The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 1.3 AKTIVITI SEKTOR DAN TAHAP PERNIAGAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-08-16 22:47:52

BAB 1 1.3 AKTIVITI SEKTOR DAN TAHAP PERNIAGAAN

BAB 1 1.3 AKTIVITI SEKTOR DAN TAHAP PERNIAGAAN

SEMESTER 1 EMMA

BAB 1 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

Apa yang akan kita pelajari

Membandingkan aktiviti perniagaan berasaskan
pengeluaran dan perkhidmatan;

Menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti
ekstraktif, barangan pengguna (konsumer), barangan industri,
pembuatan, pemasangan, dan seumpamanya

Menjelaskan aktiviti perniagaan 1.3.2 Aktiviti
berasaskan perkhidmatan seperti perniagaan
peruncitan, pemborongan, kewangan,
profesional, perhotelan, pendidikan, dan
seumpamanya;

PERNIAGAAN BERASASKAN
PENGELUARAN

1. Menghasilkan barang yang nampak
dalam bentuk fizikal seperti warna
dan saiz.

2. Memerlukan dua aktiviti iaitu
menghasilkan barangan dan aktiviti
perkhidmatan untuk memasarkan
barangan kepada pengguna seperti
perkhidmatan peruncitan.

3. Menggunakan peranan orang
tengah dalam mendapat input untuk
menjalankan aktiviti pengeluaran

PERNIAGAAN BERASASKAN
PERKHIDMATAN

1. Menghasilkan barang yang tak nampak
seperti memberi kepuasan kepada
pengguna.

2. Hanya menjalankan aktiviti
perkhidmatan langsung seperti aktiviti
perkhidmatan pendidikan dan
kewangan kepada pengguna.

3. Lebih fokus kepada kemahiran dan
kepakaran individu dalam
menyampaikan perkhidmatan secara
langsung kepada pengguna.



1. EKSTRAKTIF

Melibatkan aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada
sumber dari bumi sama ada di daratan/lautan tanpa
mengubah bentuk asalnya.

Contohnya aktiviti perladangan, pembalakan,
perlombongan dan perikanan.

Perniagaan menghasilkan dan memproses bahan mentah
dan seterusnya digunakan untuk menghasilkan barang siap
/barang separuh siap.

2. BARANGAN PENGGUNA (KONSUMER)

Melibatkan proses pengeluaran barang untuk kegunaan
pengguna akhir.

Barang ini dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri,
keluarga/kegunaan organisasi dan bukan untuk tujuan
perniagaan.

Contohnya beras, gula dan minyak.

3. BARANGAN INDUSTRI

Perniagaan yang melibatkan pengeluaran barang dan menjualnya kepada pengeluar lain.

Perniaga memproses keluaran tersebut / menambah nilai keluaran tersebut untuk dijual
semula / menghasilkan produk lain untuk dijual.

Melibatkan pengeluaran barang keperluan industri/kilang dalam bentuk barangan separuh
siap/barangan siap.

Barangan ini dibeli bertujuan untuk dijual semula/diproses semula untuk menghasilkan
barangan baharu/barangan yang dibeli untuk membantu operasi perniagaan.

Contohnya komponen barangan elektrik, komponen kenderaan dan beras yang dibeli untuk
diproses menjadi mi hoon.

4. PEMBUATAN

Aktiviti menghasilkan produk dengan memproses dan menggunakan
sumber organisasi seperti bahan mentah, manusia, mesin dan
teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan

Aktiviti memproses bahan mentah yang dikeluarkan oleh industri
ekstraktif untuk menghasilkan barang siap/barang separuh siap.

Contohnya getah diproses bagi menghasilkan sarung tangan, kelapa
sawit diproses bagi menghasilkan minyak masak dan kayu balak
diproses menjadikan papan lapis.

5. PEMASANGAN

Melibatkan aktiviti mencantum / memasang komponen
sesuatu produk untuk menghasilkan barangan siap untuk

dipasarkan.

