2022/2023 GROUP 6
MAKANAN
TRADISIONAL
LMAAPTAQ 6
TAK LAPUK
DEK HUJAN,
TAK LEKANG
DEK PANAS
Pulau Pinang
SAJIAN TRADISI
syurga makanan di Pulau Mutiara
MEET THE TEAM
MUHAMMAD ADAM BIN FAIZAL
294671
MEET THE TEAM
MUZAKKIR IZWAN BIN AHMAD
SHAHRIZAN
294940
MEET THE TEAM
MUHAMMAD SHAZWAN IRFAN
BIN KHAIROL HISHAM
294715
MEET THE TEAM
NUR SYAMIERA BINTI AMRAN
294046
294715
MEET THE TEAM
NOORMIZA AINI BINTI NOR AZMI
293950
MEET THE TEAM
NUR SYAMIMI BINTI MOHAMED SAID
295565
MEET THE TEAM
ALIAH NATASHA BINTI HAMIDI
295701
MEET THE TEAM
NUR AQILAH ALYAA BINTI MD YUNOS
295660
MEET THE TEAM
294715 WILDA NASYIFA BINTI MOHD
ZAINURI
294859
MEET THE TEAM
AMNI SYIFAA BINTI AMRAN
293916
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Setinggi-tinggi ribuan terima kasih juga
kepada individu-individu penting
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam disebalik tabir yang membantu kami
melengkapkan e-majalah ini dengan
Biru Warna. memberikan beberapa info dan maklumat
penting terutamanya berkaitan sejarah-
Terlebih dahulu saya(kami) bersyukur dan sejarah makanan tradisional di Malaysia
ini.
berterima kasih kepada tuhan kerana dengan
limpah kurnianya saya(kami) dapat
menyiapkan e-majalah Makanan Tradisional
Malaysia ini dengan jayanya mengikut
tempoh yang ditetapkan.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Akhir kata, segala jasa dan pengorbanan
Mariah Binti Darus@Mat Junus selaku kesemua individu yang terlibat dalam
pensyarah Kenegaraan Malaysia kerana di menjayakan e-majalah Makanan
atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah Tradisional ini amatlah kami hargai.
kami menyiapkan e-majalah Makanan Kami juga berdoa dan berharap agar e-
Tradisional Malaysia ini. Tidak dilupakan majalah kami ini dapat memenuhi kriteria
juga jasa dan keringat setiap ahli kumpulan dan garis panduan yang ditetapkan.
Lapar Mat ini yang telah banyak membantu
menyumbangkan idea, maklumat dan Sekian, terima kasih.
pendapat masing-masing dalam menyiapkan
tugasan ini, terima kasih diatas komitmen dan
kerjasama yang ditaburkan sepanjang tempoh
menyiapkan e-majalah ini.
ISI KANDUNGAN Latar Belakang Negeri Pulau Pinang 01
Menceritakan nama asal Pulau pinang dan 02
sejarah awal Pulau Pinang
03
Pengenalan
05
Definisi makanan tradisional 07
10
Nasi Kand
ar
12
15
Sejarah, keunikan
18
19
Pasembur
Sejarah, keunikan
Popia Basah
Sejarah, keunikan
Laksa
Sejarah, keunikan
Jeruk
Sejarah, keunikan
Mi Sotong
Sejarah, keunikan
Kesimpulan
Rujukan
LATAR BELAKANG
ASAL USUL PULAU PINANG
Pulau Pinang pada asalnya dikenali
sebagai Pulau Ka Satu. Seorang kelasi
bernama Ragam menamakannya
demikian kerana ia adalah satu-
satunya pulau terpencil besar yang
ditemuinya semasa belayar berulang-
alik antara Linga dan Kedah. Nama
Pulau Ka Satu digunakan sehingga
kedatangan British pada tahun 1786.
