The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-09-05 03:51:46

BAB 2 PENGELUARAN 2.4 KAWALAN INVENTORI

BAB 2 PENGELUARAN 2.4 KAWALAN INVENTORI

SEMESTER 1

BAB 2
PENGELUARAN
Nota poket I am for you…

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEM ESTER 1 PERN IA GA A N

BAB 2 : PENGELUARAN

2.1 : SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.2 : PERANCANGAN PENGELUARAN
2.3 : KAWALAN KUALITI
2.4 : KAWALAN INVENTORI
2.5 : ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

2.4 : KAWALAN INVENTORI
Apa yang akan kita pelajari

a) Menjelaskan maksud kawalan inventori, sistem,
dan kepentingannya

b) Menjelaskan jenis-jenis inventori iaitu bahan 2.4.1 Jenis-jenis
mentah, kerja dalam proses, dan produk siap inventori

Maksud Kawalan Inventori

Aktiviti/langkah untuk memastikan segala
inventori/stok bahan mentah dan barangan
siap sentiasa dapat disediakan serta dapat
digunakan dengan sempurna untuk memenuhi
permintaan / keperluan sepanjang suatu
tempoh.

Sistem Kawalan Inventori - Aras inventori sentiasa diawasi dan
pesanan akan dibuat apabila aras
1. Sistem inventori mencapai suatu tahap yang
kawalan dipanggil titik pesanan semula.
inventori
selanjar - Kuantiti pesanan dan titik pesanan
[kuantiti semula adalah tetap.
pesanan tetap]

2. Sistem - Aras inventori disemak pada selang
kawalan masa yang tertentu seperti pada
inventori permulaan setiap hari, setiap minggu
berkala [masa /setiap bulan.
tetap]
- Kuantiti pesanan berubah-ubah
bergantung pada baki / aras inventori
ketika stok diperiksa.

Kepentingan Kawalan Inventori

1. Mematikan inventori berada pada tahap yang optimum sepanjang masa.

2. Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu tempoh tertentu.
Meminimumkan kos penyimpanan inventori.

3.Memastikan proses pengeluaran dapat dijalankan secara berterusan tanpa gangguan
kerana bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi sepanjang masa.

4. Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat dikurangkan.

5. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran sumber serta menjaga keselamatn stok dalam
suatu tempoh tertentu.

6. Mengelakkan penyimpanan inventori berlebihan

7. Memastikan inventori berada pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan.

Jenis-jenis Inventori

• Sumber alam semula jadi, bahan semula

jadi/bahan langsung/tidak langsung yang

digunakan dalam proses pengeluaran.
• Bahan asas untuk menghasilkan produk.
• Contoh : Bijih besi, kayu dan minyak mentah

1. BAHAN

• Barang separuh siap (bukan produk MENTAH

akhir) yang masih dalam proses

pengeluaran.

• Melalui proses tranformasi/tambah nilai. 2. KERJA
• Masih belum menjadi bahan siap. dalamPDRAOLSAEMS
• Disimpan untuk proses seterusnya
pengeluaran.

• Output/hasil yang telah sempurna 3. PRODUK
SIAP
sepenuhnya yang dikeluarkan setelah proses

pengeluaran.
• Sedia untuk dijual/dipasarkan
• Boleh digunakan terus oleh pengguna akhir.

Apa yang akan kita pelajari

(c) Mengenalpasti alat-alat kawalan inventori; 2.4.2 Alat/kaedah
kawalan inventori
(d) Mengaplikasikan kaedah kuantiti pesanan ekonomi
[Economic order quantity (EOQ)], dan titik pesanan
semula [Reorder point (ROP)];

(e) Menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa [Just-
in-Time (JIT)].

Alat/kaedah kawalan Inventori

Alat yang digunakan untuk memastikan inventori berada pada tahap yang sesuai supaya
memastikan inventori dapat dicapai.

Kaedah kuantiti pesanan ekonomi Digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan
[Economic order quantity (EOQ)], dan titik optimum bagi sesebuah organisasi dengan
pesanan semula [Reorder point (ROP)]; meminimumkan kos pegangan[penyimpanan] dan kos
pesanan inventori.

Tepat pada masa [Just-in-Time (JIT)]. Digunakan untuk meminimumkan kos pegangan
dengan hanya memesan inventori yang diperlukan
sahaja.

