The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 2 PENGELUARAN 2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-08-15 15:51:18

BAB 2 PENGELUARAN 2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

BAB 2 PENGELUARAN 2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

SEMESTER 1

BAB 2
PENGELUARAN
Nota poket I am for you…

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEM ESTER 1 PERN IA GA A N

BAB 2 : PENGELUARAN

2.1 : SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.2 : PERANCANGAN PENGELUARAN
2.3 : KAWALAN KUALITI
2.4 : KAWALAN INVENTORI
2.5 : ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

2.2 : PERANCANGAN PENGELUARAN
Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan reka bentuk pengeluaran merangkumi
simplification, standardization dan modular.

2.2.1 Reka bentuk
pengeluaran

MODULAR

STANDARDIZATION

SIMPLIFICATION

SIMPLIFICATION

•Usaha untuk memudahkan proses pengeluaran dengan
menggabungkan pelbagai langkah dalam proses
pengeluaran.

•Usaha mengurangkan bilangan bahagian pemasangan
agar menjadi cepat dan mudah

•Contohnya pengeluar kereta tidak perlu membuat pintu
kereta tetapi pengeluar kereta boleh mendapatkan
pintu kereta yang telah siap untuk dipasang ke badan
kereta melalui pengeluar pintu kereta.

STANDARDIZATION

•Satu proses membentuk standard bagi kuantiti, kualiti
dan prestasi sesebuah syarikat.
•Melibatkan pengeluaran pelbagai produk dengan
peralatan, proses dan bahan yang minimum.
•Kebaikan ialah menjimatkan masa, mengeluarkan
produk yang lebih berkualiti, tenaga kerja dan peralatan
digunakan dengan lebih baik
•Contohnya proses penyediaan standard spesifik produk
merupakan proses penyediaan standard pengeluaran
yang perlu diikuti sepanjang proses pengeluaran supaya
seragam.

MODULAR

•Melibatkan gabungan komponen dalam pelbagai cara
untuk menghasilkan produk yang unik.
•Bahagian komponen boleh ditukar ganti dengan mudah
•Mementingkan aspek kelenturan dan kualiti dalam proses
pengeluaran
•Tujuannya untuk memastikan proses pengeluaran mudah
dipantau dan sebarang kesilapan lebih mudah dikenalpasti.
•Reka bentuk ini menggabungkan blok pembinaan yang
standard untuk mencipta produk siap dan unik.
•Contohnya Toyota menggunakan kerangka hadapan yang
sama untuk beberapa model keretanya.

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan jenis pengeluaran mengikut tempahan,
secara massa, dan secara berkelompok.

2.2.2Jenis-jenis
pengeluaran

JENIS-JENIS PENGELUARAN

1. Mengikut 2. Secara Massa 3. Secara Berkelompok
Tempahan/Projek
• Menghasilkan sejumlah • Dalam bentuk kelompok
• Melibatkan penghasilan produk yang standard dan tertentu, iaitu satu
produk spesifik yang mempunyai permintaan kelompok produk
mengikut tempahan yang stabil secara besar- dihasilkan terlebih dahulu
pengguna dalam kuantiti besaran dan diikuti dengan
yang kecil kelompok produk yang
• Kos per unit adalah lain.
• Produk mengambil masa rendah tetapi kos modal
yang lama untuk disiapkan dan peralatan adalah • Kuantiti output yang
tinggi dan tidak fleksibel dihasilkan adalah
• Memerlukan modal yang sederhana dan mengikut
besar kerana melibatkan • Contoh : pengeluaran kehendak pelanggan
penggunaan tenaga pakar barangan elektronik,
dalam sesuatu bidang dan makanan dan produk • Sumber atau input
teknologi yang canggih pengguna pengeluaran akan
dikongsi guna bersama
• Contoh : projek
pembinaan kapal, • Contoh : percetakan buku
pelabuhan, lapangan
terbang

CIRI-CIRI PENGELUARAN MENGIKUT TEMPAHAN

1. Produk dihasilkan selepas mendapat tempahan / permintaan daripada pelanggan.
2. Produk yang dihasilkan adalah unik /khusus dan dibuat mengikut spesifikasi pelanggan.
3. Darjah piawaian yang rendah.
4. Mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan.
5. Produk dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan bernilai tinggi.
6. Kosong inventori.
7. Modal dan pelaburan yang besar diperlukan.
8. Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan produk.
9. Penggunaan teknologi yang canggih dan terkini.

