The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-07-07 15:29:04

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FLIP BOOK PDF

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

SEMESTER 1

PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARANNYA

1.1 : PENGENALAN KEPADA
PERNIAGAAN

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN EMMA

Organisasi merupakan gabungan
manusia atau sekumpulan manusia

yang melakukan pelbagai aktiviti
untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan dalam perancangan.

Organisasi Perniagaan dan bukan
perniagaan

Maksud Perniagaan

Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang
serta perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna
bertujuan mendapatkan keuntungan.

Elemen asas dalam perniagaan

1. Menyediakan barang dan perkhidmatan.
2. Wujud pertukaran nilai
3. Mendapatkan keuntungan perniagaan
4. Memuaskan keperluan dan kehendak
pengguna.

Aktiviti perniagaan

1. Aktiviti berasaskan pengeluaran
2. Aktiviti berasaskan perkhidmatan

1. Aktiviti berasaskan pengeluaran

✓ Melibatkan penggunaan
faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang.

✓ Contoh aktiviti perkilangan
seperti kilang perabot

2. Aktiviti berasaskan perkhidmatan
✓ Melibatkan penawaran barang
tidak nyata yang dapat
memberikan keselesaan,
kepuasan dan kecekepan
kepada pengguna

✓ Contoh perkhidmatan
perhotelan dan pendidikan
seperti Syarikat Air Asia

Organisasi bukan perniagaan

✓ Merujuk organisasi yang
ditubuhkan untuk
menjalankan aktiviti yang
tidak bermotifkan
keuntungan

✓ Contoh organisasi bukan
perniagaan ialah kelab,
persatuan dan organisasi
bukan kerajaan [NGO]

Organisasi bukan perniagaan

✓ Matlamat penubuhan
berbeza bergantung pada
jenis dan aktiviti yang
dijalankan oleh setiap
organisasi tersebut,

✓ Contohnya matlamat
penubuhan sebuah rumah
kebajikan anak yatim
adalah untuk
meningkatkan kebajikan
penghuninya.

PERBEZAAN ANTARA PERNIAGAAN
DENGAN BUKAN PERNIAGAAN

DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN
PERNIAGAAN

1. Matlamat Memaksimumkan Menjaga kebajikan
utama keuntungan sebagai ahli yang
penubuhan pulangan kepada menganggotai
organisasi pemilik perniagaan organisasi

DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN
PERNIAGAAN
2. Pengurusan Didominasi oleh
pemilik yang Dipilih oleh ahli
menyumbang berdasarkan
modal yang sistem demokrasi
banyak melalui undi
keahlian

DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN
PERNIAGAAN

3. Aktiviti Menjalankan Bergantung kepada

proses penghasilan tujuan penubuhan

barang dan organisasi.

perkhidmatan.

DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN
PERNIAGAAN

4. Sumber Diperoleh daripada Diperoleh daripada
kewangan pelaburan pemilik kutipan yuran
keahlian, derma
perniagaan, pinjaman luar dan tajaan
kewangan daripada daripada pihak lain.
pihak pembiaya dan
keuntungan
perniagaan

DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN
PERNIAGAAN

5. Perundangan Dikawal oleh Akta Dikawal oleh Akta
yang berkaitan Pertubuhan 1966
dengan
perniagaan
seperti Akta
Syarikat 1965 dan
Akta Perniagaan
1956

PERNIAGAAN DAN UNTUNG

DEFINISI UNTUNG

Untung diperoleh apabila jumlah
hasil perniagaan melebihi jumlah kos

perniagaan dan perbelanjaan lain
yang telah dilibatkan oleh
perniagaan

FORMULA UNTUNG

UNTUNG = HASIL - BELANJA

Untung merujuk pulangan
yang diterima daripada
aktiviti perniagaan

Untung juga dikenali
sebagai baki pendapatan

/hasil yang diperoleh
daripada pelbagai sumber
perniagaan setelah ditolak

segala perbelanjaan
perniagaan.

