SEMESTER 1
BAB 3
PEMASARAN
Nota poket I am for you…
BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN
3.4 SEGMENTASI
01 3.4.1Segmentasi pasaran
02 3.4.2 Sasaran pasaran
03 3.4.3 Peletakan pasaran
04 3.4.4Perbezaan segmentasi, sasaran,
peletakan pasaran
3.4.1 Segmentasi pasaran
Calon seharusnya dapat
(a) Membincangkan asas-asas segmentasi
pasaran merangkumi geografi, demografi,
psikografi, dan gelagat pengguna/manfaat
produk;
TAKRIF SEGMENTASI
Proses mengenalpasti segmen pasaran,
memilih satu/lebih segmen pasaran serta
membangunkan produk dan campuran
pemasaran yang khusus untuk setiap
segmen tersebut.
TAKRIF SEGMENTASI PASARAN
Proses membahagikan pasaran yang besar
kepada beberapa pasaran kecil berasaskan
kepada ciri-ciri tertentu pengguna yang sama
bagi memudahkan strategi pemasaran
dilaksanakan melalui tawaran barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
perniagaan
TUJUAN SEGMENTASI PASARAN
Membolehkan pemasar membentuk strategi
campuran pemasaran yang ideal dan tepat
agar bersesuaian dengan ciri-ciri pengguna
setiap segmen yang ada
ASAS SEGMENTASI PASARAN
1Geografi
✓ Melibatkan pembahagian pasaran mengikut lokasi seperti
kawasan perumahan, bandar, daerah, negeri/negara, faktor muka
bumi, cuaca, iklim dan tempat.
✓ Pengguna yang berada di kawasan geografi yang berlainan
mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza.
✓ Pengeluar harus mereka bentuk produk dan menyesuaikan
harga, saluran agihan serta pengiklanan bagi memenuhi
keperluan pengguna yang tinggal di kawasan geografi yang
berlainan.
✓ Contohnya kenderaan pacuan empat roda sesuai dijual di
kawasan yang berbukit bukau.
2 Demografi
✓ Melibatkan pembahagian /pemetakan kepada segmen kecil
berdasarkan faktor umur, jantina, saiz keluarga, kitaran hidup
keluarga, latar belakang pendidikan, taraf perkahwinan, pekerjaan,
pendapatan, agama dan bangsa.
✓ Keperluan dan kehendak pengguna dikaitkan dengan faktor jantina
iaitu wanita dan lelaki.
✓ Jantina berlainan lazimnya mempunyai keperluan yang berbeza.
✓ Pemetakan berdasarkan demografi banyak digunakan oleh
pengeluar untuk memetakkan pasaran pengguna kerana ia mudah
diukur berbanding pemboleh ubah lain.
✓ Contohnya jantina adalah faktor pemetakan produk pakaian.
3 Psikografi
✓ Melibatkan pembahagian/pemetakan pasaran berdasarkan
personaliti, gaya hidup, cita rasa dan kelas sosial pengguna.
✓ Pengguna biasanya akan membeli produk yang dapat
menggambarkan personaliti mereka seperti minyak wangi,
kosmetik, insurans dan jam tangan.
✓ Produk yang dipasarkan mengikut gaya hidup iaitu pengguna yang
mementingkan penampilan diri seperti alat komunikasi, hiasan
rumah, pakaian dan kereta.
✓ Pemetakan mengikut kelas sosial pula adalah seperti jualan barang
mewah tertumpu kepada golongan atasan sahaja.
Gelagat pengguna/
4 manfaat produk
✓ Melibatkan pemetakan pasaran mengikut tindak balas pengguna
terhadap penggunaan sesuatu produk seperti tabiat pembelian,
sikap, pengetahuan, kegemaran, kuantiti produk yang dibeli pada
masa tertentu, kekerapan penggunaan dan pengulangan
penggunaan sesuatu produk [kesetiaan terhadap jenama].
