The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mr Ghaz Channel, 2020-05-18 14:58:04

eBOOK candat sotong

eBOOK candat sotong

Keywords: Mencandat Sotong

BEST
GILER..!!

MENCANDAT SOTONG…

HANYA DIRUMAH
ANDA SAHAJA..

BAGAIMANA…TU..?
SAYA BOLEH BANTU DENGAN EBOOK

SAYA..

DAPATKAN
EBOOK

CATATAN:

Mencandat Sotong Satu Pengalaman Indah
Dalam Hidup Anda..

Merancang Trip

Sekadar gambar hiasan
Musim mencandat muncul lagi. Menjelang bulan April banyak trip-trip
mencandat sotong telah diadakan. Kebanyakan trip tertumpu di
perairan pantai timur. Terengganu merupakan destinasi pilihan.
Hampir kebanyakkan pemancing datang dari negeri-negeri di sebelah
pantai barat. Ramai antaranya adalah pencandat-pencandat mahir
yang datang setiap kali musim mencandat tiba. Selebihnya adalah
pencandat-pencandat baru yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti ini.
Pencandat-pencandat baru ini, telah mendengar keseronokan
mencandat dari rakan-rakan mereka pada tahun-tahun sebelumnya.
Ramai juga peserta trip dianggotai oleh pencandat-pencandat daripada
kaum hawa.
Setelah perancangan beberapa bulan, maka trip ditetapkan. Selepas
trip berakhir, keindahan yang digambarkan tidak seindah mana. Ramai

anggota trip yang mabuk, cemas berhadapan ribut, hujan serta hasil
yang diperolehi kurang memuaskan.
Dua kemungkinan yang akan berlaku, samada pencandat berkenaan
akan datang lagi atau sudah serik mencandat.

Perkara-perkara ini dapat dielakkan jika pencandat dan bakal
pencandat mengambil masa untuk belajar dan membuat persediaan
yang sepatutnya sebelum menyertai trip mencandat. Dari pengalaman
saya mengikut trip-trip mencandat, berani saya menyatakan bahawa
kebanyakkan pencandat baru tidak membuat persediaan yang
secukupnya terutama dari segi ilmu mencandat sotong sebelum
menyertai trip.

Ada diantaranya yang membawa joran udang dan joran tenggiri untuk
mencandat sotong. Tidak kurang juga yang mula terkial-kial belajar
menggunakan "serek" atau "koyan" yang sering digunakan oleh
nelayan-nelayan tempatan.

Satu trip mencandat sotong 2 hari satu malam ( petang-tengahari)
melibatkan kos sewaan bot hingga RM850.00-RM1500.00 Jika
kumpulan trip datang dari Kuala Lumpur, kos perjalanan, penginapan,
perbelanjaan makanan dan peralatan tidak mustahil mencecah
sehingga RM3000.00 bagi setiap kumpulan trip mencandat.
Walaubagaimanapun kos sewaan bot bergantung kepada lokasi dan
tidak diseragamkan. Menjelang musim puncak, kos sewaan bot candat
meningkat dengan mendadak.

Bayangkan kos dan masa yang dilaburkan tidak membuahkan hasil yang
memuaskan. Sotong yang dibawa balikpun tokeh bot yang tolong
candat. Aktiviti mencandat bukanlah sesuatu yang boleh dirancang
dengan sambil lewa. Beberapa faktor seperti pemilihan bot,
penyediaan alat dan kelengkapan, pemilihan ahli kumpulan, faktor
kesediaan fizikal dan mental, serta pengetahuan mencandat perlu
diberi perhatian sebelum sesuatu trip.

Pemilihan Bot
Bot merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius
sebelum trip. Saiz bot, Lokasi bot, Keselesan bot dan kadar sewa perlu
diteliti dan di beri perhatian yang sewajarnya.

Gambar di atas merupakan sebuah bot yang pernah diiklankan di dalam
mudah.my bagi disewa oleh pencandat. Usaha tuan bot sangat dipuji
kerana secara tidak langsung ia akan memberi banyak kemudahan
kepada pencandat terutamanya yang datang dari luar Terengganu.
Pencandat boleh menghubungi dan berunding berkaitan harga sewaan
melalui telefon dengan tuan bot. Jika mempunyai masa terluang adalah
lebih baik jika wakil kumpulan pencandat datang sendiri dan melihat
keadaan bot yang ditawarkan.
Pemancing akan berada di dalam bot dalam tempoh yang lama dan
faktor keselesaan adalah isu utama. Kenalpasti saiz bot, bilangan
penumpang yang ideal serta kemudahan yang disediakan oleh tekong
bot. Di pantai timur, lokasi bot bukan merupakan faktor yang boleh
menyukarkan pemancing untuk sampai, cuma lokasi tersorok akan

mendedahkan kenderaan kita kepada aktiviti jenayah dan akan
merugikan pemancing.

Sekadar gambar hiasan

Bagi kumpulan kecil, adalah lebih baik menyewa bot fiber bersaiz lebih
20 kaki. Bot fiber lebih laju dan jauh lebih murah dari bot nelayan. Jika
berlaku hujan dan ribut akibat perubahan monsun, pemancing boleh
kembali ke pantai dengan lebih cepat. Bot fiber agak kurang selesa bagi
kumpulan yang ramai. Kerana saiznya yang kecil, ia lebih kuat
bergoyang. Pemancing yang tidak tahan, akan mudah mabuk laut dan
termuntah.