Contohnya pemasangan komponen kereta dan komputer.

5. PERHOTELAN

4. PROFESIONAL 6. PENDIDIKAN

3. KEWANGAN AKTIVITI 7. PERHUBUNGAN/
2. PEMBORONGAN PERNIAGAAN TELEKOMUNIKASI
BERASASKAN
PERKHIDMATAN 8. PENGANGKUTAN

1. PERUNCITAN 9. PERUBATAN
11. PELANCONGAN 10. PERBANKAN

1. PERUNCITAN

Aktiviti perniagaan yang menjual pelbagai jenis
barang dalam kuantiti yang kecil kepada
pengguna akhir.

Melibatkan aktiviti peragaan barang, melayan
pelanggan dan memberikan khidmat selepas
jualan.

Contohnya kedai runcit, KK Super Mart. 7-
Eleven dan Tesco.

2. PEMBORONGAN

Aktiviti perniagaan yang membeli barang
dengan kuantiti yang banyak / secara pukal
daripada pengeluar dan menjual semula dalam
kuantiti yang kecil kepada peruncit.

Melibatkan aktiviti memecah pukal,
membungkus, menjenama dan menghantar
barang kepada peruncit.

Contoh Pasar borong dan Pasaraya Mydin

3. KEWANGAN

Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan kewangan seperti bidang
pengumpulan modal, pelaburan ekuiti, penyediaan
kemudahan kredit , urus niaga pasaran wang,
aktiviti perbankan dan aktiviti insurans.

Contoh Pihak yang terlibat dengan perniagaan ini
ialah Maybank Bhd, CIMB Bhd dan Bank Rakyat.

4. PROFESIONAL

Aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan
kepakaran/kemahiran khusus seperti perakauanan,
guaman dan perubatan.

Individu yang terlibat memiliki kemahiran dan
kepakaran yang berkaitan dengan bidang yang
diceburinya.

Contoh perkhidmatan guaman oleh firma guaman
swasta, perkhidmatan audit oleh juru audit swasta
dan klinik swasta yang dibuka oleh para doktor.

5. PERHOTELAN

Aktiviti perniagaan yang menawarkan kemudahan
penginapan / tempat tinggal, makanan dan minuman
serta kemudahan rekreasi untuk pelancong
tempatan/asing mengikut kadar tertentu
berdasarkan kemampuan pelanggan.

Contoh Tune Hotel, Hotel Vistana, Hotel JW Marriot
dan Hotel Sri Malaysia.

6. PENDIDIKAN

Aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan
pengajian / Pendidikan dan latihan formal kepada
masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga
manusia /modal insan.

Aktiviti ini menawarkan pendidikan kepada orang
ramai sama ada secara sambilan / sepenuh masa.

Merangkumi peringkat Pendidikan asas iaitu tadika
swasta sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu
universiti.

Contohnya pusat tuisyen swasta, sekolah swasta
dan pusat latihan.

PERBANDINGAN AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN DENGAN
PERKHIDMATAN

ASPEK PENGELUARAN PERKHIDMATAN

Produk Menghasilkan barang yang nampak Menghasilkan barang yang tak nampak
dalam bentuk fizikal seperti warna dan seperti memberi kepuasan kepada
saiz pengguna.

Aktiviti Memerlukan dua aktiviti iaitu Hanya menjalankan aktiviti perkhidmatan
menghasilkan barangan dan aktiviti langsung seperti aktiviti perkhidmatan
perkhidmatan untuk memasarkan Pendidikan dan kewangan kepada
barangan kepada pengguna seperti pengguna.
perkhidmatan peruncitan dan
pemborongan

Input Menggunakan peranan orang tengah Lebih fokus kepada kemahiran dan
dalam mendapat input untuk kepakaran individu dalam menyampaikan
menjalankan aktiviti pengeluaran perkhidmatan secara langsung kepada
pengguna.

