The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 860-9-ammar, 2023-07-01 08:46:20

PBS

PBS

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,LEMBAH PANTAI,KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 1 SEMESTER 3 PORTFOLIO NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMMAR ARSYAD BIN MOHD ZAINI NO KAD PENGENALAN : 030108-01-0743 ANGKA GILIRAN : 2022192340252 KELAS : A11 KOD KURSUS : PRKA3151 NAMA KURSUS : PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) NAMA PENSYARAH : DR.NOOR MUSLIEAH BINTI MUSTAFA KAMAL TARIKH HANTAR : 3 JULAI 2023 PENGHARGAAN PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : AMMAR Tarikh : 03/07/2023


ر ِحْيِم م ِن ال َّ ٰ ر ْح بِ ْسِم ِهللا ال َّ Alhamdulilah,saya bersyukur dengan kudrat yang dikurniakan,saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.Ini merupakan tugasan pertama saya di Institut Pengajian Tinggi(IPT).Secara jujurnya saya menghadapi kesukaran membuatnya kerana ini merupakan kali pertama membuat tugasan dan saya agak risau.Walaubagaimanapun,saya bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang membimbing saya iaitu Dr Noor.Muslieah kerana memberi tunjuk ajar sepanjang proses pembelajaran ini.Hal ini yang menyebabkan,saya dapat membuat tugasan ini dengan sebaiknya. Kemudian,saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan dorongan sepanjang saya membuat tugasan ini.Mereka sebagai pembimbing dan pembakar semangat bagi saya untuk membuat tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sebaya serta rakan-rakan senior yang banyak memberikan panduan kepada saya dalam meyelesaikan tugasan ini.Mereka menjawab segala persoalan saya dengan jawapan yang sangat memuaskan. Akhir sekali,saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.


SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN ii SENARAI KANDUNGAN iii KANDUNGAN PORFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH iv 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 1 2.0 BIODATA DIRI 2 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1 Pernyataan Sebelum PBS 3 3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus 7 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 4.1 Pemerhatian 14 4.2 Senarai Semak 15 4.3 Temu bual 16 4.4 Soal Selidik 16 5.0 KOLABORATIF 5.1 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 18 5.2 Perbincangan dengan Pembantu Tadbir Sekolah 20 5.3 Perbincangan dengan Guru Disiplin 21 5.4 Perbincangan dengan Guru Bahasa Melayu 22 5.5 Perbincangan dengan Penyelia Kantin Sekolah 24 5.6 Interaksi dengan murid 25 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH 6.1 Pemerhatian 26 6.2 Senarai Semak 26 6.3 Temu bual 27 7.0 REFLEKSI 28 8.0 LAPORAN AKHIR 33 LAMPIRAN


KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester_ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh: Nama :


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN


2.0 BIODATA DIRI INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU NAMA : MUHAMMAD AMMAR ARSYAD BIN MOHD ZAINI NO. KAD PENGENALAN : 030108-01-0743 ALAMAT RUMAH : NO 2,JALAN AMAN 14,TAMAN AMAN,86000,KLUANG,JOHOR. NO. TELEFON : 018-7839601 E-MEL : [email protected] PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU TAHUN DAN SEMESTER : TAHUN 1 SEMESTER 3 NAMA SEKOLAH PBS : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3 KOD SEKOLAH : JBB2052 ALAMAT SEKOLAH : KM 5,JALAN MERSING,86000 KLUANG,JOHOR NO. TELEFON SEKOLAH : 07-7711736 TARIKH PBS : 11 – 22 JUN 2023