Selepas kedatangan British, pokok
pinang telah ditanam di pulau itu, dan
nama pulau itu ditukar kepada Pulau
Pinang. Pulau Pinang ialah sebuah
negeri di Malaysia yang merupakan
sebahagian daripada negeri Kedah
sebelum ia diambil alih oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan
menjadi tanah jajahan Mahkota British.
Terletak di pantai barat laut
Semenanjung Malaysia, ia
bersempadan dengan Kedah di utara
dan timur, Perak di selatan, dan Selat
Melaka di barat. Pulau Pinang terdiri
daripada sebuah pulau dan tanah
besar yang dikenali sebagai Sei Sepai.
Pulau Pinang juga merupakan negeri Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian
yang mempunyai penduduk Cina oleh Selat Melaka iaitu Seberang Pulau
terbesar di Malaysia. Ini juga dan Seberang Perai dengan jambatan
merupakan Chinatown utama di dan feri di Perai, Gelugor dan Laut Bagan
Malaysia Dharam. Negeri ini juga merupakan tanah
jajahan British pertama di Semenanjung
Malaysia dan satu-satunya negeri di
Malaysia yang terbahagi kepada dua.
01
Definisi
Makanan
Tradisional
Makanan tradisional ialah makanan dan minuman dengan rasa tertentu Makanan tradisional adalah
yang biasa digunakan dalam komuniti tertentu. Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan daripada
warisan budaya yang sangat kaya, termasuk makanan tradisionalnya gabungan masyarakat Malaysia
yang pelbagai dan eksotik. Dengan teknologi makanan masa kini, setempat bermula dari makanan
adalah menjadi tanggungjawab untuk memartabatkan makanan ringan, berat dan juga
tradisional ke tahap yang tinggi. Menurut Kementerian Warisan Negara minumanyang biasa diamalkan
(2016) di laman web rasminya, masyarakat majmuk Malaysia telah oleh masyarakat di sesuatu
menyumbang kepada penghasilan pelbagai jenis masakan tradisional kawasan tersebut. Dengan
yang menonjolkan kreativiti selain seni, seperti teknik pembuatan, pelbagai jenis bahan adunan,
pembungkusan dan penyajian makanan. maka dapat menghasilkan
pelbagai jenis makanan
Kehidupan masyarakat "mesra" kepada alam membolehkan orang tradisionalyang berbeza rupa
ramai meneroka alam semula jadi, terutamanya dari segi mendapatkan sehingga menjadi makanan yang
sumber untuk pengeluaran, paparan dan pembungkusan makanan. lazat dan seimbang. Cara
Warisan berbentuk masakan dan penyajian makanan ini juga pembuatannya juga
merupakan satu ciri kebudayaan yang unik dan bersifat membabitkan seperti membakar,
tradisi.Makanan Warisan terbahagi kepada makanan yang dimasak dan memanggang,
makanan mentah. Terdapat pelbagai teknik penyediaan makanan iaitu pengukusan,menumis, dan
bahan mentah dimasak secara membakar atau salai, mengukus, sebagainya lagi.
mengoreng, merendang, merebus atau supdan sebagainya. Makanan
yang tidak dimasak merangkumi proses menjeruk, diperapatau
penapaian dan sebahagiannya dimakan segar.
02
NASI KANDAR
ASAL USUL NASI KANDAR
Bila singgah ke Pulau Pinang semua
pasti akan tertumpu kepada hidangan
popular di sana iaitu Nasi Kandar bukan? Tapi
tahukah anda dari mana asal usul Nasi Kandar itu
sendiri? Dari sejarah, Nasi Kandar berasal dari India dan
telah di mashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia
satu hidangan nasi kukus dan di sajikan dengan pelbagai jenis
hidangan sampingan dan kari.
Nasi Kandar ini dahulunya di jual di sekitar pelabuhan di Pulau Pinang kerana
di sana banyak buruh-buruh bekerja di sana dan rata-rata buruh yang
bekerja merupakan golongan orang bawahan. Nasi kukus, kari ikan dan ikan
goreng merupakan menu asal bagi Nasi Kandar ketika itu. Peniaga akan mula
meniaga pada waktu pagi kerana pekerja akan memulakan sarapan dengan
makanan berat bagi menguatkan sumber tenaga bagi bekerja hingga ke petang.
