The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KPPB antara kursus PSVK3423 dengan PSVK3433

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by waniekz2003, 2023-04-12 16:57:09

Model Organic Unity (Istana Maziah)

KPPB antara kursus PSVK3423 dengan PSVK3433

Istana Maziah, Kuala Terengganu CHE WAN NUR SYAWANI BINTI CHE WAN ABU TALIB


"Maziah Bahari"


Istana Maziah Lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Lokasi : Terletak berhampiran dengan Bukit Puteri. Istana ini masih digunakan untuk upacara rasmi seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.


Model Organic Unity Bentuk Subjek Kandungan Oleh Ocvirk (2001)


1. Kandungan (Why) Artis berasal dari negeri pantai timur iaitu, Terengganu. Istana ini berbeza daripada istana lain dari segi seni bina bangunan. Dibina dengan senibina Perancis dan menggantikan Istana Hijau. Bahan yang digunakan adalah kayu, batu bata, kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan. Singgahsana istana ini menghadap sebelah matahari terbit. Tema : Istana Lama Idea : Bangunan Istana Maziah, Kuala Terengganu Kenapa memilih Istana Maziah ? Untuk memenuhi tuntutan tugasan pentaksiran berterusan. Artis Ingin mempamerkan kemegahan dan kemewahan Istana Maziah yang makin tidak dikenali oleh masyarakat kini. Masyarakat dapat mengetahui sejarah pembinaan istana. Mesej tersurat: 1. 2. 3. Untuk mengekalkan warisan istana lama ini sebagai sebuah karya lukisan catan supaya istana ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Konsep "kalendar lama" dipilih oleh artis supaya istana ini sentiasa diingati. Kesan terbakar pada bahagian keliling kalendar menunjukkan bahawa Istana Maziah semakin dilupakan dan tidak terkenal. Teknik pualaman adalah corak tidak terancang. Artis ingin menyeimbangkan corak terancang pada bahagian garisan bangunan. Mesej tersirat : 1. 2. 3. 4.


Dalam penghasilan karya, artis memilih 2/3 bangunan istana Maziah untuk dijadikan sebagai subject matter. Untuk memfokuskan sebahagian besar senibina bangunan kepada para penghayat seni. Komposisi kalendar lama dipilih kerana ingin menunjukkan susunan tarikh peristiwa sesebuah organisasi dalam tahun berkenaan. 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) tepat pada hari Jumaat, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pukul 10 pagi. Pokok-pokok di bahagian tepi istana adalah untuk menunjukkan kedamaian atau keharmonian istana Maziah yang masih kekal utuh dipelihara sehingga kini. Subjek : Istana Maziah, kalendar (tipografi) dan pokok-pokok KENAPA ? 2. SUBJEK (What)


3. bentuk(how) Artis mengaplikasikan garisan tebal nipis, garisan bersudut, garisan berpancar, garisan melengkung dan garisan beralun. Jenis ruang dalam karya tersebut ialah ruang ilusi kerana berbentuk dua dimensi (2D). Ruang ilusi yang diaplikasikan ialah ruang rata kerana ruang yang dihasilkan apabila dilukis dan diolah dengan elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Karya adalah sebuah bentuk ilusi kerana bersifat 2D, biasanya dilihat dalam gambaran hasil catan, lukisan, cetakan dan foto. Karya ada mengaplikasikan rupa geometri, iaitu rupa yang mempunyai sempadan, bersudut, bersifat statik dan biasanya menggunakan alat geometri, misalnya pembaris untuk menghasilkannya. Catan adalah sebuah jenis rupa karya seni visual. Jalinan tampak dapat dilihat pada karya kerana ianya dapat dilihat serta tidak dapat disentuh Terdapat elemen warna panas sepeti kuning dan jingga yang memberi kesan terang dan garang pada bahagian istana dan latar belakang. Terdapat juga penggunaan warna sejuk seperti hijau yang memberi kesan tenang dan damai. Warna neutral seperti hitam dan putih. Bahasa seni visual terbahagi kepada unsur seni visual : 1.Garisan : 2. Ruang : 3. Bentuk : 4. Rupa : 5. Jalinan : 6. Warna :


3. bentuk(how) Ciri-ciri harmoni dapat dilihat jelas pada bentuk dan warna istana Maziah. Prinsip harmoni dari segi bentuk tingkap dan tiang istana. Wujud apabila ada unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain. Misalnya, terdapat kontra dari segi saiz rupa huruf dan angka pada karya, kontra warna pada warna latar belakang karya dan warna tipografi. Untuk menimbulkan kesan penegasan pada bahagian tipografi dalam karya. Penegasan warna gelap dalam kelompok warna gelap pada huruf-huruf dan angka-angka. Penegasan tipografi, serta penegasan dari segi saiz dan bentuk tipografi. Olahan garisan melengkung dan beralun yang berulang pada teknik pualaman. Bahasa seni visual terbahagi kepada prinsip rekaan : Harmoni : Kontra: Penegasan : Irama dan pergerakan :


Proses perkembangan karya


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version