The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 2 PENGELUARAN 2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-08-15 15:56:25

BAB 2 PENGELUARAN 2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

BAB 2 PENGELUARAN 2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

SEMESTER 1

BAB 2
PENGELUARAN
Nota poket I am for you…

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEM ESTER 1 PERN IA GA A N

BAB 2 : PENGELUARAN

2.1 : SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.2 : PERANCANGAN PENGELUARAN
2.3 : KAWALAN KUALITI
2.4 : KAWALAN INVENTORI
2.5 : ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

2.1 Skop dan Proses Pengeluaran

Apa yang akan kita pelajari

Mentakrifkan pengeluaran/operasi (termasuk servis)
dan peranannya

2.1.1 Peranan

Takrif pengeluaran Peranan pengurusan pengeluaran

Penghasilan barang 1. Mengawal kualiti penghasilan produk dan
melalui proses tranformasi perkhidmatan.

yang menukarkan input 2. Mengawal selia kelancaran proses pengeluaran
kepada output dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
menambahkan nilainya.
3. Merancang penggunaan sumber untuk
pengeluaran dengan berkesan bagi
meminimumkan kos dan meningkatkan
produktiviti.

4. Memastikan keperluan dam kehendak
pengguna dipenuhi.

5. Merancang kaedah pengeluaran
6. Menghasilkan output.
7. Mengawal kos semasa pengeluaran dengan

baik agar tidak menjejaskan keuntungan
syarikat
8. Mengawal kecekapan penggunaan sumber
tanpa pembaziran.
9. Memastikan produktiviti adalah maksimum.
10. Mengawal input bahan mentah, buruh, mesin
dan peralatan agar digunakan secara optimum.

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan evolusi pengeluaran bermula dengan revolusi
industri, pendekatan saintifik, hubungan manusia,

penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi, dan revolusi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

2.1.2 Evolusi

1. Revolusi industri, 2. Pendekatan
saintifik,
7. Revolusi
Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi (ICT)

EVOLUSI
PENGELUARAN

6. Globalisasi, 3. Hubungan
manusia,

5. Kualiti, 4. Penyelidikan
operasi,

1. Revolusi industri

Pengurusan pengeluaran telah bermula dan berkembang dengan
pesat sejak Revolusi industri di England bermula tahun 1760

Pengenalan enjin stim oleh James Watt yang digerakkan oleh
arang batu digunakan oleh mesin telah meningkatkan
pengeluaran secara besar-besaran.

Pengkhususan kerja yang dikemukakan oleh Adam Smith
pada tahun 1776 telah dipraktikkan di kilang dan
menghasilkan ramai buruh mahir serta pengeluaran secara
besar-besaran .

Pada tahun 1700an, ekonomi yang berasaskan tenaga manual
buruh mula digantikan dengan industri dan pembuatan mesin

2. Pendekatan Saintifik

Pengurusan secara sainstifik yang telah
diperkenalkan pada tahun 1911 oleh
Frederick W.Taylor yang menetapkan
satu piawaian untuk pekerja bagi
melakukan setiap kerja.

Sumbangan Frederick W.Taylor :

1. Memperkenalkan falsafah pengurusan saintifik.
2. Kajian mengenai pekerjaan digunakan melalui

pemerhatian ke atas setiap kerja.
3. Mengetengahkan konsep kecekapan dalam

pengeluaran.
4. Menyediakan kenaikan upah kepada pekerja untuk

meningkatkan hasil kerja.
5. Menekankan pengkhususan kerja bagi

meningkatkan kecekapan dalam sesuatu
pengeluaran.
6. Pihak pengurusan perlu memilih pekerja dengan
teliti berdasarkan kemahiran yang mereka ada.
7. Pekerja mesti dilatih bagi melaksanakan tugas yang
khusus /spesifik.

3. Hubungan manusia

Menekankan kepentingan elemen kemanusiaan dalam
reka bentuk kerja.

Kajian Hawyhorne, eksperimen yang dijalankan oleh
Elton Mayo mendedahkan bahawa selain daripada
aspek fizikal dan teknikal kerja , motivasi pekerja
adalah penting untuk meningkatkan produktiviti.
Pihak pengurusan perlu memberi perhatian kepada
keperluan dan kepuasan pekerja serta membentuk kerja
berpasukan.

4. Penyelidikan Operasi

Teknik kuantitatif dalam menyelesaikan
masalah pengurusan pengeluaran yang

berorientasikan kepada masalah.