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 3.1 PERNYATAAN PBS I. SEBELUM PBS Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan,pelajar diminta untuk menghadiri taklimat berkaitan PBS daripada Encik Umar Norman yang merupakan pensyarah penyelaras daripada Unit Praktikum telah disampaikan kepada pelajar PISMP Tahun 1 semester 3 yang terlibat dalam PBS.Taklimat tersebut berlaku pada 6 Jun 2023 di Dewan Za’Ba,IPG Kampus Bahasa Melayu.Taklimat ini memberikan pendedahan awal dan bimbingan untuk menghasilan E-portfolio dan refleksi berkaitan PBS.Soalan-soalan tugasan telah diberikan di Google Classroom dan rujukan juga telah disediakan oleh pensyarah. Fokus utama PBS ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan awal dan memberi kefahaman kepada pelajar tentang alam persekolahan yang sebenar dan membentuk perspektif seorang guru.Pelajar juga akan dapat mengetahui sistem pengurusan sekolah,tingkah laku murid dan tugas sebenar seorang guru.Semua maklumat akan diperoleh melalui pemerhatian,temu bual dan senarai semak yang dibuat oleh pelajar siswa sendiri.PBS ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),iaitu guru pelatih akan mendalami alam persekolahan dengan lebih mendalam secara pratikal. Selain itu,fokus utama PBS ini adalah untuk memastikan guru pelatih dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.Dua minggu yang akan diberikan kepada guru pelatih akan digunakan untuk membuat pemerhatian di sekolah mengenai amalan budaya yang dilakukan di sekolah itu.Segala maklumat akan diperoleh melalui pemerhatian serta temu bual.Hal ini demikian,kemahiran interaksi dapat dtingkatkan dalam diri guru pelatih.PBS ini akan dapat membina sikap yang positif serta mencintai profesion perguruan dalam diri guru pelatih. Tujuan PBS kali ini dijalankan adalah untuk menghasilkan portfolio berkaitan aktiviti semasa PBS.Segala aktviti dan catatan akan dilampirkan dalam portfolio ini.Saya akan melengkapkan portfolio ini dengan menjalankan pemerhatian dan temu bual mengenai sekolah.Saya akan membuat tugasan berdasarkan soalan-soalan yang diberikan di Google Classroom.Saya dapat mengenal pasti borang-borang yang penting yang perlu diisi bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.


Refleksi perlu dibuat setelah PBS ini dijalankan bagi meningkatkan pemahaman tentang tugas dan tanggungjawab seorang guru.Refleksi ini merupakan satu instrumen kendiri pada akhir PBS yang perlu dilakukan oleh guru pelatih.Sesi refleksi ini berfungsi sebagai penilaian akhir dan pengdokumentasikan PBS ini.Ini merupakan kali pertama untuk saya menjalani PBS dan saya berasa agak gementar.Saya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan memahami cara PdP berlangsung.Oleh itu,saya akan menjalankan PBS di SK Batu 3 bersama rakan-rakan saya selama dua minggu bermula dari 11 Jun sehingga 22 Jun.Saya akan membuat persediaan sebelum menghadapi PBS dengan menyediakan segala borang yang perlu ditandatangani oleh orang yang ditemu bual.Saya berharap saya dapat menjalani PBS dengan baik dan dapat melengkapkan tugasan dengan cemerlang. II. SEMASA PBS Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah,saya telah melakukan beberapa kajian mengenai sekolah yang telah saya pilih,iaitu SK Batu 3.Saya membuat kajian mengenai sistem pengurusan di sekolah.Sekolah ini diuruskan oleh empat orang pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar,Penolong Kanan 1,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.Kebanyakkan guru di sekolah ini terdiri daripada guru wanita. Sewaktu PBS di sekolah,saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai budaya di sekolah itu seperti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.Saya dapat bekerjasama dengan guru-guru dan komuniti di sekolah tersebut.Mereka memberikan kerjasama yang sangat baik untuk saya menyiapkan tugasan PBS ini dengan cemerlang.Beberapa kolaboratif yang telah saya lakukan bersama guru-guru di sekolah tersebut.Saya juga mendapat guru bimbingan yang merupakan ketua panitia Bahasa Melayu di sekolah tersebut.Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan pengalaman kepada saya semasa PBS.Pelbagai program yang menarik telah dijalankan di sekolah itu selaras dengan Dasar Pendidikan terkini. III. SELEPAS PBS Selepas menjalani PBS,saya telah mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani PBS ini.Saya telah mengisi semua borang yang dinyatakan di soalan tugasan tersebut.Saya juga telah mendapat pengalaman serta kehidupan sebagai seorang guru.Saya juga telah memperoleh ilmu pengetahuan yang dapat digunakan pada waktu akan datang.Contohnya,cara untuk menguruskan murid-murid di sekolah.Saya juga dapat melihat bagaimana Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dilaksanakan sewaktu PdP dijalankan.


