101 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM SEKOLAH 2023/2024 BIL TARIKH PROGRAM / AKTIVITI TINDAKAN 1 26 Mac 2023 Ihya Ramadan Penyelaras 2 11 Mei 2023 Sambutan Hari Raya Penyelaras 3 16 Mei 2023 Sambutan Hari Guru Penyelaras 4 13 Ogos 2023 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Penyelaras 5 17 September 2023 Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Penyelaras 6 5 Oktober 2023 Maulidur Rasul Penyelaras 7 7 Februari 2024 Hari Anugerah Kecemerlangan Penyelaras RANCANGAN TAHUNAN MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 BIL TARIKH PROGRAM / AKTIVITI TINDAKAN 1 16 Mac 2023 Mesyuarat Kokurikulum Bil 1 Penyelaras 2 6 Jun 2023 Mesyuarat Kokurikulum Bil 2 Penyelaras 3 30 Oktober 2023 Mesyuarat Kokurikulum Bil 3 Penyelaras 4 30 Januari 2024 Mesyuarat Kokurikulum Bil 4 Penyelaras
102 JADUAL PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2023/2024 BIL TARIKH HARI CATATAN UNIT BERTUGAS 1 19 MAC 2023 AHAD HARI PERTAMA 2 16 APRIL 2023 AHAD TKRS 3 21 MEI 2023 AHAD PPIM 4 18 JUN 2023 AHAD TKRS 5 16 JULAI 2023 AHAD PPIM 6 20 OGOS 2023 AHAD TKRS 7 17 SEPTEMBER 2023 AHAD PPIM 8 15 OKTOBER 2023 AHAD TKRS 9 19 NOVEMBER 2023 AHAD PPIM 10 17 DISEMBER 2023 AHAD CUTI PENGGAL 3 11 21 JANUARI 2024 AHAD TKRS 12 18 FEBRUARI 2024 AHAD CUTI AKHIR PENGGAL
103 GERAK KERJA KOKURIKULUM 2023/2024 SUKAN & PERMAINAN BOLA SEPAK 13 ORANG BOLA BALING 14 ORANG BOLA JARING 16 ORANG JUMLAH 43 ORANG KELAB & PERSATUAN KELAB RUKUN NEGARA 11 ORANG PERSATUAN BAHASA MELAYU 12 ORANG PERSATUAN STEM 12 ORANG JUMLAH 35 ORANG UNIT BERUNIFORM TKRS 20 ORANG PPIM 15 ORANG JUMLAH 35 ORANG RUMAH SUKAN BAYAN 40 ORANG MERAK 40 ORANG JUMLAH 80 ORANG
104 SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM 1. Merancang aktiviti kokurikulum – Rancangan Jangka Panjang / Pendek. 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan. 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan kewangan akan digunakan. 11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 12. Menentukan kegiatan sukan dan olahraga di sekolah berjalan dengan lancar. 13. Membuat analisa dan mengesan kelemahan-kelemahan dan kemajuan-kemajuan pencapaian sukan dan mengambil tindakan yang positif bagi meninggikan lagi mutu sukan dimana perlu. 14. Menjalankan pentadbiran dan pengurusan atas hal-hal yang berhubung dengan sukan. 15. Mengatur dan merancang jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan Majlis Sukan Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan. 16. Membahagikan Murid mengikut rumah. 17. Membantu Guru Besar menetapkan guru rumah dan pembantu-pembantu. 18. Menyelaras kegiatan / latihan rumah sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 19. Mengatur lengkap rancangan untuk sukan – olahraga tahunan. 20. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk setahun. 21. Menyelaras penyertaan sekolah dalam suka sekolah-sekolah atau badan-badan lain. 22. Mengawasi dan menentukan keselamatan alat-alat sukan. 23. Menentukan segala alat-alat sukan, padang dan sebagainya dapat digunakan pada bilabila masa diperlukan. 24. Menguruskan kenderaan / pengangkutan untuk ahli-ahli sukan sekolah sekiranya perlu untuk pergi ke tempat pertandingan. 25. Menentukan keselamatan Murid sewaktu bersukan dan permainan. 26. Menyediakan laporan-laporan lengkap mengenai aktiviti pertandingan sukan dan olahraga di sekolah, peringkat MSSD dan MSSJ jika sekolah mengambil bahagian.
