The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 3.5 CAMPURAN PEMASARAN PRODUK DAN PENGEDARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-10-10 13:36:29

BAB 3.5 CAMPURAN PEMASARAN PRODUK DAN PENGEDARAN

BAB 3.5 CAMPURAN PEMASARAN PRODUK DAN PENGEDARAN

PERINGKAT  Dikenali sebagai saluran pemasaran langsung yang
SATU
tidak memerlukan pengantara pemasaran.
PENGELUAR  Saluran ini melibatkan pengagihan produk daripada

PENGGUNA pengeluar secara terus kepada pengguna/pelanggan.
 Contohnya pesanan melaui pos, penjualan melalui

televisyen dan internet, barang tidak tahan lama,

barang tempahan khas, barang bernilai tinggi dan

perkhidmatan profesioanal.

PERINGKAT  Merupakan saluran pemasaran tidak langsung .
DUA  Mengandungi satu pengantara iaitu peruncit.
 Saluran ini daripada pengeluar terus kepada
PENGELUAR
pelanggan/pengguna melalui peruncit.
PERUNCIT  Saluran ini biasanya melibatkan peruncit besar-

besaran/hypermarket seperti Mydin dan Tesco.
 Barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan

barang tahan lama seperti barang kosmetik, pakaian

dan peralatan elektrik

PENGGUNA

PERINGKAT  Merupakan saluran pemasaran tidak langsung .
TIGA  Mengandungi dua pengantara iaitu peruncit dan

PENGELUAR pemborong.
 Saluran ini biasanya digunakan oleh pengeluar yang
PEMBORONG
kecil.
PERUNCIT  Contohnya barang keperluan harian yang bernilai

PENGGUNA rendah seperti gula, beras, barangan dapur.

PERINGKAT  Merupakan saluran pemasaran tidak langsung .
EMPAT  Mengandungi tiga pengantara pemasaran iaitu

PENGELUAR pemborong, ejen dan peruncit.
PEMBORONG  Saluran daripada pengeluar terus kepada pelanggan

EJEN /pengguna melalui ejen/pengedar.
PERUNCIT  Ejen berperanan untuk membeli produk daripada
PENGGUNA
pemborong yang besar dan kemudian menjual

kepada peruncit yang kecil.
 Contonya surat khabar, buku, majalah serta pakaian

berjenama.

 Merujuk kepada bilangan pengantara pemasaran yang
digunakan oleh pengeluar pada setiap peringkat saluran untuk
mengagihkan produk kepada pengguna.

 Reka bentuk saluran ini bergantung kepada liputan pasaran
bagi produk yang ingin dicapai.

 Terbahagi kepada :
1. Agihan intensif.
2. Agihan selektif/terpilih
3. Agihan eksklusif.

1. Agihan intensif.

- Melibatkan pengagihan sesuatu produk secara meluas kepada
semua kawasan/tempat dengan menempatkan produk di semua
kedai bagi memastikan produk mudah didapati oleh pengguna.

- Jualan produk secara besar-besaran dan meluas maka
pengantara pemasaran perlu menyimpan stok produk yang
banyak.

- strategi itu biasanya digunakan oleh pengeluar produk mudah beli
seperti gula, makanan ringan, surat khabar dan majalah.

2. Agihan selektif/terpilih

- Melibatkan strategi mengehadkan pengedaran kepada beberapa
pengantara/orang tengah/saluran agihan disesuatu kawasan
berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka.

- Memilih segmen tertentu untuk jualan produk khususnya jualan
produk kepada golongan pengguna tertentu / lokasi tertentu.

- Produk yang biasanya diagihkan secara selektif ialah produk beli-
belah dan produk perindustrian yang memerlukan usaha jualan
yang berbeza.

3. Agihan eksklusif.

- Melibatkan pengagihan produk secara eksklusif melalui satu
outlet/kedai sahaja bagi satu lokasi tertentu.

- Melibatkan pengedaran produk yang dianggap istimewa oleh
pengguna seperti pakaian berjenama, jam tangan Rolex, barang
kemas dan kereta mewah.

4 Pengurusan saluran agihan

✓ Setelah mengenalpasti reka bentuk saluran agihan yang
terbaik,pengeluar perlu mengurus saluran agihan tersebut
dengan berkesan.