Kerana itu kita perasan, nasi kandar telah siap sedia dijual pada awal-awal pagi
kerana ini adalah tradisi dari dahulu lagi.
Perkataan Nasi Kandar ini timbul ketika melihat penjaja nasi mengandar tiang yang
menggantung dua bekas nasi. Dari situ nama Nasi Kandar terhasil dan kekal ke hari ini
dan diguna pakai dikebanyakkan restoran Mamak Malaysia.
03
RESSETJOARRAANH
HAMEEDIYAH
Seperti umum mengetahui Restoran Apa yang menjadikan Nasi Kandar di
Hameediyah merupakan restoran nasi
kandar tertua yang menapak di Pulau Restoran Hameediyah ini istimewa dan
Pinang. Restoran Hameediyah mula
beroperasi sejak tahun 1907 dan menjadi kesukaan ramai adalah kerana
perniagaan ini telah diwarisi 7 generasi
dan masih lagi menjadi pilihan utama rempah yang digunakan mereka adalah
warga Pulau Pinang. Thamby Rawther
pemilik asal restoren ini dulu merupakan dibuat sendiri. Mereka tidak
seorang peniaga rempah yang berasal
dari Tamil Nadu, India. Beliau menggunakan rempah segera
memulakan perniagaan nasi dan kari
hanya di bawah pokok berhadapan sebaliknya mengikut resipi turun
kedainya. Perniagaan Nasi Kandar
beliau mula berkembang dan restoran temurun generasi keluarga untuk
ini didirikan di No.164 Lebuh Campbell
dan masih beroperasi hingga ke hari ini. memastikan rasa tetap konsisten dari
masa ke semasa. Restoran ini bukan
hanya terletak di Pulau Pinang malah
turut membuka cawangan di Jalan Baru,
Perai, Kota Damansara dan Ampang.
Dan yang terbaharu merupakan
cawangan yang kelima dibuka di Sungai
Ara, Pulau Pinang.
04
PASEMBOR
Pasembor dikenali dengan salad india Malaysia merupakan isitilah yang khusus di utara
Semenanjung Malaysia dan sangat terkenal di Pulau Pinang terutamanya di sepanjang
Jalan Gurney yang menyediakan pasembor terbaik. Walaubagaimanapun istilah ‘Rojak
Mamak’ digunakan di sebahagaian negeri yang lain. Peniaga atau penjaja rojak ini hanya
menjual rojak di gerai dan menggunakan motor sebagai tempat penyediaan rojak pada
awal permulaan peniagaan rojak. Tetapi penjaja rojak kini boleh didapati di gerai atau
restoran serta beberapa peniaga yang menggunakan lori kecil khusus untuk aktiviti
penjualan rojak.
Terdapat sebuah teori yang mengatakan bahawa individu yang pada awalnya
memperkenalkan makanan rojak atau pasembor di Malaysia ini berasal dari India dan
meneteap di sebuah daerah di mumbai yang bernama Chembur.
05
pasembor
RESTORAN PASEMBOR HUSSIN
Haji Mohd Hussain bin Mohd Shariff telah Restoran Pasembor Hussain menyediakan lebih
memulakan perniagaan beliau sejak 45 tahun 20 jenis pilihan untuk pelanggan dan itu menjadi
dulu. Restoran Pasembor Hussin merupakan salah satu sebab ramai meminati Pasembor
antara gerai Pasembor yang terawal bertapak di Hussain. Pasembor Hussain sudah melebarkan
Pulau Pinang sejak tahu 1951 dan merupakan sayap perniagaannya ke seluruh negara dengan
antara yang terkenal dan terbaik di P.Pinang serta membuka banyak cawangan termasuk di negeri
Malaysia sehingga kini. Perniagaan ini telah Selangor
diwarisi 3 generasi dan sekarang telah diusahakan
oleh anak beliau iaitu Rais Ahmad bin Haji Mohd
Hussain.
