SEMESTER 1
BAB 5
SUMBER
MANUSIA
BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN
KANDUNGAN
5.1 Pengurusan Sumber Manusia
Calon seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan pengurusan
sumber manusia dan
menjelaskan kepentingannya.
(b) Menjelaskan fungsi pengurus
sumber manusia.
(c) Membincangkan cabaran
pengurusan sumber manusia.
Apakah TAKRIF pengurusan
sumber manusia????
Penerapan objektif, falsafah, polisi,
program, amalan dan prosedur
yang di lakukan oleh organisasi
dalam menguruskan sumber
manusia serta keputusan yang
mempengaruhi pekerja dalam
organisasi.
Fokus untuk mengurus pekerja
secara berkesan untuk mencapai
objektif strategik perniagaan dan
pada masa yang sama dapat
memenuhi keperluan individu
pekerja
Aktiviti pengurusan sumber manusia
adalah menjaga keselamatan
pekerja, merancang keperluan
pekerja, merekrut dan memilih
pekerja, mengadakan program-
program untuk mengekalkan
pekerja sedia ada.
Apakah KEPENTINGAN
pengurusan sumber
manusia????
Kepentingan pengurusan sumber manusia
1. Memastikan organisasi mempunyai
keperluan sumber manusia yang mencukupi.
✓ Organisasi perlu memastikan mereka mempunyai
bilangan pekerja yang mencukupi dan bidang
kepakaran yang diperlukan.
✓ Perancangan bilangan pekerja dibuat berdasarkan
keperluan perniagaan atau seiring dengan
perkembangan organisasi.
✓ Jabatan sumber manusia akan membuat perancangan
sumber manusia bersama jabatan-jabatan lain.
Kepentingan pengurusan sumber manusia
2. Mengambil tenaga kerja yang sesuai.
✓ Pengambilan bidang kepakaran atau kemahiran
pekerja juga perlu diselaraskan dengan kepakaran
yang diperlukan oleh organisasi.
✓ Organisasi akan mengalami kerugian sekiranya
pengalaman atau pengetahuan pekerja tidak selari
dengan kepakaran yang diperlukan oleh organisasi.
Kepentingan pengurusan sumber manusia
3. Membangunkan sumber manusia.
✓ Untuk memastikan organisasi kekal berdaya saing,
kemahiran pekerja perlu ditingkatkan seiring dengan
perkembangan teknologi dan perubahan yang
berlaku di dalam dan luar organisasi.
✓ Penyediaan program latihan dan pembangunan
dapat memenuhi keperluan pekerja sesuai dengan
perubahan yang berkaitan bidang pekerjaan
berkaitan.
Kepentingan pengurusan sumber manusia
4. Mengekalkan tenaga kerja.
✓ Organisasi akan berdepan dengan masalah sekiranya pekerja
berhenti dan menyertai organisasi lain.
✓ Pekerja baru perlu dilatih dan akan mengambil masa untuk
menyesuaikan diri dengan budaya organisasi.
✓ Jika kadar lantik henti tinggi, produktiviti organisasi akan terjejas.
✓ Sistem pembayaran upah yang sistematik dan menarik akan
mendorong pekerja untuk kekal dalam organisasi yang sama dan
memberikan sumbangan yang maksimum kepada peningkatan
produktiviti organisasi. Ganjaran yang diberikan mestilah sesuai dan
adil.
Apakah FUNGSI pengurusan
sumber manusia????
2. Perancang 3. Penyelaras
program penstafan 4. Fasilitator
1. Pengantara 5. Auditor
1. Pengantara
✓ Bertindak sebagai orang tengah
antara pekerja dengan
industri/organisasi dalam isu-isu
seperti disiplin pekerja dan
berbincang dengan kesatuan
sekerja yang mewakili pekerja
organisasi
✓ Menyampaikan pendapat
daripada pekerja untuk
disuarakan kepada pihak
pengurusan atasan.
2. Perancang program penstafan
✓ Merancang hal-hal yang berkaitan
dengan penstafan seperti perancangan
sumber manusia, pengambilan dan
pemilihan pekerja baru
✓ Program penstafan yang bersesuaian
akan dirancang untuk meraikan
pekerja yang telah menyumbang
kepada pencapaian matlamat
organisasi dan menghargai pekerja
seperti hari anugerah pekerja
cemerlang,jamuan akhir tahun,
pelancongan dan sebagainya.
3. Penyelaras
✓ Menyelaraskan hal-hal yang
berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerja dengan
memastikan pekerja mendapat
perlindungan yang bersesuaian
dengan jenis kerja yang
dilakukan.
✓ Perlindungan keselamatan
seperti insurans dan kesihatan
seperti klinik panel akan
diselaraskan oleh pengurus
sumber manusia.