Analisis ABC

Kaedah kawalan inventori menggunakan
pengelasan tahap penggunaan inventori
mengikut nilai ringgit penggunaan

Alat/kaedah kawalan Inventori

1. KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMI [ECONOMIC ORDER QUANTITY (EOQ)], DAN
TITIK PESANAN SEMULA [REORDER POINT (ROP)]

Tujuan EOQ

1. memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik.

2. Dapat mengawal kos inventori.

3. Dapat menepati masa dan saiz tempahan.

4. Dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pengguna.

KAEDAH KUANTITI PESANAN EKONOMI [ECONOMIC ORDER QUANTITY (EOQ)

Kaedah pengurusan inventori yang bertujuan untuk
meminimumkan kos pemegangan dan pemesanan dengan
mengenalpasti kuantiti pesanan yang terbaik bagi sesebuah

perniagaan.

Model EOQ merupakan suatu teknik pengurusan inventori
yang melibatkan empat jenis kos yang berikut :
1. Kos pembelian
2. Kos pemesanan
3. Kos penyimpanan /pemegangan
4. Kos penghabisan stok

EOQ

Teknik pengurusan inventori yang melibatkan 4 jenis kos

KOS KOS KOS KOS
PENYIMPANAN PEMBELIAN PEMESANAN PENGHABISAN
STOK
(kos (harga (kos
penyimpanan pembelian dan menyediakan (merangkumi kos
inventori, kos kos kertas kerja, yang ditanggung
insurans dan penghantaran) kos membuat apabila pemesanan
cukai) panggilan lewat dibuat atau
susulan dan pesanan sampai
pemeriksaan lewat, kos kebajikan
pesanan) dan kos lain yang
berkaitan.

KOS PEMBELIAN KOS PEMESANAN

Kos yang merangkumi harga Merangkumi kos untuk
pembelian dan kos menyediakan kertas kerja, kos
penghantaran. membuat panggilan susulan dan
pemeriksaan pesanan.
Nilai bahan yang dibayar
kepada pembekal Kos berkaitan dengan jumlah
/penjual dikenali sebagai pesanan yang dibuat oleh
harga belian bahan. perniagaan dalam satu
tempoh.
Kos belian bahan
termasuklah kos Kos yang terlibat antaranya ialah
pengangkutan dan telefon, perkhidmatan pos dan
pemeriksaan. pekerja yang mengendalikan
pesanan dan perakaunan.

KOS PEMESANAN Jumlah Pengurangan inventori
inventori setelah digunakan
Berdasarkan rajah inventori akan Penerimaan pesanan
dipesan pada satu nilai kuantiti yang
konsisten seperti yang ditunjukkan Q/2
oleh Q sehingga tahap inventori
semakin berkurangan dan akhirnya Qr
menjadi kosong/sifar. ROP
Titik pesanan semula
Pesanan baharu akan dibuat
apabila nilai inventori mencecah Qtr
Qr pada masa Qtr dan paras
inventori akan naik secara
menegak

Nilai purata inventori Q bersamaan
separuh daripada saiz Q purata
inventori kitaran = Q/2.

SISTEM PEMESANAN INVENTORI YANG BERTERUSAN

KOS PENYIMPANAN/PEGANGAN

Merangkumi kos penyimpanan inventori, kos insurans dan cukai.

Kos yang berkaitan dengan tempat untuk digunakan menyimpan bahan.

Kos ini termasuklah membina gudang/sewa gudang dan kos penyelenggaraan.

Kos penyelenggaraan termasuklah elektrik, air, pembersihan, keselamatan dan pembaikan.

Kos pekerja seperti kerani dan alat-alatan pengendalian bahan.
Kos insurans sebagai jaminan gantirugi jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa bahan
berada di dalam gudang.

KELUK KOS PEMEGANGAN INVENTORI

Kos pemegangan inventori adalah liner
(menegak yang positif)
Kos pemegangan inventori tahunan = Q/2 X h
h = kos pegangan seunit
Q = saiz lot pesanan

/Kos pemegangan [RM]

[hQ]/2

/Kos pemegangan

KOS PENGHABISAN STOK EOQ

Merangkumi kos yang ditanggung apabila pemesanan lewat dibuat Stok
/pesanan sampai lewat,kos kebajikan dan kos lain yang berkaitan. keselamatan

Kekurangan inventori dan permintaan yang meningkat boleh Keluk kos pegangan inventori
menyebabkan kehabisan stok.
Masa menunggu ialah tempoh masa
Kos yang terlibat ialah kos kehilangan pelanggan. Reputasi diantara pesanan bahan dibuat dan
perniagaan terjejas dan mengurangkan keuntungan.
penerimaan pesanan.
Jumlah stok yang disimpan bertujuan langkah barjaga-jaga
supaya inventori tidak kehabisan langsung.