Saya dapat banyak input yang berguna daripada pentadbir sekolah.Mereka menceritakan mengenai sistem pengurusan sekolah yang harus dilaksanakan mengikut piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Dasar pendidikan juga diterapkan di sekolah tersebut dan kebitaraan di sekolah tersebut ada STEM,iaitu Science,Techology,Engineering dan Mathematics.Saya juga dapat melihat prasarana yang terdapat di sekolah tersebut dan digunakan dengan sebaiknya.Tambahan pula,saya dapat menilai bahawa ruang pembelajaran yang sempit dapat menganggu PdP murid dan menyebabkan emosi mereka terganggu.Suasana yang kondusif perlu diwujudkan untuk memberikan semangat kepada murid-murid.Guru-guru memainkan peranan yang penting dengan perlu menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.Guru yang sentiasa ceria akan menyebabkan murid-murid gembira dan seronok untuk hadir ke sekolah.


3.2 LAPORAN PELAKSAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Semasa menjalankan PBS selama dua minggu,saya telah melaksanakan beberapa aktiviti yang seperti yang telah dirancang berdasarkan senarai semak tugasan yang diberikan.Berikut merupakan aktiviti yang telah berjalan selama dua minggu di SK Batu 3. BIL TARIH HARI AKTIVITI 1 11 Jun 2023 Ahad - Memaklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah tujuan hadir ke sekolah. - Melapor diri kepada Encik Nasaruddin bin Ahmad,guru besar SK Batu 3 di pejabat sekolah - Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah sesi pagi. - Membuat sesi temu bual dengan Puan Jamaliah binti Osman,jururawat di bilik rawatan dan kesihatan berkenaan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan bagi tahun 1 dan tahun 6 2 12 Jun 2023 Isnin - Bertugas untuk menjaga dan melakukan ujian segak bagi murid tahun 6 - Berjumpa dengan guru data sekolah,Cikgu Saadiah binti Ali bagi mendapatkan maklumat umum sekolah - Membuat sesi temu bual bersama Cikgu Hawa binti Kamsidi,guru bertugas bagi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di bilik khas RMT bagi mendapatkan maklumat lanjut


3 13 Jun 2023 Selasa - Bertugas sebagai fasilitator ujian segak bagi murid tahun 5 - Membuat sesi temu bual bersama Cikgu Ros Faridah binti Abd Rahim,Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berkaitan aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah tersebut. - Menemu bual guru Ketua Panitia Bahasa Melayu,Cikgu Rabtah binti Ismail berkaitan kaedah pengajaran yang digunakan semasa mengajar. 4 14 Jun 2023 Rabu - Turun ke padang sekolah bagi minggu kokurikulum untuk aktiviti sukan dan permainan - Mengajar murid di padang bermain ‘softball’ bersama guru bimbingan.Cikgu Siti Aisah binti Diron - Bertugas menjaga dan mengawal murid tahun 4 untuk ujian segak - Menjaga kelas Pendidikan Moral kelas 5 Berlian dengan membuat aktiviti soal jawab bersama mereka 5 15 Jun 2023 Khamis - Menghadiri perhimpunan bacaan yasin di Dewan Ibnu Sina. - Mengganti kelas Cikgu Halim bin Salehan,6 Zamrud waktu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). - Menemubual Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Cikgu Mastahir bin Md Amin bagi memperoleh maklumat berkaitan kegiatan sukan sekolah.


