Asal usul SK Merdang Nama asal SK Merdang ialah SK St. Martin. St Martin ialah seorang paderi yang menjaga gereja di Kampung Merdang. Beliau telah menubuhkan SK St. Martin pada tahun 1963. Pada asalnya, sekolah ini berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan dan beroperasi di Kampung Merdang. Namun bermula pada tahun 2006, sekolah ini terpaksa menumpang di SK Jalan Muara Tuang selepas pemilik tanah mengambil balik tanah yang dijadikan tapak sekolah itu. Pada tahun 2017, sekolah berpindah sekali lagi ke bangunan sementara yang terletak di UniCentral. Jumlah murid pada tahun tersebut mencecah seramai 1013 dan jumlah guru ialah 43 orang.