105 PENYELARAS / PENASIHAT BADAN BERUNIFORM 1 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah — Rancangan Jangka Panjang / Pendek. 2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3 Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4 Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5 Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 6 Mempastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan. 7 Mempastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8 Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan. 9 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10 Mempastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. 11 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan akan digunakan. 12 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 13 Menentukan kegiatan sukan dan olahraga di sekolah berjalan dengan lancar. 14 Membuat analisa dan mengesan kelemahan-kelemahan dan kemajuan-kemajuan dalam pencapaian sukan dan mengambil tindakan yang positif bagi meninggikan lagi mutu sukan di mana perlu. 15 Menjalankan pentadbiran dan pengurusan atas hal-hal yang berhubung dengan sukan. 16 Mengatur dan merancang jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan Majlis Sukan Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan. 17 Membahagikan Murid mengikut rumah. 18 Membantu Guru Besar menetapkan guru rumah dan pembantu-pembantu. 19 Membantu. Guru Besar membahagikan dan membuat penetapan tugas dan tanggungjawab di dalam sukan dan permainan kepada guru-guru. 20 Menyelaras kegiatan / latihan rumah sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 21 Mengatur lengkap rancangan untuk sukan – olahraga. tahunan. 22 Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk setahun. 23 Menyelaras penyertaan sekolah dalam sukan sekolah-sekolah atau badan-badan lain. 24 Mengawasi dan menentukan keselamatan alat-alat sukan. 25 Menentukan segala alat-alat sukan, padang dan sebagainya dapat digunakan pada bilabila masa diperlukan. 26 Menguruskan kenderaan / pengangkutan untuk ahli-ahli sukan sekolah sekiranya perlu untuk pergi ke tempat pertandingan. 27 Menentukan keselamatan Murid sewaktu bersukan dan permainan. 28 Menyediakan laporan-laporan lengkap mengenai aktiviti pertandingan sukan dan olahraga di sekolah, peringkat MSSD jika sekolah mengambil bahagian.
106 PENYELARAS /PENASIHAT KELAB DAN PERMAINAN 1. Mendaftarkan ahli-ahli 2. Menyediakan borang keahlian. 3. Menyediakan peraturan sukan dan permainan 4. Menyusun rancangan dan kegiatan semasa, mingguan, penggal dan tahunan. 5. Merekodkan segala kegiatan semasa, mingguan, penggal dan tahunan. 6. Mencatat dan merekod kehadiran murid 7. Menyediakan laporan tahunan. PENYELARAS / PENASIHAT PERSATUAN 1. Membuat pendaftaran ahli-ahli. 2. Menyenaraikan peraturan-peraturan persatuan dan kelab 3. Menyususn rancangan kegiatan kelab bagi penggal/mingguan. 4. Merekod rancangan lawatan sambil belajar. 5. Merekod segala aktiviti kelab 6. Menyediakan laporan tahunan. JAWATANKUASA - PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH 1 Mengadakan mesyuarat sebelum dan selepas aktiviti. 2 Menentukan upacara rasmi sekolah. 3 Menentukan tarikh, tempat dan masa. 4 Menentukan tetamu kehormat dan jemputan. 5 Mengagihkan tugas jawatankuasa kecil seperti Jemputan, Sambutan/ Protokol, persiapan tempat, jamuan, pengacara, perhiasan pentas, siaraya, hadiah, publisiti, teks ucapan/kata aluan, disiplin dan keselamatan, kebersihan, persembahan, pameran, penyelaras upacara. 6 Menentukan jadual kerja dan senarai semak 7 Laporan dan penilaian perjalanan majlis 8 Menubuhkan jawatankuasa. 9 Mengenalpasti hari-hari perayaan sekolah 10 Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan 11 Menyediakan peralatan. 12 Menyediakan laporan dan penilaian. 13 Perhubungan dengan jabatan dan agensi lain.
107 BIDANG TUGAS GURU BESAR GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN/KURIKULUM GURU PENOLONG KANAN HEM GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
108 bidang tugas guru besar 1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi 2. Pengurusan Kurikulum 3. Pengurusan Ko Kurikulum 4. Pengurusan Hal Ehwal Murid 5. Pengurusan Kewangan 6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat 7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal 8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia 9. Pengurusan Perhubungan Luar 1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut : Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
109 2. Pengurusan Kurikulum: Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guruguru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar. 3. Pengurusan Kokurikulum: Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom. 4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar: Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
110 Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan,biasiswa & dermasiswa,keselamatan,riadah & sistem mentor mentee). 5. Pengurusan Kewangan: Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.