6 18 Jun 2023 Ahad - Menghadiri perhimpunan mingguan di Dewan Ibnu Sina. - Membantu guru membuat garisan di padang seklah - Menemu bual Cikgu Kamal Arifin bin Atan selakuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkaitan kurikulm di sekolah. 7 19 Jun 2023 Isnin - Membantu cikgu Ros Faridah binti Abd Rahim di padang untuk pemilihan olahraga sekolah ke peringkat MSSD. 8 20 Jun 2023 Selasa - Memasuki kelas 6 Berlian untuk membantu Cikgu Maslia binti Darum bagi memantau Projek Kuih Tradisional yang diadakan di Dewan Ibnu Sina. - Mengajar mata pelajaran bahasa Melayu kelas 4 Zamrud tentang cara untuk membina ayat. - 9 21 Jun 2023 Rabu - Menghadiri perjumpaan kelab dan persatuan bahasa Melayu sempena perjumpaan minggu kokurikulum. - Mengadakan sesi temu bual bersama guru besar,Cikgu Nasaruddin bin Ahmad berbincang mengenai TS25 sekolah tersebut. -


10 22 Jun 2023 Khamis - Menghadiri perhimpunan bacaan yasin dan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar IPG di Dewan Ibnu Sina. - Mengganti kelas 3 Delima. - Jamuan makan diadakan di bilik guru. - Perjumpaan bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi sesi penyerahan dokumendokumen yang telah disahkan.


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK BATU 3,KM 5,JALAN MERSING,86000,KLUANG,JOHOR. 2 No. Telefon Sekolah 07-7711736 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah ENCIK NASARUDIN BIN AHMAD 6 Nama PK Pentadbiran ENCIK KAMAL ARIFFIN BIN ATAN @ ABD RAHIM 7 Nama PK HEM PUAN JUHARIAH BINTI SEDEK 8 Nama PK Kokurikulum ENCIK MASTAHIR BIN MD AMIN 9 Nama Penyelia Petang ENCIK MOHD ROSMAN BIN SABRI 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 13 ORANG Perempuan: 37 ORANG 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 44 ORANG Bukan Siswazah: 6 ORANG 13 Bilangan Kelas 22 14 Purata Saiz Kelas 31 orang 15 Jumlah Murid 687 Melayu Cina India Lainlain Lelaki 319 18 24 Perempuan 287 12 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini


PRASARANA SK BATU 3 Dewan Ibnu Sina Wakaf Bilik Pemulihan Bilik Guru Surau Kantin Sekolah


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 4.1 PEMERHATIAN Dalam menjalankan tugasan PBS ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian,Saya telah menjalankan pemerhatian berkaitan prasarana yang terdapat di sekolah ini.Prasarana yang disediakan di sekolah adalah dalam keadaan yang sangat baik dan mampu memberikan suasana pembelajaran yang kondusif terhadap murid-murid. Selain itu,saya juga melakukan pemerhatian di sekolah.Keadaan sekolah berada dalam keadaan yang sangat memuaskan kerana dipengaruhi oleh bangunan sekolah yang berada di sebelah SK Batu 3 ini,iaitu Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara.(STAB).Namun begitu,terdapat banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah seperti lukisan mural di dinding dan lantai sekolah.Mural yang dilukis merupakan kerjasama antara murid dan guru.Pokok-pokok yang tinggi juga telah ditebang sebagai langkah keselamatan kepada murid-murid.Pondok-pondok yang berbumbung juga telah disediakan untuk murid-murid berteduh. Saya juga telah melihat proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah ini.Saya melihat guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.Sekiranya terdapat guru yang bercuti,waktu PdP akan diambil oleh guru ganti.Pelbagai pendekatan yang dilakukan untuk mengajar murid-murid ini.Dasar pendidikan terkini juga telah diterapkan dalam PdP ini.Segala maklumat dapat diperoleh murid melalui PdP ini. 4.2 SENARAI SEMAK Seterusnya,instrumen senarai semak telah digunakan bagi mendapatkan data atau maklumat berkaitan dengan tugasan.Senarai semak ini sangat penting dalam membantu memudahkan tugasan ini.Senarai semak ini mempunyai jadual yang tersusun supaya dapat melihat maklumat dengan mudah.Senarai semak ini berkaitan dengan item-item pengurusan dan pentadbiran.Sebagai contoh,prasarana sekolah,kemudahan di kelas,disiplin murid-murid dan pengurusan dan organisasi sekolah.


SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta Organisasi Sekolah / 1.3 Takwim Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: / • Dewan / • Surau / • Kantin / • Bilik-Bilik Khas / • Makmal Komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok Keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Pejabat Sekolah / • Bilik Guru / • Bilik Tayangan / • Bilik BBM / • Bilik Muzik / • Blok Akademik / • Koperasi / • Bilik Kesihatan / • Bilik Kaunseling / • Bilik SPBT / • Bilik RBT / • Makmal Sains / • Pondok / 2.2 Rukun Negara /


2.3 Visi dan Misi / c 2.4 Bilik Darjah / • Ruangan Belajar / • Papan Kenyataan / • Kerusi dan Meja (Guru dan Murid) / • Papan Putih / • Kipas dan Lampu / 3. Kokurikulum 3.1 Peralatan Sukan / 3.2 Kelengkapan Prasarana Sukan /


4.3 TEMU BUAL Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam tugasan ini.Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti guru besar,guru penolong kanan pentadbiran,guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM),guru panitia,guru sekolah,kakitangan sekolah dan murid.Saya telah bertanyakan beberapa soalan kepada mereka,Mereka memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.Saya telah mendapat jawapan yang sangat memuaskan yang berkaitan dengan tugasan saya ini. 4.4 SOAL SELIDIK Akhir sekali,saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik.Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah ini.Saya telah menemu bual salah seorang pelajar sekolah ini.Saya menanyakan pelajar tersebut mengenai suasana pembelajaran dan perkara yang menarik mengenai sekolah ini. 5.0 KOLABORATIF Kolaboratif yang dijalankan melalui perbincangan untuk mendapatkan maklumat serta mewujudkan interaksi yang positif di antara komuniti sekolah.Komunikasi dua hala dapat dijalankan.Kemahiran komunikasi juga dapat ditingkatkan melalui proses ini.Semua soalan kolaboratif akan dilampirkan dalam lampiran tugasan ini.Segala maklumat yang telah saya peroleh di SK Batu 3.Antara perbincangan tersebut adalah dengan : 5.0 Perbincangan dengan Komuniti Sekolah 5.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 5.2 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah 5.3 Perbincangan dengan Guru Sekolah 5.4 Interaksi dengan Murid


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11 JUN 2023 Masa : 10.00 PAGI Tajuk / Perkara : PEMERIKSAAN KESIHATAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Pegawai kesihatan itu melakukan pemeriksaan kepada murid tahun 1 dan tahun 6 • Mereka akan diperiksa jisim badan,tinggi serta Body Measure Index (BMI) bertujuan untuk mengetahui tahap badan murid • Semua murid diberi peluang untuk melakukan pemeriksaan ini secara percuma • Guru perlu menyediakan buku rekod untuk tahap kesihatan murid untuk diberikan kepada ibu bapa • .Murid-murid akan diberikan kesedaran awal untuk sentiasa menjaga kesihatan diri. Tandatangan : _ Nama : PUAN JAMALIAH BINTI ROSMAN Jawatan :JURURAWAT KESIHATAN U29 KKIA JALAN SULTANAH,KLUANG,JOHOR


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2023 Masa : 10.00 PAGI Tajuk / Perkara : SEKOLAH TS25 Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • TS25 merujuk kepada PdPc,pengurusan jaringan dan jalinan dengan pihak sekolah lain,NGO,IPG atau bank bagi memperoleh dana. • Guru-guru di sekolah ini masih menggunakan kaedah pengajaran “chalk and talk” kerana kurangnya kemudahan di dalam kelas • Murid masih tidak dapat menguasai kemahiran 4M iaitu membaca,menulis,mengira dan menaakul • Peratus kehadiran murid ke sekolah masih tidak memuaskan. • Guru perlu menyediakan buku rekod dengan meletakkan tema,objektif dan cadangan supaya murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh.Sokongan daripada ibu bapa juga bagi menyokong TS25 juga perlu diperkukuh bagi mewujudkan sekolah yang berkualiti. • Guru boleh menggunakan makmal komputer bagi melaksanakan proses PdP yang lebih efektif dan menarik. • Kelas pemulihan telah disediakan bagi murid tahap 1 dan tahap 2 dengan kerjasama guru kaunseling. Tandatangan : _ Nama : ENCIK NASARUDIN BIN AHMAD Jawatan :GURU BESAR SK BATU 3