4. Fasilitator
✓ Menyediakan latihan dan
pembangunan kepada pekerja
untuk meningkatkan produktiviti
dengan memilih pekerja yang
bersesuaian dan sebagai
fasilitator semasa program di
laksanakan.
5. Penilai Prestasi/Auditor
✓ Dilakukan oleh pengurus sumber
manusia sama ada untuk
memberikan ganjaran, gaji,
pampas an atau latihan dan
pembangunan.
✓ Bertindak sebagai juruaudit untuk
memantau prestasi dan
penawaran pampasan seperti
ganjaran dan faedah kepada
pekerja bersesuaian dengan
hasil kerja dengan berdasarkan
mutu kerja .
Apakah CABARAN
pengurusan sumber
manusia????
Peningkatan Kepelbagaian Globalisasi
bilangan pekerja tenaga kerja
wanita
Perkembangan Perubahan
teknologi semasa
1. Peningkatan bilangan pekerja wanita
✓ Peka terhadap keperluan pekerja wanita
seperti menyediakan pusat jagaan
kanak-kanak.
✓ Memberi perhatian terhadap gangguan
seksual serta perkara-perkara lain
seperti cuti bersalin, berhenti kerana
mengikut suami dan cuti anak sakit.
✓ Diskriminasi antara pekerja lelaki dan
perempuan perlu dielakkan, wanita perlu
diberi peluang yang sama dengan lelaki
jika berkelayakan.
2. Kepelbagaian tenaga kerja
✓ Pelbagai lapisan masyarakat menyertai
pasaran buruh.
✓ Perbezaan jantina, bangsa, umur,
kemahiran dan latar belakang pendidikan
dalam kalangan pekerja mewujudkan
pelbagai jenis masalah di tempat kerja
termasuk pekerja cacat dan minoriti.
✓ Semua pekerja berhak menerima
kemudahan dan faedah yang sama
✓ Organisasi perlu peka kepada setiap
perbezaan pekerjanya dari aspek budaya,
kepercayaan dan sentiviti kaum.
3. Globalisasi
✓ Firma meneroka pasaran global untuk
terus kekal dan berdaya saing
✓ Menghadapi isu-isu seperti perbezaan
budaya, perundangan dan amalan
perniagaan.
✓ Pekerja bebas untuk berpindah dari satu
organisasi ke organisasi lain yang
menawarkan gaji, kemudahan dan
faedah yang lebih baik.
✓ Sistem ganjaran yang berpatutan dan
selaras dengan organisasi lain perlu
diberikan untuk mengelakkan pekerja
berpindah.
4. Kemasukan Buruh asing
✓ Kebanjiran buruh asing di negara ini
memerlukan pihak organisasi peka
terhadap keperluan buruh dari
Indonesia,Nepal,Bangladesh dan lain-
lain mempunyai kepelbagaian budaya,
bahasa dan latar belakang yang
berbeza.
✓ Organisasi perlu merancang latihan dan
pembangunan ke atas mereka untuk
memastikan mereka boleh menyumbang
kepada pencapaian syarikat.
5. Perkembangan teknologi
✓ Pihak pengurusan terpaksa
menanggung kos yang tinggi daam
usaha mengaplikasikan teknologi
tersebut dalam operasi harian
organisasi.
✓ Pekerja perlu diberikan latihan cara
untuk menggunakan teknologi supaya
mereka dapat menjalankan tugas
dengan cekap.
✓ Bilangan tenaga kerja juga mengecil
kerana tugas mereka akan digantikan
oleh mesin dan teknologi yang hanya
memerlukan penyeliaan sahaja.
6. Sistem perundangan
✓ Memaksa pihak pengurusan sumber
manusia untuk mematuhi segala
peruntukan yang digariskan di bawah
undang-undang buruh berkenaan.
✓ Dikuatkuasakan untuk memastikan hak
pekerja di pelihara seperti Akta Pekerjaan,
Akata Kesatuan Sekerja, Akta KWSP
1952 dan Akta Keselamatan Sosial.
✓ Pihak pengurusan perlu melengkapkan
diri dengan pengetahuan undang-undang
buruh yang mungkin dipinda dari semasa
ke semasa apabila keadaan memerlukan.
7. Perubahan semasa/penstrukturan
semula organisasi
✓ Perubahan struktur organisasi kepada
satu struktur baru seperti struktur yang
lebih mendatar, penjabatan
semula/pewujudan anak syarikat baru.
✓ Pengurus mesti dapat menyesuaikan
budaya kerja mengikut struktur
organisasi.
✓ Pengurus menyediakan latihan supaya
pekerja dapat menyesuaikan diri di
jabatan baru/anak syarikat baru
bersesuaian dengan perubahan
organisasi.
8. Perubahan ekonomi
✓ Mempengaruhi permintaan tenaga buruh
di pasaran buruh.