111 6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat: Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 7. Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah: Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya. 8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia: Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. 9. Pengurusan Perhubungan Luar:. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah
112 bidang tugas gpk pentadbiran PENTADBIRAN Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru & kakitangan bukan guru. Memantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. Menyelaras penyeliaan Penyata Kewang untuk urusan audit tahunan Menyelaras semua jenis pungutan sekolah. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah. Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan . KURIKULUM Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain. Mempastikan perjalanan Panitia Mata Pelajaran. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan & pusat sumber. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru² pelatih, guru² yang baru. mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadang tindakan susulan Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian . KECERIAAN SEKOLAH Membantu di dalam merancang & menyelia program bagi keindahan & keceriaan sekolah. KESELAMATAN Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar. Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran/ Latihan Kebakaran dan kegiatan- kegiatan seumpamanya. TUGAS-TUGAS LAIN Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. Melaksanakan arahan & tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke masa.
113 bidang tugas gpk hem PENTADBIRAN Menjalankan Tugas² Guru Besar Semasa, Ketiadaan Guru Besar Dan GPK Pentadbiran. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan & pentadbiran Hal Ehwal Murid. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. DISIPLIN Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni. Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan -peraturan tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. BIMBINGAN DAN KAUNSELING Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru. KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID Menggunakan kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik stor. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). PENTADBIRAN Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid. Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid. Mengurus kemasukan dan penempatan murid. Mengurus pertukaran murid. Mengurus surat akaun, sijil² murid, surat² pengesahan & pengedaran sijil berhenti sekolah. Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah. Membantu menyediakan anggaran belajawan sekolah. TUGAS-TUGAS LAIN Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke masa. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari masa ke masa.
114 bidang tugas gpk KOKURIKULUM PENTADBIRAN Menjalankan Tugas² Guru Besar Semasa, Ketiadaan Guru Besar GPKP/GPK HEM Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan (Kurikulum) Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti Kokurikulum Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah KOKURIKULUM. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran sekolah. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan pakaian seragam & sebagainya. Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum. Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan Kokurikulum. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan Kokurikulum & mengadakan latihan untuk mereka. TUGAS-TUGAS LAIN Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke masa. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan Guru Besar dari masa ke masa.
115 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. 1- TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
116 2- TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. 3- TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
117 4- TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. PERKARA-PERKARA AM TATALAKU PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM 5- Taat Setia: Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan.
118 6- Larangan: 1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya. 2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam. 3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian atau kepentingan peribadi. 4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya. 5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain perkhidmatan awam. 6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. 8- Sikap: 1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap tugas. 2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan yang lain dalam perkhidmatan awam. 9- Pekerjaan Luar: 1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya. 2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan.
119 10- Hadiah: 1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah. 2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka. 3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana orang sekalipun. 11- Keraian: 1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang. 2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah peribadi. 12- Memiliki Harta : 1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tata-tertib yang berkenaan. 2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan melalui ketua jabatan mereka. 3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anakanaknya. 4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya. 5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan rekod.
120 13- Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan: 1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada pendapatan rasminya yang sah. 2. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan itu. 3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980. 14- Kesusahan Hutang: 1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali. 2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya. 3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang- pemegang harta. 15- Meminjamkan Wang: 1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain. 2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak. 16- Spekulasi: 1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara. 2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga yang tinggi sekali.
121 17- Refel Dan Loteri: 1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta persendiriannya. 16- Penerbitan Buku: 1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya dengan kebenaran. 18- Kenyataan Awam: 1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu dasar atau keputusan kerajaan. 2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun dalam bentukbentuk lain. 3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain. 4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu. 19- Penyunting: 1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran. 2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan akhbar dan majalah. 3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana- mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah. 4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan profesional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik.
122 20- Kegiatan Politik: Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah dibahagikan kepada dua kupulan: Kumpulan A: 1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan masuk kerja. 2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan hanya menjadi ahli biasa. Kumpulan B: 1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A. 2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti politik. 3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan. 21- Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman : 1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. 2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22- Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti: 1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib. 2. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. 3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja atau lain-lain hukuman. 4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji ataupun saraan hidup. 5. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26. 6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas
123 TERUSLAH MENYOKONG KAMI YANG MENDUKUNG