Bot nelayan lebih selesa tetapi kadar sewanya lebih mahal. Pemancing-
pemancing baru dinasihatkan supaya banyak bertanya kepada
pemancing lama mengenai bot-bot yang sesuai untuk disewa. Pastikan
bot-bot berkenaan mempunyai jaket keselamatan.

Jika tiada, lebih baik pemancing membawa jaket keselamatan sendiri.
Jika tiada juga, lebih baik pinjam dari kawan. Jika masih tiada juga, lebih
baik jangan pergi. Perlu diingat, ramai di kalangan pemancing yang
lemas adalah mereka yang mahir berenang. Malang tidak berbau.

Elok juga jika bot-bot yang dipilih mempunyai lesen membawa
pemancing. Kebanyakan bot mencandat tidak mempunyai lesen bagi

membawa pemancing. Agak leceh jika masa mencandat kita digunakan
untuk bersoaljawab dengan penguatkuasa di tengah laut.
Ada pemancing yang didatangi oleh penguatkuasa laut terpaksa
mengaku bahawa mereka adalah saudara mara tekong bot bagi
mengelakkan tindakan. Di Terengganu, keadaan ini hampir tidak
berlaku memandangkan bot-bot mencandat berada di kawasan yang
tidak jauh dari pantai.
Jika pencandat berada di laut lepas, kemungkinannya tetap ada.

Jika anda mempunyai rakan atau teman-teman sepejabat dari
Terengganu dan Kelantan, minta bantuan mereka untuk mencari bot.
Sebelum itu pastikan rakan anda itu, menetap di kawasan berdekatan
pantai bukan di kawasan Tasik Kenyir. Harga sewaan bot mungkin akan
lebih murah dari biasa

Pemilihan Ahli Trip
Keseronokan sesuatu trip mencandat yang dirancang dapat diukur
melalui hasil yang diperolehi. Jika hasil memberangsangkan, sudah
tentu wajah kepuasan boleh dilihat pada semua ahli trip. Maka,
sepanjang perjalanan pulang ke tempat masing-masing akan diisi
dengan cerita berkaitan trip yang dilalui. Jika hasilnya kurang, wajah
setiap ahli akan dicorakkan dengan keletihan dan kepenatan.
Hendak bersembang pun malas.

Sebaik-baiknya, ada antara ahli yang pernah menyertai trip candat
pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau boleh bertindak sebagai sifu dan
boleh menunjuk ajar pencandat yang tidak berpengalaman. Elakkan
membawa pencandat yang mudah mabuk laut. Jika naik keretapun
muntah, bagaimana nak naik bot. Seeloknya tinggal sahaja di rumah
penginapan.

Jika ada peserta trip yang mabuk. Biarkan dia berehat di dalam kabin
bot (itupun jika bot ada kabin, jika tidak tidur le kat tepi bot).
Kebanyakkan peserta yang mabuk, selalunya hilang selera untuk
mencandat. Bagaimana jika ramai yang kecundang ? Tentunya hasil

tangkatan akan semakin kurang.

Jika ramai ahli yang mahir, rezeki akan lebih murah. Ada kumpulan trip
yang membayar sewa bot hanya dengan menjual hasil sotong yang
dicandat. Lebihan wang hasil jualan selepas ditolak sewa bot
dibahagikan sama rata. Berkilo-kilo sotong yang tidak dijual disimpan
untuk dibawa balik ke rumah.

Bagi memajukan lagi aktiviti mencandat ini, seelok-eloknya pemilihan
ahli trip terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru. Apa
yang penting, semua ahli trip mesti satu kepala dan tidak
mementingkan diri sendiri.

Pemilihan Tekong
Tekong merupakan individu penting yang banyak memberi sumbangan
kepada aktiviti mencandat sotong. Dengan bayaran yang mahal,
pencandat berhak untuk mendapatkan khidmat terbaik daripada
tekong.

Tekong sepatutnya mahir mencari kandang sotong atau tempat sotong
bertelur. Mereka juga akan mengalih bot tanpa disuruh jika tiada
henjutan sotong. Ada juga tekong yang membawa awak-awaknya yang
sememangnya mahir mencandat sotong. Apa yang menarik, semua
hasil candat mereka malam itu akan diberikan kepada penyewa bot.

Sekadar gambar hiasan

Tekong yang baik juga tidak lokek untuk menunjuk ajar dan
memberikan bantuan yang sepatutnya kepada penyewa mereka. Saya
sendiri banyak mendapat tunjuk ajar daripada tekong-tekong bot yang
saya sewa. Bantuan mereka ikhlas dan tidak tertumpu kepada kaum
hawa sahaja. Ada juga tekong, yang sudi meminjamkan kelengkapan
dan peralatan mencandat kepada penyewanya. Makananpun mereka
sediakan. Ada tekong yang mengajak peserta trip makan dirumahnya.

Walaubagaimanapun, tekong-tekong gred A ini agak sukar untuk
diperolehi. Kalau adapun, mereka sangat sibuk dan jadual mereka
sentiasa penuh. Bot mereka kerap ditempah untuk membawa
pemancing dan pencandat sotong.

