The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by waniekz2003, 2021-11-07 12:07:12

KK BMMB1094 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KK BMMB1094 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
BMMB1094 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR : CHE WAN NUR SYAWANI BINTI CHE WAN
ABU TALIB
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 2021292310060
KUMPULAN/ UNIT : 030108-11-0568
KOD DAN NAMA KURSUS : PPISMP/ BM3
NAMA PENSYARAH : BMMB1094 KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
TARIKH HANTAR : TN. HJ. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
: TUGASAN 1 : 30 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Syawani Tarikh : 30/10/2021

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

PENGHARGAAN 3

TUGASAN 1 :
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEUPAYAAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 4

2.1 Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar 4
2.2 Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur 6
2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keupayaan Mendengar 7
2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keupayaan Bertutur 8

3.0 PENUTUP 9

BIBLIOGRAFI 10

LAMPIRAN

2

PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke hadirat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah bagi kerja kursus ini iaitu Tn. Hj.
Mohd Yusof Bin Abdullah atas bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan sepanjang tempoh
menyiapkan tugasa kerja kursus ini.
Selain itu, penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain
kerana telah membantu dan menghulurkan dorongan kepada saya. Ribuan mohon maaf
kepada pensyarah dan rakan-rakan sekalian yang terlibat dalam penyelesaian kerja kursus
ini sekiranya ada salah dan silap atau apa-apa sahaja kekurangan yang timbuldaripada diri
saya.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3

TUGASAN 1 :
PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SERTA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEUPAYAAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR
Oleh:

CHE WAN NUR SYAWANI BINTI CHE WAN ABU TALIB
BAHASA MELAYU SK 3

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan penulisan adalah untuk membincangkan kemahiran mendengar dan bertutur.
Mendengar dan bertutur merupakan sesuatu perbuatan yang kerap dilakukan oleh setiap
orang. Dalam konteks bahasa Melayu, kedua-dua kemahiran ini dikenali sebagai kemahiran
lisan. Seseorang individu itu mestilah menguasai kemahiran-kemahiran ini agar dapat
memahami setiap perkara yang didengar dan diungkapkan oleh orang lain, kemudian
memberi reaksi atau respon kepada perkara tersebut. Menurut ILA (1996, seperti dinyatakan
dalam Nurul Farahiyah, 2020), kemahiran mendengar bermaksud satu proses menerima
atau memahami makna dan bertindak balas terhadap sesuatu percakapan atau bukan
percakapan. Sidek (n.d.) menyatakan bahawa kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita,
dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan
ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Yahya Don (2005, seperti
dinyatakan dalam Helmeleya, n.d.) berpendapat bahawa kemahiran bertutur merangkumi
keupayaan pelajar untuk menyampaikan maklumat, pendapat dan perasaan serta idea yang
kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan secara sopan.

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam perenggan ini, penulis akan membincangkan peringkat-peringkat dan faktor-faktor
yang mempengaruhi kemahiran mendengar serta bertutur.

2.1 Peringkat- Peringkat Kemahiran Mendengar
Siti Hajar Abdul Aziz (2011, seperti dinyatakan dalam Muhammad Al Afzan, 2018)

menyatakan bahawa terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar, iaitu peringkat awal,

4

peringkat pertengahan dan peringkat maju. Ketiga-ketiga peringkat ini mestilah dicapai agar
seseorang individu itu boleh berkomunikasi dengan baik. Menurut Sidek (n.d.), pada
peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan
memilih bunyi. Mereka akan diajar untuk mendengar dan mengecam makna perkataan,
rangkai kata dan pelbagai ayat dalam petikan. Justeru pada peringkat awal ini juga, pelajar
akan melakukan perkara dan aktivti yang disuruh oleh guru. Contohnya, guru menyuruh
pelajarnya untuk menggayakan gaya seekor ayam, maka pelajar tersebut akan bertindak
balas kepadanya dengan gaya aksi seperti seekor ayam mengikut kreativiti masing-masing.
Di situ, apabila pelajar dapat menjalankan arahan sesuai seperti yang disuruh, maka
jelaslah mereka telah menguasai peringkat permulaan ini. Selain itu, pelajar juga akan
pantas bertindak terhadap soalan-soalan mudah dalam peringkat awal ini, malah pelajar-
pelajar juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan
tepat.