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 12 JUN 2023 Masa : 9.00 PAGI Tajuk / Perkara : PENYEDIAAN MAKANAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Bagaimana makanan RMT ini disediakan oleh pihak sekolah? Murid-murid yang menerima bantuan ini akan ditempatkan ke dalam satu bilik RMT yang disediakan oleh pihak sekolah.Murid-murid akan berkumpul dan makan di dalam itu dan dipantau oleh guru yang bertugas. • Bagaimana penyediaan menu yang diberikan kepada murid-murid? Menu yang disediakan mengikut piramid makanan yang disediakan.Makanan yang disediakan akan cukup nutrisi kepada murid-murid.Makanan yang seimbang bagus untuk tumbesaran murid. • Saya mencadangkan pihak sekolah meluaskan atau membesarkan bilik RMT supaya memberikan keselesan kepada murid-murid untuk makan di situ. Tandatangan : _ Nama : PUAN AYU BINTI SOPIN Jawatan :GURU PENYELARAS RMT


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 JUN 2023 Masa : 9.00 PAGI Tajuk / Perkara : PENYEDIAAN PDP BAHASA MELAYU DI KELAS Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu semasa PdP? Cikgu akan menggunakan alat pembesar suara serta lirik lagu Nenek si Bongkok Tiga sebagai bahan bantu mengajar.Murid akan mendengar lagu tersebut dan mengisi tempat kosong yang disediakan di lirik tersebut.Murid akan berasa seronok dengan aktiviti ini. • Apakah yang cikgu lakukan untuk menarik perhatian murid? Cikgu akan menyuruh murid untuk melakukan tepuk semangat.Mereka akan menepuk mengikut peringkat yang diarahkan oleh cikgu.Oleh itu,mereka akan fokus untuk melakukan tepuk semangat ini dan untuk mempelajari kelas pada hari itu. • Saya mencadangkan bahawa pembelajaran abad ke-21 diterapkan dalam PdP supaya dapat menarik minat murid-murid dalam belajar. Tandatangan : _ Nama : PUAN RABTAH BINTI ISMAIL Jawatan :KETUA PANITIA BAHASA MELAYU


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 JUN 2023 Masa : 9.00 PAGI Tajuk / Perkara : PERASAAN MURID-MURID DI SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan • Adakah anda berasa seronok dengan suasana di sekolah ini? Murid berasa seronok dengan suasana pembelajaran di sekolah.Mereka selesan dan kondusif dengan suasana di kelas mereka. • Apakah yang anda ingin tambah di kawasan persekitaran sekolah? Murid ingin kawasan rehat yang lebih luas supaya selesa untuk makan.Mereka ingin ruang yang lebih besar untuk makan di kantin. • Saya mencadangkan pihak sekolah untuk menanam pokok supaya dapat memberi perlindungan kepada murid untuk berteduh. Tandatangan : _ Nama : NUR SARAH BINTI AHMAD


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu kursus yang wajib bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Pada silibus yang baharu ini.kursus ini dilakukan pada semester pendek sahaja.Kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman awal kepada pelajar mengenai alam persekolahan ini dari pandangan guru. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang akan melahirkan insan yang berjaya.Pelajar juga dapat mengetahui peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian serta interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.Melalui PBS ini,pelajar dapat mengetahui sistem pentadbiran sekolah serta pengurusan bilik darjah.Kesimpulannya,pelajar dapat mengetahui bagaimana guru mengajar dan bagaimana pentadbir sekolah menguruskan sekolah tersebut. 6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah dijalankan,saya dapat merasai pengalaman tentang suasana dan juga budaya di sekolah tersebut.Sekolah ini mempunyai kebitaraan dalam STEM di peringkat antarabangsa.Program pengukuhan Bahasa Inggeris juga dilakukan setiap kali waktu pagi untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris mereka. Selain itu,saya juga dapat melihat pengurusan murid yang sistematik.Guru-guru yang bertanggungjawab untuk bertugas pada minggu tersebut menjalankan tugas dengan penuh saksama untuk menjaga murid-murid.Program yang diamalkan di sekolah juga seperti kokurikulum pada setiap hari Rabu dijalankan dengan lancar. 6.2 SENARAI SEMAK Kaedah senarai semak juga telah diguna pakai oleh saya sewaktu PBS berlangsung selama dua minggu ini.Melalui kaedah ini,saya dapat mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.Kaedah ini jiuga menyebabkan maklumat tersusun dan kemas.Senarai semak ini dapat memastikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah itu dalam keaddan baik.Namun begitu,terdapat beberapa fasiliti yang perlu ditambah baik supaya dapat memudahkan komuniti sekolah tersebut.


