SEMESTER 1
BAB 2
PENGELUARAN
Nota poket I am for you…
BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEM ESTER 1 PERN IA GA A N
BAB 2 : PENGELUARAN
2.1 : SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.2 : PERANCANGAN PENGELUARAN
2.3 : KAWALAN KUALITI
2.4 : KAWALAN INVENTORI
2.5 : ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN
2.3 : KAWALAN KUALITI
Apa yang akan kita pelajari
Menjelaskan maksud kawalan kualiti,
kepentingannya, dan proses (rancang, buat, semak,
dan tindakan - PDCA);
2.3.1 Konsep dan
proses kawalan
kualiti
MAKSUD KAWALAN KUALITI
Proses pemeriksaan terhadap penghasilan
produk/perkhidmatan bagi memastikan
produk/perkhidmatan tersebut menepati
/mematuhi standard kualiti yang telah
ditetapkan.
KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI
1. Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan
produk semasa proses pengeluaran.
2. memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan
dengan kualiti produk yang dikeluarkan.
3. Produk yang berkualiti dapat meningkatkan imej
syarikat dan keuntungan.
4. Syarikat perlu memastikan produk yang dikeluarkan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan, lulus ujian
kawalan kualiti, selamat dan tidak menjejaskan
kesihatan pengguna.
5. Membolehkan produk bersaing di pasaran
antarabangsa dengan menawarkan produk yang
mempunyai reka bentuk dan prestasi yang tinggi
serta kualiti yang konsisten.
PROSES KAWALAN KUALITI
Kitaran PDCA [Plan, Do, Check, Action] adalah
salah satu alat yang digunakan untuk
menganalisis kualiti melibatkan senarai empat
tahap bermula daripada masalah yang dihadapi
hingga penyelesaian masalah.
PROSES KAWALAN KUALITI
1. RANCANG [ PLAN]
Aktiviti mengkaji proses pengeluaran ,
mengenal pasti masalah, menentukan
matlamat dan membangunkan
perancangan untuk penambabaikan
kepada kualiti prosedur.
4. TINDAKAN [ACTION] 2. BUAT [DO]
Mengambil tindakan susulan Melaksanakan proses kawalan
kualiti mengikut kaedah yang
bagi memastikan kaedah
baharu dilaksanakan dengan dirancang dan mengukur
berkesan dan memberi hasil pencapaian
yang memuaskan. 3. SEMAK [CHECK]
Membuat pemantauan ke atas
setiap proses kawalan yang
dilaksanakan
Apa yang akan kita pelajari
Menghuraikan kaedah pemeriksaan termasuklah
pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan;
2.3.2 Kaedah
pemeriksaan
KAEDAH PEMERIKSAAN
Pemeriksaan
dijalankan terhadap
produk untuk
mengenal pasti
sebarang masalah /
kecatatan yang timbul
semasa proses
pengeluaran agar
produk akhir yang
dihasilkan adalah
sempurna.
KAEDAH PEMERIKSAAN
PEMERIKSAAN PELAN PENSAMPELAN
MENYELURUH
✓ Kaedah ini merujuk kepada
✓ Merupakan satu kaedah pengawalan kualiti pemeriksaan ke atas beberapa sampel
terhadap semua produk yang dikeluarkan kecil yang diambil secara rawak dalam
melalui proses pemeriksaan. satu kumpulan /lot produk.
✓ Tujuan untuk mengesan produk yang rosak ✓ Pemeriksaan satu sampel kecil produk
/ cacat dengan segera. yang dikeluarkan.
✓ Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan ✓ Sampel produk akan dipilih secara
setiap sampel produk untuk dikaji dan rawak adalah 5% daripada kumpulan
diperiksa satu demi satu.. produk
✓ Kaedah ini hanya sesuai untuk pengeluaran ✓ Sampel produk itu akan mewakili
produk secara tempahan kerana kumpulan produk yang telah diperiksa.
kuantitinya kecil.
✓ Pemeriksaan setiap sampel produk
melibatkan masa yang lama dan kos
pemeriksaan yang tinggi.
PEMERIKSAAN MENYELURUH
KELEBIHAN KELEMAHAN
✓Setiap produk akan diperiksa ✓Kos pemeriksaan yang
untuk memastikan hanya yang sangat tinggi
sempurna dihantar kepada
pelanggan. ✓Memerlukan masa yang
lama untuk melakukan
✓Dapat mengurangkan kadar pemeriksaan.
produk yang dipulangkan dan
ini menaikkan reputasi ✓Melibatkan pekerja yang
organisasi. ramai untuk membuat
pemeriksaan.
PELAN PENSEMPELAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
✓ Menjimatkan masa dalam ✓ Wujud risiko produk yang tidak
pemeriksaan. diperiksa mengalami kecacatan.
✓ Menjimatkan kos pemeriksaan yang ✓ Reputasi organisasi terjejas jika
dilakukan oleh pekerja. produk yang dibeli pengguna
mengalami kecacatan.
✓ Dapat mengurangkan kos
pemeriksaan. ✓ Wujud kebarangkalian pengguna
memperoleh produk yang cacat.