✓ Kemelesetan ekonomi mengakibatkan
pembuangan pekerja/pemberhentian
pekerja.
✓ Pengurus memperkenalkan skim
pemisahan sukarela [VSS]
✓ Pertumbuhan ekonomi akan wujudnya
permintaan untuk meningkatkan
bilangan tenaga buruh dalam organisasi.
9. Keperluan pekerjaan
✓ Masalah kekurangan tenaga mahir
berlaku kerana tidak sepadan antara
kemahiran pekerja dengan keperluan
pekerjaan.
✓ Masalah ini timbul kerana kebanyakkan
pelajar yang tamat pengajian tidak
mempunyai kemahiran yang diperlukan
oleh industri.
✓ Organisasgi perlu bersedia untuk
membuat pelaburan yang tinggi untuk
melatih pekerja.
Apakah PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
STRATEGIK????
Mengurus pekerja secara proaktif
Bertujuan mengoptimumkan prestasi kerja supaya misi dan
visi organisasi tercapai
Segala aktiviti pengurusan pekerja seperti pengambilan
pekerja, program latihan dan pembayaran gaji perlulah selari
dengan objektif organisasi.
Perancangan strategik termasuklah menarik, membangun
dan mengekalkan sumber manusia yang berkesan
Bilakah PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA STRATEGIK perlu
digunakan????
1. Menarik sumber manusia
Dilakukan berdasarkan keperluan kuantiti dan kualiti.
Membentuk perancangan pengrekrutan, pengambilan dan
memilih pekerja yang sesuai.
Menggunakan kaedah yang berkesan untuk menarik sumber
dalaman dan sumber luaran organisasi.
Keperluan kuantiti merujuk kepada jumlah pekerja yang
mencukupi berdasarkan keperluan organisasi
Keperluan kualiti meliputi kepakaran dan kemahiran yang dimiliki
oleh pekerja seperti pengalaman dan pendidikan
2. Membangun sumber manusia
Perubahan persekitaran menyebabkan setiap pekerja perlu
menyerap, mendapatkan dan mengasah kemahiran dan
pengetahuan baharu.
Penyediaan program latihan dan pembangunan dapat
memenuhi keperluan pekerja sesuai dengan tuntutan semasa
dalam bidang pekerjaan berkaitan.
Membuat penilaian dan latihan bagi meningkatkan produktiviti.
3. Mengekalkan sumber manusia.
Pekerja yang menyumbang tenaga diberi ganjaran dalam bentuk
gaji, komisen dan elaun sebagai dorongan ke atas sumbangan
dalam organisasi.
Ganjaran berdasarkan prestasi , kekananan dan sumbanganya
kepada organisasi .
Ganjaran perlu sesuai dan adil.
Sistem pembayaran upah yang sistematik dan cekap.
Faedah lain seperti kemudahan kesihatan, perumahan, peluang
kenaikan pangkat, cuti rehat adalah pendorong untuk
mengekalkan pekerja.
SOALAN 1
Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia
kepada organisasi perniagaan [4]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – BERIKAN
Memberikan isi/fakta sahaja jika melibatkan fakta khusus dan membuat
ayat lengkap/huraian ringkas bagi bukan fakta khusus.
PERUNTUKAN MARKAH
1 kepentingan = 1m
4 kepentingan = 4m
SOALAN 1
Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia
kepada organisasi perniagaan [4]
CADANGAN JAWAPAN
empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi
perniagaan ialah :
1. Memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga kerja yang
mencukupi. [1m]
2. Memastikan pekerja yang berkebolehan dan berkelayakan wujud
dalam organisasi apabila diperlukan.[1m]
3. Memastikan sumber dan kaedah pemilihan yang sesuai digunakan
supaya calon yang sesuai serta berkelayakan dipilih menyertai
organisasi.[1m]
4. Memastikan organisasi mencapai tahap tenaga kerja yang
optimum. [1m]
[4 markah]
SOALAN 2
Huraikan tiga fungsi pengurusan sumber manusia [6]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – HURAIKAN
Memberikan fakta + Memberikan huraian kepada setiap fakta
PERUNTUKAN MARKAH
1 Fakta = 1m, 1 Huraian = 1m
3 Fakta = 3m, 3 Huraian = 3m
SOALAN 2
Huraikan tiga fungsi pengurusan sumber manusia [6]
CADANGAN JAWAPAN
tiga fungsi pengurusan sumber manusia ialah
1. Perancang [1m]
H= Merancang dan mengurus program penstafan bagi jangka masa
pendek dan panjang [1m]
2. Fasilitator [1m]
H= Memastikan kehendak organisasi sesuai dengan keperluan latihan
pekerja.dengan menyediakan program latihan untuk meningkatkan
pengetahuan pekerja.[1m]
3. Penyelaras [1m]