Jika kita gagal mendapatkan tekong gred A ini, kita sebagai pemancing
perlulah cuba untuk beradaptasi dengan kerenah tekong. Sebaiknya
jangan menimbulkan suasana hubungan yang tidak baik antara ahli trip
dengan tekong. Jika anda berpuas hati dengan khidmat tekong anda,
pastikan anda menempah tekong berkenaan untuk trip yang berikutnya

Alat & Kelengkapan
Persediaan kelengkapan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
makanan, keperluan peribadi, dan peralatan mencandat.

Makanan yang perlu disediakan bergantung kepada tempoh trip.
Selalunya, tekong bot memasak dan menyediakan makanan kepada
penyewa. Semua ini termasuk di dalam pakej sewaan bot. Jika
makanan tidak disediakan, selalunya bot berkenaan tidak menawarkan
tempoh trip yang lama. Seeloknya, peserta trip menyediakan makanan
yang ringkas seperti roti, biskut serta air minuman yang mencukupi.

Keperluan peribadi yang perlu dititik berat termasuklah ubat-ubatan.
Adalah elok jika tekong menyediakan kotak ubat kecemasan di dalam
botnya. Pada waktu malam, suasana di laut sangat sejuk. Jika ada
tiupan angin, sejuknya hingga ke tulang. Pastikan anda membawa baju
sejuk. Keperluan lain adalah ala kadar sahaja.
Peralatan mencandat adalah mengikut keperluan individu. Pencandat
baru perlu meminta nasihat pencandat yang lama sebelum membeli
peralatan mencandat. Ini akan mengelakkan mereka daripada membeli
peralatan yang tidak diperlukan. Jangan bergantung 100% kepada
nasihat pekedai kerana kadang-kadang peralatan berkenaan
sememangnya tidak perlu. Pastikan peralatan yang dibeli mencukupi
mengikut keperluan anda.

Ingat, tiada kedai di laut. Sedaikan payung sebelum hujan.

Pemilihan Candat
Candat merupakan satu perkara penting yang mungkin menentukan
hasil yang akan diperolehi. Pemilihan candat bukan sekadar ikut-ikutan.
Ramai pencandat baru membeli candat hanya berpandukan nasihat
dan cadangan tokeh kedai pancing.
Perlu diingat (bukan semua) selalunya tokeh kedai pancing mempunyai
agenda untuk melariskan jualan sahaja. Stok lama yang tidak laku perlu
dihabiskan untuk menempatkan stok baru pula. Bukan semua tokeh
kedai yang menjual candat terdiri dari pencandat tegar. Mungkin
mereka langsung tiada pengalaman mencandat sotong.

Sepanjang pengalaman saya memancing sotong (lebih kurang 10
tahun), inovasi pengeluaran candat sentiasa berubah dari setahun ke

setahun. Perubahan paling ketara sejak 3 tahun kebelakangan ini.
Selalunya candat jenis baru lebih "kick" dari versi lama. Harganya pula
tentunya lebih mahal sedikit.

Jika kita berpeluang untuk membuat carian di internet, pastinya kita
akan menemui candat-candat versi baru yang tidak terdapat di pasaran
Malaysia. Candat-candat ini banyak dipasarkan di Singapura, Taiwan
dan China. Pada masa kini candat-candat buatan China dan Jepun
cukup banyak mendominasi pasaran Malaysia dan dunia.

Dalam keghairahan kita mencuba candat-candat luar negara ini, jangan
pula kita lupa kepada candat-candat tradisional termasuk candat-
candat yang dihasilkan di negara kita sendiri. Dari uji lapangan yang
dijalankan, candat lama buatan tempatan masih berbisa walaupun
buatan dan kombinasi warnanya kurang menarik . Candat tempatan ini
juga lebih murah harganya.

Jika anda berpeluang ke Bali Indonesia, cuba dapatkan candat buatan
tempatan yang dijual di sana. Sekali lihat, candat yang dihasilkan oleh
anak tempatan di sana sememangnya kurang menarik jika hendak
dibandingkan dengan candat moden tetapi keberkesanannya menjerat
sotong memang tidak boleh dipertikaikan. Dengan melihat saiz candat
yang besar, sukar untuk kita bayangkan saiz sotong yang bakal
menyambarnya. Tentunya sangat besar.

Jangan sekali-kali kita melihat kepada kecantikan candat sahaja.
Pandangan kita tidak sama dengan pandangan sotong. Cara yang
terbaik, kita kena banyak bertanya kepada pencandat-pencandat yang
lama. Jangan pula kita memandang rendah kepada pencandat
tempatan. Jika kita perhatikan hasil yang diperolehi oleh penduduk
tempatan, mungkin kita tidak percaya jenis candat yang mereka
gunakan. Jangan lupa "Lain Padang, Lain Belalangnya"

Jenis-jenis Candat

Pelbagai Jenis Candat Untuk Menjerat Sotong Torak

Candat bagi menjerat sotong torak terdiri dari beberapa jenis
antaranya candat twist, candat udang dan candat umpan. Setiap kali
turun ke laut, kita memerlukan paling kurang dua kombinasi mana-
mana jenis candat. Kadang-kala sotong tidak mahu memegang candat-
candat tertentu.