✓ Contohnya potongan harga/pemberian diskaun mungkin menarik
pengguna yang gemar membeli barangan murah tetapi sukar
menarik pengguna yang mementingkan barang berkualiti.
✓ pemetakan mengikut manfaat produk memberi penekanan kepada
faedah yang boleh dinikmati pengguna apabila menggunakan
sesuatu produk.
✓ Contohnya syampu rambut Pantene adalah penyelesaian kepada
masalah rambut gugur.
3.4.2 Sasaran pasaran
Calon seharusnya dapat
(b) Menjelaskan strategi menyasarkan pasaran
(market targeting) merangkumi pemasaran tidak
dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran
tertumpu, dan pemasaran mikro;
TAKRIF SASARAN PASARAN
Proses menilai setiap segmen pasaran
dan memilih beberapa segmen pasaran
yang menarik untuk dimasuki.
STRATEGI MENYASARKAN PASARAN
(market targeting)
1. Pemasaran tidak dibezakan 3. Pemasaran tertumpu
➢ Satu strategi yang mengabaikan ➢ Memilih segmen pasaran tertentu
perbezaan segmen pasaran dan yang boleh disasarkan dengan
menyasarkan keseluruhan pasaran kaedah campuran pemasaran yang
dengan satu produk . tertentu.
Add Text Add Text
Simple PowerPoint Simple PowerPoint
➢ Pengeluar aPkreasenntmatioennyasarkan Presentation
beberapa segmen pasaran yang
dipilih dengan mengeluarkan ➢ Satu segmen pasaran yang
pelbagai jenis produk bagi setiap spesifik dipilih.
segmen.
4. Pemasaran mikro
2. Pemasaran dibezakan
1Pemasaran tidak dibezakan
✓ Syarikat menggunakan strategi campuran pemasaran iaitu produk, promosi,
pengedaran dan penentuan harga yang sama.
✓ Pengeluar mengeluarkan satu produk /lini produk secara besar-besaran supaya
dapat menikmati ekonomi bidangan dan mengurangkan kos pengeluaran.
✓ Aktiviti pengagihan dan promosi juga dijalankan secara meluas kepada semua
pengguna.
✓ Strategi ini dapat menjimatkan kos bagi penyelidikan pemasaran, pengeluaran,
pengurusan inventori, pengangkutan dan pengiklanan.
✓ Strategi pemasaran tidak dibezakan sesuai digunakan oleh syarikat penerbitan
buku teks sekolah memandangkan buku tersebut mempunyai permintaan yang
tinggi dan pasaran yang luas.
2 Pemasaran dibezakan
✓ Menggunakan strategi campuran pemasaran yang berlainan bagi
setiap segmen pasaran.
✓ Bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak segmen pasaran
yang berlainan terutamanya mengikut tingkat pendapatan
pengguna.
✓ Contohnya Proton mengeluarkan pelbagai model kereta Proton
seperti Proton Saga, Insira dan Persona untuk memenuhi pelbagai
keperluan segmen pengguna yang berbeza dari segi umur,
pendapaan dan status sosial.
3 Pemasaran tertumpu
✓ Mereka bentuk produk yang khusus untuk segmen tersebut.
✓ Produk diagihkan kepada pengguna yang berada di segmen
dengan campuran pemasaran yang sama.
✓ Syarikat menumpukan aktiviti pemasaran dan persaingan
kepada bidang [niche] yang berkaitan dengan produknya
sahaja.
✓ Strategi penyasaran ini biasanya digunakan oleh firma
bersaiz kecil yang kekurangan sumber kewangan dan bagi
firma yang baharu beroperasi dalam pasaran.
✓ Contohnya syarikat penerbitan majalah Ekonomi memberi
tumpuan kepada pengguna yang berminat dalam bidang
ekonomi dan pelaburan.
4 Pemasaran mikro
✓ Strategi pemasaran tertumpu kepada satu segmen pasaran
yang spesifik.
