IKATAN DAN SIMPULAN ASAS REKREASI DAN UNIT BERUNIFORM
Edisi Pertama 2023 ©Politeknik Merlimau, 2023 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, diedarkan, atau dihantar dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun, termasuk fotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau mekanik lain, tanpa kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu, kecuali dalam hal petikan ringkas yang terkandung dalam ulasan dan kegunaan bukan komersial lain yang khusus. ZURAIDA YAACOB NUR FATHIN ‘AQILA MOHAMAD RUSDI NUR AQILAH IZZATI AZLAN UMAIRAH MOHD. SUPI MOHAMAD REDZUAN ABU HASSAN Diterbitkan oleh : Politeknik Merlimau, Melaka Kementerian Pendidikan Tinggi 77300 Merlimau Melaka
ASSALAMUALAIKUM W.B.T Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kami dapat menyiapkan Tugasan Projek ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini,kami mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai dengan pelbagai pihak.Dengan kesempatan ini, kami ambil bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zuraida Binti Yaacob, selaku penyelia projek untuk semester ini, di atas segala nasihat, bimbingan, teguran, serta panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang tempoh kajian ini dijalankan . Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah mendorong kami untuk terus berusaha.Tidak lupa juga sekalung terima kasih kepada rakan-rakan kami yang telah banyak membantu dalam mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. PENGHARGAAN i
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, e-book ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. E-book ini adalah panduan tentang Ikatan dan Simpulan Asas untuk Aktiviti Rekreasi dan Unit Beruniform. Pada era globalisasi ini, setiap orang mempunyai gadget elektronik yang tersendiri. E-book ini memudahkan untuk seseorang membawanya kemana-mana dan boleh rujuk pada bila-bila masa sahaja. Di dalam e-book ini terdapat 10 jenis ikatan dan simpulan asas yang biasa digunakan dalam aktiviti rekreasi dan unit beruniform. Secara keseluruhannya, e-book ini telah disediakan oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 5 untuk projek tahun akhir mereka. Justeru itu, e-book ini diharap bermanfaat kepada sekalian pembaca umum sebagai bahan rujukan sebagai satu sumber ilmu dalam rekreasi dan badan beruniform. PRAKATA ii
ISI KANDUNGAN Pengenalan Sejarah tali Maksud Ikatan Dan Simpulan Aktiviti rekreasi Jenis-Jenis Tali Yang Digunakan Semasa Aktiviti Rekreasi Alatan Yang Biasa Digunakan Ketika Aktiviti Rekreasi Unit Uniform Jenis-Jenis Tali Yang Digunakan Semasa Aktiviti Menyelamat 1 2 3 - 6 7 8 9 - 10 11 12 - 20
ISI KANDUNGAN Alatan Yang Biasa Digunakan Ketika Aktiviti Menyelamat 10 Ikatan Dan Simpulan Asas Cara Penjagaan Tali Kesimpulan Rujukan 21 -22 23 - 44 45 46 47
PENGENALAN Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti sihat dan merupakan aktiviti fizikal yang popular. Kemahiran dalam Ikatan dan simpulan merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam melakukan aktiviti rekreasi seperti perkhemahan, jungle tracking, survivor camp, dan lain-lain. Ia tidak hanya tertumpu kepada proses menyelamat. Dalam sesuatu kerja menyelamat pula, ikatan dan simpulan telah menjadi peranan yang penting. Penggunaan tali adalah perkara yang efektif dalam kerja menyelamat. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan ini juga dapat membantu penyelamat semasa menyelamatkan mangsa. Terdapat kira-kira 3000 jenis simpulan dan ikatan yang berbeza. Tali digunakan dalam semua situasi, pada setiap masa dan untuk pelbagai tujuan termasuk aktiviti luar, membuat barang kemas, mengikat kapal, mendaki gunung dan penggunaan khusus. Kita juga sentiasa menggunakan pelbagai jenis simpulan dan ikatan. 1