H= Menyelaras dasar dan peraturan yang diterima pakai oleh organisasi
sama ada masih releven dengan perubahan dan desakan semasa.[1m]
[6 markah]
SOALAN 3
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – TERANGKAN
Memberikan fakta + huraian + contoh kepada setiap fakta
PERUNTUKAN MARKAH
1 Fakta = 1m, 1 Huraian = 1m, 1 Contoh = 1m
5 Fakta = 5m, 5 Huraian = 3m, 5 Contoh = 5m
SOALAN 32
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
CADANGAN JAWAPAN
cabaran pengurusan sumber manusia ialah
1. Teknologi [1m]
H= Persaingan pasaran menyebabkan syarikat menggunakan teknologi
tinggi untuk kekal berdaya saing. [1m]
C= Syarikat perlu memastikan pekerja didedahkan kepada perkembangan
teknologi terkini seperti pengetahuan teknologi maklumat [ICT] untuk
meningkatkan kecekapan pekerja.[1m]
SOALAN 23
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
CADANGAN JAWAPAN
cabaran pengurusan sumber manusia ialah
2. Globalisasi [1m]
H= Syarikat perlu meningkatkan daya saiang dengan mengurangkan kos
dan meningkatkan kualiti agar dapat bersaiang dengan syarikat
antarabangsa yang lain.[1m]
C= pengurus perlu memastikan pekerja diberi latihan untuk berurusan
dengan rakan niaga dari luar negara.[1m]
SOALAN 32
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
CADANGAN JAWAPAN
cabaran pengurusan sumber manusia ialah
3. Kemasukan buruh asing [1m]
H= buruh asing mempunyai budaya dan latar belakang yang berlainan
dengan pekerja tempatan dan mereka perlu dilatih untuk membiasakan
diri dengan budaya tempatan. [1m]
C= Pihak syarikat boleh mengadakan program latihan kesedaran budaya,
kursus Bahasa dan cara hidup masyarakat tempatan kepada pekerja
asing.[1m]
SOALAN 32
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
CADANGAN JAWAPAN
cabaran pengurusan sumber manusia ialah
4. Peningkatan bilangan pekerja wanita [1m]
H=.peningkatan dalam Pendidikan dan tawaran kerja meningkatkan
jumlah pekerja wanita di dalam sektor pekerjaan maka organisasi perlu
prihatin ke atas keperluan pekerja wanita.[1m]
C= Syarikat yang berkemampuan boleh menyediakan pusat penjagaan
kanak-kanak bagi memudahkan semua pekerja menghantar anak mereka
ke pusat jagaan tersebut.[1m]
SOALAN 32
Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia [15]
CADANGAN JAWAPAN
cabaran pengurusan sumber manusia ialah
5. Sistem perundangan [1m]
H= syarikat perlu memberikan perhatian terhadap sebarang perubahan
dalam akta undang-undang yang berkaitan dengan sumber manusia agar
tidak menghadapi masalah/tindakan undang-undang.[1m]
C= syarikat perlu mematuhi keperluan undang-undang baru seperti
membayar pekerja kadar gaji minimum dan memberikan cuti ketika cuti
umum kepada pekerja seperti cuti hari perayaan.[1m]
INGAT FAKTA Kepentingan pengurusan sumber manusia.
Takrif pengurusan sumber manusia 1. Memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga
Satu proses menganalisis dan mengurus keperluan kerja yang mencukupi.
sumber manusia oleh sesebuah organisasi bagi
mencapai matlamat strategiknya. 2. Memastikan pekerja yang berkebolehan dan
berkelayakan wujud dalam organisasi.
3. Memastikan sumber dan kaedah pemilihan yang
sesuai digunakan.
4. Memastikan organisasi mencapai tahap tenaga kerja
yang optimum.
5. Membangunkan sistem ganjaran dan pampasan
yang adil
6. Memastikan sumber tenaga kerja sentiasa berkualiti
7. Merancang dan mengurus program latihan dan
pembangunan
8. Membangunkan program penilaian prestasi
INGAT FAKTA Cabaran pengurusan sumber manusia:
Fungsi pengurus sumber manusia 1. Teknologi
1. Perancang 2. Perubahan ekonomi
2. Fasilitator 3. Globalisasi
3. Penyelaras 4. Peningkatan bilangan pekerja wanita dalam sektor
4. Bertindak sebagai orang tengah
5. Auditor pekerjaan
6. Membantu prestasi dan penawaran pempasan. 5. Sistem perundangan [undang-undang dan peraturan]
6. Kemasukan buruh asing
7. Kepelbagaian tenaga kerja
8. Penstrukturan semula organisasi
9. Keperluan pekerjaan
Pengurusan sumber manusia strategik
1. Menarik sumber manusia
2. Membangunkan sumber manusia
3. Mengekalkan sumber manusia