6.3 TEMU BUAL Melalui temu bual yang dijalankan,banyak ilmu pengetahuan yang baru telah saya peroleh.Pelbagai soalan dan topik yang telah ditanya berkaitan tugasan yang diberikan.Contohnya,saya dapat mengetahui mengenai sejarah sekolah serta sistem pengurusannya di sekolah.Saya telah menemu bual Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru panitia,kakitangan sekolah serta murid-murid.Saya merupakan seorang yang introvert tetapi melalui temu bual ini,saya dapat menjadi seorang yang berani. Banyak ilmu yang telah saya peroleh sepanjang PBS ini.Saya dapat mengetahui proses perkembangan murid-murid semasa PdP.Saya dapat mengetahui bagaimana muridmurid yang lemah dalam pembelajaran dibimbing oleh guru=guru.Kemahiran komunikasi saya juga dapat ditingkatkan dalam proses temu bual ini.Setiap responden yang telah ditemu bual memberikan kerjasama yang baik dan menjawab mengikut soalan yang diberikan.Soalan-soalan telah dibina sebelum melaksanakan proses temu bual supaya temu bual dapat berjalan dengan lancar.


7.0 REFLEKSI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan : • Tumpuan murid dalam kelas tahun 3 Delima • Kawalan kelas 3 Delima 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Murid mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi kerana mereka sering bertanya kepada guru mengenai topik yang ingin dipelajari hari ini. • Guru mendapat respons yang baik dalam sesi pembelajaran • Murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik • Guru melaksanakan peneguhan positif dengan memberi pujian kepada mereka sekiranya mereka bersikap baik. 2.2 Kelemahan : • Sesetengah murid bermain dan tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Guru perlu menyediakan pelbagai teknik untuk mendapatkan perhatian murid khususnya murid tahap 1


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan : Pengendalian pemilihan olahraga MSSD 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Setiap murid memberi kerjasama yang baik dalam pemilihan ini mengikut kelas dan tahun. • Guru dapat memilih murid yang dapat mewakili olahraga dengan mudah kerana murid memberikan semangat dalam pemilihan ini. • Guru memberi arahan dengan jelas dan kuat supaya murid dapat memahami arahan dengan mudah. 2.2 Kelemahan : • Sesetengah murid bermain-main dan membuat secara sambalewa. 3. Cadangan Penambahbaikkan • Guru perlu lebih fokus dan memberi perhatian agar semua murid melibatkan diri dalam pemilihan ini • Guru perlu melakukan demonstrasi sebelum melakukan acara tersebut.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan : Ujian SEGAK 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Semua murid bersemangat untuk melakukan ujian segak ini • Murid dapat mengetahui tahap kemampuan diri sendiri • Guru memberi arahan dengan jelas mengikut tahun masing-masing 2.2 Kelemahan : • Sesetengah murid tidak mahu melakukan ujian segak ini . 3. Cadangan Penambahbaikkan • Guru perlu menunjukkan cara membuatnya dengan sempurna • Guru perlu memantau murid supaya murid dapat melakukan dengan betul