SEJARAH TALI Orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun lepas. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama. Aslinya, tali diperbuat daripada bulu atau kulit binatang yang tertentu. Seterusnya, rotan akarakar kayu yang telah digunakan, kemudian tali tersebut diperbuat daripada sabut, dawai, kapas, rami hempas dan bahan-bahan campuran (synthetic). Terdapat pelbagai jenis tali dan saiz lilitannya yang digunakan dalam pelbagai kegunaan. 2
JENIS DAN KEGUNAAN IKATAN DAN SIMPULAN 1. Simpulan (Knotting) Kebiasannya menggunakan tali yang bersaiz kecil dan sederhana. 1. Digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. 2. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan sebagainya. 3. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa sebagai contoh di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan 4. 3
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. 1. Biasanya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang dan lilit balak . 2. JENIS DAN KEGUNAAN IKATAN DAN SIMPULAN 2. Ikatan (Lashing) 4
JENIS DAN KEGUNAAN IKATAN DAN SIMPULAN 3. Mematikan hujung (Whipping) Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. 1. Keadaan ini perlu dilakukan supaya tali tidak terburai dihujungnya. 2. Kebiasaanya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit. 3. 5
JENIS DAN KEGUNAAN IKATAN DAN SIMPULAN 4. Sambat (Spicing) Ia akan digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. 1. Menyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat adalah sangat baik dan selamat. 2. 6
AKTIVITI REKREASI 7
Mempunyai tingkat kelenturan yang cukup tinggi apabila beban jatuh. Tali dinamik boleh menjadi keras jika telah digunakan cukup lama dan tidak dirawat dengan cara yang betul. Tali dinamik lebih lembut apabila ditekan. JENIS - JENIS TALI YANG DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI REKREASI Tali Kernmantle Tali Kernmantle terbahagi kepada dua jenis iaitu : Tali Statik Kurang menyerap tenaga berbanding dengan tali dinamik. Tali lebih keras apabila ditekan. Sebagai contoh,digunakan ketika melakukan aktiviti abselling. Tali Dinamik 8
ALATAN YANG BIASA DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI REKREASI Carabiner Harness Petzl Ascension 9
ALATAN YANG BIASA DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI REKREASI Industrial Descender Petzl Croll Figure 8 Descender 10
UNIT UNIFORM 11
Bentuk Melingkar (Spiral). Anyaman bentuk in mudah terurai disebabkan oleh geseran. Bentuk Berantai (Chain Structure). Anyaman ini tidak mudah terurai disebabkan oleh geseran. Dibuat dalam dua jenis : JENIS TALI YANG DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI MENYELAMAT Tali Pita (Webbing) Tali pita rata Tali pita berlubang 12
Terbahagi kepada dua bentuk : Tali Anyaman (Braided) a. Anyaman Bertindih (Braided On Braided). Anyaman yang pertama disebelah dalam dan disaluti oleh anyaman yang kedua di sebelah luar. b. Anyaman Tumpat (Solid Braided). Anyaman yang dibuat terus diantara satu sama lain tanpa rongga untuk membentuk seutas tali. i. Diperbuat daripada fibre (yarn) yang dianyam di antara satu sama lain dalam bentuk anyaman melilit. ii. Tidak mempunyai teras. iii. Amat peka terhadap geseran dan kerosakan secara mekanikal. iv. Digunakan untuk kerja-kerja ringan. V. Pembentukan jenis ini selalunya tidak digunakan sebagai tali yang memberi perlindungan nyawa.. 13
JENIS TALI UNTUK UNIT BERUNIFORM Fiber Asli Antaranya ialah manila hemp, linen, kapas, sisal, sabut dan lain-lain. Ciri - Ciri i. Menyerap air. ii. Tertakluk kepada kerosakan biological (mudah reput). iii. Kehilangan kekukuhan apabila dimakan usia. iv. Penyerapan tenaga haba yang rendah. 14
Fiber Asli Merupakan salah satu daripada jenis-jenis tali yang dihasilkan daripada steel. Sudah tidak digunakan lagi untuk kerja-kerja menyelamat, tetapi hanya untuk kerja-kerja keselamatan sahaja seperti tangga, winching dan lainlain. Wire Rope 15 JENIS TALI UNTUK UNIT BERUNIFORM