Seterusnya, pada peringkat kedua, iaitu peringkat pertengahan dalam kemahiran
mendengar, beliau menjelaskan bahawa pelajar didedahkan untuk mengecam atau
mengesan dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Pelajar juga diajar
untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus, misalnya guru
memberitahu pelajar tentang sebuah kebakaran yang terjadi baru-baru ini. Berpandukan
maklumat yang didapat, mereka dapat meningkatkan pengetahuan serta mengetahui
tentang cara-cara untuk mengelakkan kebakaran itu. Menurutnya, para pelajar ini akan
didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dilakukan. Disamping
itu, pelajar juga akan diajar untuk mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
dalam kehidupan sosial serta ditanamkan ilmu dalam aspek mengenal sikap dan perasaan
orang yang bercakap. Hasilnya, mereka akan dipupuk untuk menjadi seorang pendengar
yang baik dengan sentiasa memfokuskan perhatian terhadap penyampai. Hal ini demikian
adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menyinggung perasaan penyampai sekaligus
ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada pelajar terbabit.

Akhirnya, pada peringkat maju dalam kemahiran mendengar, beliau menyatakan yang
murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Contohnya, dalam sebuah karangan, guru akan
mengajar bagaimana untuk mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam karangan
tersebut. Cadangan aktiviti untuk murid pula adalah murid-murid dapat berbincang secara
berkumpulan untuk mencari isi-isi penting dalam teks tadi (Emyhaimi, 2012). Sidek (n.d.)
menjelaskan lagi bahawa pelajar akan dapat mengenal peranan dan perhubungan orang
yang bercakap. Dengan itu, pelajar akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang

5

bercakap agar pelajar dapat membezakan fungsi tekanan dan intonasi dalam sesebuah
pertuturan. Sebagai contoh, dalam sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar mendengar
dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Menurutnya lagi, mereka
juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama
ada merujuk kepada guru ata rakan-rakan. Dalam peringkat ini, pelajar dididik untuk
mengikut aliran dalam dialog atau perbualan dan mereka dapat mentafsirkan tujuan penutur
menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

2.2 Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga
mempunyai tiga peringkat dan semuanya perlu dipelajari secara satu demi satu. Pada
peringkat awal, Emyhaimi (2012) menjelaskan bahawa pelajar perlu menguasai beberapa
kemahiran. Antaranya, pelajar mestilah melafazkan ucapan bertatatusila. Contohnya, pelajar
memberikan respons yang sesuai dalam sesuatu perbualan. Pelajar juga hendaklah
menguasai kemahiran mengajuk perkataan dan ayat yang didengar, menyoal untuk
mendapatkan maklumat serta membuat teguran atau kenyataan mudah mengenai sesuatu
situasi. Menurutnya, pada peringkat awal, pelajar juga perlu menyoal soalan-soalan mudah
berdasarkan situasi-situasi tertentu, kemudian bertindak terhadap soalan-soalan mudah dan
akhirya memberi arahan. Contoh arahan yang boleh diberikan ialah “Tolong padamkan
papan putih.” Justeru, pelajar juga hendaklah pandai membuat ayat tentang diri, rakan, ibu
bapa serta membina ayat berpandukan gambar rangsangan, misalnya pelajar itu
melontarkan soalan-soalan menggunakan gambar yang mereka lihat.

Selanjutnya, pada peringkat pertengahan, antara perkara yang pelajar perlu tahu ialah
membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Menurutnya, guru akan bercerita
berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada pelajar lalu
mendekripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa itu sekaligus memberi satu siri arahan
untuk melaksanakan sesuatu. Dalam aktiviti mendeskripsi ini, pelajar dibenarkan berkongsi
pendapat melalui pengalaman yang dilalui masing-masing. Berpandukan pengalaman
tersebut, berlakunya aktiviti menyoal dan menjawab soalan-soalan, misalnya berkaitan
dengan hal peribadi seseorang dan lain-lain. Disamping itu, pelajar juga perlu pandai
memberi ucapan pendek dan ringkas, kemudian pelajar lain mengambil bahagian dalam
perbualan itu dengan memberi komen secara ringkas serta membuat ulasan, menyatakan
pendapat secara mudah di dalam kelas.

6

Pada peringkat akhir, iaitu peringkat maju, terdapat beberapa teknik yang pelajar perlu
kuasai. Antaranya, pelajar mesti pandai mendeskripsi sesuatu peristiwa, objek, proses dan
lain-lain pada peringkat ini lalu mereka bercerita dengan menggunakan alat pandang atau
tanpa menggunakannya serta mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau
dialog. Emyhaimi (2012) turut menjelaskan bahawa pelajar boleh memberikan pendapat
mereka tentang tajuk yang dibincangkan secara bertatatusila dalam perbualan atau dialog
tadi. Justeru, pelajar juga perlu kuasai keupayaan untuk bertanya bagi mendapatkan
maklumat pada peringkat maju ini, menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan,
memberitahu arah atau hala sesuatu tempat, memberi ceramah atau syarahan (yang
disediakan) serta mengambil bahagian dalam perbahasan, forum dan sebagainnya.
Menurutnya, pelajar juga hendaklah memasuki aktiviti drama dan lakonan,
mendeklamasikan puisi, meyampaikan komen, ulasan atau laporan dan akhirnya mengkritik
cerpen, pendapat, novel dan lain-lain.