Perkembangan penyelidikan operasi :
1. Pengenalan pengaturcaraan linear oleh George B.
Dantzig [1947]
2. Penggunaan alat penyelidikan operasi seperti simulasi,
teori giliran, teori keputusan, CPM/PERT dan pengurusan
inventori.
3. Penekanan kepada strategi perkilangan oleh Wickham
Skinner [1970-an]

5. Kualiti

Bermula tahun 1935 penyelidikan kualiti
menjadikan organisasi dapat

menghasilkan produk yang memenuhi
spesifikasi dan mengurangkan
kecacatan.

Teknik pengeluaran moden yang merevolusikan
proses pengeluaran seperti Kaedah tepat masa

[JIT], Sistem pembuatan Luwes [fleksibel],
Pengeluaran Condong [Lean Production],
Pengurusan Kualiti Menyeluruh [TQM] dan

Penambahbaikan berterusan [Kaizen].

6. Globalisasi

Proses aliran yang semakin bebas merangkumi
idea, mobiliti pekerja [pergerakan,

perpindahan/pertukaran tempat kerja, barangan,
perkhidmatan dan modal yang membawa kepada

integrasi [ penggabungan/penyatuan] ekonomi
dan masyarakat.

Membolehkan organisasi mengakses
[mencapai/memperoleh] pasaran yang lebih luas

dan pengguna pula dapat menikmati
kepelbagaian barangan dan perkhidmatan

7. Revolusi Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT)

Teknologi dapat mempengaruhi reka bentuk
produk, membolehkan pengeluaran dalam
pelbagai bentuk dan saiz yang berlainan serta
memberikan pengguna pilihan yang banyak.

Penggunaan komputer penting kerana
dapat meningkatkan produktiviti, kualiti

dan mengurangkan kos.

Dapat mempercepatkan proses pengeluaran
terutamanya dengan penggunaan robotik dan

jentera.

Apa yang akan kita pelajari

Menerangkan perkembangan perniagaan masa kini dan
cabaran-cabarannya termasuk perubahan faktor persekitaran.

2.1.3 Cabaran

1. Kemajuan teknologi baharu

2. Penekanan kepada proses pengeluaran produk
yang berkualiti
3. Kesedaran pihak luar tentang penjagaan alam
sekitar

4. Kekurangan sumber

5. Flesibiliti dalam sistem pengeluaran

6. Perubahan cita rasa pengguna yang pelbagai

7. Persaingan yang semakin sengit

1. Kemajuan teknologi baharu

✓ Wujudnya kaedah /teknologi baharu yang membolehkan proses
pengeluaran dibuat dengan lebih cepat.

✓ Pengurus pengeluaran perlu peka terhadap perubahan tersebut
dengan menggantikan kaedah /teknologi lama kepada kaedah
/teknologi baharu

✓ Pengurus perlu mewujudkan kaedah baru dalam pemprosesan
pengeluaran bagi meningkatkan kecekapan operasi pengeluaran.

✓ Contohnya pengurus pengeluaran menggantikan teknologi lama
kepada teknologi baharu dengan menukar mesin lama kepada mesin
yang berteknologi terkini.

2. Penekanan kepada proses pengeluaran produk yang berkualiti

❑ Fokus kepada kualiti memerlukan kos tambahan
dalam pengeluaran.

❑ Penghasilan produk berkualiti boleh meningkatkan
kos pengeluaran.

❑ Pengurus perlu bijak menangani peningkatan kos
tambahan untuk pengeluaran produk berkualiti.

❑ Pengurus perlu memastikan produk yang
dikeluarkan mengikut piawaian industri
/antarabangsa.

❑ Contohnya pengurus pengeluaran terpaksa
membeli mesin baru untuk meningkatkan kualiti
produk yang dikeluarkan

3. Kesedaran pihak luar tentang penjagaan alam sekitar

❑ Kepekaan pihak luar tentang kebersihan alam sekitar telah
memberikan tekanan kepada pihak pengurusan
pengeluaran untuk mengendalikan sisa pengeluaran
mengikut peraturan.

❑ Pengurus perlu sentiasa peka dengan kesan pengeluaran
ke atas alam sekitar ke atas alam sekitar di samping
memenuhi objektif perniagaan untuk mendapatkan
keuntungan.