CIRI-CIRI PENGELUARAN SECARA MASSA

1. Produk yang dikeluarkan adalah seragam.

2. Pengeluaran adalah dalam satu barisan yang panjang.

3. Pengeluaran secara berterusan dan kadangkala melibatkan operasi
24 jam.
4. Proses pengeluaran melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang
dikawal oleh computer.

5. Melibatkan barangan keperluan harian.

CIRI-CIRI PENGELUARAN SECARA BERKELOMPOK

1. Pengeluaran barangan mempunyai fungsi yang sama/seragam

2. Segala peralatan disusun untuk mengeluarkan produk/barangan yang
berbeza.
3. Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan
kelompok yang lain.

4. Produk dikeluarkan dalam kuantiti yang sederhana.

5. Standard dan spesifikasi ditentukan berdasarkan cita rasa pelanggan.

Semua tenaga kerja akan disusun bagi mengeluarkan produk yang
berbeza mengikut kelompok.

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan objektif susun atur dan jenis-jenis
susun atur secara tetap, proses, produk, dan selular

2.2.3 Susun atur
proses pengeluaran

SUSUN ATUR

Merujuk kepada cara penyusunan mesin, jabatan,
stesen kerja. Stor simpanan dan bilik rehat untuk
memastikan pengaliran kerja/ bahan yang efisien
dan lancar serta penggunaan ruang dengan baik.

OBJEKTIF SUSUN ATUR

1. Meminimumkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang.

2. Meningkatkan kecekapan penggunaan ruangan dan sumber seperti tenaga kerja dan
kelengkapan.
3. Menggunakan tenaga buruh selaras dengan pengendalian susun atur kilang secara
berkesan untuk mengelakkan pembaziran tenaga.

4. Memudahkan pergerakan keluar masuk bahan mentah dan produk dari kilang.

5. Meminimumkan inventori kerja dalam proses.

JENIS SUSUN ATUR 3. SUSUN
ATUR
1. SUSUN
ATUR TETAP PRODUK

2. SUSUN 4. SUSUN
ATUR ATUR

PROSES SELULAR

SUSUN ATUR TETAP

✓ Kedudukan produk ditetapkan, proses pengeluaran kekal di satu lokasi
sehingga produk tersebut siap.

✓ Input seperti buruh, bahan mentah, mesin dan peralatan di bawa ke lokasi
produk

✓ Sesuai untuk produk yang bersaiz besar, berat dan mudah pecah.
✓ Contoh : Pembinaan jambatan, bangunan dan rumah.

SUSUN ATUR PROSES

✓ Mesin, peralatan tenaga kerja dan bahan mentah disusun mengikut fungsi
kerja.

✓ Sesuai bagi pengeluaran produk yang tidak seragam dalam kumpulan
kecil.

✓ Pekerja dan digunakan untuk aktiviti kerja yang sama bagi menjimatkan
kos.

✓ Contoh : sekolah, hospital, pasar raya, bank atau bengkel kereta

SUSUN ATUR PRODUK

✓ Semua input pengeluaran disusun mengikut urutan penghasilan produk.
✓ Melibatkan penyusunan stesen-stesen kerja dalam satu barisan seperti

barisan pemasangan.
✓ Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran dan penghasilan produk

yang seragam
✓ Contoh : terdapat beberapa stesen pemasangan komponen dalam

pengeluaran kereta

SUSUN ATUR SELULAR

✓ Kombinasi susun atur produk dan proses dengan mengumpulkan semua
proses yang diperlukan bagi satu set produk.

✓ Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen.
✓ Dapat menjimatkan masa, dapat mengawal dengan baik kerana seluruh

proses dijalankan dalam unit kecil.
✓ Menjimatkan ruang kerja serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
✓ Contoh pembuatan cip komputer dan pengeluaran telefon bimbit.

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan objektif pemilihan lokasi kilang dan
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi.

2.2.4 Lokasi kilang

LOKASI KILANG

Merujuk kepada keputusan
pemilihan tapak lokasi yang sesuai,

strategik dan tepat serta
bersesuaian dengan jenis
kemudahan yang ada bagi
menjalankan dan mengembangkan
aktiviti pengeluaran yang telah

dirancang.

