The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-09-20 21:23:49

BAB 3.3 PENYELIDIKAN PEMASARAN

BAB 3.3 PENYELIDIKAN PEMASARAN

SEMESTER 1

BAB 3
PEMASARAN
Nota poket I am for you…

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

3.3 Penyelidikan pemasaran

Calon seharusnya dapat

(a) Menjelaskan kepentingan penyelidikan pemasaran.
(b) Menerangkan langkah-langkah penyelidikan pemasaran yang
merangkumi mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif,
membentuk rancangan penyelidikan,
melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data,
dan menginterpretasikan dan melapor penemuan;

TAKRIF PENYELIDIKAN PEMASARAN

Proses pengumpulan maklumat secara sistematik
yang relevan dengan sesuatu masalah

pemasaran yang dihadapi oleh sesebuah
perniagaan.

Setiap organisasi memerlukan penyelidikan
pemasaran untuk membantu pengurusan
membuat keputusan pemasaran yang lebih tepat

dan berkesan

Kepentingan penyelidikan pemasaran

1. Mengatasi persaingan.
- pemasar memahami kaedah operasi dan strategi

pemasaran yang digunakan oleh pesaing mereka.
- Dapat membentuk satu strategi pemasaran yang berdaya

saing bagi mengatasi pesaing dan terus berorepasi dalam
pasaran.

2. Meluaskan pasaran
- Pemasar memahami keperluan dan kehendak pengguna.
- mengeluarkan produk yang menarik minat pengguna demi

meningkatkan jualan dan menambah keuntungan.

Kepentingan penyelidikan pemasaran

3. Mengenalpasti perubahan citarasa pengguna.
- Pemasar memberikan tumpuan kepada pasaran

sasaran tertentu dengan menawarkan barang dan
perkhidmatan yang bersesuaian dengan citarasa
pengguna.

4. Mengenalpasti pengguna baharu dan
mengekalkan pengguna sedia ada.
- Membentuk strategi pemasaran yang berkesan

apabila ingin memperkenalkan sesuatu produk
kepada pengguna baharu

Kepentingan penyelidikan pemasaran

5. Membantu pemasar membuat keputusan tentang
strategi dan taktik yang paling berkesan untuk
memasarkan produk.

6. Membuat ramalan/unjuran yang lebih tepat tentang
corak perbelanjaan pengguna, pola jualan produk dan
keadaan ekonomi serta pasaran.
- Dapat mengurangkan risiko yang akan dihadapi
apabila terlibat dalam persekitaran perniagaan yang
sentiasa berubah.

Langkah-langkah penyelidikan pemasaran

4. Menginterpretasikan dan melapor penemuan
3. Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data

2. Membentuk rancangan penyelidikan
1. Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif

1 Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif.
✓ Pemasar akan mengenalpasti dan mengkaji secara
terperinci masalah pemasaran yang wujud dalam
organisasi/di luar organisasi[masalah persekitaran]
yang menyebabkan kegagalan mencapai objektif
pemasaran.
✓ Masalah tersebut kemudian diterjemahkan kepada
objektif penyelidikan yang spesifik.
✓ Pernyataan masalah dan objektif penyelidikan akan
digunakan untuk membimbing seluruh proses
penyelidikan pemasaran ke arah menentukan
matlamat penyelidikan yang hendak dicapai.

2 Membentuk rancangan penyelidikan

✓ Rancangan penyelidikan yang berkesan akan dibentuk
untuk mengumpul semua maklumat yang diperlukan
berkaitan punca masalah dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi .

✓ Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah
soal selidik, kaedah eksperimen dan kaedah
pemerhatian.

3 Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data

✓ usaha mengumpul data boleh dijalankan oleh jabatan
penyelidikan pemasaran /firma perundingan dari luar
organisasi.

✓ Dua jenis data yang boleh didapati daripada
penyelidikan pemasaran iaitu data primer dan data
sekunder.

✓ Data yang dikumpul harus releven , tepat, diterima
umum dan tidak bersifat berat sebelah.

✓ Penyelidik pemasaran harus memproses dan
menganalisis data yang diperoleh kepada maklumat
yang sesuai untuk membuat keputusan pemasaran
dengan menggunakan beberapa kaedah berstatistik
dan model keputusan.

4 Menginterpretasikan dan melapor penemuan
✓ Penyelidik pemasaran akan mentafsir, merumus dan
melaporkan hasil analisis penyelidikan pemasaran
kepada pengurusan organisasi.
✓ Penyelidik harus membentangkan penemuan utama
yang boleh difahami oleh pengurusan dan berguna
dalam pembuatan keputusan pemasaran.
✓ Merangkumi laporan bertulis tentang objektif, kaedah
penyelidikan , analisis kajian, hasil dapatan kajian dan
cadangan yang diberikan bagi menyelesaikan masalah
yang berkaitan.

UJI MINDA

1. Jelaskan empat langkah penyelidikan pemasaran. [20]
2. Senaraikan empat langkah dalam penyelidikan pemasaran.[4]

INGAT FAKTA

Langkah-langkah penyelidikan pemasaran

1. Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif,

2. Membentuk rancangan penyelidikan,

Kepentingan penyelidikan pemasaran 3. Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data,

4. Menginterpretasikan dan melapor penemuan;

1. Mengatasi persaingan

2. Meluaskan pasaran

3. Mengenalpasti perubahan citarasa pengguna.

4. Mengenalpasti pengguna baharu dan mengekalkan

pengguna sedia ada

5. Membantu pemasar membuat keputusan tentang

strategi dan taktik yang paling berkesan untuk

memasarkan produk.

6. Membuat ramalan/unjuran yang lebih tepat tentang

corak perbelanjaan pengguna, pola jualan produk dan

keadaan ekonomi serta pasara.




Click to View FlipBook Version