✓ Pengurusan saluran agihan melibatkan beberapa langkah :

1. Memilih ahli saluran agihan
2. Memotivasikan ahli saluran agihan
3. Menilai ahli saluran agihan

5 Pengurusan logistik

✓ Pengurusan logistik merujuk kepada aktiviti pengurusan,
penyimpanan [pergudangan], pengendalian dan pengangkutan
bahan mentah serta produk akhir daripada peringkat
pengeluaran hingga peringkat penggunaan pada kos yang
minimum dan dalam masa yang ditetapkan.

Kepentingan pengurusan logistik

1. Menyediakan perkhidmatan yang cekap kepada pengguna untuk
mendapatkan produk pada kos yang minimum.

2. Pengurusan logistik yang baik boleh membantu menjimatkan
kos pengagihan dan menawarkan suatu pakej pengagihan pada
harga yang lebih rendah kepada pengguna.

3. Memudahkan proses pengawalan inventori dan memastikan
tahap inventori adalah mencukupi serta berpatutan.

4. Menyediakan perkhidmatan penyimpanan iaitu menyimpan
barangan akhir selepas proses pengeluaran di gudang sebelum
dijual.

5. Membolehkan penghantaran produk dari kilang ke gudang,
pengantara pemasaran dan pengguna.

Pembuatan keputusan sistem pengurusan logistik melibatkan :

1. Pemprosesan pesanan
- Pengeluar harus memastikan aktiviti penerimaan pesanan, pengedaran produk dan

pengutipan pembayaran dijalankan dalam masa yang singkat dan tepat.

2. Pengendalian bahan
- Cara inventori diuruskan semasa pengangkutan /digudang.

3. Pergudangan
- Aktiviti menyimpan produk akhir di gudang sebelum diagaihkan kepada pengguna.
- Pergudangan yang berkesan dapat memastikan jumlah produk yang mencukupi

dibekalkan ke pasaran pada masa yang tepat dan tempat yang betul.

4. Kawalan inventori
- Perniagaan harus mengawal tahap inventori supaya berada pada paras yang optimum

iaitu tidak berlebihan/kekurangan.

5. Pengangkutan.
- Aktiviti pemindahan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap dari

pengeluar hinggalah kepada pengguna.
- Pengurusan pengangkutan yang cekap dapat melicinkan pengagihan produk akhir ke

pasaran sasaran dengan cepat.

PERANTARA
DALAM SALURAN
AGIHAN PRODUK

PERANTARAAN DALAM SALURAN
AGIHAN PRODUK
3. PEMBORONG

2. EJEN PENGELUAR
1. PERUNCIT

PENGGUNA

1. PEMBORONG

Pemborong adalah pihak yang membeli produk secara
pukal daripada pengeluar/pengilang dan
mengagihkannya kepada peruncit dalam kuantiti yang
kecil.

Pemborongan bermaksud semua aktiviti dalam
penjualan barang dan perkhidmatan kepada mereka
yang membelinya secara pukal untuk dijual
semula/untuk kegunaan industri.

 Pemborong berbeza dengan peruncitan kerana :

1. Pemborong lebih menitikberatkan pengguna industri.
2. Pemborong kurang memberi perhatian kepada

promosi, suasana dan lokasi di mana barang itu dijual.
3. Pemborong tertumpu kepada kawasan yang lebih luas

dan mempunyai transaksi yang lebih besar berbanding
peruncit.

FUNGSI PEMBORONG

1. Sebagai orang tengah yang menghubungkan
pengeluar dengan peruncit.

2. Menambah nilai produk dengan menyediakan
perkhidmatan pembungkusan, pengredan dan
pengangkutan.

3. Menyediakan kemudahan pergudangan kepada
pengeluar dan peruncit.

4. Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit.
5. Menyediakan kemudahan kredit dan perkhidmatan

teknikal kepada peruncit.
6. Membekalkan maklumat pasaran kepada peruncit.