✓ Sesuai untuk pengeluaran produk
yang berskala besar. ✓ Sukar memilih sampel yang tepat
dalam melakukan pemeriksaan
✓ Mengurangkan kadar kerosakan ke atas produk.
pada produk kerana kurang
disentuh. ✓ Kemungkinan kadar produk yang
dipulangkan kerana kecacatan
✓ Sesuai membuat pemeriksaan ke adalah tinggi.
atas pengeluaran produk yang
berbahaya.
Apa yang akan kita pelajari
Menghuraikan alat kawalan kualiti iaitu kawalan
proses secara statistik (statistical process control),
analisis nilai tambah, carta kawalan, kajian
kualiti/kos, pasukan penambahbaikan kualiti, dan
penanda aras (benchmarking);
2.3.3 Alat
kawalan kualiti
1. KAWALAN PROSES ALAT KAWALAN KUALITI
SECARA STATISTIK
6. PENANDA ARAS
(STATISTICAL PROCESS
CONTROL) (BENCHMARKING)
2. ANALISIS NILAI TAMBAH
3. CARTA KAWALAN
4. KAJIAN KUALITI/KOS
5. PASUKAN
PENAMBAHBAIKAN KUALITI
1. KAWALAN PROSES SECARA STATISTIK
(STATISTICAL PROCESS CONTROL),
❑ Sampel produk diambil secara berkala semasa proses kerja
pengeluaran dan diperiksa sama ada sampel tersebuat berada
dalam had kawalan statistik /sebaliknya.
❑ Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah
bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu produk yang
telah dikeluarkan.
❑ Sekiranya ukuran purata sampel produk berada di dalam had
kawalan, pengeluaran produk akan diteruskan
❑ Jika diluar had kawalan tindakan pembetulan perlu
dilaksanakan secara segera terhadap bahagian yang didapati
tidak menepati standard kualiti yang telah ditetapkan.
2. ANALISIS NILAI TAMBAH
❑ Satu proses mengeluarkan ciri dalam suatu produk bagi
menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang dipersetujui
oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti produk tersebut.
❑ Dalam analisis juga suatu produk akan diberi ciri tambahan
untuk kepuasan pelanggan tanpa melibatkan penambahan kos
pengeluaran yang tinggi.
❑ contohnya pengeluaran kerepek yang mempunyai pelbagai
jenis perasa dan kasut sukan yang pelbagai warna terkini
adalah hasil daripada proses analisis nilai tambah yang
dilakukan oleh pengeluar.
3. CARTA KAWALAN
❑ Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang
sedang dijalankan , memantau sejauh mana produk memenuhi
spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan
dalam bentuk carta.
❑ Ini adalah kaedah bentuk grafik yang menunjukkan had
kawalan atas dan had kawalan bawah.
❑ Penghasilan grafik akan digunakan untuk menentukan tahap
kualiti produk yang telah diperiksa.
4. KAJIAN KUALITI/KOS
❑Kaedah untuk meningkatkan kualiti produk
dengan membuat penilaian tentang kualiti yang
berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma
dan cuba mengenalpasti bahagian yang berupaya
mengurangkan kos dengan baik.
❑Kos kualiti adalah kos yang berkaitan dengan
pencegahan, mengesan dan memperbaiki kerja
yang defektif [kecacatan]
❑Terdapat 4 kategori kos iaitu kos pencegahan,
kos penilaian, kos kegagalan luaran dan kos
kegagalan dalaman.
1. KOS PENCEGAHAN
o Kos yang dibayar untuk mencegah
berlakunya ketidakpatuhan kepada
keperluan penggunan.
o Objektif pencegahan adalah cuba
menghalang produk berkualiti rendah
sampai ke dalam tangan pelanggan.
o Contohnya kos latihan, kos aktiviti
peningkatan kualiti dan produktiviti.
2. KOS PENILAIAN
o Kos yang terlibat dalam proses
menentukan sesuatu bahan, produk,
proses dan bahagian bagi memastikan
kepatuhan kepada keperluan pelanggan.
o Contohnya kos kutipan data, kos menilai
produk dan perkhidmatan dan kos
perkakasan.
3. KOS KEGAGALAN LUARAN
o Kos yang berlaku apabila pelanggan
menerima sesuatu produk yang berkualiti
rendah dan selalunya berkaitan dengan
perkhidmatan pelanggan selepas jualan.
o Contohnya Kos tuntutan jaminan, kos
gantian produk dan kos rungutan
pelanggan.
4. KOS KEGAGALAN DALAMAN
o Kos yang berlaku apabila produk yang
berkualiti rendah ditemui sebelum
produk tersebut dihantar kepada
pelanggan.
o Kos ini termasuk kos kerja semula
2. Kos 3. Kos
Penilaian kegagalan
luaran
1. Kos 4. Kos
Pencegahan kegagalan
dalaman
Kategori
kos
5. PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI
o Melibatkan sekumpulan pekerja dari
jabatan/proses kerja yang berlainan bertemu
secara kerap untuk mengenalpasti masalah,
menganalisis, menyelesaikan masalah dan
mengimplementasikan perubahan yang
berkaitan dengan masalah kualiti produk.
o Tujuannya untuk memperbaiki proses kerja dan
produk
o Pasukan akan mengorganisasikan kerja mereka,
memilih ketua dan mengatasi masalah di tempat
kerja.