2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keupayaan Mendengar

Dalam menguasai keupayaan mendengar, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pendengaran tersebut seperti faktor fizikal dan faktor bunyi. Bagi faktor
fizikal, ianya berkait rapat dengan anggota badan seseorang. Kanak-kanak normal
mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan (Balqis, 2019).
Menurutnya, peringkat kemahiran ini berbeza bagi setiap orang. Ada orang yang
mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak
tergolong dalam cacat pendengaran. Bee (1995, seperti yang dinyatakan dalam Aidah et al.,
2016) menekankan bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran adalah
mereka yang mempunyai kesukaran pendengaran atau pendengarannya kurang jelas.
Menurut Cruickshank dan Johnson (1975, seperti yang dinyatakan dalam Norasiah, 2016),
kanak-kanak cacat pendengaran ditakrifkan sebagai kebolehan kanak-kanak itu
menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialaminya. Sebenarnya, tiada
perbezaan ketara antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengaran, tetapi ketidakupayaan ini yang membezakan tahap mereka untuk
menerima maklumat dengan jelas dan bertindak terhadap rangsangan bunyi tersebut.

Selain itu, faktor bunyi juga mempengaruhi keupayaan mendengar. Gangguan bunyi
ketika mendengar seperti bunyi bising boleh mengganggu kanak-kanak untuk mengamati

7

sesuatu bunyi tersebut. Kebiasaannya, persekitaran sekeliling seperti bilik darjah adalah
salah satu sumber kepada kebisingan. Kryter (1985, seperti dinyatakan dalam Siti Jamiah et
al., 2012) mendapati bahawa bunyi bising yang berterusan boleh mengurangkan tahap
kecekapan hasil pekerjaan manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, gangguan bunyi ini
dapat mengakibatkan kanak-kanak tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi yang
didengar terutama di dalam kelas sekaligus menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.
Contohnya, seseorang pelajar itu mungkin sukar untuk melaksanakan arahan yang
diberikan oleh guru seperti diminta untuk menjawab soalan-soalan mudah. Puncanya kerana
pelajar tersebut tidak dapat menangkap bunyi yang didengarinya. Justeru, bagi seseorang
yang dapat mendengar dengan teliti, mereka bukan sahaja akan mengetahui setiap fakta,
tetapi juga akan berupaya mengesan perasaan (feelings) yang tersembunyi disebalik
sesuatu yang dilafazkan ( Safri Samit, 1986). Jelaslah, gangguan bunyi boleh menjejaskan
keupayaan mendengar seseorang.

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keupayaan Bertutur

Dalam menguasai kemahiran bertutur, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
pertuturan seseorang. Antaranya ialah faktor kecerdasan. Menurut Steven J. Gould dari
Harvard (1994, seperti dinyatakan dalam Kadek Suarca et al., 2016), kecerdasan ialah
kapasiti mental umum yang meliputi kemampuan untuk memberikan alasan, membuat
rencana, memecahkan masalah, berfikir abstrak, menangani idea yang kompleks, belajar
daripada pengalaman dan boleh diukur dengan ujian IQ yang tidak dipengaruhi oleh budaya
dan genetik yang memainkan peranan besar. Berdasarkan pernyataan beliau, individu yang
kurang cerdas mungkin tidak mampu melakukan perkara-perkara tersebut kerana daya
pemikiran mereka lemah berbanding dengan individu yang cerdas. Oleh itu, kecerdasan
otak seseorang juga mempunyai hubungan dalam menghasilkan ayat ketika bertutur.
Menurut kajian yang dijalankan ke atas pelajar pelbagai kaum oleh Zamri Mahamod et al.
(2006, seperti dinyatakan dalam Chew Fong, P & Abdul Jalil, 2008), dari segi keupayaan
pula jelas bahawa pelajar cerdas lebih terserlah berbanding pelajar sederhana dan lambat.
Oleh hal yang demikian, seseorang itu dapat dibezakan tahap kecerdasannya melalui cara
pertuturan mereka sama ada dari aspek kemampuan mereka dalam menyelesaikan
masalah atau menghasilkan idea-idea.