06
ASAL POPIA
USUL BASAH
Dalam dialek Teochew, perkataan Popia dikenali dengan bobea Di Malaysia, popia ini telah divariasikan dengan pelbagai kaedah
oleh masyarakat Cina Fujian. Mereka juga memanggil popia ini masakan dan pelbagai nama yang mempunyai sejarah yang
sebagai pizza tempatan yang menggunakan kulit tepung yang tersendiri. Sebagai contoh,pada masa sekarang popia tersebut
nipis. Perkataan popia ini sebenarnya berasal daripada Bahasa mempunyai pelbagai jenis seperti popia goreng inti kentang,
Cina Fujian iaitu (Pe̍ h-ōe-jī). Di negara China, hidangan popia goreng carbonara, popia basah, popia sayur campur dan
tradisional mereka ialah popia yang dipercayai telah wujud sejak sebagainya. Dalam kajian ini, kami memilih untuk mengkaji
zaman Dinasti Jin Timur. Zaman ini telah lama wujud sekitar popia basah. Popia basah ini bermula daripada pengaruh
tahun 265 hingga 420 Masihi lagi. Malah, popia ini bukan sahaja kulinari yang hadir bersama kedatangan pedagang-pedagang
tersohor di negara China sahaja. Popia ini juga sangat terkenal dari China ke Asia Tenggara untuk melakukan aktiviti
di Indonesia sekitar Jawa Tengah iaitu di Semarang yang perdagangan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
dikenali sebagai lumpia oleh masyarakat tersebut. Popia ini telah sehingga kemasukan bersistematik komuniti tersebut semasa
diperkenalkan oleh masyarakat China semasa mereka berhijrah pendudukan pihak British di Singapura dan Pulau Pinang pada
ke serata dunia untuk melakukan aktiviti perdagangan dengan abad ke-18 Masihi.
negara-negara lain termasuklah di Asia Tenggara. Setelah popia
ini dibawa masuk ke Asia Tenggara, pada tahun 1986 nama 07
popia tersebut telah dimelayukan secara rasmi dalam Bahasa
Melayu.
TEMPAT YANG TERSOHOR
DENGAN POPIA BASAH DI
PULAU PINANG
P opia basah merupakan Beliau telah berusia 69 tahun dan
satu makanan berkhasiat merupakan seorang bapa kepada empat
di Pulau Pinang yang orang anak. Beliau menjalankan
digemari ramai tidak kira perniagaan popia basah ini hanya dengan
golongan muda ataupun menggunakan kereta roda tiga sahaja.
tua. Popia basah tersebut dijual pada harga
RM1.50 setiap satu. Beliau begitu mahir
Hal ini dikatakan demikian kerana, inti dan pantas menggulung popia basah
popia basah ini terdiri daripada sayur- tersebut sebelum dipotong dan disapu
sayuran seperti kubis dan lobak merah kuah sambal yang terdiri daripada resipi
yang baik untuk kesihatan. Di Pulau warisan tersendiri.
Pinang terdapat satu gerai yang sangat
tersohor dengan popia basah sejak dahulu Popia basah ini sentiasa menjadi pilihan
lagi iaitu terletak di tepi Stadium ramai ketika tengahari dan ramai yang
Bandaraya Pulau Pinang. datang ke gerai tersebut untuk
mendapatkan popia tersebut. Lebih
Gerai ini hanya beroperasi 3 jam sehari menarik lagi, popia basah di gerai ini
iaitu bermula dari pukul 2 petang diberi air rebusan sengkuang yang
sehingga 5 petang. Gerai yang tersohor bertujuan untuk menambahkan lagi
di Pulau Pinang ini dimiliki oleh seorang kelazatan popia itu. Hal ini menyebabkan
mamu yang bernama Noor Muhammad. gerai beliau berbeza dengan gerai-gerai
Beliau telah berniaga popia basah ini yang lain.
sejak 40 tahun dahulu lagi menyebabkan
popia basah ini sangat terkenal dalam
kalangan masyarakat di Pulau Pinang.
