The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilyka0300, 2022-04-17 04:15:35

PULAU MISTERI

PULAU MISTERI

NOR ZILA ILYKA BINTI MOHD SUKRI

PULAU
MISTERI

KEBAIKAN DI BALAS KEBAIKAN

Saby seorang anak yang baik hati dan suka
menolong orang walaupun dilahirkan dalam
keluarga yang penuh kemewahan. Didikan
yang baik daripada ibu bapanya menyebabkan
Saby tidak bersikap sombong dan angkuh
terhadap orang lain.

Ayah Saby bernama Encik Saad.
Beliau merupakan
seorang doktor. Manakala,
ibunya, Puan Jeny
bekerja sebagai guru. Puan
Jeny selalu mengingatkan
supaya sentiasa menolong
orang yang berada dalam
kesusahan dan memerlukan
pertolongan.

Pepatah ada mengatakan matahari tak selalu
bersinar. Pada suatu hari, Encik Saad mengajak
Saby dan Puan Jeny untuk bersiar-siar di pantai
yang berdekatan dengan rumah mereka.

''Saby, jom keluar jalan-jalan di pantai.''
ajak Encik Saad.
''Baik ayah'' jawab Saby.

Mereka ke pantai dengan menaiki kereta
yang dipandu oleh Encik Saad. ''Wah! cantik
sungguh pemandangan di pantai ini.'' kata
Puan Jeny. Setibanya mereka di pantai, Saby
meminta izin daripada ayahnya untuk bermain
di tepi pantai.

''Ayah, boleh Saby ke sana?'' tanya Saby
kepada ayahnya.
''Ya, boleh tapi jangan
bermain jauh dari sini.''
jawab Encik Saad.

Sedang leka bermain, tiba-tiba Saby menyedari
bahawa dia telah berada jauh daripada ibu
bapanya. Dia berasa amat takut. Dia cuba
pelbagai cara mencari jalan untuk pulang kepada
ibu bapanya, tetapi tidak berjaya. Saby cuba
bertenang dan memikirkan cara untuk pulang.
''Kau kena tenang supaya dapat cari jalan untuk
pulang dengan selamat.'' katanya.

''Eh, apa tu?''
Saby terlihat satu pulau dan cuba mendekati

pulau itu dengan harapan ada orang yang dapat
menolongnya. Saby mencari tempat untuk
berehat setelah sejam mencari jalan untuk
pulang.
''Macam mana ni, hari dah semakin gelap.''
katanya dalam hati.

Pada masa yang sama, ibu bapa Saby berusaha
mencarinya namun masih tidak menjumpainya.

pToinbdao-tkibyaaSnagbu
ystaenrgjubmepraadsaatdui

tersebut. Saby kehairanan.

''Macam mana boleh ada

pondok? Adakah ada orang

di pulau ini?'' katanya.

Saby terus ke pondok tersebut.

Alangkah terkejutnya Saby apabila mendapati

bahawa ada seorang wanita tua berada di pondok

usang itu.

Saby cuba untuk mendekati wanita tua itu

walaupun pada awalnya dia

takut dengan keadaan wanita

itu. Wanita tua itu berada

dalam keadaan yang

tidak terurus kerana badannya agak lemah. Saby

mendapati bahawa wanita tua itu mengalami

demam panas.

Saby membuat keputusan untuk menjaga

wanita tua itu. Dia cuba untuk menurunkan suhu

badan wanita itu. Dia mencari kain untuk

dibasahkan. Kemudian, dia meletakkan kain

basah itu di dahi wanita tua itu.

Semasa Saby menjaga wanita tua itu, dia yang

memasak memandangkan bahan-bahan mentah

masih ada di pondok itu. Dia perlu mencari kayu

api dan mencari sumber air untuk diminum. Saby

terpaksa mencari semua perkakas

memandangkan pondok tersebut berada jauh

dari sumber air.

Dua hari kemudian, wanita tua itu kembali
sihat. Wanita tua itu bercerita bagaimana dia
boleh berada di pondok usang itu. Wanita tua
itu bernama Halimah. Saby dan nenek Halimah
saling berkongsi cerita masing-masing. Saby
meminta pertolongan nenek Halimah untuk
pulang ke keluarganya.
"Saya sebenarnya tersesat
ke pulau ini nenek. Bolehkah
nenek tolong saya untuk keluar
dari pulau ini?'' kata Saby.
''Boleh, nenek pun ingin keluar
dari pulau ini untuk memulakan kehidupan
yang baru di luar sana.'' jawab nenek Halimah.