1. BEKALAN TENAGA BURUH
2. SISTEM PENGANKUTAN DAN LOGISTIK
3. PERATURAN DAN KAWALAN UNDANG-UNDANG
4. PEMBEKAL BAHAN MENTAH
5. KEMUDAHAN INFRANSTRUKTUR
6. FAKTOR PERSEKITARAN

7. PENGGUNA SASARAN

8. INSENTIF PELABURAN

1. BEKALAN TENAGA BURUH

Penawaran tenaga buruh yang mahir dan
berkualiti adalah penting maka kilang akan
beroperasi di kawasan yang kadar upah
buruhnya rendah.

Pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang
hendak dibina memenuhi pertimbangan seperti
kos buruh, kuantiti penawaran buruh, etika buruh
dan tahap kemahiran buruh.

2. SISTEM PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Pemilihan lokasi yang strategik dapat mengurangkan kos
logistik.

Contohnya industri yang menjalankan kegiatan eksport
sesuai ditempatan berdekatan dengan pelabuhan.

Kemudahan pengangkutan yang baik akan memastikan
bahan mentah dapat dihantar dengan segera.

Dapat menjimatkan kos dan mengurangkan kos
menyimpan inventori

3. PERATURAN DAN KAWALAN UNDANG-UNDANG

Cukai yang tidak membebankan,
perlindungan hak milik dan perlindungan
tarif akan menjadi tumpuan pengeluar
yang ingin memilih lokasi untuk
mengembangkan operasi pengeluaran
produk masing-masing.

4. PEMBEKAL BAHAN MENTAH

Bahan mentah yang murah dan berkualiti adalah
penting bagi memastikan produk berkualiti.

Kebanyakkan industri yang menggunakan bahan
mentah berat sesuai ditempatkan berhampiran
dengan pembekal agar kos dapat dikurangkan.

Pengeluar dapat memastikan pengeluaran
berjalan dengan lancar.

5. KEMUDAHAN INFRANSTRUKTUR

Kemudahan asas seperti bekalan air,
elektrik dan infranstruktur haruslah
disediakan di lokasi yang dipilih bagi
memastikan pengeluaran berjalan dengan
lancar.

6. FAKTOR PERSEKITARAN
Firma perlu mengambil kira keadaan
persekitaran iaitu memastikan tidak
berlaku pencemaran.

Mengutamakan keselamatan contohnya
industri petrokimia mestilah ditempatkan
jauh dari kawasan perumahan

7. PENGGUNA SASARAN

Lokasi mestilah berdekatan dengan
kebanyakan pelanggan utama.

Ini kerana ia dapat memastikan produk
yang dihasilkan dapat disalurkan kepada
pengguna dengan cepat bagi memenuhi
permintaan mereka.

8. INSENTIF PELABURAN

Pihak kerajaan mendirikan kawasan
khas untuk mengembangkan sektor
perindustrian.

Ini membolehkan sebuah kilang yang
didirikan di kawasan tersebut dapat
menikmati pelbagai insentif seperti
taraf perintis, elaun cukai pelaburan
dan kemudahan kredit

INGAT FAKTA JENIS -JENIS SUSUN ATUR
1. Susun atur secara tetap,
REKA BENTUK PENGELUARAN 2. Susun atur secara proses,
1. Simplification, 3. Susun atur secara produk,
2. Standardization 4. Susun atur secara selular;
3. Modular;
KAEDAH I L♥ U
JENIS PENGELUARAN
1. Mengikut tempahan, I = INGATAN
2. Secara massa, L = LATIHAN
3. Secara berkelompok; U = UJIAN

JOM UJI MINDA

1. Huraikan tiga reka bentuk pengeluaran bagi industri automobil. [6m]
2. Huraikan tiga reka bentuk pengeluaran yang terlibat dalam perancangan

pengeluaran. [6m]
3. Terangkan jenis pengeluaran yang sesuai bagi produk yang berikut :

i. Jambatan [3m]
ii. Majalah [3m]
4. Nyatakan empat jenis susun atur proses pengeluaran. [4m]
5. Huraikan tiga sebab kilang pemprosesan kelapa sawit tidak sesuai dibina di
kawasan perumahan. [6m]

Stay Positive
Stay Fighting
Stay Brave
Stay Ambitious
Stay Strong


Click to View FlipBook Version