The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqmahghani, 2021-10-20 00:01:48

Membeli Belah di Pasar Raya

Cikgu Amira
SK Kampong Layau

Adik Pandai Baca

Membeli belah
di pasar raya.

Amirahita 2019

Hari ini hari Sabtu.
Ayah Mira tidak
bekerja. Ayah Mira
mahu bawa Mira, adik
dan ibunya pergi ke

Pasar Raya Giant.

Ayah Mira ada kereta
Proton Saga merah.
Ayah Mira pandu
kereta Proton Saga
ke pasar raya.

Pasar Raya Gaint

terletak berhampiran
stadium dan klinik.
Pasar raya itu sangat
besar.

Banyak troli di luar
pasar raya. Ayah ambil
satu troli untuk kami isi
barang-barang.

Banyak barang diberi
harga promosi. Kami
sangat teruja.

Ayah mahu beli playar.
Ayah guna playar
untuk baiki paip di
rumah.

Ibu pula mahu beli ais
krim dan buah strawberi.
Ibu mahu buat puding
strawberi.

Adik minta ayah belikan
treler, trak dan traktor
mainan.

Adik mahu main bersama
kawan-kawannya.

Mira pula mahu beli
trompet dan krayon
untuk projek seni di
sekolahnya.

Kami pulang dengan
gembira.

Sebut perkataan berikut :

proton treler
klinik trak
stadium traktor
troli trompet
promosi projek
playar krayon
ais krim strawberi


Click to View FlipBook Version