Nenek Halimah terhutang budi dengan Saby
lalu bersetuju untuk menolong Saby pulang ke
keluarganya. Apabila siang menjelma, mereka
mula berjalan untuk mencari pertolongan.

Semasa dalam perjalanan, mereka berasa
penat lalu berehat di bawah pokok besar.
''Nenek kita berehat dekat pokok sana boleh?''
ajak Saby.
''Jom.'' kata nenek Halimah.

Setelah tiba di bawah pokok tersebut, alangkah
terkejutnya mereka apabila terdapat seekor ular
sawa yang besar sedang
mengeram telurnya. Mereka panik
dan berjalan menjauh dari pokok
itu.
''Ayuh ke pokok yang lain Saby.''
ajak nenek Halimah.
Saby hanya mengikut nenek Halimah dan mereka
dapat berehat di bawah pokok yang lain. Mereka
mencari pokok lain untuk berehat seketika
kerana sudah berjalan jauh.

Setelah hilang penat, mereka meneruskan lagi
perjalanan. Dalam perjalanan itu, mereka berasa
haus. Mereka cuba untuk mencari sungai yang
berdekatan untuk mendapatkan sumber air.
''Nenek, sana ada sungai.'' kata Saby.
Mereka berdua berjalan mendekati sungai
tersebut kerana mereka sangat dahaga pada
waktu itu.

Setelah hilang kepenatan, mereka meneruskan
kembali perjalanan mereka untuk keluar dari
pulau itu. Semasa dalam perjalanan, mereka
terjumpa 3 orang lelaki dewasa. Nenek Halimah
dan Saby amat terkejut kerana menyangka lelaki-
lelaki itu penjahat.

Tiba-tiba, salah seorang daripada lelaki tersebut
menegur mereka.
''Nenek dan adik hendak ke mana?'' tanya lelaki
itu.
''Kami hendak keluar dari pulau ini. Kami tersesat
di pulau ini.'' jawab nenek Halimah.
''Sudah berapa hari di sini?'' tanya lelaki itu.
''Sudah 5 hari kami berada di pulau ini.'' jawab
nenek Halimah.
''Kami boleh tolong nenek dan adik keluar dari
pulau ini memandangkan kami hendak ke laut.
Bolehlah nenek dan adik ikut kami ke sana.'' kata
salah seorang lelaki itu.

Rupa-rupanya lelaki-lelaki
itu adalah nelayan dan mereka
hendak turun ke laut untuk
mencari rezeki.

Ahirnya, dengan bantuan
sekumpulan lelaki itu,
nenek Halimah dan Saby
dapat keluar dari pulau
tersebut. Saby berasa
sangat gembira kerana
dapat keluar dari situ dan
kembali ke keluarganya.

Dari jauh lagi Saby melihat ibu bapanya yang
setia menunggu di tepi pantai itu. Setibanya di tepi
pantai, mereka berpelukan.
''Saby! Ke mana kamu pergi anakku? Syukur kamu
kembali dengan selamat.'' kata Encik Saad.
Saby tidak mampu menjawab soalan itu dan terus
berpelukan dengan ibunya sambil menangis.
Nenek Halimah dan Saby juga turut mengucapkan
terima kasih kepada nelayan tersebut.

Encik Saad mengucapkan
terima kasih kepada sekumpulan
nelayan itu.
''Terima kasih semua kerana
menyelamatkan anak saya.'' kata
Encik Saad.

Saby memperkenalkan
nenek Halimah kepada ibu
bapanya.
''Ibu ayah, kenalkan ini nenek Halimah. Nenek
Halimah yang membantu Saby semasa di pulau
itu.'' kata Saby.

''Terima kasih nenek kerana menolong anak
saya.'' kata Encik Saad.
''Sama-sama.'' kata nenek Halimah.
''Ayah, bolehkah nenek Halimah tinggal dengan
kita?'' tanya Saby.
''Boleh, apa salahnya memandangkan nenek
Halimah tinggal berseorangan.'' kata Encik Saad.

Saby berasa sungguh gembira kerana dapat
kembali kepada keluarganya. Akhirnya, mereka
sekeluarga dapat berkumpul semula bersama-
sama dengan nenek Halimah.


Click to View FlipBook Version