Walaupun beliau telah lanjut usia beliau
tetap menjalankan perniagaan ini kerana
mendapat permintaan yang tinggi oleh
pelanggan kerana keunikkan popia
basah itu sendiri yang berasal daripada
resipi turun temurun.
08
KELEBIHAN
POPIA BASAH
Selain daripada mempunyai rasa yang sedap, ia juga
merupakan makanan yang berkhasiat. Popia basah
ini sesuai untuk orang yang jenis vegetarian atau
sedang berdiet. Hal ini demikian kerana, popia
basah ini terdiri daripada kulit dan inti yang
mempunyai banyak kebaikan kepada kita semua.
Kulit popia diperbuat daripada tepung ubi kayu,
tepung gandum dan garam. Terdapat banyak
manfaat tepung ubi kayu terutamanya untuk
kesihatan. Antara manfaatnya ialah dapat
mengawal kadar gula dalam darah, meningkatkan
metabolisme glukosa dan insulin. Tepung ubi kayu
yang terdapat dalam kulit popia juga dapat menjaga
kesihatan usus. Tapioka merupakan sumber pati
tahan yang dapat menahan terhadap pencernaan
dan berfungsi sebagai serat dalam sistem
pencernaan yang dapat mengurangkan keradangan
dan jumlah bakteria berbahaya di dalam usus.
Selain itu, kekurangan zat besi yang disebabkan
oleh anemia juga dapat dicegah. Hal ini disebabkan
oleh terdapat sumber zat besi yang baik yang
terdapat dalam tepung ubi kayu tersebut.
Selain itu, inti popia basah ini terdiri daripada sayur-
sayuran seperti lobak merah, kubis dan sengkuang
yang baik untuk kesihatan. Sepertimana kita semua
tahu, lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata
dan mencegah daripada rabun malam. Kandungan
karatenoid dalam lobak merah ini dapat membantu
melindungi mata daripada rosak disebabkan cahaya
biru dan dapat mengurangkan risiko degenerasi
makula berkaitan usia dan juga katarak mata. Lobak
merah ini juga dapat mengurangkan risiko kanser
seperti kanser payudara, kanser kulit dan sebagainya.
Kubis yang terdapat dalam inti popia basah juga
mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan kita
semua. Antaranya ialah baik untuk sistem
penghadaman dan dapat mencegah masalah seperti
sembelit. Hal ini kerana sayur kubis tinggi dengan
serat yang penting untuk penghadaman. Akhir sekali
ialah sengkuang, sengkuang didapati tinggi denagn
kandungan antioksidan yang dapat membantu
mencegah kerosakan sel-sel badan akibat tekanan
oksidatif.
09
LAKSA
ASAL USUL LAKSA BERMULA PADA AWAL ABAD KE-15
APABILA SAUDAGAR CINA MELABUHKAN KAPAL MEREKA
UNTUK BERDAGANG DI KEPULAUAN MELAYU. KEHADIRAN
MEREKA DI TANAH MELAYU JUGA MEWUJUDKAN SATU
KAUM IAITU PERANAKAN KERANA PERKAHWINAN
PEDAGANG CINA DAN GADIS MELAYU. LAKSA YANG KITA
MAKAN SEKARANG BUKANLAH RESIPI ASLI, KERANA LAKSA
PULAU PINANG INI MELALUI GELOMBANG INOVASI APABILA
ISTERI PENIAGA CINA MENAMBAH PERISA MEREKA SENDIRI
KEPADA SUP TRADISIONAL CINA. MAKA LAHIRLAH LAKSA
PULAU PINANG, DAN RESEPINYA TIDAK BERUBAH DARI
DAHULU HINGGA SEKARANG.BAK KATA PEPATAH, "HUJAN
TIDAK BURUK, PANAS TIDAK BURUK".