✓ Pemasaran dibuat dengan menyesuaikan produk mengikut cita
rasa pengguna tertentu keperluan dan kehendak / mengikut
sesuatu lokasi/tempat.
✓ Melibatkan dua aspek
a) Pemasaran tempatan
b) Pemasaran Individu.
a) Pemasaran Tempatan
❖Melibatkan penyesuaian jenama dan promosi untuk memenuhi
keperluan dan kehendak kumpulan pengguna tempatan .
❖Seperti di kedai-kedai, kawasan perumahan, bandar, negeri dan
negara.
❖Boleh membantu syarikat memasarkan produk dengan berkesan
kepada komuniti tempatan yang mempunyai demografi dan gaya
yang berbeza.
❖Pemasar boleh menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kos
pengeluaran dan pemasaran yang tinggi akibat daripada
pengurangan ekonomi bidangan.
❖Masalah logistik kepada perniagaan mungkin boleh timbul apabila
terpaksa memenuhi pelbagai keperluan pasaran
tempatan/kawasan yang berlainan.
b) Pemasaran Individu
❖Kaedah pemasaran yang akan memasarkan produk mengikut
keperluan dan kehendak serta cita rasa pengguna secara
individu.
❖Perniagaan yang memerlukan kemahiran/perkhidmatan khas.
❖Contonya tukang jahit, tukang emas dan tukang kasut mereka
masih menggunakan kaedah pemasaran individu bagi
memuaskan cita rasa pelanggan mereka yang pelbagai.
3.4.3 Peletakan pasaran
Calon seharusnya dapat
(c) Menjelaskan proses peletakan pasaran yang
merangkumi menentukan pasaran sasaran (targeted
market), menyesuaikan produk dengan pasaran, dan
mengkomunikasikan ciri-ciri produk
TAKRIF PELETAKAN PASARAN
Proses menempatkan /meletakkan produk dalam
satu kedudukan yang lebih baik berbanding dengan
produk pesaing dalam minda pengguna.
Pengeluar harus menggunakan strategi peletakan
pasaran yang berkesan untuk membezakan
produknya daripada produk pesaing yang wujud
dalam segmen pasaran yang sama.
KAEDAH PELETAKAN PASARAN
1 Mendefinikan produk kepada pengguna.
2 Menonjolkan ciri produk sesuai dengan persepsi pengguna
3 Membantu pengguna mengingati produk dengan ciri yang relevan.
4 Produk dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
5 Pengguna dapat membezakan produk syarikat dengan pesaing lain.
PROSES PELETAKAN PASARAN
3. Mengkomunikasikan
2. Menyesuaikan ciri-ciri produk
produk dengan
pasaran
1. Menentukan
pasaran sasaran
(targeted market),
1 Menentukan pasaran sasaran (targeted market)
▪ Pasaran sasaran terdiri daripada sekumpulan pengguna yang
mempunyai ciri dan keperluan yang sama yang ingin
disasarkan oleh pengeluar.
▪ Melalui sasaran pasaran, pengeluar menilai pelbagai segmen
dalam pasaran tertentu
▪ Pengeluar mengenalpasti dan memilih segmen pasaran yang
akan ditembusi.
2 Menyesuaikan produk dengan pasaran
▪ Pengeluar berusaha untuk mengetahui dan memahami
keperluan dan jangkaan pengguna apabila melakukan
pembelian.
▪ Pengeluar mengeluarkan produk yang bersesuaian dengan cita
rasa dan kehendak pengguna yang berada dalam pasaran
sasaran.
▪ Strategi pemasaran yang khusus untuk pasaran sasaran akan
dibentuk supaya dapat menarik minat pengguna terhadap
produk dan seterusnya mengekalkan imej produk yang baik
dalam minda pengguna berbanding dengan produk pesaing
yang lain
3 Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
▪ Pengeluar akan memperkenalkan produk yang ingin
ditawarkan kepada pengguna di pasaran sasaran.
