The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashieee29, 2024-03-22 04:47:59

TUGASAN 2 BMMB3203: PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA

Anyflip Tugasan 2 Morfologi-BM B- MARSHITAH

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU DAN ISU KESALAHAN KATA NAMA: MARSHITAH BINTI MOHD FADLI KELAS: PISMP BM B NO. KAD PENGENALAN: 040929-08-0318 ANGKA GILIRAN: 2022232440030 Tugasan 2: Morfologi Bahasa Melayu


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirrahim, Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan bagi kod subjek BMMB 3203 ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Hj. Muhamad bin Tayab selaku pensyarah Morfologi Bahasa Melayu yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan dorongan bagi menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menjayakan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Jasa baik kalian semua tidak akan saya lupakan. Tanpa bantuan kalian semua, mungkin saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Terima kasih semua.


KANDUNGAN Isu Kesalahan Kata dalam Pelbagai Sumber Bunyi Asli Bahasa Melayu Bunyi Bahasa Pinjaman Pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing Pembentukan Perkataan Baharu Media cetak Bahasa Sanskrit Arab-Parsi Yunani-Latin-Inggeris


BUNYI ASLI BAH Bahas A a Mel S ayu m A empunya M i 24 bu E nyi b L aha A sa asl Y i, U iaitu 18 konsonan dan enam vokal.


Terdapat 18 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang dapat diklafikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya. Hanya 10 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman, seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. KONSONAN


KONSONAN Berikut merupakan jadual taburan huruf konsonan asli bahasa Melayu Terdapat 18 konsonan asli dalam bahasa Melayu


Terdapat enam huruf vokal iaitu a, e, i, o, u dan Setiap huruf terbahagi kepada kedudukan keratan rentas lidah seperti rajah di bawah. Jadual berikut pula merupakan Taburan Vokal Asli Bahasa Melayu. VOKAL


DIFTONG Selain enam vokal tersebut, terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut sebagai diftong, iaitu ai, au dan oi. Diftong oi hanya terdapat pada akhir perkataan. Diftong ai dapat hadir pada tengah dan akhir perkataan. Diftong au dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan.


BUNYI BAHASA PINJAMAN


Akibat pertembungannya dengan bahasa- bahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi bahasa ini dipinjam untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kini, bahasa Melayu telah menerima sebanyak sembilan konsonan pinjaman, yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan lapan lagi daripada jenis bunyi geseran BUNYI BAHASA PINJAMAN


BUNYI BAHASA PINJAMAN Penggunaan bunyi-bunyi pinjaman ini dalam bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama.


BUNYI BAHASA PINJAMAN Walaupun pada umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk ujaran, namun bunyi-bunyi seperti th, dz atau dh, sh dan q kini masing-masing telah ditukar menjadi s, z atau d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu. Contohnya: th➡️ s : mithal- misal : Ithnin - Isnin dz ➡️ z : dzalim - zalim : adzan - azan dh➡️d : dhaif -daif : hadhir - hadir Contohnya: sh ➡️ sy : sharat - syarat : skuash - skuasy q ➡️ k : maqam - makam : aqiqah - akikah Namun begitu, bagi perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkait dengan akidah dan al-Quran, bunyi asal dikekalkan ejaannya. Qur'an qari thani fasakh Contohnya:


PEMBENTUKAN KATA DARIPADA IMBUHAN BAHASA ASING


Pengenalan Pembentukan Kata Daripada Imbuhan Bahasa Asing Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman, terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Dari semasa ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya (mempertahankan bentuk asalnya) atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.


Umumnya, unsur-unsur imbuhan asing ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan: 1. Imbuhan daripada Sanskrit 2. Imbuhan daripada ArabParsi 3. Imbuhan daripada Yunani-LatinInggeris


Imbuhan daripada Sanskrit Imbuhan seperti maha-, pra-, tata- dan pasca- telah menjadi sebati dengan perkataanperkataan dasar bahasa Melayu, sehingga penggunaannya amat produktif. Tetapi, imbuhan seperti tuna-, tri- dan -nita yang penggunaannya atau terbitannya tidak begitu produktif. IMBUHAN SANSKRIT AWALAN AKHIRAN maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca- -wan, -man, -wati, -nita


Awalan mahaberfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama membawa pengertian paling, tertinggi dan teragung Contohnya: 1. maha + rani ➡️maharani 2. maha + karya ➡️mahakarya 3. maha + guru ➡️ mahaguru Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. Contohnya: 1. maha + mulia ➡️maha mulia 2. maha + besar ➡️maha besar 3. maha + agung ➡️ maha agung Imbuhan daripada Sanskrit (awalan)


Awalan tataImbuhan daripada Sanskrit (awalan) Bentuk awalan ini digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. Contohnya: 1. tata- + tertib ➡️ tatatertib 2. tata- + susila ➡️ tatasusila 3. tata- + bahasa ➡️ tatabahasa Awalan prauntuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Contohnya: 1 pra- + kata ➡️ prakata 2. pra- + syarat ➡️ prasyarat 3. pra- + sejarah ➡️prasejarah


Akhiran -wan, -man Imbuhan daripada Sanskrit (akhiran) Contohnya: 1. seni + man ➡️ seniman (pelaku) 2. budi + man ➡️ budiman (pemilik) 3. harta + wan ➡️ hartawan (pemilik) Akhiran -wati, -nita akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan atau pemilik sesuatu sifat -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i -wan digunakan untuk bentuk kata dasar yang berakhir dengan bentuk a Contohnya: 1. seni + -wati ➡️ seniwati (rujuk seniman) 2. angkasa + -wati ➡️ angkasawati (rujuk angkasawan) 3. biduan + -nita ➡️biduanita (rujuk bi-du(w) an)