10
LAKSA
PERKATAAN "LAKSA" ITU SENDIRI BERASAL DARIPADA PELBAGAI
BAHASA. MENURUT BAHASA PARSI/HINDI, LAKSA BERASAL
DARIPADA PERKATAAN "LAKSHAH", YANG BERMAKSUD "BIHUN". JIKA
DALAM BAHASA SANSKRIT, LAKSA BERASAL DARIPADA PERKATAAN
"LAKSHAS" YANG BERMAKSUD "SEPULUH RIBU", RAMAI YANG
MENGATAKAN SEPULUH RIBU MERUJUK KEPADA BAHAN YANG
DIGUNAKAN DALAM LAKSA. DALAM BAHASA KANTONIS, PERKATAAN
LAKSA BERASAL DARIPADA "LÀ SHĀ", YANG BERMAKSUD "PASIR
PEDAS", DISEBABKAN OLEH JUMLAH UDANG KERING YANG BANYAK
YANG KELIHATAN SEPERTI PASIR ATAU TEKSTUR SOS YANG KASAR.
MENURUT CARIAN TERJEMAHAN, PERKATAAN "LÀ SHĀ" BERMAKSUD
"SOS PEDAS"
11
JERUK
Pada awal pembuatan jeruk ini
ialah dari india dan lebih dikenali sebagai
acar. ia dihasilkan untuk menjadi pengawet
makanan dan dimakan kerana orang menikmati
perisa yang terhasil dan penghasilan jeruk juga
dapat meningkatkan nilai zat dalam makanan. Dan
telah diperkenalkan ke serata dunia terutamanya asia.
Dan pulau pinang adalah tempat bermulanya
penghasilan jeruk dan setelah itu hampir setiap negeri
terdapat penjualan jeruk. Dan sehingga kini juga
penghasilan dan penjualan jeruk di Malaysia masih
diteruskan kerana kehendak kebanyakan orang dalam
pembelian jeruk masih tinggi. Serta seperti yang kita
tahu, bahawa produk makanan jeruk ini terkenal di
penang dan di usahakan oleh seorang usahawan yang
berasaldari penang.
12
SEJARAH
JERUK MADU
PAK ALI
Alias Ali merupakan mengusaha Pak
Ali Indusries Sdn Bhd atau di kenali
sebagai Jeruk Pak Ali , Beliau
memulakan perniagaan kecil-kecilan
dengan hanya berbekalkan sejumlah
wang RM 15. Beliau banyak
menghadiri kursus-kursus dan
program yang di kendalikan oleh
institusi-institusi kerajaan dan di
situlah cara beliau memperbaiki
produk dan kualiti dari masa ke
semasa dan dalam masa yang sama
mempelajari ilmu baharu dalam
perniagaan.
Bermula sejak tahun 1985 dan
memulakan proses membuat jeruk
hanya di belakang rumah, kini Jeruk
Pak Ali telah mempunyai sebuah
syarikat dan lebih 400 orang pekerja
serta 50 stokis di seluruh negara.
Jeruk Pak Ali kini telah berkembang
dengan jayanya hingga dapat
menembusi pasaran antarabangsa
seperti Brunie, Singapura dan ada
juga sehingga ke Ireland. Syarikat
beliau juga pernah dinobatkan
sebagai pemenang Anugerah
Agroprenuer Cemerlang dalam
Anugerah Agropreneur Agrobank
pada tahun 2017.