Candat Baru (candat ultraman) Ini Cukup "Hit"

Keberkesanan candat banyak bergantung kepada kejernihan
air, kekuatan arus, arah arus, suhu air laut, kemasinan air
laut, keamatan cahaya lampu, warna cahaya lampu, keamatan cahaya
bulan, cara henjutan candat, nafsu makan sotong dan yang paling
penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di bawah bot. Penggunaan
candat berbeza memberikan peluang kepada pencandat untuk
mendapatkan hasil yang lebih.

Variasi Candat Udang

Cataatan yang berikutnya, saya akan cuba menerangkan cara candat-
candat ini diikat dan dikombinasikan.
Cara Ikatan Candat
Ketika mula mencandat sotong torak, saya cuba meniru dari jauh apa
yang dilakukan oleh tekong. Dari memasang umpan sehinggalah cara
henjutannya. Apa yang pelik, tiada sotong yang sudi menarik candat,
sebaliknya tekong menaikkan sotong seekor demi seekor. Bahu macam
nak tercabut manakala jari telunjuk semakin lama semakin pedih.
Sotong di bawah bot memang banyak tetapi buat tak tahu je.

Setelah sekian lama mencandat, semakin banyak pengalaman dikutip
dari "sifu-sifu" sotong. Rupa-rupanya cara ikatan memainkan peranan
yang cukup penting bagi menarik perhatian sotong. Candat mahal dan
cantik bukan sandaran untuk mendapatkan sotong. Kali ini saya akan
menerangkan secara ringkas bagaimana untuk mengikat candat.
Walaubagaimanapun cara ini bukanlah satu-satunya cara yang
berkesan.

1-Tali utama-Serek memerlukan kekuatan tali lebih kurang 100-150

paun. Joran 50 paun.
2-Tali Perambut-20-25 paun, tali perambut joran lebih kecil

A-Penyambung logam
B-Candat udang atau candat moden yang ringan. Candat pertama

jangan terlalu dekat dengan A.
C-Candat Twist atau "candat mayat" yang dibuat dari timah
X-Jarak antara candat. Lebih kurang sejengkal

Penggunaan tali serek yang kasar mampu menggurangkan tekanan
pada tangan ketika membuat henjutan atau ketika menarik sotong.
Perambut yang lebih kecil mampu menjadikan tarian candat lebih real.
Pada masa kini ramai pencandat menggunakan perambut jenis invisible
atau lebih dikenali sebagai "perambut hantu".

Cara Membuat Perambut

1. Ambil Tali perambut yang sesuai dan tali kedua yang lebih kecil.
Letakkan bersama dan buat satu gelung dengan dua pusingan ke dalam
dan ditarik dengan ketat.
2. Potong satu hujung tali yang kecil. Jika ia melengkung ke bawah,
ia sesuai untuk diikat candat. Jika ia lurus ke bawah, itu menunjukkan
anda tersalah potong.
3. Ulang langkah berkenaan jika hendak menambah candat udang
yang seterusnya. Paling kurang dua candat jenis B.
4. Candat yang paling bawah (Twist) terus diikat pada tali perambut
utama. Ia bertindak sebagai pemberat untuk menjatuhkan candat ke
dasar laut serta berfungsi untuk meluruskan tali.

Candat umpan dipasang dengan mencucuk ikan dari ekor hingga ke
mulut. Panyambung logam A dicucuk pada mulut ikan dan disambung
ke hujung candat. Ada juga ikan yang dicucuk terbalik dari mulut ke
ekor. Kedua-dua kaedah ini mampu menjerat sotong torak.

Walaubagaimanapun cara seperti rajah di atas adalah lebih praktikal
kerana apabila tali ditarik, ikan dilihat seolah-olah melarikan diri ke
atas. Keadaan ini mampu meningkatkan nafsu makan sotong torak.
Ikan yang biasa digunakan sebagai umpan termasuklah ikan tamban,
kembong, kunyit, selayang dan anak ikan alu-alu.

Candat umpan tidak perlu dihenjut. Lepaskan sahaja candat berkenaan
ke dasar laut dan cuba periksa sekali-sekala. Tarikan yang berat
menunjukkan sotong telah terkena candat. Jika terasa ringan, rendam
semula candat di dasar laut. Jika masih tiada tarikan sotong, tarik
candat ke atas dan periksa tanda-tanda gigitan sotong pada badan ikan.

Candat umpan digunakan secara tunggal. Jika arus terlalu kuat,
bantuan tanduk dan batu ladung diperlukan bagi menurunkan candat
ke dasar laut.

Pencandat profesional, menggunakan lebih dari satu tali pancing dalam
satu-satu masa. Sebagai contoh satu tali candat pelbagai dan dua tali
candat umpan digunakan. Candat umpan tidak perlu dihenjut dan
hanya diperiksa sekali-sekala. Hanya tali yang mempunyai candat
pelbagai sahaja yang sentiasa berada di tangan pencandat untuk
dihenjut.

Jika pancingan dilakukan dalam kumpulan yang ramai, penggunaan tali
lebih dari satu bagi setiap pemancing adalah tidak praktikal. Tali yang
terlalu banyak akan menyebabkan berlaku penyilangan dengan tali-tali
rakan pancing yang lain. Jika ini berlaku, banyak masa akan terbuang
bagi merungkai kekusutan tali berkenaan.