Apa yang akan kita pelajari

Membincangkan peranan sektor
industri seperti swasta, awam, dan

badan berkanun dalam
perkembangan perniagaan

1.3.3 Sektor
perniagaan

Organisasi yang dimiliki, dibiaya dan
diuruskan oleh kerajaan untuk

melaksanakan dasar kerajaan dan
menyediakan barangan serta
perkhidmatan kepada rakyat

2. SEKTOR AWAM

1. SEKTOR SWASTA SEKTOR 3. SEKTOR BADAN
PERNIAGAAN BERKANUN
Perniagaan yang dimiliki
oleh individu/organisasi Agensi kerajaan yang
secara persendirian dan diperbadankan bagi
melaksanakan dasar dan
menjalankan aktiviti tanggungjawab terhadap
perniagaan untuk aktiviti kerajaan secara
mendapatkan keuntungan.
khusus.

PERANAN SEKTOR SWASTA 3. Menyediakan
peluang pekerjaan
1. Mengeluarkan dan dalam aktiviti
menawarkan barang pengeluaran dan
dan perkhidmatan bagi perkhidmatan.
memenuhi kehendak
pengguna

2. Melengkapi usaha 4. Menyumbang kepada
sektor awam dalam pendapatan kerajaan
mempengaruhi ekonomi
negara. 5. Meneroka dan
membangunkan
Kawasan baharu.

1. Menyediakan 2. Mewujudkan
kemudahan awam peluang
untuk perniagaan dan pekerjaan.
masyarakat tempatan

PERANAN SEKTOR 4. Menjalankan
AWAM penguatkuasaan
undang-undang
3. Menggubal dan dan kawalan
melaksanakan
dasar fiskal dan
kewangan

5. Mengamalkan 6. Mengeluarkan
monopoli semula lesen dan permit
jadi

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan tahap-tahap perniagaan dari perspektif berikut:
i. Primer, sekunder dan tertiar
ii. Huluan dan hiliran
iii. Domestik dan antarabangsa

1.3.4Tahap
perniagaan

PERINGKAT • 1. PRIMER
PROSES • 2. SEKUNDER
• 3. TERTIER

PERINGKAT • 1. HULUAN
INDUSTRI • 2. HILIRAN

PERINGKAT • 1. DOMESTIK
PASARAN • 2. ANTARABANGSA

Aktiviti perniagaan pengeluaran
bahan mentah dari sumber semula
jadi tanpa mengubah bentuk
asalnya untuk proses pengeluaran
selanjutnya.

Contoh perniagaan pembalakan
perikanan dan perlombongan .

Aktiviti perniagaan memproses bahan
mentah yang dihasilkan dari tahap
primer kepada barang siap/barang
separuh siap.
Merangkumi aktiviti pembuatan
/perkilangan
Contoh perniagaan pembuatan
/perkilangan .

Aktiviti perniagaanyang melibatkan penghasilan
produk tidak ketara/perkhidmatan.

Perniagaan ini menyokong kepada perniagaan
tahap primer dan sekunder supaya barang yang
dikeluarkan dapat sampai kepada pengguna
akhir dengan lancar.

Contoh perniagaan perbankan, insurans dan
pengangkutan.

Aktiviti perniagaanyang melibatkan penghasilan
produk tidak ketara/perkhidmatan.

Perniagaan ini menyokong kepada perniagaan
tahap primer dan sekunder supaya barang yang
dikeluarkan dapat sampai kepada pengguna
akhir dengan lancar.

Contoh perniagaan perbankan, insurans dan
pengangkutan.

Aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum
perniagaan yang lain dapat dijalankan.

Merupakan aktiviti teras yang wujud sebelum perniagaan
hiliran

Melibatkan perniagaan yang melibatkan pengeluaran
bahan mentah untuk dijadikan input kepada perniagaan
lain.
Contohnya pokok kapas untuk dibuat benang dan ternakan
lebah untuk menghasilkan madu lebah.