JENIS HASIL JENIS KOS DAN

✓Jualan PERBELANJAAN
✓Komisen
✓Kos belian
diterima ✓Belanja air,
✓Dividen diterima
✓Faedah diterima elektrik dan
✓Sewa diterima
telefon
✓Kos pentadbiran
✓Upah pekerja
✓Pengangkutan

DUA JENIS KEUNTUNGAN
1. UNTUNG KASAR = JUALAN – KOS BARANG DIJUAL
2. UNTUNG BERSIH = JUMLAH HASIL – JUMLAH KOS

KEPENTINGAN UNTUNG KEPADA
PERNIAGAAN

1. Ganjaran kepada pemilik perniagaan.

2. Memastikan perniagaan kekal dalam
pasaran.

3. Sumber modal tambahan kepada pemilik
perniagaan
4. Melaksanakan tanggungjawab sosial
5. Tahap keuntungan menunjukkan imej
perniagaan.

KEPENTINGAN UNTUNG KEPADA
PERNIAGAAN

6. Ukuran kepada prestasi perniagaan

7. Keyakinan/dorongan kepada pelabur

8. Memberikan motivasi kepada pemilik
untuk bekerja lebih kuat.
9. Kepuasan kepada pemilik perniagaan

10. Keupayaan meningkatkan penggunaan
teknologi baharu bagi merangsang aktiviti
perniagaan lain.

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA

1. Menyediakan barangan dan perkhidmatan

2. Mempelbagaikan barangan di pasaran

3. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
4. Menyediakan barang dan perkhidmatan pada harga
yang berpatutan.
5. Mengeluarkan barang yang selamat dan berkualiti.

6. Memenuhi citarasa pengguna.

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA MASYARAKAT

1. Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang
dan perkhidmatan

2. Mewujudkan peluang pekerjaan melalui
pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha
perniagaan

3. Pembangunan masyarakat setempat dengan
menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan
melalui sistem bekalan dan jualan.

4. Menjalankan tanggungjawab sosial kepada
masyarakat.

5. Memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar yang boleh
menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat setempat.

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI

1. Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan
melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat
keuntungan
2. Mewujudkan penempatan baharu/bandar baharu

3. Meningkatkan kemudahan awam .

4. Membangunkan industri hiliran dan huluan.

5. Menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan
melalui persaingan.

6. Mengurangkan kadar pengangguran.

7. Meningkatkan ekonomi negara.

PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA

1. Memberi pendapatan kepada negara.

2. Mewujudkan peluang perniagaan kepada
penduduk tempatan.

3. Membangunkan peluang perniagaan.

4. Menjimatkan pertukaran asing.

5. Membangunkan modal insan.

FAKTOR
PENGELUARAN

5. KEUSAHAWANAN

2. MODAL 4. TEKNOLOGI
3. MODAL INSAN
1. BAHAN MENTAH

CIKGU EMMA

FAKTOR PENGELUARAN

FAKTOR PENGELUARAN MERUJUK
KEPADA SUMBER-SUMBER YANG

DIGUNAKAN DALAM PROSES
PENGELUARAN UNTUK

MENGHASILKAN BARANGAN DAN
PERKHIDMATAN

1. BAHAN MENTAH

MERUJUK KEPADA INPUT YANG AKAN
DIGUNAKAN DALAM PROSES
PENGELUARAN BAGI MENGHASILKAN
SESUATU PRODUK

CONTOH BAHAN MENTAH
KAYU BALAK YANG DIGUNAKAN UNTUK
MEMBUAT PERABOT

2. MODAL INSAN

MERUJUK KEPADA KEUPAYAAN FIZIKAL
DAN MENTAL YANG DIGUNAKAN DALAM
AKTIVITI PERNIAGAAN

CONTOH MODAL INSAN
BURUH MAHIR DAN KURANG MAHIR YANG
BEKERJA DALAM SESEBUAH ORGANISASI
PERNIAGAAN

3. MODAL

MERUJUK KEPADA SEBARANG BENTUK
PELABURAN YANG AKAN MENGHASILKAN
PULANGAN KEPADA SYARIKAT

CONTOH MODAL
WANG DAN ASET YANG DILABURKAN
UNTUK MEMBIAYAI DAN MENJALANKAN
PERNIAGAAN

4. TEKNOLOGI

MERUJUK KEPADA KAEDAH DAN
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK
MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