❑ Contohnya pengurus perlu memastikan kilang tidak
membuang sisa pengeluaran ke sungai dan menggunakan
kaedah yang betul untuk melupuskan sisa bahan
pengeluaran.

4. Kekurangan sumber

❑ Pegurus perlu menguruskan sumber dengan baik supaya
tiada pembaziran.

❑ Pengurus sentiasa memastikan sumber sentiasa
mencukupi untuk mengelakkan proses pengeluaran tidak
terganggu.

❑ Contohnya sumber bahan mentah dari negara luar sukar
untuk diperolehi apabila Covid-19 melanda seluruh dunia,
maka pengurus perlu mendapatkan sumber daripada
perniagaan tempatan untuk menampung kekurangan
sumber dari luar negara.

5. Flesibiliti dalam sistem pengeluaran

❑ Fleksibiliti pengeluaran dipengaruhi oleh corak permintaan
di dalam pasaran.

❑ Pengurus perlu menyesuaikan kaedah yang digunakan
dalam pengeluaran dengan membuat perubahan terhadap
produk.

❑ Contohnya pengurus mesti mengetahui tentang aspek reka
bentuk, campuran produk dan teknologi yang digunakan
dalam sistem pengeluaran supaya sentiasa sesuai dengan
kehendak pelanggan.

6. Perubahan cita rasa pengguna yang pelbagai

❑ Pengurus sentiasa tahu keupayaan organisasi untuk
memenuhi citara rasa pengguna yang pelbagai kerana itu
adalah ukuran kejayaan sesuatu produk tersebut.

❑ Pengurus sentiasa tahu bagaimana untuk menawarkan
pelbagai produk untuk memastikan permintaan pelanggan
yang berbeza dapat dipenuhi.

❑ Perubahan ke atas produk perlu dilakukan dari semasa ke
semasa.

7. Persaingan yang semakin sengit

❑ Faktor globalisasi menyebabkan persaingan perniagaan
semakin sengit.

❑ Pengurus perlu memastikan produk yang di keluarkan
mampu bersaing dari segi kualiti, harga dan reka bentuk
dengan produk pesaiang.

❑ Contohnya sebuah perniagaan yang ingin bertahan dalam
pasaran bergantung kepada sumber kewangan untuk
dijadikan modal untuk bersaing dengan syarikat
multinational.

Apa yang akan kita pelajari

Menjelaskan hubungan jabatan pengeluaran
dengan jabatan pemasaran, kewangan, dan sumber

manusia.

2.1.4 Perkaitan
dengan jabatan lain

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran:

Jabatan pemasaran Manakala Jabatan pengeluaran
Jabatan pemasaran Manakala
mendapatkan tempahan Manakala Jabatan pengeluaran
daripada pelanggan mengeluarkan produk
berdasarkan tempahan
Memberi maklumbalas tentang daripada jabatan pemasaran.
kehendak pengguna
Membuat penambahbaikan
Menjalankan promosi dan dan perubahan berdasarkan
memasarkan produk perubahan citarasa
pelanggan yang dikenalpasti
oleh jabatan pemasaran.

jabatan pengeluaran
menghasilkan produk
berdasarkan jumlah
perancangan jualan daripada
jabatan pemasaran.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan kewangan

Jabatan kewangan Jabatan pengeluaran

Menyediakan peruntukan dan Manakala Memberi maklumat berkaitan
sumber kewangan keperluan kewangan untuk
berdasarkan keperluan yang sebarang aktiviti operasi
dimaklumkan oleh jabatan pengeluaran kepada jabatan
pengeluaran kewangan

Menerima cadangan daripada Manakala Membuat cadangan kepada
jabatan pengeluaran untuk jabatan kewangan untuk
sebarang penambahan mendapatkan sumber
pelaburan dalam bentuk aset kewangan bagi membuat
seperti pembelian mesin penambahan pelaburan
untuk menambah kecekapan
pengeluaran.

Menyediakan laporan Manakala Membuat bajet dan
kewangan berkaitan kos menyerahkan kepada
pengeluaran untuk tindakan jabatan kewangan untuk
kepada jabatan pengeluaran diluluskan.

Hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia.