Risiko ini wujud disebabkan keadaan permintaan tidak dapat
dijangkakan ini permintaan meningkat.

Dalam jangka panjang reputasi syarikat akan terjejas dan
menyebabkan pelanggan beralih ke tempat lain.

Apabila stok kosong sedangkan permintaan meningkat menyebabkan
perniagaan akan menghadapi kos kehabisan stok.

ANDAIAN KOS PENGHABISAN STOK

Permintaan adalah konsisten
Kekurangan tidak wujud dalam pasaran
Masa menunggu untuk menerima pesanan [lead time] adalah malar.
Penerimaan pesanan adalah untuk suatu jangka masa tertentu
Hanya terdapat dua jenis kos iaitu kos pemesanan dan pemegangan

Harga bahan adalah tetap dan tiada diskaun kuantiti.

Hubungan antara perubahan saiz lot dengan kos
pemesanan inventori

• Apabila saiz lot bertambah, kekerapan membuat pesanan akan menurun.
• Kesan: kos pemesanan juga menurun
• Kos pemesanan inventori = D/Q X S
• Q= saiz lot pesanan
• D= permintaan tahunan
• S = kos pesanan tahunan

EOQ Kos pemegangan

Kos pemesanan

Hubungan antara jumlah kos inventori tahunan, kos pemegang
inventori dengan kos pemesanan inventori

• Jumlah kos inventori tahunan boleh diperolehi dengan menambahkan kos pemegangan
inventori tahunan dan kos pemesanan inventori tahunan

• TC = (hQ)/2 = (DS)/Q

Jumlah kos minimun TC = (hQ)/2 = (DS)/Q
(hQ)/2

(QXh) = (DQ)XS
(DS)/Q

FORMULA MENCARI NILAI EOQ

KOS PEMEGANGAN = KOS PEMESANAN
= D/Q X S
Q/2 X h DS/Q
= 2DS
hQ/2 =
hQ² = 2DS/h
Q² √2DS/h
=
Q

Dimana,
EOQ = Kuantiti Pesanan Ekonomi
D = Jumlah permintaan tahunan
h = Kos simpanan seunit setahun
S = Kos sekali pesan

Nilai Q merujuk nilai EOQ

KESIMPULAN
Berdasarkan formula EOQ

KOS PEMESANAN EOQ
KOS PERMINTAAN EOQ

KOS EOQ
PEMEGANGAN

CONTOH PENGIRAAN EOQ

Permintaan tahunan [D] = 2000 buah basikal

Kos pesanan [S] = RM20.00

Kos pemegangan [h] = RM1.00

Kadar pengeluaran harian = 16 buah basikal setiap hari

Kadar permintaan harian = 12 buah basikal setiap hari

Dimana,
EOQ = Kuantiti Pesanan Ekonomi
D = Jumlah Permintaan tahunan
h = Kos simpanan seunit setahun
S = Kos sekali pesan

Kuantiti pesanan ekonomi adalah seperti berikut :

EOQ = √2DS/h
= √ 2 x 2000 x RM20

RM1
= √ 80000

= 282.84

= 283 unit basikal / kuantiti pesanan ekonomi ialah 283 buah basikal.

TITIK PESANAN SEMULA [REORDER POINT (ROP)]

Keputusan untuk menentukan masa yang sesuai bagi memesan semula
inventori pada suatu kuantiti tertentu supaya inventori berada pada tahap

mencukupi dan dalam masa yang sama dapat meminimumkan kos
inventori.

ROP = [Permintaan harian x bilangan hari masa menunggu bagi satu pesanan baru.]

Jika pesanan semula mengambil masa yang lama , maka jumlah
unit inventori yang perlu ada semasa pesanan semula adalah
tinggi dan jika tempoh masa yang diambil singkat , maka kuantiti
inventori yang diperlukan semasa waktu menunggu adalah
sedikit.