6. PENANDA ARAS [BENCHMARKING]
o Satu kaedah sesebuah organisasi mendapatkan cara
terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti produk dan
aktiviti untuk peningkatan prestasi organisasi.
o Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah
pengurusan kawalan terbaik akan dijadikan contoh
rujukan untuk menanda aras prestasi organisasi
tersebut.
o Dimensi yang biasanya diukur ialah kualiti, masa dan
kos.
o Menggalakkan produk berkualiti dengan cara
menganalisis dan kemudian meniru kaedah lain yang
diamalkan oleh firma terbaik dalam industri.
o Merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan
untuk mengenalpasti, mempelajari , mengubahsuai dan
melaksanakan amalan terbaik daripada organisasi yang
sama/organisasi yang lain untuk tujuan berikut :
o 1. Memperbaiki proses /operasi perniagaan dan
meningkatkan produktiviti /kualiti organisasi.
o 2. Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi
perniagaan seperti yang diamalkan oleh organisasi yang
lain dan mungkin lebih baik daripada mereka jika boleh.
o 3. memperbaiki pencapaian perniagaan organisasi
seperti meningkatkan kedudukan kewangan
organisasi/menambah syer pasaran organisasi.
o 4. Menambah kepuasan pengguna ke atas penggunaan
keluaran / perkhidmatan organisasi.
Apa yang akan kita pelajari
Membincangkan pendekatan kawalan kualiti iaitu
kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output.
2.3.4 Pendekatan
kawalan kualiti
PENDEKATAN KAWALAN KUALITI
KAWALAN
INPUT
KAWALAN
PROSES
KAWALAN
OUTPUT
1. KAWALAN INPUT
• Kawalan ke atas input seperti bahan mentah,
tenaga kerja, mesin dan kaedah yang
dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran
bermula bagi memastikan semua input
adalah yang terbaik dan tanpa sebarang
masalah.
• Kawalan ini melibatkan proses mendapatkan
input /kualiti input yang dikehendaki.
• Tujuannya adalah untuk mengelakkan
pemesongan dan memastikan pengeluaran
mengikut spesifikasi.
• Kawalan ini mungkin juga melibatkan dasar,
prosedur/peraturan.
2. KAWALAN PROSES
• Dilakukan pada peringkat input
ditranformasikan kepada output
• Bertujuan menyisih barangan cacat daripada
proses.
• Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan
dan pengubahsuaian selepas kerosakan/
penyimpangan berlaku iaitu apabila didapati
kerja yang dilakukan tidak betul /kualiti
produk dalam proses pengeluaran tidak
mengikut piawai.
3. KAWALAN OUTPUT
• Kawalan yang dibuat selepas proses pengeluaran
tamat.
• Melibatkan perbandingan dengan standard output
yang ditetapkan.
• Kawalan ini bertujuan untuk membuat
penambahbaikan terhadap proses
• Membolehkan tindakan pembetulan diambil.
• Tindakan yang boleh diambil seperti menarik balik
produk, memberi pampasan/melakukan
pembaikan.
3. KAWALAN OUTPUT
• Proses memantau kualiti produk dibuat melalui
pemeriksaan yang dijalankan sama ada
melakukan pemeriksaan menyeluruh
/menggunakan pelan persempelan sebelum
produk yang dikeluarkan dapat dipasarkan.
• Contohnya apabila produk telah siap, pihak
kawalan kualiti akan memeriksa produk
berkenaan sama ada mengikut piawai yang telah
ditetapkan atau tidak.
• Maklumbalas akan diberikan kepada pihak
berkenaan berhubung dengan pencapaian
prestasi kerja mereka dalam pengeluaran produk
tersebut.
INGAT FAKTA ALAT KAWALAN KUALITI
PROSES KAWALAN 1. Kawalan proses secara statistik
1. Rancang, [P] (statistical process control),
2. Buat,[D] 2. Analisis nilai tambah,
3. Semak, [C] 3. Carta kawalan,
4. Tindakan [A] 4. Kajian kualiti/kos,
5. Pasukan penambahbaikan kualiti,
KAEDAH PEMERIKSAAN dan
6. Penanda aras (benchmarking);
1. Pemeriksaan menyeluruh
2. Pelan pensampelan KAEDAH I L♥ U
PENDEKATAN KAWALAN KUALITI I = INGATAN
1. Kawalan input, L = LATIHAN
2. Kawalan proses, U = UJIAN
3. Kawalan output.
JOM UJI MINDA
1. Terangkan tiga langkah pertama dalam proses kawalan kualiti [6m]
2. Nyatakan empat kelebihan kaedah pemeriksaan mengikut pelan
pensampelan.[4m]
Don’t wait for people to start believing in you.
Start believing in yourself, work hard and
your success will make them realize that you
were a winner when all they saw in you.