i. Tidak reput. ii. Tidak cepat menjadi buruk seperti tali fiber asli. iii. Setiap lembar fiber terus menerus tapa putus JENIS TALI UNTUK UNIT BERUNIFORM Fiber Sintetik Ciri - Ciri 16
JENIS-JENIS TALI FIBER SINTETIK 1) Polyolefin (Polyproplylene, Polyehylene) Disebut sebagai polypropylene, polyethylene dan spectra (high density). Ciri-Ciri -Mengapung di atas air. -Mempunyai ketahanan terhadap serangan asid. -Tidak menyerap air -Ketahanan terhadap geseran adalah rendah. -Keanjalan yang tinggi. -Mudah rosak disebabkan terdedah kepada pancaran matahari. INFO Selalunya digunakan untuk kerja-kerja / aktiviti di air. Tidak digunakan untuk keria-kerja yang melibatkan nyawa seperti lowering dan hauling. 17
JENIS-JENIS TALI FIBER SINTETIK -Tahan menerima haba yang tinggi. -Tidak anjal. -Penyerapan tenaga yang rendah. -Rapuh (mudah rosak oleh simpulan). -Mudah rosak oleh geseran. -Keupayaan menerap regangan kejutan adalah rendah. 2) Kevlar (Paraphoylene Trerphthalamide). 18
JENIS-JENIS TALI FIBER SINTETIK 3) Polyester Polyester juga disebut sebagai DARCON (nama pedagang bagi polyester). Banyak digunakan untuk kerjakerja keselamatan seperti tangga dan jambatan. Tidak untuk kerjakerja memanjat. Ciri - Ciri -Kekukuhan yang tinggi walaupun semasa basah. -Ketahanan kepada asid adalah tinggi. -Ketahanan pada haba dan sinaran matahari. -Tahan pada geseran. -Keanjalannya rendah. -Penyerapan tenaga yang rendah. -Mudah rosak apabila terkena alkali. 19
JENIS-JENIS TALI FIBER SINTETIK 4) Nylon (Perlon) Juga disebut sebagai PERLON. Terdapat dua jenis : Jenis 6 mencair pada tahap 249° celcius (480°F) 1. Jenis 6.6 mencair pada tahap yang lebih tinggi laitu 260° celcius 2. -Kekukuhannya yang tinggi. -Kehilangan kekukuhan apabila basah -Kekukuhan yang lebih 10% daripada polyester walaupun bergaris pusat yang sama. -Mempunyai keupayaan menerima kejutan bebanan yang tinggi. -Keanjalan yang sederhana. -Tahan menerima geseran. Ciri - Ciri 20
ALATAN YANG DIGUNAKAN KETIKA AKTIVITI MENYELAMAT Figure 8 With Ears Carabiner Triangular Screw Link 21
ALATAN YANG DIGUNAKAN KETIKA AKTIVITI MENYELAMAT Stainless Steel Rescue Pully Half harness Junkin Strecther 22
6. Lingkaran Simpulan Angka Lapan (Figure Of 8 Loop ) 7. Simpul Himpitan (Fisherman’s Knot) 10 IKATAN DAN SIMPULAN 1. Simpul Mati (Overhand Knot) 2. Simpul Manuk (Clove Hitch) 3. Buku Sila (Reef Knot) 4. Simpul Angka Lapan (Figure of 8) 5. Simpul Angka Lapan Berganda (Figure Of 8 Follow Through) 8. Bunga Geti (Sheet Bend) 9. Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend) 10. Tindih Kasih (Bowline) 23
LANGKAH-LANGKAH IKATAN DAN SIMPULAN 24
1. Simpul Mati (Overhand Knot) Simpul mati adalah simpul yang sukar untuk dilepas kembali. Fungsi simpul ini adalah untuk menyambung dua utas tali yang sama besarnya dan tidak licin. Simpul mati akan sulit untuk dilepaskan kembali kerana digunakan untuk mengakhiri simpul tali. 25
1. Simpul Mati (Overhand Knot) Bentuk gelung dengan hujung tali. Masukkan hujung tali melalui gelung. Pegang pada hujung tali, tarik simpul dengan erat. 26
2. Simpul Manuk (Clove Hitch) Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada batang kayu, mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh, mengikat khemah pada tiang kayu dan memulakan ikatan pada kayu. Simpulan ini penting bagi membuat gadjet perkhemahan daripada buluh atau kayu untuk dijadikan tempat letak barang, tempat jemuran pakaian dan sebagainya. 27
2. Simpul Manuk (Clove Hitch) Mulakan simpulan pada tali. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. Tarik hujung tali. 28
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarangikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. 3. Buku Sila (Reef Knot) 29
3. Buku Sila (Reef Knot) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. Masukkan hujung A di bawah B. Kemudian, lakukakan ikatan yang sama dengn memasukkan B di bawah. 30