1. BROKER DAN EJEN 2. PEMBORONG SAUDAGAR 3. PEJABAT JUALAN DAN
 Tugas mereka adalah memudahkan  Pemborong yang tidak dikawal CAWANGAN JUALAN PIHAK
PENGELUAR
urusan pembelian dan penjualan oleh pengeluar dan memiliki  Ditubuhkan oleh
antara penjual dengan pembeli serta
mendapatkan komisen daripada syarikat pemborong sendiri. pengeluar/pengilang untuk
urusan tersebut.  Memikul tanggungjawab
 Mereka tidak mempunyai hak milik mengendalikan aktiviti
atas produk dan menerima komisen sepenuhnya terhadap barang
jualan serta menjalankan fungsi pemborongan.
pemasaran yang minimum. yang dijual dan menanggung  Pejabat jualan tidak
 Ejen adalah orang tengah yang
mewakili pembeli dan penjual secara risiko ke atasnya. menyimpan inventori tetapi
tetap dan kebiasaannya mempunyai
hubungan jangka panjang dengan hanya menerima pesanan
pembeli dan penjual.
belian daripada pelanggan.
 Cawangan jualan pula

menyimpanan inventori dan

menyediakan kemudahan

penghantaran kepada

pelanggan.

TIGA KUMPULAN PEMBORONG

2. EJEN

Orang tengah yang membantu dan menemukan pembeli dengan
pengeluar /penjual dalam urus niaga.

Ciri-ciri :
1. Ejen mengendalikan produk tetapi tidak mempunyai hak ke

atasnya.
2. Ejen dibayar komisen untuk perkhidmatan yang diberikan.
3. Ejen tidak menanggung sebarang risiko kerugian.

 Terbahagi kepada :
1. Ejen pengeluar – Perniagaan persendirian yang menjual

berdasarkan komisen untuk beberapa pengeluar produk yang
berkaitan /produk yang tidak bersaingan.
2. Ejen penjual – Membantu pengeluar keci-kecilan yang tidak
mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran untuk
memasarkan dan mengedarkan produk.

3. PERUNCIT

Peruncit adalah pihak yang menjual produk pengguna secara
terus kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut
keperluan pengguna tersebut.

Terdapat dua jenis perniagaan iaitu peruncitan keci-kecilan dan
peruncitan besar-besaran.

Peruncitan kecil-kecilan dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Peruncit berkedai – unit perniagaan kecil beroperasi di premis

tetap.
2. Peruncit tanpa kedai – perniagaan yang tidak mempunyai

premis tetap perniagaan tetapi menjual melalui pemasaran
langsung, jualan langsung, pemasaran elektronik dan peruncitan
automatik.
 Peruncitan besar-besaran ialah kedai sejaras, Gedung eneka
jabatan, francais, pasar raya, superstore dan pasar raya hiper.

FUNGSI PERUNCIT

3. 4. Menyediakan
Menyampaikan perkhidmatan
maklumat selepas jualan
kepada
1. Menjual 2. Menjual pemborong dan
pelbagai jenis dalam kuantiti pengeluar
produk yang
dikehendaki
oleh pengguna

INGAT FAKTA Reka bentuk saluran agihan

Tingkahlaku saluran agihan 1. Saluran agihan menegak
1. Konflik mendatar - Saluran peringkat satu
2. Konflik menegak - Saluran peringkat dua
- Saluran peringkat tiga
- Saluran peringkat empat

2. Saluran agihan mendatar
- Agihan intensif
- Agihan selektif/terpilih
- Agihan eksklusif

Langkah pengurusan saluran agihan Pembuatan keputusan sistem pengurusan logistik

1. Memilih ahli saluran agihan 1. Pemprosesan pesanan
2. Memotivasikan ahli saluran agihan 2. Pengendalian bahan
3. Menilai ahli saluran agihan 3. Pergudangan
4. Kawalan iventori
5. Pengangkutan

INGAT FAKTA

Perantaraan dalam saluran agihan produk 3. Peruncit
Jenis peruncit
1. Pemborong
Jenis pemborong Peruncit kecil-kecilan
- Pemborong saudagar - Peruncit berkedai
- Broker dan ejen - Peruncit tanpa kedai
- Pejabat jualan dan cawangan jualan pihak
Peruncit besar-besaran
pengeluar - Kedai sejaras
- Gedung aneka jabatan
2. Ejen, - Francais
Jenis ejen - Pasar raya
- Ejen pengeluar - Superstore
- Ejen penjual - Pasar raya hiper

UJI MINDA

1. Huraikan dua saluran agihan produk [6]
2. Nyatakan empat rekabentuk saluran agihan menegak produk [4]
3. Jelaskan rekabentuk saluran agihan mendatar. [12]




Click to View FlipBook Version