▪ Hal ini dapat dicapai melalui komunikasi pemasaran seperti
pengiklanan, promosi jualan dan jualan bersemuka demi
menyedarkan pengguna tentang kewujudan produk
pengeluar dalam pasaran.
▪ ciri produk seperti reka bentuk, fungsi, warna, ciri
keistimewaan akan didedahkan kepada pengguna demi
menarik minat mereka terhadap produk itu dan seterusnya
bertindak untuk membuat pembelian.
TAKRIF STRATEGI PELETAKAN PASARAN
Penggunaan strategi peletakan pasaran boleh
menunjukkan keunikan yang ada pada produk pengeluar
dan kelebihan daya saing dalam segmen pasaran.
Strategi tersebut juga boleh membentuk imej yang positif
bagi produk pengeluar dalam minda pengguna supaya
produk itu sentiasa menjadi pilihan untuk pengguna apabila
membuat keputusan pembelian.
STRATEGI 5. Klasifikasi
PELETAKAN PASARAN produk
3. Kekerapan
penggunaan
1. Atribut 4. Pengguna
produk
2. Manfaat
1 Atribut produk
• Produk yang mempunyai ciri keistimewaan tertentu yang tidak
terdapat pada produk pesaing yang lain seperti jenama,
pembungkusan, label , jaminan [waranti] dan produk tambahan.
• Merupakan ciri produk yang ketara dan tidak ketara yang
merangkumi sifat ketara seperti bahan, warna, jenama, saiz dan
bentuk.
• Sifat tidak ketara seperti kualiti produk iaitu ketahanan,
ketepatan, keberkesanan, jaminan dan khidmat lepas jualan.
2 Manfaat
Produk pengeluar menawarkan faedah, kelebihan/nilai terbaik
kepada pengguna apabila menggunakan produk tersebut
berbanding produk pesaing.
3 Kekerapan penggunaan
Kekerapan penggunaan produk yang tinggi menunjukkan produk
pengeluar tersebut amat baik / sesuai digunakan oleh pengguna.
4 Pengguna
Individu yang membeli dan menggunakan produk tertentu
berdasarkan ciri-ciri produk yang bersesuaian dengan kehendak
dan keperluan mereka.
5 Klasifikasi produk
▪ Produk organisasi boleh dibahagikan kepada produk pengguna
dan produk perindustrian.
▪ Produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada produk mudah
beli, produk beli belah, produk istimewa dan produk tidak dicari.
▪ Produk perindustrian boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori
iaitu produk bahan dan komponen, barang modal dan produk
bekalan dan perkhidmatan.
3.4.4 Perbezaan segmentasi, sasaran,
peletakan pasaran
Calon seharusnya dapat
(e) Membezakan segmentasi pasaran, sasaran
pasaran, dan peletakan pasaran, dan menjelaskan
kepentingannya.
PERBEZAAN SEGMENTASI, SASARAN, PELETAKAN PASARAN
Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
1. Skop Proses membahagikan Proses menilai daya tarikan Proses membangunkan suatu
liputan suatu pasaran kepada setiap segmen pasaran dan campuran pemasaran yang
kumpulan pengguna yang memilih satu /beberapa spesifik untuk mempengaruhi
mempunyai keperluan, segmen untuk ditembusi. persepsi pengguna tentang
ciri /gelagat yang jenama, lini produk/ syarikat
berlainan yang secara umum.
memerlukan produk Melibatkan pembentukan imej
/campuran pemasaran positif sesuatu produk dalam
yang berbeza. fikiran pengguna berbanding
produk pesaing.
PERBEZAAN SEGMENTASI, SASARAN, PELETAKAN PASARAN
Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
2. Langkah 1. Mengenalpasti asas 1. Mengenalpasti strategi 1. Mengenalpasti strategi
pelaksanan segmentasi untuk pengukuran daya peletakan untuk segmen
pasaran. tarikan untuk segmen pasaran.
pasaran.