Disamping itu, faktor kesihatan juga mempengaruhi seseorang untuk bertutur dengan
baik. Tahap kesihatan kanak-kanak berperanan besar dalam kemahiran bertutur. Jika

8

seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan
tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan (Mya Afifi, 2009).Kebiasaannya,
kanak-kanak yang mempunyai tahap kesihatan yang lemah ini kurang berupaya untuk
berfikir dan bertutur dengan lancar. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai penyakit
seperti afasia akan menghadapi situasi seperti sulit untuk mengujarkan sesuatu perkataan
dan tidak dapat membaca dan mengeja sesuatu perkataan (Zaitie, 2016). Kanak-kanak
yang menghidapi penyakit ini mempunyai perbezaan dari segi cara percakapan berbanding
kanak-kanak normal sebaya dengannya. Menurutnya, akibat gangguan pada bahagian otak,
afasia memberi kesan terutama kepada kemahiran memahami bahasa, bahasa sebutan,
membaca dan menulis pada tahap yang berbeza. Kesannya, ianya menjejaskan komunikasi
individu itu. Perkara yang dapat dirumuskan di sini adalah, keupayaan bertutur bukan
sahaja disebabkan oleh afasia sahaja, tetapi kanak-kanak yang mempunyai tahap kesihatan
yang lemah akibat daripada sakit seperti strok atau angin ahmar juga boleh mengganggu
percakapan mereka.

3.0 PENUTUP

Rumusannya, mendengar dan bertutur merupakan kemahiran lisan yang terpenting
dan utama serta mesti dikuasai oleh murid. Dalam usaha mencapai penguasaan terhadap
kedua-dua kemahiran ini, murid-murid perlu mempelajarinya secara berperingkat-peringkat,
iaitu bermula daripada peringkat awal, pertengahan dan akhirnya maju agar perkembangan
mereka dalam bilik darjah sentiasa cemerlang. Pengabaian kemahiran-kemahiran ini boleh
mengganggu pemerolehan dan penyaluran maklumat antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, kemahiran mendengar dan bertutur ini mempunyai beberapa
halangan seperti masalah kesihatan, kebisingan dan lain-lain, namun ianya bergantung
kepada usaha murid-murid atau orang sekeliling untuk membantu mereka. Sebenarnya,
keadaan sulit ini sendiri telah mencipta ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai
ketidakupayaan dalam semua kemahiran ini untuk berusaha mencapai objektif mereka
dalam kedua-dua kemahiran ini agar mereka boleh setaraf dan sejajar dengan murid-murid
yang lain di dalam bilik darjah.

9

BIBLIOGRAFI

Aidah Alias, Nadzri Mohd Sharif, Nor Fariza Baharuddin, Meor Hasmadi Meor Hamzah &

Farihan Zahari. (2016). Penerokaan kesan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan visual imej dalam kalangan pelajar cacat pendengaran. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(1). 336.
http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14744

Balqis Abdul. (2019, Mac 15). 137305127 Kemahiran Medengar.

https://www.slideshare.net/BalqisAbdul/137305127-kemahiranmendengar

Emyhaimi. (2012, April 25). Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar.

https://perkongsianminda.blogspot.com/search?q=peringkat-
peringkat+kemahiran+mendengar

Helmeleya Mohd Jamil. (n.d.). Kajian Pengajaran: Meningkatkan Kemahiran Bertutur bagi
Murid Sekolah Rendah.
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/regional-
conferences/49-
kajian_pengajaran_meningkatkan_kemahiran_bertutur_bagi_murid_sekolah_rendah.
pdf

Muhammad Al Afzan Bin Ali Hussin. (2018, April 30). Peringkat Kemahiran Mendengar.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peringkat-kemahiran-mendengar.html

Mya Afifi. (2009, Jun 21). Kemahiran Berbahasa.
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa.html

Norasiah Nasir. (2016, Julai 28). Penulisan Ilmiah 1.
https://www.scribd.com/document/319564486/penulisan-ilmiah-1

Nurul Farahiyah Binti Rosdi. (2020, September 9). Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Serta Konsep Membaca. https://konsepmembaca.blogspot.com/2020/11/kemahiran-
mendengar-dan-bertutur-oleh_9.html

Peng, C. F., & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur

dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia. Sosiohumanika, 1(1). 170-171.
https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/332
Safri Samit. (1986). Pendengaran Tanpa Mendengar: Satu Analisis Terhadap Peranan
Mendengar Dalam Berkomunikasi. Analisis, 1(1). 107.
http://repo.uum.edu.my/id/eprint/962
Sidek Ab Aziz. (n.d.). Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi.
https://slideplayer.com/slide/14226353/
Siti Jamiah Tun Jamil, Mohd Najib Abd Rashid & Suryani Ahmad. (2012). Bunyi Bising

Trafik: Persepsi dan Gangguan Pembelajaran di Kalangan Pelajar Sekolah. In: 1st
International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built
Environment 2012 (ICITSBE 2012). Universiti Teknologi MARA Perak, 16-17
April. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43348/

Suarca, K., Soetjiningsih, S., & Ardjana, I. E. (2016). Kecerdasan Majemuk Pada Anak.

10

Sari Pediatri, 7(2). 86. https://www.saripediatri.org/index.php/sari-
pediatri/article/download/857/791
Zaitie Satibi. (2016, Julai 17). Payahla… nak cakap!. Harian Metro.
https://api.hmetro.com.my/node/152246

11

LAMPIRAN
12


Click to View FlipBook Version