengorekkan
tanah . Ia sering digunakan dalam pembinaan cerucuk korek (
Bored pile) dan cerucuk Mikro.

i. Cerucuk Gerek/ cerucuk Korek (Bored Piles)
Untuk bangunan kecil yang didirikan di atas tanah liat yang menPgileincgutRiigaitu
kebiasaannya terdapat pokok atau pokok yang ditebang yang mana terdapat
perubahan isipadu tanah sehingga beberapa dalam ,maka adalah lebih ekonomi
menggunakan system ini sebagai asas. Cerucuk korek pendek dibina dengan
menuang konkrit ke dalam lubang yang
digali agak cetek samada dengan tangan
menggunakan auger atau mesin. Sistem ini
mengandungi beberapa siri cerucuk
pendek yang menyokong rasuk bumi
iki.onkCritebruecrtuektuklaenlugli. HJarak antara cerucuk
Tbergrdainritudnagri kekelupliabdearbebnetbuaknhurduaf n‘H’ pbeelnatnuk bulat sepeprti cerucuk paip Dan cerucuk
kbeapningguanna.n.Bagi kerja-kerja penyambungan, keluli jenis ini memerlukan pengimpalan
pada bahagian atasnya bagi menambah panjang cerucuk jenis ini supaya dapat
mencapai tahap kedalaman yang dikehendaki. Sesuai sekali digunakan pada kawasan
yang terdapat batu kapur, walau bagaimanapun ia kurang digunakan kerana haga yang
mahal. Ia juga mempunyai ukuran 200 mm x 200 mm hingga 350mm x 350mm.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 24

Rajah: Bentuk Cerucuk Keluli

9.0 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA
 Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam

sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-
kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan.
 Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari
atau berlaku apabila struktur telah didirikan.
 Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di
sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-
kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat.
 Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana
ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.
 Cara pembinaan dan penanaman cerucuk juga membezakan kumpulan cerucuk. Kalau
kumpulan cerucuk tanggung dan cerucuk geseran ditentukan berdasarkan cara
pemindahan beban, pembinaan cerucuk dengan cara membentuk terlebih dahulu/
pratuang dan memandu masuk ke dalam tanah dikelaskan sebagai Cerucuk Anjakan
(Displacement Pile ) Contohnya cerucuk konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete
pile). Cara tanah dikorek dan diganti dengan menempatkan cerucuk dipanggil cerucuk

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 24
Gantian (Replacement Pile) atau Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile)
seperti Bored & Micro Pile

Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan ditapak bina sebelum ini, hanya cerucuk
R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama

10.0 PENANAMAN CERUCUK
Kerja penanaman cerucuk merupakan proses dimana cerucuk dimasukkan ke dalam
tanah tanpa membuat penggalian. Penanaman dilakukan dengan 2 cara
1) Menggunakan cara Hentakan Penukul

i.Tukul Jatuh/Drop hammer
 Tukul diangkat dan jatuhkan oleh winch
 Tukul dihubungkan dengan tali menggunakan cangkuk
 Apabila tukul diangkat sehingga kepada ketinggian tertentu, ia akan
dilepaskan untuk melakukan hentakan.

ii.Tukul Tindakan tunggal/Single Acting Hammer
 Tukul diangkat dan dijatuhkan menggunakan wap
 Jatuhan tukul kepada kepala cerucuk melalui tekanan gravity.

iii.Tukul dua tindakan/ Double Acting Hammer
 Seperti juga Tukul Tindakan tunggal bezanya angkat dan jatuhan tukul
dilakukan menggunakan enjin wap

iv.Tukulan Disel/ Diesel Hammer
 Angkat dan jatuhan tukul dilakukan menggunakan enjin disel

11.0 MELAKUKAN KERJA –KERJA CERUCUK
Proses melibatkan langkah-langkah berikut;

 Menanda Poin-Poin Cerucuk
 Mendirikan Kerangka Cerucuk/Set up the piling rings frame
 Himpun dan susun cerucuk di tapak bina
 Melakukan kerja Penanaman Cerucuk

- Penanaman Cerucuk Konkrit Pratuang Bertetulang

- Kaedah Hentakan
 Mengerat cerucuk

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 24

Biasanya Cerucuk terhentak dimasukkan ke
dalam tanah dengan menggunakan cerucuk.
Pada masa hentakan dijalankan, cerucuk
dan tukul cerucuk perlu diletakkan pada
tempatnya dengan bantuan jib kren,
kerangka cerucuk atau alat pandu. Tukul
cerucuk dapat diperolehi dalam beberapa
jenis seperti:

Kaedah Hentakan
a. Tukul jatuh/ Drop hammer
b. Tukul tindakan tunggal/ Single acting hammer
c. Tukulan Disel/Diesel Hammer
d. Tukul dua tindakan/Double acting hammer

12.0 MENGERAT CERUCUK
Pemotongan cerucuk adalah proses mengerat dan menyingkirkan cerucuk konkrit terlebih
yang telah ditanam dilokasi tapak bina. Melalui kaedah penggunaan mesin, yang dapat
memegang kedudukan cerucuk dengan kemas bagi membenarkan sebarang sudut incision
disamping memudahkan penyingkiran bahagian yang tidak diperlukan dengan selamat.
 Cerucuk perlu dipotong pada jarak spesifik.panjang yang dipotong perlu mencukupi bagi

membolehkan penyingkiran semua bahan yang musnah.Shell keluli atau sarung konkrit
untuk cerucuk konkrit tung ditempat/ in situ perlu dipotong pada jarak menegak spesifik
sebelum diisi dengan konkrit.
 Cerucuk konkrit Pratuang dan sarung konkrit perlu dikerat dalam kaedah yang boleh
menghindari kerosakan kepada bahagian cerucuk yang lain atau sarung atau kepada
tetulang yang terunjur yang diperlukan bagi menyambung cerucuk kepada struktur .

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 24

 Cerucuk kayu yang kepalanya perlu
ditutup dengan cap perlu dipotong
dengaan tepat supaya galasan
yang tepat diperolehi dan tidak
memerlukan pelapik/shims

KaeFdoatho:KCeerarutacnuk yang sudah ditanam
sebelum dikerat

Alat-alat mengerat:

Hand-held Cut-off Saw Powered Cut-Off Saws Jackhammer heavy pneumatic

i. Kaedah Automatik -Hydraulic pile breaking
Kaedah ini melibatkan penggunaan perkakasan hidraulik dipanggil beavers yang
memecahkan cerucuk pada arah melintang bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Melalui
kaedah ini Cerucuk di mampat dengan dua rahang hidraulik yang memberi mampatan
seragam pada empat sisi cerucuk. Daya menegak selari dengan paksi memanjang cerucuk
dikenakan bagi melengkapkan proses keratin.

Pile
Beaver

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C0 1/P (1/7) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of 24
Rujukan:

1. Teknologi Binaan Bangunan, Tan Boon Tong.2000
2. Construction Specification 13—Piling

efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc
3. Cutting Concrete

www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx
4. Construction Specification 13—Piling

efotg.nrcs.usda.gov/references/public/AL/713.doc
5. Cutting Concrete

www.nortonconsumer.com/concrete-cutting.aspx
6. h-pile-hammer-taets.gif

engtips.net


Click to View FlipBook Version
Previous Book
NOTA-PENJODOH-BILANGAN-1
Next Book
TUGAS PBAK CONTOH KASUS_Yenika Ambarwani