Jabatan sumber manusia. Manakala Jabatan pengeluaran

Memberi maklumat Membuat unjuran keperluan
kebersediaan sumber manusia sumber manusia kepada
organisasi kepada jabatan jabatan sumber manusia.
pengeluaran untuk merancang
sebarang program dalam Manakala Memaklumkan kepada
jabatan jabatan sumber manusia
apabila berlaku pemecatan
Merekrut , membuat pemilihan, pekerja/pengurangan dalam
mengadakan program bilangan sumber manusia.
orientasi, melaksanakan
program latihan yang berkaitan
dengan jabatan pengeluaran

Melatih tenaga kerja mengikut Manakala Memaklumkan kepada
keperluan dan perubahan jabatan sumber manusia
dalam teknologi apabila berlaku keperluan
latihan oleh pekerja.

Apa yang akan kita pelajari

1. Menjelaskan proses pengeluaran merangkumi
input, proses transformasi, dan output.

2. Menjelaskan sistem dan subsistem pengeluaran.

2.1.5 Proses
pengeluaran

INPUT PROSES PENGELUARAN OUTPUT

PROSES
TRANSFORMASI
MAKLUM BALAS

SISTEM PENGELUARAN / PROSES PENGELUARAN

- Satu set pembolehubah yang saling berinteraksi untuk mencapai sesuatu objektif
- Fungsi pengeluaran merupakan satu sistem yang mentransformasikan input kepada ouput
- Maklum balas daripada pengguna penting untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik
- Sistem pengeluaran melibatkan pelbagai sistem lain yang mempengaruhi proses

pengeluaran

PROSES PENGELUARAN / SISTEM PENGELUARAN

Penyampaian MAKLUMBALAS INPUT Faktor pengeluaran yang
maklumat tentang PROSES digunakan untuk menghasilkan
hasil keluaran TRANFORMASI sesuatu keluaran dalam
disampaikan kepada organisasi
peringkat input dan Kaedah kawalan awalan
proses tranformasi /kawalan input dijalankan
melibatkan
✓ Kualiti produk Proses yang melibatkan
✓ Rupa bentuk penukaran input kepada output
Kawalan semasa/kawalan
produk proses dijalankan

OUTPUT Hasil akhir yang didapati
daripada proses pengeluaran
iaitu produk siap / separa siap
Kaedah kawalan selepas/
kawalan output dijalankan

RAJAH PROSES PENGELUARAN/SISTEM PENGELUARAN

INPUT Maklum balas OUTPUT
Bangunan dan PROSES TRANSFORMASI
Produk
peralatan 12 Perkhidmatan
Sumber bahan mentah 5 [Pengguna/Industri]

Sumber manusia 34
Sumber kewangan
Sumber maklumat

Sumber tenaga

Prestasi proses Pelanggan
Maklum balas

SUBSISTEM PENGELUARAN

- Sistem yang lebih kecil yang terdapat dalam sistem pengeluaran yang terlibat secara
langsung dalam membentuk satu sistem pengeluaran seperti subsistem pembelian.

- Setiap subsistem mempunyai objektif yang lebih sempit tetapi mesti selari dengan
matlamat keseluruhan organisasi

- Contohnya unit kecil di bawah sistem pengeluaran seperti unit kawalan inventori,
pengurusan logistik dan unit kawalan kualiti.

INGAT FAKTA PROSES PENGELUARAN
1. Input,
EVOLUSI PENGELUARAN 2. Proses transformasi,
1. Revolusi industri, 3. Output;
2. Pendekatan saintifik, 4. Maklum balas
3. Hubungan manusia,
4. Penyelidikan operasi, KAEDAH I L♥ U
5. Kualiti,
6. Globalisasi, I = INGATAN
7. Revolusi Teknologi Maklumat dan L = LATIHAN
U = UJIAN
Komunikasi (ICT);

JOM UJI MINDA

1. Berikan empat evolusi pengeluaran. [4m]
2. Berikan maksud pengurusan pengeluaran. [2m]
3. Nyatakan tiga peranan pengurusan pengeluaran kepada sesebuah organisasi

perniagaan.[3m]
4. Lakarkan gambar rajah proses pengeluaran. [5m]
5. Huraikan dua hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran.

[4m]
6. Jelaskan sumbangan Frederick W.Taylor dalam pengurusan pengeluaran. [6m]
7. Jelaskan dua cabaran pengurus pengeluaran. [6m]
8. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses pengeluaran bagi pengeluaran

perabot.[20m]
9. Terangkan empat cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran di kilang

pembuatan kereta. [16m]

Yang Baik-baik


Click to View FlipBook Version