13
Cara
Penyediaan
Jeruk
BAHAN-BAHAN
Gula pasir
Garam
Pengawet dan pewarna yang
dibenarkan
Madu lebah
Cuka epal
PENGHASILAN JERUK
Buah diterima dan digredkan
Basuh buah sehingga diyakini
bersih
Masukkan buah yang telah
dibersihkan ke dalam air garam
(menggaram) selama 1 minggu
Membersihkan buah
menggunakan air suling
Mengupas kulit dan potong buah
ikut saiz yang sesuai
Buah dijerukkan selama 3 hari
Membungkus dan sedia untuk
dijual
14
mi sotong
SEJARAH MI SOTONG
Mi sotong ini dicipta di Malaysia oleh seorang muslim berbangsa india atau lebih
dikenali sebagai ‘mamak’ bernama Shahul Hameed bin Syed Mohammed. Beliau
dilahirkan pada 30 April 1965 di suatu daerah di selatan India. Beliau kemudiannya
berhijrah dari India ke Malaysia sejak tahun 1940-an mengikut bapanya. Tidak
hairanlah mengapa beliau dapat mencipta Mi Sotong ini kerana bapanya
merupakan seorang tukang masak. Beliau mewarisi perniagaan dari bapanya yang
pada awalnya hanya menjual mi goreng mamak seperti yang dijual oleh peniaga-
peniaga lain di Pulau Pinang. Mi sotong, sotong dimasak berasingan dengan mi.
Manakala mi goreng mamak mengandungi sotong kering sebagai perencah yang
digoreng bersama mi kuning, ubi kentang, cucur, telur ayam dan lain-lain. Mi
sotong ini berbeza dengan mi goreng mamak walaupun kedua-duanya popular di
Penang. Mi sotong ini mempunyai campuran masakan India dan Melayu yang
membuatkan ia unik.
15
SEJARAH
GERAI MI SOTONG
HAMEED PATA
DIBUKA SEJAK TAHUN 1978.
DIBUKA OLEH GENERASI KEDUA IAITU SHAHRUL HAMEED SYED MOHAMED.
IAITU ORANG YANG SAMA YANG MENCIPTA MI SOTONG DI MALAYSIA.
PADA AWALNYA GERAI INI DIBUKA DIBAHAGIAN DALAM TAPAK KOTA CORNWALLIS.
NAMUN, PIHAK MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG MENAIK TARAF KOTA TERSEBUT.
INI MENYEBABKAN PENIAGA TIDAK DIBENARKAN BERNIAGA DI DALAM KAWASAN TERSEBUT.
SEMUA PENIAGA DIARAH BERPINDAH KE KAWASAN LAIN.
NAMUN, PIHAK MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG JUGA MENAWARKAN MEREKA PREMIS
PERNIAGAAN YANG BARU PADA KETIKA ITU.
KINI GERAI MEE SOTONG HAMEED PATA INI TERLETAK DI KOTA SELERA PADANG KOTA .
MULA BEROPERASI PADA JAM 12 TENGAHARI SEHINGGA 8 MALAM.
DIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI AHAD.
16
CARA PENYEDIAAN MI GORENG
SOTONG DAN KEUNIKAN KEDAI
HAMEED PATA
Terdapat dua pilihan mi yang boleh dipilih oleh pelanggan iaitu mi rebus sotong dan mi goreng
sotong. Terdapat menu lain di kedai ini iaitu Pasembor. Namun, mi goreng sotong merupakan
menu yang mendapat sambutan yang menggalakkan di kedai Hameed Mi Pata. Cara
penyediaan mi goreng ini sangatlah mudah namun rasa mi goreng sotong yang lain daripada
lain dan tidak dapat ditemui di tempat lain membuatkan kedai ini terkenal. Mi goreng dan
sambal sotong dimasak secara berasingan. Sambal sotong dimasak terlebih dahulu. Mi goreng
akan dimasak secara berperingkat mengikut pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Mi goreng
diperbuat daripada mi kuning, ubi keledek, sambal sotong, sos cili, sos tomato, kicap cair, tauhu
dan telur. Manakala sambal sotong diperbuat daripada cili merah, bawang merah, bawang putih
dan sotong kering. Selepas dipesan, barulah peniaga akan meletakkan sambal sotong di atas
mi goreng. Untuk rasa yang lebih enak, pelanggan boleh perah limau yang disediakan di atas mi
goreng. Mi goreng ini berharga hanya RM6/ sepinggan. Pelanggan disarankan untuk datang
awal bagi mengelakkan orang ramai dan beratur panjang.