CONTOH PENGIRAAN ROP

Syarikat Awesome mempunyai permintaan inventori sebanyak 8,000 unit setahun. Syarikat ini mengamalkan
200 hari bekerja setahun. Secara purata, penghantaran pesanan mengambil masa tiga hari bekerja. Hitung
titik pesanan semula bagi syarikat tersebut.

Jawapan

Permintaan harian = 8,000/200 = 40 unit
Bilangan hari masa menunggu bagi satu pesanan baru = 3 hari

ROP = 40 unit x 3 hari = 120unit

Apabila tingkat inventori bersamaan/bawah 120 unit , pesanan baharu perlu dibuat dan pesanan akan sampai
3 hari kemudian.

2. TEPAT PADA MASA [JUST-IN-TIME (JIT)].

Kaedah pengurusan inventori yang bertujuan
untuk meminimumkan penyimpanan inventori
dalam organisasi berdasarkan kuantiti yang
tepat untuk keperluan semasa di dalam
organisasi.

Digunakan untuk meminimumkan kos
pegangan dengan hanya memesan inventori
yang diperlukan sahaja.

OBJEKTIF PELAKSANAAN JIT

1. Mengurangkan kos penyimpanan inventori.

2. Meminimumkan kos inventori agar dapat mengelakkan pembaziran inventori bahan
mentah dan barang separuh siap.

3. Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori untuk setiap kali proses
pengeluaran.
4. Menambah baik sistem pengeluaran secara berterusan.

5. Menjadikan sistem pengeluaran lebih fleksibel / anjal.

6. Menjimat masa pengurusan inventori dan kecekapan penyediaan inventori.
7. Memastikan sistem pengeluaran tidak tergendala / berjalan lancar melalui
penambahbaikan berterusan.

CIRI-CIRI PENTING SISTEM JIT 1.Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten dan menyeluruh untuk melicinkan
pengeluaran.
2. Penekanan kepada saiz lot yang sekecil mungkin untuk mengurangkan kitaran
inventori, menjimatkan masa dan ruang di stor.
3. Masa penyediaan yang pendek. Kerja pemasangan boleh dilakukan dengan cepat.

4. Mengutamakan hubungan baik dengan pembekal yang dikenali dan dipercayai.

5. Pengamalan sistem tarik terhadap aliran bahan-bahan/mengamalkan sistem
penarikan bahan.
6. Keseragaman stesen kerja. Komponen kerja yang sama.

7. Keanjalan tenaga /tenaga kerja yang fleksibel/ masa bekerja yang anjal dan fleksibel.

8. Digunakan bagi susun atur proses pengeluaran mengikut produk.

9. Penyenggaraan pencegahan.

10. Penjagaan mesin dan peralatan mestilah baik

KEBAIKAN PENGGUNAAN 1.Mengurangkan kos penyimpanan inventori.
SISTEM JIT
2. Mengelakkan pembaziran masa , tenaga dan kos.

3. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.

4. Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada masanya.

5. Menanamkan sikap sentiasa berjaga-jaga dalam kalangan pengeluar
semasa menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga.

ANALISIS ABC

Merujuk kepada satu kaedah kawalan
inventori menggunakan pengelasan
tahap penggunaan inventori mengikut

nilai ringgit penggunaan.
Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan
suatu inventori , semakin tinggi tahap

kepentingannya.

UJI MINDA

1. Huraikan tiga jenis inventori. [6m]
2. Nyatakan empat objek kaedah inventori tepat pada masa [JIT]. [4m]
3. Berikan empat ciri yang terdapat dalam pengurusan inventori Sistem Tepat Pada Waktu

[Just In Time] [4m]

FORMULA MODEL EOQ INGAT FAKTA

1. Kos pegangan setahun ALAT/KAEDAH KAWALAN INVENTORI
= Purata inventori kitaran X Kos pegangan seunit
Kos pemegangan tahunan = Q/2 X h KAEDAH I L♥ U
I = INGATAN
2. Kos pesanan setahun L = LATIHAN
= Bil pesanan setahun X kos pesanan U = UJIAN

3. Jumlah kos inventori
= kos pegangan setahun + kos pesanan tahunan

Kos Inventori = DS + Qh
Q2

4. Titik pesanan semula[ROP]
= [permintaan harian[d] X lead time [dalam hari]

Do everything with a good heart and expect
nothing in return and you will never be
disappointed


Click to View FlipBook Version