Cara yang terbaik dan teknik yang betul boleh membantu pencandat
untuk memperolehi hasil yang lebih lumayan

Cari "Kandang"
"Kandang" ialah satu istilah yang digunakan oleh pencandat tempatan
bagi menerangkan lokasi sotong berkumpul dan bertelur. Jika sesiapa
berjaya menjumpai "kandang" sotong, maka peluang untuk
mendapatkan sotong dalam jumlah yang banyak sangat cerah.

Pada musim sotong antara April hingga Oktober, sotong torak, sotong
jarum, dan sotong ketupat akan menghampiri perairan pantai timur
untuk mengawan dan bertelur. Selalunya sotong akan memilih
kawasan pasir kerana kawasan ini lebih cetek dan cahaya matahari
boleh sampai ke dasar laut. Cahaya matahari yang cukup dapat
membantu telur sotong untuk menetas.

Selepas mengawan dan bertelur sotong mempunyai tabiat makan yang
agresif. Sotong yang sudah bertelur kerap menggigit antara satu sama
lain.

Terdapat tiga cara yang biasa digunakan oleh nelayan tempatan bagi
mencari "Kandang sotong".

1. Meninjau dengan cara mencandat- Jika terdapat beberapa ekor
sotong berjaya dicandat, maka bot akan dilabuhkan.

2-Mencari telur sotong- Cara ini menggunakan candat bersaiz besar
untuk mengait telur di dasar laut. Proses dijalankan beberapa kali. Jika
terdapat telur yang tersangkut, maka nelayan akan melakukan proses
pertama sebelum bot dilabuhkan. Ada juga telur sotong yang dikesan
tersangkut pada sauh bot.

3-Mencari kumpulan pencandat-Cara ini lebih mudah iaitu bot akan

bergerak dan menghampiri kumpulan pencandat yang sedang
berkumpul. Jika waktu malam kumpulan candat mudah dikesan dengan
kehadiran lampu-lampu kalimantang dan sportlight.

Setiap tahun, kawasan kandang sotong akan berubah-ubah mengikut
pembentukan serta kehadiran pasir di dasar laut. Walaubagaimanapun,
kedudukan kandang tidaklah beralih terlalu jauh. Bagi nelayan yang
mahir, mereka dapat mengagak lokasi kandang yang ingin dicari
Tips Elak Mabuk
Sesuatu trip mencandat sotong tidak akan bermakna jika pesertanya
mabuk laut. Selalunya mereka yang mabuk laut akan hilang selera
untuk makan dan membuat aktiviti-aktiviti lain termasuklah mencandat
sotong.
Ada individu yang mabuk laut tidak mampu walaupun untuk bangun
dan berdiri. Mustahil untuk tekong bot menghantar ahli yang mabuk
laut ke jeti dan kemudian kembali semula ke laut. Ahli yang mabuk
selalunya boleh mengganggu aktiviti mencandat rakan-rakan lain yang
tidak mabuk. Ada juga rakan-rakan yang baik mengambil keputusan
untuk membatalkan trip hanya kerana kasihankan rakan mereka yang
mabuk laut.

Satu kisah yang ingin saya kongsi iaitu peristiwa yang berlalu pada
suatu petang lebih kurang lima tahun lepas. Ketika bot mencandat yang
saya naiki melepasi kuala, kami dapati terdapat seekor kucing di atas
bot. Rupa-rupanya, kucing berkenaan sedang tidur di dalam kabin bot.
Disebabkan kami sudah jauh melepasi kuala, kami mengambil
keputusan untuk tidak berpatah balik dan membawa bersama kucing
berkenaan.

Kami dijangka akan pulang pada pukul 11 pagi keesokannya. Kucing
berkenaan tidak banyak bergerak dan banyak menghabiskan masa
untuk duduk. Jika ia berjalan sedikit, ia akan duduk semula. Kami
beranggapan mungkin kucing berkenaan mabuk laut. Ikan umpan yang
diberi juga tidak dijamah. Sebaik sahaja kami tiba di jeti keesokannya,
kucing berkenaan terus melompat ke jeti sambil menoleh sekali ke
belakang dan terus menghilang.

Mabuk terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu mabuk laut dan
mabuk darat. Mabuk laut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ringan,
sederhana, dan berat. Mabuk laut ringan, tidak mengganggu aktiviti
individu.
Individu yang mabuk laut ringan akan merasa sedikit pening sahaja dan
boleh diubati dengan hanya menyapu minyak angin.

Bagi mabuk laut sederhana, individu akan muntah tetapi masih boleh
melakukan aktiviti mencandat sotong. Kes mabuk berat pula akan
menyebabkan individu termuntah beberapa kali dan tidak mampu
untuk berdiri apalagi melakukan sebarang aktiviti mencandat.

Mabuk darat selalunya terjadi apabila kita sudah berada di darat.

Kesannya boleh dirasai sehingga beberapa hari. Mereka yang mabuk
darat akan rasa terumbang-ambing semasa berdiri dan tidur. Mabuk
darat juga boleh membahayakan jika mereka yang terlibat memandu
kenderaan. Gangguan kecil pada medula oblongata di otak akan
menyebabkan individu terasa seakan dibuai-buai. Kesan mabuk darat
ini akan hilang dengan sendiri.