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan : Temu bual dan perbincangan bersama guru Bahasa Melayu 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Dapat berkomunikasi secara berkesan dengan guru Bahasa Melayu • Dapat mengumpul banyak maklumay berkaitan cara pengajaran bagi murid tahap 1 dan tahap 2. 2.2 Kelemahan : • Terdapat beberapa topik yang tidak dapat difokuskan 3. Cadangan Penambahbaikkan • Temu bual hendaklah berkaitan tugasan yang menjurus kepada soalan. AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu/ Perkara yang difokuskan : Temu bual bersama pengawal keselamatan 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : • Murid-murid dipimpin untuk menyeberang jalan utama • Murid-murid akan dipantau sehingga ibu bapa menjemputnya • Buku rekod pelawat sentiasa diperiksa 2.2 Kelemahan : • Sesetengah ibu bapa tidak mengisi buku rekod pelawat ketika masuk ke dalam sekolah. 3. Cadangan Penambahbaikkan : • Pengawal keselamatan perlu bersikap tegas


8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu kursus di bawah program amali yang wajib dilaksanakan selama dua minggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) ini.Mereka dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang berkaitan tentang sekolah.Semua diberikan kebebasan untuk memilih sekolah sendiri sama ada yang berhampiran dengan tempat tinggal atau yang jauh.Saya memilih SK Batu 3 sebagai tempat saya menjalani PBS,Tujuan saya ke sekolah tersebut ialah mendapatkan maklumat berserta ilmu pengetahuan sekali gus menyelesaikan tugasan saya. Sepanjang dua minggu saya berada di sekolah ini,saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan serta dapat menimba pengalaman yang baharu mengenai profesion perguruan.Saya dapat mengetahui bagaimana pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di kelas dan luar kelas.Sewaktu saya menjalani PBS ini,banyak aspek yang telah saya baiki dalam diri saya,Antaranya ialah disiplin,penampilan,pergaulan dan komunikasi dengan orang luar.Tambahan pula,saya dapat menguruskan masa serta emosi dengan baik.Saya dapat tauladan yang baik daripada persekitaran saya semasa PBS di sekolah itu. Selain itu,saya dapat meningkatikan keyakinan diri saya selepas menjalani PBS ini.Saya berjaya mengatasi sifat pemalu dan introvert dalam diri saya.Saya juga berjaya menjaga penampilan diri sebagai seorang bakal guru.Seorang guru haruslah menjadi contoh yang baik dengan murid-murid kerana guru merupakan orang yang paling rapat di sekolah dengan mereka.Mereka akan menjadikan guru sebagai suri tauldan mereka.Saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan orang lain melalui temu bual yang dijalankan.Saya juga dapat memupuk sifat hormat-menghormati dengan orang yang lebih berusia dalam kalangan guru.Tambahan pula,saya dapat mempelajari banyak perkara baru yang dapat menarik minat murid. Di samping itu,saya menyedari bahawa tugas seorang guru merupakan tanggungjawab yang paling besar kerana perlu mendidik anak didik bangsa demi masa depan negara.Seorang guru juga haruslah tabah dan cekal untuk menyediakan suasana kelas yang kondusif kepada murid-murid supaya murid-murid dapat belajar dengan seronok dan selesa.Saya juga dapat memahami budaya sekolah pada minggu tersebut. Kesimpulannya,PBS ini memberikan banyak faedah kepada pelajar IPG kerana memberikan pengalaman yang bermakna kepada mereka.Mereka diberikan pendedahan awal mengenai sekolah.Hal ini demikian,mereka akan bersedia dalam apa-apa hal yang terjadi dalam profesion peguruan ini.Pengalaman yang diperoleh akan diingati serta diguna pakai apabila bergelar sebagai seorang guru kelak.


LAMPIRAN Temu bual bersama ketua panitia Bahasa Melayu Temu bual bersama GPK HEM Temu bual bersama guru penyelaras RMT Temu bual bersama guru data


Temu bual bersama murid 6 Berlian Sesi pemeriksaan kesihatan tahun 6 Sesi pemilihan olahraga untuk MSSD Mengawasi ujian SEGAK


Membuat garisan di padang sekolah Sesi kuiz bersama kelas 4 Intan Aktiviti kelab Bahasa Melayu Murid yang mewakili sekolah untuk program STEM


Click to View FlipBook Version