The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Log KRS berkaitan perlembagaan, sejarah, struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran serta perancangan orientasi unit beruniform KRS di sekolah rendah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by waniekz2003, 2024-03-17 01:25:01

Buku Log KRS

Buku Log KRS berkaitan perlembagaan, sejarah, struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran serta perancangan orientasi unit beruniform KRS di sekolah rendah.

7) AJK Biasa : Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS. Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS. Mempengersikan biro-biro kecil sekiranya dilantik. 8) Ketua Pentadbir : Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri. Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS. Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan. Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri. Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri. Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS. Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO. Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan. 9) Ketua Jurulatih : Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS. Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS. Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas - jurulatih dalam sesuatu program. Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri. Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai. Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri. Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai Tatacara perkhemahan.


Perjalanan program > Aspek keselamatan 1) Pegawai Teknikal : Pegawai Kanan Negeri. Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih. Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS. Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal. Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti. Menyelia ahli jawatankuasa teknikal. Bertanggungjawab dari aspek teknikal. Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian. Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri. 2) Pegawai Istiadat : Pegawai kanan KRS Negeri. Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita. Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS. Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri. Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet wanita. 3) Pegawai Data / Maklumat : Mengumpul data atau maklumat tentang : - Pegawai - Jurulatih - Ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS. Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet - semua peringkat.


Mengemaskini data. Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet. Bertanggungjawab terhadap : (berhubung dengan statistik KRS dan TKRS) - Pengarah Pelajaran Negeri - Ketua Unit Kokurikulum - Penyelia Kokurikulum JPN Negeri Membantu Pegawai Tadbir - Ketua Jurulatih - Pegawai Teknikal - Pegawai Istiadat - Pegawai HELWA 4) Penolong-Penolong Pegawai KRS dan TKRS : Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai-pegawai kanan. dalam merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti. Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS. Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri.


4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN : Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelaiar di SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAJAAN. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli. pengurusan dan pentadbiran krs


KUASA PENGANJUR Penganjur dibahagi kepada empat peringkat : Peringkat Kebangsaan - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Peringkat Negeri - Pengarah Pendidikan Malaysia. Peringkat Daerah - Pegawai Pendidikan Daerah. Peringkat Sekolah - Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing. Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS : Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. >>> Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/ Negari/ Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. >>> Pengecualian daripada melaksanakan lathan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar.


>>> Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan. Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki. >>> Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan pemeriksaan. Meyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/ maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin sekolah atau wakil sekolah. STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


STRUKTUR UNIT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


SISTEM PANGKATTKRS DAN KRSIPGM


SISTEM PANGKAT TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET/MURID - TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN - TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET/MURID - KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) IPGM KPM SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) IPGM KPM


5.0 PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM KRS DI SEKOLAH


PERANCANGAN ORIENTASIUNIT BERUNIFORM KRS DISEKOLAH RENDAH BERKAITAN ORGANISASI


Rancangan tahunan aktiviti KRS mengandungi perancangan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang sesi persekolahan berdasarkan Buku Panduan KRS dan TKRS seperti kawad, aktiviti kerohanian, ujian kecergasan, ikhtiar hidup, pertolongan cemas, perkhemahan dan lain-lain. RANCANGAN TAHUNAN


RANCANGAN MINGGUAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM Rancangan mingguan aktiviti KRS mengandungi perancangan aktiviti yang akan dilakukan pada perjumpaan mingguan unit beruniform. CONTOH:


LAPORAN AKTIVITI Komponen-komponen yang terdapat di dalam laporan aktiviti : Tajuk Negeri Daerah Nama persatuan/ kelab Tempat Tarikh Ketua penasihat Bilangan ahli persatuan Bilangan penceramah jemputan Bilangan penasihat Kekuatan ativiti Kelemahan Cadangan penambahbaikan Senarai nama jurulatih, penceramah dan peserta aktiviti yang terkini Gambar-gambar semasa aktiviti Tandatangan Tarikh


Click to View FlipBook Version