Sepanjang pengalaman saya ke laut, berbagai cara telah saya gunakan
untuk mengelak dari mabuk laut. Semua kaedah ini diperolehi dari
perbualan dengan nelayan-nelayan tempatan dan rakan-rakan
pemancing yang lain. Walaupun anda biasa ke laut, risiko untuk mabuk
laut tetap ada.

1-Mengurangkan makan makanan yang banyak minyak sebelum
turun ke laut.

2-Makan asam atau benda masam seperti asam masin ketika mula
rasa hendak mabuk laut.

3-Jangan terlalu lama memandang lantai bot. Kerap mengikat
pancing di atas bot boleh mengundang mabuk laut.

4-Jangan merenung atau melihat riak air laut dalam tempoh yang
lama.

5-Cuba beri tumpuan pada objek jauh seperti pantai, bot nelayan,
bukit-bukau dan pulau-pulau.

6-Pastikan anda tidak mencium bau minyak diesel dan asap bot.
Duduk di bahagian hadapan.

7-Jangan duduk berdekatan enjin bot. Bunyi yang kuat boleh
mengundang mabuk

8-Jangan bermain dengan hasil tangkatan terlalu lama. Bau hanyir
boleh meloyakan

9-Terjun ke laut dan menyelam sekali kemudian naik semula. Jaga-
jaga ikan jerung.

10-Makan pil mabuk selalunya 10 hingga 30 minit sebelum bot
bertolak.

Kaedah moden yang masih kurang popular ialah pemakaian gelang bagi
mencegah mabuk laut. Saya mengetahui kehadiran gelang ini yang
bertujuan menstabilkan aliran darah melalui iklan di dalam sebuah
majalah. Sehingga kini saya masih belum berpeluang untuk mencuba
keberkesanannya.
Perlu diingat, bukan semua panduan di atas mesti serasi dengan anda.
Mencuba dahulu adalah lebih baik. Adalah diharapkan aktiviti
mencandat anda tidak diganggu dengan mabuk laut.

Awasi Bahaya
Apabila henjutan sotong semakin menggila, kadang-kadang kita terlupa
tentang bahaya yang menanti. Hal keselamatan diri jarang diambil
peduli. Malang tidak berbau.

Ancaman Todak
Jangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di
merata-rata boleh mengejutkan ikan todak. Kebiasaannya ikan todak
berada dekat dengan permukaan air. Apabila terkejut ia akan berenang
dengan laju dan melompat di atas permukaan air. Jika nasib tidak baik,
muncung tajamnya akan mencucuk kita. Saiz ikan todak di laut lebih
besar daripada saiz ikan todak di sungai. Ikan todak juga suka
berkejaran dan memburu makanan dengan membuat lompatan dan
renangan yang laju. Kes tikaman todak pernah berlaku beberapa tahun
lepas di Kelantan. Tikaman ikan todak berkenaan telah menyebabkan
kehilangan nyawa manusia.

Spesies Asing
Apabila lampu bot dipasang bagi tujuan mencandat, banyak haiwan-
haiwan kecil yang akan timbul menghampiri lampu. Ada diantaranya
berwarna-warni dan cukup cantik. Anda dinasihatkan agar tidak

menangkap atau memegangnya walaupun saiznya kecil. Kemungkinan,
haiwan berkenaan sangat bahaya. Antara haiwan yang biasa timbul
ialah "ulat bulu laut" yang cukup berbisa.

Ular laut
Ular laut akan timbul dipermukaan laut apabila arus laut semakin
perlahan atau mati. Ular ini akan timbul bagi mencari ikan dan sotong.
Ular laut seringkali terkena pancing candat yang menggunakan umpan
ikan (candat umpan). Pastikan yang mengena pancing anda adalah
sotong sebelum anda memegang atau mengangkatnya ke dalam bot.

Ribut dan Kilat
Apabila berlaku perubahan monsun, hujan ribut dan kilat boleh berlaku
secara tiba-tiba. Jika ribut datang dari arah laut, tekong akan mudah
mengesannya. Jika ribut datang dari arah daratan, sudah tentu bot

mencandat tidak sempat untuk mengelak. Ada sesetengah tekong yang
sudah biasa dengan ribut mengambil keputusan untuk tidak beralih
dengan alasan tempoh ribut yang singkat. Bagi pemancing yang tidak
biasa tentunya akan menimbulkan keadaan cemas dan takut. Ada juga
tekong bot yang berlindung di kawasan pulau yang lebih tenang
sebelum kembali semula ke lokasi mencandat selepas ribut berlalu.

Lebih parah lagi jika hujan ribut datang disertai kilat. Suasana sekeliling
cukup mencemaskan. Apa yang dibimbangi jika hujan tanpa ribut yang
disertai dengan kilat. Ada pemancing yang mengambil kesempatan
untuk mencandat pada suasana sedemikian. Perlu diingat sotong akan
tetap memegang umpan selagi lampu tidak dipadam.

Kilat selalunya menyambar objek atau struktur yang paling tinggi. Di
laut, bot candat merupakan struktur terapung yang paling tinggi yang
akan mendedahkan pemancing kepada sambaran kilat. Adalah
dinasihatkan agar pemancing berada di dalam kabin bot dan tidak
keluar mencandat sehingga kilat berlalu. Ada beberapa kes sambaran
kilat di laut pernah dilaporkan di dalam media kita.