4. Simpul Angka 8 (Figure Of 8) Simpul angka lapan adalah untuk menghasilkan satu simpulan atau ikatan mati yang berfungsi sebagai stopper. Namun dari simpulan asas ini turut boleh digunakan untuk menyambung peralatan lain seperti mata kail, kili(lingkaran kecil) mahupun menghubungkan dua tali pancing. Ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan Merupakan salah satu daripada“stopper knots” Info tambahan 31
4. Simpul Angka 8 (Figure Of 8) Buat huruf O dan letakkan dibahagian hujung ke atas bahagian tali utama. Kemudian lingkarkan hujung tali ke bahagian bawah tali utama. Lalukan pula hujung tali ke dalam lingkaran O. Tarik kedua-dua bahagian tali seketatnya hingga terbentuk simpulan ikatan mati dan berbentuk 8. 32
Adalah simpulan yang paling penting untuk dipelajari oleh pendaki. Ini adalah ikatan yang sesuai untuk mengikat tali kerana ia adalah simpulan yang kuat digunakan untuk mendaki. Kita boleh memberitahu dengan pantas jika ia terikat dengan betul. 5.Simpul Angka Lapan Berganda (Figure Of 8 Follow Through) 33
Ikat satu angka lapan dibahagian hujung longgar tali memanjat. Ambil hujung tali dan masukkan ke bahagian atas 8 dan lalu di bahagian sokongan. Mula retracing simpul angka lapan yang asal. Selepas itu, berhati-hati ikut helaian tali untuk membuat klon bagi simpulan asal. Tarik hujung untuk mengetatkan dan simpulan siap. 5.Simpul Angka Lapan Berganda (Figure Of 8 Follow Through) 34
6.Lingkaran Simpulan Angka Lapan (Figure Of 8 Loop ) Simpulan ini dibuat pada penyangkut tangkal, terutamanya apabila menggunakan tali sintetik. Ini kerana tali sintetik biasanya lebih licin permukaannya. Simpulan jenis ini akan kekal dan tidak terlucut tetapi sukar untuk dileraikan 35
Hujung tali dibawa kebawah melalui gelung dan membentuk huruf lapan 6.Lingkaran Simpulan Angka Lapan (Figure Of 8 Loop ) Gandakan hujung tali Hujung tali dibawa daripada kebawah dan menaik Ketat dan kemaskan ikatan. SCAN ME! 36
7. Simpul Himpitan (Fisherman’s Knot) Simpulan ini digunakan untuk memasang tali pada cincin, cangkuk, sauh. Selain itu ia juga digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin. Keistimewaan simpul himpitan adalah tegap dan mudah dilucutkan 37
7. Simpul Himpitan (Fisherman’s Knot) Letakkan dua tali bersebelahan antara satu sama lain, kemudian ada penghujung A dan B. Buat simpulan hidup pada tali A menggunakan hujung tali, kemudian lakukan perkara yang sama pada tali B. Tarik dua tali tersebut hingga bertemu. 38
8. Bunga Geti (Sheet Bend) Ikatan Bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. 39
Seterusnya, tarik hujung tali A ke bawah tali B semula. Sediakan dua tali. (batang kayu dianggap sebagai jari) Kemudian masukkan hujung tali A di bawah tali B dan naikkan ke atas jari. 8. Bunga Geti (Sheet Bend) Tarikan hujung tali A ke dalam gelung. Tarik kedua-dua belah tali dan ketatkan simpulan. 40
Simpul bunga geti berganda ini membentuk simpul yang lebih kuat dan tahan, walaupun tali basah atau menanggung beban yang berat. Selalunya untuk mengikat tali yang tidak sama saiz. Ia kerap digunakan di kapal dan bot kerana ia lebih kukuh dan tahan 9. Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend) 41
Buatkan simpulan di atas tali B dan masukkan hujung tali A ke bawah tali B. Sediakan dua tali. Masukkan hujung tali A ke dalam gelung tali B dan tarikkan ke atas tali B. 9. Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend) Ulang semula langkah tiga supaya terjadinya dua simpulan pada tali B. Tarikkan kedua-dua hujung tali A dan B kemudian ketatkan simpulan. 42
10. Tindih Kasih (Bowline) Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Selain itu, ia digunakan untuk menyelamat orang dan haiwan dengan memasukkan tanjul di keliling badan. 43
Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. 10. Tindih Kasih (Bowline) Tarik simpulan sehingga ketat dan kemas. 44