IMBUHAN biFUNGSI membawa maksud tidak CONTOH binormal Imbuhan Pinjaman Bahasa Arab-Parsi AWALAN


IMBUHAN -wi, -i -iah -in , -at, -ah FUNGSI Menimbulkan bentuk kata adjektif Membawa makna sifat atau ciri Menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan CONTOH duniawi alamiah muslimat Imbuhan Pinjaman Bahasa Arab-Parsi AKHIRAN


IMBUHAN pro- anti- poliFUNGSI Menunjukkan tanda memihak Menunjukkan tanda melawan Memberi pengertian banyak CONTOH prokerajaan antisosial poliklinik Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris AWALAN


IMBUHAN auto- sub- supraFUNGSI Memberi maksud secara bersendirian Memberi maksud sebahagian Memberi maksud melebihi CONTOH autonomi subgolongan suprakelas Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris AWALAN


IMBUHAN hetero- heksa- hidro- homo- hiperCONTOH heterograf heteroseksual heksagon heksapod hidrolisis hidrodinamik homogen homotopi hipersonik hiperbola Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris TAK PRODUKTIF Bukan imbuhan asing tetapi sebahagian daripada kata pinjaman. Namun, bentuk-bentuk ini berpotensi menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. AWALAN


IMBUHAN infra- inter- intra- iso- kiloCONTOH inframerah infrastruktur interpersonal interaksi intrapersonal intrasel isobutanol isomorf kilogram kilometer Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris AWALAN


IMBUHAN makro- meta- mikro- mili- teleCONTOH makronutrien makroekonomi metakognitif metamorfosis mikronutrien mikroorganisma milimeter miligram telegram telepati Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris AWALAN


IMBUHAN multi- neo- neuro- orto- oksiCONTOH multisel multimod neolitik neogen neuroderia neurohormon ortografi ortonormal oksitoksin oksiasid Imbuhan Pinjaman Bahasa Yunani-Latin-Inggeris AWALAN


IMBUHAN -isme -ik -si -al -is CONTOH realisme idealisme fonetik logistik sensasi revolusi kritikal leksikal kritis pragmatis Imbuhan Pinjaman Yunani-Latin-Inggeris AKHIRAN


ISU KESALAHAN KATA: MEDIA CETAK


Kesalahan kata: Ejaan Salah : Murtabak Betul: Martabak . Perkataan martabak merupakan kata serapan bahasa Arab iaitu, مرتبق Oleh itu, mengikut sistem ejaan Jawi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah 'martabak' dan bukannya 'murtabak'.


Kesalahan kata: Ejaan Salah : Kuey Teow, Mee Betul: Kuetiau, Mi Perkataan bahasa Melayu dieja mengikut cara ianya dibunyikan mengikut bunyi asli bahasa Melayu.


Kesalahan kata: KATA SENDI NAMA Salah : dihadapan Betul: di hadapan Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), kata sendi nama 'di' perlu ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama. Perkataan 'di' dikategorikan sebagai kata arah serta perlu ditulis secara terpisah. Oleh itu, 'di hadapan' adalah lebih tepat ditulis pada papan tanda.


Kesalahan kata: HUKUM D-M Salah : Goreng Pisang, Goreng Keledek Betul: Pisang Goreng, Keledek Goreng pisang - yang diterangkan goreng - yang menerangkan


buah = untuk benda-benda besar dan padu, yang mempunyai bentuk tertentu batang = untuk benda yang panjang Oleh itu, penjodoh bilangan yang tepat bagi pokok ialah batang. Kesalahan kata: PENJODOH BILANGAN Salah : buah pokok Betul: batang pokok


Kesalahan kata: KATA MAJMUK Salah : Alatulis Betul: Alat Tulis alat tulis dieja jauh kerana tidak tergolong dalam kalangan kata majmuk mantap


Kata majmuk seharusnya dieja secara terpisah, kecuali kata majmuk mantap. Kata majmuk dalam gambar di sebelah tidak tersenarai dalam 17 kata majmuk mantap yang perlu dieja rapat. Maka, kata majmuk ini seharusnya dieja secara terpisah Kesalahan kata: kata majmuk Salah : hartabenda Betul: harta benda


Kesalahan kata: BAHASA ROJAK Salah : Bayar online Betul: Pembayaran dalam talian Penulis telah melakukan percampuran kod pada media cetak iaitu perkataan 'online'. online = bahasa Inggeris dalam talian = bahasa Melayu Oleh itu, perkataan yang tepat digunakan ialah 'pembayaran dalam talian'.


Sebenarnya, tiada wujud kosa kata 'merbahaya' dalam Bahasa Malaysia. Hal ni adalah kerana imbuhan 'mer-' tiada dalam Bahasa Malaysia. Justeru, perkataan yang tepat ialah 'berbahaya'. Hal ini adalah kerana imbuhan 'ber -' wujud dalam Bahasa Malaysia. Kesalahan kata: PENGGUNAAN imbuhan Salah : merbahaya Betul: berbahaya


Kesalahan kata: EJAAN Salah : Kelinik Betul: Klinik


Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. SUMBER RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version