17
KESIMPULAN Akhirnya, kami gembira membuat kesimpulan untuk menggambarkan
perpaduan rakyat Malaysia hanya melalui makanan, terdapat pelbagai jenis
makanan di Malaysia yang melambangkan setiap kaum di negara ini.
Seperti yang kita lihat di Pulau Pinang sendiri, bukan sahaja orang Melayu
makan di restoran Melayu, orang Cina makan di restoran Cina, dan orang
India makan di restoran India. Kita boleh nampak kalau pergi gerai mamak,
macam-macam orang Melayu, Cina dan India makan dalam satu kedai atau
pergi ke kedai la ramen Cina di mana kita boleh mencari semua jenis
makanan di bawah satu bumbung.
Ini menunjukkan bahawa keterbukaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk
menikmati makanan kaum lain dapat mengharmonikan dan mengeratkan hubungan
antara kaum. Dengan slogan 1 Malaysia, makanan ini bukan sahaja dinikmati oleh
sesetengah kaum tetapi juga oleh yang lain, dan ia bukan sahaja terdapat di Pulau
Pinang tetapi juga di negeri-negeri lain. Dengan ini, rakyat di negara ini dapat
mengeratkan lagi tali persaudaraan supaya isu perkauman tidak timbul dan dapat
hidup dengan aman serta harmoni. Inilah Malaysia kita. 18
LAPAQMAT
RUJUKAN
LAMAN WEB MEDIA SOSIAL
01 LOG INTO FACEBOOK. FACEBOOK. (N.D.).
RETRIEVED JANUARY 9, 2023, FROM
HTTPS://M.FACEBOOK.COM/PENANGFOODIE
/VIDEOS/ONE-OF-THE-OLDEST-PASEMBUR-
STALLS-IN-PENANG-HUSSAIN-PASEMBUR-
KING/744667412682404/?
REFSRC=DEPRECATED&_RDR
LAMAN WEB INTERNET
02 CARA UNTUK MEMBUAT MI GORENG ALA-ALA
MI SOTONG HAMEED PATA. (2021, MARCH 1.).
MY RESEPI. HTTPS://MY-
RESEPI.COM/RESEPI-MI-GORENG-
TERSEDAP-ALA-ALA-MI-SOTONG-HAMEED-
PATA-PENANG-SELAMAT-MENCUBA/
03 SIDEK, N. (2021, JUNE 2). ASAL-USUL NAMA
LIMA MAKANAN POPULAR RAKYAT
MALAYSIA. ILUMINASI. RETRIEVED JANUARY
9, 2023, FROM
HTTPS://ILUMINASI.COM/BM/ASAL-USUL-
NAMA-LIMA-MAKANAN-POPULAR-RAKYAT-
MALAYSIA.HTML
04 POPIA SEBENARNYA BERASAL DARI NEGARA
MANA? VITDAILY. (2018, JUNE 8). RETRIEVED
JANUARY 9, 2023, FROM
HTTPS://WWW.VITDAILY.COM/POPIA-
SEBENARNYA-BERASAL-DARI-NEGARA-
MANA/
LAMAN WEB INTERNET
LAMAN WEB RASMI KERAJAAN
05 SIDEK, N. (2021, JUNE 2). ASAL-USUL NAMA
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG. PORTAL
RASMI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.
(N.D.). RETRIEVED JANUARY 9, 2023, FROM
HTTPS://WWW.PENANG.GOV.MY/INDEX.PHP
/INFO-CUTI/5-GENERAL/INFO-PENANG/9-
SEJARAH
KAJIAN SELIDIK
06 WELCOME TO UM RESEARCH REPOSITORY -
UM RESEARCH REPOSITORY. (N.D.).
RETRIEVED JANUARY 9, 2023, FROM
HTTPS://EPRINTS.UM.EDU.MY/8632/1/ALL.
PDF
19