Sebelum ke laut adalah baik jika kita berdoa serta memohon kepada-
Nya agar kita diselamatkan dari sebarang musibah dan bahaya

Menarik Sotong

Sekadar hambar hiasan
Apabila candat sedang dihenjut, kita akan terasa seolah-olah tarikan
kita lebih berat dari sebelumya. Itu menandakan ada sotong yang telah
sudi memegang candat kita dengan jari lembutnya. Mungkin jenis
candat yang kita gunakan telah menarik minat sotong atau cara
henjutan kita yang membuatkan sotong tergoda untuk menariknya.
Sotong tidak seperti ikan, tarikannya sangat jujur. Sotong akan menarik
pancing kita dalam tarikan lurus mengundur ke belakang berbanding
ikan yang membuat tarikan rawak dan lebih menggila.
Jika pancing kita telah mengenai sotong, risiko untuk tersangkut
dengan struktur tidak diingini adalah cukup minima berbanding ikan.
Pencandat yang mahir bukan sahaja dapat membezakan antara tarikan
ikan dan sotong, mereka juga mampu membezakan tarikan ular laut
yang terkena pancing.

Sekadar gambar hiasan

Jika sotong yang memegang candat anda bersaiz besar, ia akan
membuat beberapa kali benaman ke bawah hinggakan tali pancing
tertarik ke luar. Jika anda menggunakan 'serek', anda akan dapat
merasa tarikan sotong yang original. Walaupun anda menahan tali
ditepi bot, sotong besar masih mampu menarik tali 'serek' anda keluar.

Perlu diingat, jangan sekali-kali mengunci kekili pancing anda. Jika
menggunakan 'serek' pastikan tali anda boleh dihulurkan keluar jika
tarikan sotong terlalu kuat. Pastikan juga tali pancing anda sentiasa
dalam keadaan tegang.

Menarik sotong tidak sama seperti menarik ikan. Jangan melayan
tarikan sotong seperti anda membuat sentakan ikan. Jika anda menarik
sotong seperti ikan, peluang untuk mendapatkan sotong agak tipis.
Mungkin anda hanya mendapat jejari sotong sahaja. Apabila semakin
lama anda mencandat, akan akan faham sendiri seni pancingan sotong
ini.

Sekadar gambar hiasan

Semasa sotong tiba dipermukaan, sotong akan memancutkan
dakwatnya ke atas. Oleh itu elakkan dari melihat sotong dalam posisi
berhadapan. Pastikan sotong berada agak jauh dari muka anda dengan
cara meluruskan tangan semasa mengangkat sotong. Sotong mampu
memancutkan dakwat dan air melebihi ketinggian bumbung bot.
Selalunya sotong torak hanya membuat sekali pancutan yang kuat.
Pancutan air juga menunjukkan kedudukan sotong yang sudah berada
berdekatan dengan permukaan.

Jika kita menghampiri bot-bot mencandat sotong, kita boleh melihat
pancutan-pancutan air yang tinggi. Pancutan yang kerap memberi
gambaran bilangan sotong yang berjaya didaratkan. Jika semakin
banyak dan kerap pancutan, maka semakin banyak sotong yang telah
dicandat. Selalunya fenomena sebegini tidak lama, oleh itu pemancing
perlu peka kepada perubahan pola ini.

Bagi nelayan tradisional dan pencandat-pencandat hardcore, mereka
akan menarik sotong dengan tarikan yang sesuai, memegang badan
sotong dalam posisi rendah, mencampak ke dalam bekas sotong dan
melepaskan semula candat ke laut dengan muka yang cukup selamber.
Semuanya berlaku cukup pantas. Agak sukar untuk melihat sotong yang
telah mereka tangkap dari jarak yang jauh. Walaubagaimanapun,
pancutan yang dilakukan oleh sotong dapat memberikan gambaran
yang cukup bermakna bagi bot-bot yang baru tiba ke lokasi berkenaan.
Semoga post-post berkaitan sotong torak ini dapat dijadikan sebagai
panduan terutamanya kepada pencandat-pencandat yang baru.
Catatan berikutnya akan membincangkan pula pelbagai sudut dan
aspek bagi mengilat sotong ngabang atau sotong mabang
Fakta Sotong

Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea,
order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama
iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong
gergasi (giant squid).
Teuthidia merupakan order cephalopod terbesar iaitu sekitar 300

spesies di dalam 29 families. Pengkaji meramalkan terdapat lebih
kurang 200 spesies sotong yang masih belum dikenal pasti. Secara
umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga
jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk
menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan
lengan.
Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang
bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya
akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua
lengannya bersambung terus ke bahagian kepala sotong.

Di kepalanya terdapat
sepasang mata yang besar.
Mata besarnya
memudahkan ia untuk
mencari makanan dan
mengesan musuh. Sotong
agak menyerupai ikan
berdasarkan bentuk
badannya serta
mempunyai sepasang sirip
renang dihujung badan.
Gabungan tiub tubuh dan
siripnya yang aktif
memberikan kelebihan
kepada sotong untuk
memecut dan berhenti
secara tiba-tiba.

Di kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata besarnya
memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong
agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai
sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan
siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk
memecut dan berhenti secara tiba-tiba.

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya.
Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam.
Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan
pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh
berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya.
Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk
dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.