2. Membangunkan 2. Membentuk suatu
profil segmen 2. Memilih segmen campuran pemasaran
pasaran. sasaran. untuk setiap segmen
pasaran.
PERBEZAAN SEGMENTASI, SASARAN, PELETAKAN PASARAN
Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
3. Asas 1. Segmentasi geografi 1. Pemasaran tidak 1. Atribut produk
penetapan 2. Manfaat
strategi 2. Segmentasi dibezakan 3. Kekerapan penggunaan
4. Pengguna
demografi 2. Pemasaran dibezakan 5. Klasifikasi produk
3. Segmentasi 3. Pemasaran tertumpu
psikografi 4. Pemasaran mikro
4. Segmentasi gelagat
pengguna/manfaat
produk
PERBEZAAN SEGMENTASI, SASARAN, PELETAKAN PASARAN
Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
4. Kepentingan
1. Meningkatkan kecekapan 1. Memilih segmen pasaran 1. Peletakan pasaran yang
pemasaran dengan yang paling berjaya akan memberikan
memfokuskan aktiviti menguntungkan. kelebihan daya saing yang
pemasaran kepada 2. Membolehkan pemasar terbesar kepada pemasar
kumpulan pengguna menggunakan sumber dalam segmen yang dipilih.
tertentu. yang terhad secara lebih 2. Meningkatkan kelebihan
2. Pemasar membentuk optimum untuk segmen daya saing pengeluaran
campuran pemasaran yang yang dipilih. semasa dan masa depan
berbeza bagi memenuhi 3. Mengelakkan diri daripada dalam pelbagai aspek
keperluan segmen yang segmen pasaran yang tidak pemasaran.
berbeza. berpotensi dan penuh 3. Mempengaruhi persepsi
3. Menghadapi sebarang dengan persaingan. pengguna, jangkaan, nilai
perubahan dalam 4. Menilai potensi permintaan dan faedah yang sanggup
permintaan pasaran dengan produk dan mengenalpasti dibayar oleh mereka demi
lebih berkeyakinan. produk pesaing dalam memperoleh produk
4. Memaksimumkan segmen pasaran. pengeluar.
penggunaan sumber 5. Dapat memasarkan produk 4. Membentuk suatu strategi
pemasaran yang terhad dan dan perkhidmatan dengan pemasaran yang kompetitif
memastikan peruntukan lebih efisien. demi mengatasi pesaing lain
sumber dengan lebih cekap dalam pasaran.
dan berkesan.
UJI MINDA
1. Jelaskan bagaimana ciri sosial, jarak lokasi pasaran sasaran dan kemudahan
pengangkutan boleh mempengaruhi pemilihan lokasi restoran makanan segera. [6]
2. Huraikan tiga asas segmentasi pasaran.[6]
3. Jelaskan maksud strategi pemasaran tidak dibezakan dan strategi pemasaran tertumpu. [6]
4. Senaraikan empat strategi penyasaran pasaran [ marketing targeting]
5. Huraikan tiga strategi peletakan pasaran.[6]
6. Jelaskan dua perbezaan antara segmentasi pasaran, sasaran pasaran dan perletakan
pasaran. [6]
INGAT FAKTA
Asas-asas segmentasi pasaran Proses peletakan pasaran
1. Geografi, 1. Menentukan pasaran sasaran (targeted market),
2. Demografi, 2. Menyesuaikan produk dengan pasaran,
3. Psikografi, 3. Mengkomunikasikan ciri-ciri produk;
4. Gelagat pengguna/manfaat produk;
Strategi peletakan
Strategi menyasarkan pasaran 1. Atribut produk,
(market targeting) 2. Manfaat,
3. Kekerapan penggunaan,
1. Pemasaran tidak dibezakan, 4. Pengguna,
2. Pemasaran dibezakan, 5. Klasifikasi produk;
3. Pemasaran tertumpu,
4. Pemasaran mikro;