CONTOH TEKNOLOGI
MESIN YANG CANGGIH YANG
DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU
MEMPERCEPATKAN AKTIVITI
PERNIAGAAN

5. KEUSAHAWANAN

MERUJUK KEPADA KEUPAYAAN
SESEORANG INDIVIDU ATAU SEKUMPULAN
INDIVIDU MENGGABUNGKAN FAKTOR
PENGELUARAN UNTUK MENGHASILKAN
OUTPUT PERNIAGAAN

CONTOH KEUSAHAWANAN
CIRI KREATIF YANG ADA PADA SEORANG
USAHAWAN MEMBOLEHKAN SATU
KELUARAN BAHARU DIKELUARKAN

PROSES
PERNIAGAAN

PROSES PERNIAGAAN

1. INPUT Faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran

2. PROSES TAMBAH NILAI

Proses menukarkan input kepada output

3. OUTPUT Hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran

4. PEMASARAN

Usaha mengagihkan keluaran siap kepada pengguna sasaran

5. UNTUNG ATAU RUGI

Lebihan atau kurangan hasil terhadap kos

CABARAN
PERNIAGAAN

CABARAN PERUBAHAN FAKTOR PERSEKITARAN
PERNIAGAAN SUMBER YANG SEMAKIN BERKURANG
BLOK PERDAGANGAN
SISTEM PERNIAGAAN ISLAM

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

PEKERJAAN JARAK JAUH

KONSEP PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

TENAGA KERJA

BENTUK PEMILIKAN
PERNIAGAAN

GLOBALISASI

CABARAN PERNIAGAAN

1. Globalisasi

Dimana jaringan dunia tanpa
sempadan menjadikan persaingan yang
sengit dari segi kualiti, harga dan
persembahan barangan sentiasa
berlaku.

CABARAN PERNIAGAAN

2. Bentuk pemilikan perniagaan

Perniagaan yang berstatus milikan
tunggal mempunyai kekangan
melibatkan sumbangan modal kerana
hanya dimiliki oleh seorang pemilik.

CABARAN PERNIAGAAN

3. Tenaga kerja

Tenaga kerja yang datang daripada
pelbagai kaum, negara dan status perlu
diuruskan secara adil bagi mengelakkan
sebarang pertelingkahan.

CABARAN PERNIAGAAN

4. Konsep perniagaan antarabangsa

Penceburan syarikat domestik dalam
pasaran antarabangsa. Memerlukan
kepakaran dalam menguruskan syarikat
gergasi.

CABARAN PERNIAGAAN

5. Pekerjaan jarak jauh

Seorang pekerja boleh bekerja di rumah
tanpa perlu ke pejabat cabaran dari segi
komunikasi dimana pekerja dalam
syarikat yang sama tidak mesra kerana
jarang berjumpa.

CABARAN PERNIAGAAN

6. Penggunaan teknologi.

Pengurus perlu bertindak balas terhadap
sebarang perubahan persekitaran dengan
cepat untuk mengekalkan kebersaingan
dalam pasaran.

CABARAN PERNIAGAAN

7. Tanggungjawab sosial

Perniagaan perlu menjalankan
tanggungjawab sosial secara konsisten
dan melibatkan kos yang tinggi.

CABARAN PERNIAGAAN

8. Sistem perniagaan Islam

Perniagaan konvensional juga
mewujudkan alternatif sistem
perniagaan Islam kepada pelanggan
mereka.

CABARAN PERNIAGAAN

9. Kewujudan blok perdagangan

Menjadi satu batasan kepada negara
bukan ahli untuk turut terlibat dalam
perniagaan.


Click to View FlipBook Version