Antara keistimewaan lain sotong ialah
kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar
mengikut warna persekitarannya. Chromataphore juga berfungsi
semasa ritual mengawan. Semasa proses
menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan
cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk
menghampirinya.
Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24
inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter (
46 kaki). Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga
1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan
jerung untuk dijadikan makanannya.
Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan
kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun.
Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di
kawasan yang sejuk dan dalam.

Ukuran Standart Sotong

Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan
sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh
hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong
menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik.
Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan
mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan
yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga
berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan
berkenaan tidak lama.

Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat
pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna
makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan
suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan
membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan
makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.

Trip Malam 28 Mei Sebuah Pengalaman

Sekadar Gambar hiasan

Sotong Torok Lebih Sedap Daripada Sotong Mabang
Pada malam 28 Mei 2010, lebih kurang pukul 8.30 pm, saya mula ke
port sotong di Petronas. Setelah sampai lebih kurang 5 minit seorang
lagi rakan Sotong Mania tiba ke lokasi pada ketika itu saya telah berjaya
mencandat 2 ekor sotong mabang saiz remaja.
Ramai pemancing telah berada sejak petang di kawasan batu tambak
berkenaan. Ada yang memancing ikan dan mengilat sotong. Lebih
kurang pukul 11.00 malam semua pemancing telah pulang kerana hasil
kurang memberangsangkan. Ketika itu saya yang menduduki lokasi
hujung batu tambak arah utara sudah berjaya menaikkan sotong
sebanyak 6 ekor termasuk jarum dan seekor torak.
Saya dan rakan terus mengilat sehingga pukul 3.00 pagi. Awan hitam
dan kilat dari sebelah selatan menyebabkan kami mengambil
keputusan untuk kembali ke kawasan pantai.

Ketika itu saya telahpun menaikkan sebanyak 14 ekor sotong termasuk
3 ekor sotong torak lebih kurang 2.5 jengkal.Memandangkan awan dan
kilat semakin menjauh, kami mengambil keputusan untuk cuba
mengilat di kawasan pantai arah selatan. Rakan saya berjaya
menaikkan seekor sotong mabang saiz remaja. Tidak lama kemudian
pancing saya dihenjut dan dibenam keras dalam jarak lebih kurang 15
meter. Saya terus berdiri sambil menahan joran yang semakin
melendut dan tali ditarik keluar dari kekili. Sotong masih mampu
menarik dan menghenjut sehingga ke pesisir pantai. Kami agak terkejut
kerana sotong yang memegang candat ialah sotong torak sepanjang 3.5
jengkal.

Siapa Sangka Torak Menyerang Hingga ke Pesisir Pantai

Sekadar Gambar Hiasan

Beberapa balingan berikutnya sekali lagi mendapat tarikan keras
berdekatan dengan tepi pantai. Saya beranggapan candat tersangkut
batu. Dengan sekali henjutan, seekor lagi sotong torak bersaiz lebih
daripada 2 jengkal terdampar di pantai. Kami agak pelik kerana sotong
torak selalunya dipancing di laut lepas. Malam itu saya mendapat 17
ekor sotong (5 mabang, 7 jejarum dan 5 torak). Rakan saya
memperolehi 7 ekor sotong. Jumlah keseluruhan lebih kurang 24 ekor.
Kami pulang menjelang pukul 5 pagi.

Peristiwa sotong torak membedal jig candat di pesisir pantai adalah
sesuatu yang jarang berlaku. Berdasarkan pengalaman saya, torak yang
menghampiri kawasan pantai atau batu untuk mencari makanan
selalunya berpasangan. Apabila jig saya ditarik dalam jarak 15 meter,
sotong kedua mengikut rakannya hingga ke kawasan pantai. Sebaik
balingan berikutnya dilakukan, kemungkinan sotong yang sedang keliru
mencari rakannya yang hilang secara tiba-tiba akan terus menangkap
jig yang melalui kawasannya.

Bagi pemancing yang mahir, mereka tidak akan membuat banyak
pergerakan apabila menaikkan sotong bersaiz besar samada torak atau
mabang. Pergerakan yang minima akan memudahkan proses menjerat
sotong kedua. Jika pemancing bangun dan banyak bergerak, sotong
kedua yang mengikut sotong pertama akan melarikan diri ke kawasan
tengah laut. Jika keadaan ini berlaku, peluang untuk mendapatkan
sotong kedua adalah tipis.

Jig Keramat-Klon Yamashita
Sesuatu yang menarik pada trip berkenaan ialah penggunaan jig murah
yang kami namakan jig klon yamashita. Hasil daripada jig ini mengatasi
hasil jig yang mahal seperti golden bait (yamashita).

Saya hanya memperolehi 2 ekor sotong mabang menggunakan golden
bait berharga RM32. Jig klon yang digunakan hanya berharga RM11
bagi 3 jig. Apa yang penting di sini, pemancing dan pencandat perlu
membuat beberapa percubaan bagi menguji sesutu jig yang sesuai
dengan anda.
Dalam catatan berikutnya, saya akan menerangkan bagaimana untuk
melakukan beberapa pengubahsuaian pada jig murah untuk
menambahkan lagi nafsu makan sotong.
Sekian sahaja EBOOK saya pasal “MENCANDAT SOTONG”

Apa Macam….???

EBOOK SELEPAS INI …..!!

TUNGGU…YEA..


Click to View FlipBook Version