Aktiviti perniagaan yang berlaku selepas perniagaan huluan
/perniagaan lain wujud.

Perniagaan ini akan menggunakan input yang di sediakan
oleh perniagaan huluan untuk diproses bagi menghasilkan
barang siap/barang separuh siap dan menyediakan
perkhidmatan.

Contoh perniagaan pengusaha restoran, kedai aksesori
kereta, bengkel kereta dan perkhidmatan penghantaran
barang.

✓ Aktiviti perniagaan yang beroperasi di

dalam sesebuah negara.
✓ Menggunakan mata wang tempatan.
✓ Produk yang di hasilkan adalah untuk

pasaran tempatan sahaja.
✓ Tiada cukai asing dikenakan.

✓ Peranan perniagaan domestik adalah :
1. Memberi pendapatan kepada negara melalui

cukai yang dibayar oleh syarikat.
2. Mewujudkan peluang pekerjaan dapat

mengurangkan kadar pengangguran
3. Menjimatkan pertukaran wang asing melalui

penggunaan sumber tempatan mengurangkan
pengaliran keluar mata wang negara.
4. Membangunkan modal insan dengan memberi
kemahiran kepada tenaga kerja dalam negara.
5. Membangunkan industri sokongan dengan
wujudnya perusahaan yang menyokong.

✓ Perniagaan yang menjalankan sebahagiaan

aktiviti merentasi sempadan sesebuah negara.
✓ Melibatkan aktiviti eksport dan import antara dua

negara/lebih.
✓ Melibatkan pertukaran mata wang asing.
✓ Pelbagai strategi digunakan oleh perniagaan

untuk memasarkan produk ke pasaran luar

negara..
✓ Perniagaan menghadapi persaingan sengit

daripada perniagaan tempatan negara lain.
✓ Menghadapi cabaran dari segi perundangan,

ekonomi, sosio budaya dan sekatan lain dalam

urus niaga.

✓ Peranan perniagaan antarabangsa ialah :
1. Meningkatkan pendapatan negara melalui

pengenaan cukai terhadap barang import.
2. Memperbaiki imbangan pembayaran

negara.
3. Perniagaan dapat meluaskan pasaran

produk yang sudah tepu dalam pasaran
tempatan.
4. Sebuah negara itu dapat menggunakan
teknologi dan kepakaran dari luar.
5. Sebuah negara dapat meningkatkan
pelaburan dan modal asing

INGAT FAKTA SEKTOR INDUSTRI
1. Swasta
AKTIVITI PERNIAGAAN 2. Awam
PENGELUARAN 3. Badan berkanun
1. Ekstraktif
2. Barangan pengguna (konsumer), TAHAP -TAHAP PERNIAGAAN
3. Barangan industri 1. Primer, sekunder, dan tertiar
4. Pembuatan 2. Huluan dan hiliran
5. Pemasangan dan seumpamanya 3. Domestik dan antarabangsa

AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN KAEDAH I L♥ U
PERKHIDMATAN
1. Peruncitan , 8. Pengangkutan I = INGATAN
2. Pemborongan , 9. Perubatan L = LATIHAN
3. Kewangan , 10.Perbankan U = UJIAN
4. Profesional, 11. Pelancongan
5. Perhotelan ,
6. Pendidikan ,
7. Perhubungan/telekomunikasi

JOM UJI MINDA

1. Jelaskan dua aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [6m]

2. Terangkan dua peranan sektor swasta kepada ekonomi di

Malaysia. [6m]

3. Huraikan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluar sesuatu

produk pengguna. [4m]

4. Huraikan tahap perniagaan dari persektif yang berikut :

[i] Hulua dan Hiliran [2m]

[ii] Domestik dan antarabangsa [2m]

From


Click to View FlipBook Version