The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HAK MILIK NUR HAZIQAH NAIMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uhyt, 2023-11-13 05:00:48

KISAH TOK JANGGUT

HAK MILIK NUR HAZIQAH NAIMI

Keywords: #TOKJANGGUT,TUGASAN

NAMA : NUR HAZIQAH NAIMI BINTI MOHD HUSNAIDI KELAS : 3 AL-KHAWARIZMI TAJUK : PENENTANGAN TOK JANGGUT DI KELANTAN


Sebab penentangan ISI KANDUNGAN Biodata Penentangan 1.0 2.0 3.0 Rumusan Rujukan Penghargaan Kronologi penentangan 4.0 5.0 6.0


Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek buku skrap saya ini. Pertama sekali kepada En.Khairul Asraf bin Khaled selaku mentor saya kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat. Tidak lupa juga kepada ibu dan ayah serta rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan buku skrap ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secaralangsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan 1.1 Penghargaan


Nama sebenar beliau adalah Haji Hassan bin Munas, namun beliau lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut hingga ke paras dada. Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan dan bekerja sebagai seorang petani dan peniaga. Beliau mendapat pendidikan awal di Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Mekah. Beliau mahir dalam pelbagai ilmu termasuklah ilmu persilatan. Beliau juga merupakan ulama’ dan tokoh agama Islam. Beliau meninggal dunia pada 25 Mei 1915 di Kota Bharu, Kelantan. 1.2 Biodata Penentangan


1.3 Sebab Penentangan Peraturan tanah Pembayaran cukai Perasaan anti-British


Peraturan tanah Tok Janggut menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915. Peraturan itu mewajibkan petani membayar cukai tanah. Perasaan anti-British Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam diseluruh dunia supaya berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh Pembayaran cukai Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar. Tok Janggut telah pergi membayar cukai beberapa kali tetapi gagal. Mereka yang gagal membayar cukai akan didenda dan ditangkap. Arial Arial


Perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che' Wan, seorang anggota Polis British yang berakhir dengan kematian Sarjan itu. Tok Janggut bersama-sama dengan pengikutnya, Engku Besar, Encik Ishak dan Haji Said, telah mengetuai satu penentangan di daerah Pasir Puteh terhadap pentadbiran British, yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Kelantan dengan memperkenalkan sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan. Sikap tidak bertimbang rasa British serta tidak mahu bercampur gaul dengan rakyat tempatan, turut menjadi punca timbulnya penentangan ini Penentangan ini berlarutan sehingga akhir bulan Jun 1915 apabila pihak British dikatakan berjaya membunuh Tok Janggut dan beberapa orang pengikutnya. 1.4 Kronologi Penentangan


Kesimpulannya,kisah perjuangan tok janggut memberi inspirasi kepada kami semua untuk lebih berani menentang penjajah. Selain itu,kita sebagai generasi muda perlu mencontohi perjuangan tok janggut agar menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua. Di samping itu, pejuang-pejuang kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Terdapat beberapa tokoh yang boleh dijadikan contoh atau idola buat generasi kini dan yang akan datang. Segala pengorbanan, rintangan, dan penat lelah mereka berbakti untuk negara wajar diteladani. 1.5 Rumusan


Buku teks https://ms.wikipedia.org/wiki/Tok_Janggut http://tokjangguttokohpatriotik-com.overblog.com/2015/10/kesimpulan-peristiwatok-janggut.html https://www.scribd.com/doc/91949871/Fa ktor-anTokJanggut#:~:text=FAKTOR%20PENENTA NGAN%20TOK%20JANGGUT&text=kerana %20pejabat%20bayaran%20cukai%20terl etak,marah%20dia%20kalangan%20pendu duk%20tempatan. 1.6 Rujukan


Click to View FlipBook Version