The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syawal Aiman, 2021-10-27 05:08:06

MPU PORTFOLIO

MPU PORTFOLIO

SULTAN IDRIS SHAH

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

E-FOLIO

PENSYARAH: CIK RAHIMAH BINTI HALIM

AHLI KUMPULAN: NAMA PELAJAR

NO.PENDAFTARAN NURUL HAMIZAH BINTI MOHD TAUFIK
NURARFAH ALYA BINTI HELMEY
17DEP20F2007 PUTERI ALEEYA BINTI SHAARI
17DEP20F2009
17DEP20F2016 NURUL SYAFIQAH BINTI MOHD SANI
17DEP20F2018 SYAWAL AIMAN BIN MOHD AZMAN
17DEP20F2025

Page | 1

1

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 3-4
5-7
2 PENGENALAN 8-30
ASPEK-ASPEK YANG MENYATUPADUKAN 31

3 MASYARAKAT BERBILANG KAUM & CARA-
CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

4 RUMUSAN

5 RUJUKAN 32

Page | 3

2

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera. Bersyukur
kepada Ilahi dengan limpah kurnianya kami
sekumpulan dapat menyiapkan tugasan e-folio ini yang
bertajuk aspek aspek yang menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum dan cara memupuk dengan jayanya . Folio ini
amat penting kerana ia merupakan salah satu kerja kursus
dalam subjek etika dan peradaban(mpu21032).

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami, Cik Rahimah Binti Halim
kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan
dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan
tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya
menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan
dengan jelas sekali.

Page | 4

3

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan seperjuangan saya yang berhempas pulas memberi
kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun
kami terdiri daripada pelbagai pendapat, namun itu tidak
mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa
juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan
yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran.
Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk
diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda
penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses
membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.
kami tidak akan lupakan pertolongan yang telah diberikan.

Page | 5

4

Perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat dicapai dan
dikekalkan sekiranya kepelbagaian budaya dijaga dan
diketengahkan dengan penuh syukur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Datuk Musbah Haji
Jamli berkata penyatuan dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum di negeri ini adalah kaedah penting bagi memajukan
negara.

“Kepelbagaian kaum dan agama perlu dihayati dengan
penuh hormat kerana elemen itu adalah komponen penting
entiti budaya dalam jalinan ikatan kasih sayang dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk.Malah kita yakin, jika
kepelbagaian dijaga, kita bukan sahaja dapat memupuk
perpaduan, bahkan juga kita mampu menerapkan kasih sayang
dari aspek kekeluargaan.

Page | 6

5

Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi
kerana apabila kanak-kanak menyukai rumah dan negara mereka,
mereka akan membesar dengan menghargai warisan,
kepelbagaian dan sejarah mereka, dan berusaha untuk
memperbaiki Malaysia dalam semua aspek. Patriotisme boleh
ditanam dalam kalangan pelajar melalui kesedaran, pendidikan
dan pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk
memupuk rasa bangga dan kepunyaan bangsa. Rasa kepunyaan
ialah unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam
kalangan pelajar. Hanya melalui perasaan kepunyaan, generasi
muda Malaysia boleh dibentuk menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan matang serta pemimpin masa depan
negara.

Kanak-kanak boleh dibentuk dengan tidak melihat perkara
melalui kanta berwarna. Letakkan anak-anak bersama-sama dan
biarkan mereka membesar bersama supaya anak-anak akan
dapat mengenali, memahami dan menghayati rakan mereka yang
mempunyai warna kulit yang berbeza atau latar belakang
keagamaan. Generasi muda mesti dimaklumkan dengan
kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian
kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan dan
pembangunan negara. Oleh sebab pelajar adalah pemimpin masa
depan negara, penting untuk mereka menjalinkan hubungan
lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa, budaya
dan agama.

Page |7

6

Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah untuk
memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian
antara kaum. Guru perlu menggunakan kreativiti dan
kemahiran untuk menarik minat pelajar semua kaum
mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti bagi meningkatkan
integrasi kaum. Pelajar perlu mengambil bahagian dalam
aktiviti sekolah dan luar yang membolehkan mereka
berinteraksi antara satu sama lain dan membina persahabatan
yang berkekalan. Pengetua sekolah dan guru perlu
menggalakkan pelajar memahami satu sama lain dengan lebih
baik dan saling menghormati antara satu sama lain. Mereka
mesti menjadi penggerak utama transformasi pendidikan kita,
bukan sahaja untuk mengajar dan memberikan pengetahuan
dan kemahiran, tetapi juga untuk menyatupadukan pelajar dari
pelbagai kaum melalui aktiviti selaras dengan aspirasi Malaysia
yang bersatu padu.

Page | 8

7

E-FOLIO

ASPEK-ASPEK YANG
MENYATUPADUKAN

MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DAN

CARA MEMUPUKNYA

Page | 2

8

Seperti yang kita ketahui negara Malaysia mempunyai
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan
agama. Justeru itu, ia telah menjadi satu cabaran yang besar
bagi negara-negara lain, khususnya dalam menguruskan
kemajmukan sosial. Cabaran seperti ini wujud dalam pelbagai
aspek untuk membentuk keamanan negara, keharmonian
masyarakat dan interaksi positif dalam pelbagai kaum. Malah
agama dan budaya juga perlu diberi pendekatan yang
berhemah serta kehormatan yang tinggi. Sebagai negara yang
moden dalam memposisikan diri sebagai negara maju,
cabaran akan berterusan berlaku dalam arus globalisasi dan
pasca kemodenan menjadi lebih realiti yang perlu ditangani
dengan sebaik mungkin.

Page | 9

9

Ancaman yang mencetuskan pelbagai krisis terbentuk dari
segi penindasan iaitu ekonomi, politik dan sosial serta berkaitan
dengan isu pencabulan hak kemanusiaan. Hal seperti ini akan
menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan
perpaduan dalam setiap kaum sekiranya tidak dapat diatasi
dengan baik dan penuh berhemah. Malaysia perlu dikenali sebagai
negara yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan
budaya bukan hanya dikategorikan negara yang makmur dari segi
ekonomi dan pembangunan. Selain itu, kesedaran masyarakat
perlu diwujudkan dalam usaha membina peradaban dan mencapai
status kemajuan bagi negara Malaysia dalam merealisasikan
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) pada tahun 2030 yang
sepatutnya bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur dan rasa
hormat-menghormati.

Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam
menggalas setiap kewajipan di negara kita. Pemimpin bagi
pelbagai peringkat dan jawatan juga perlu memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan agenda perpaduan negara.
Persefahaman diantara pemimpin juga amat penting dalam negara
kita kerana rakyat dapat menerima isyarat yang jelas bagi
mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan
budaya di negara serta menjadi tanggungjawab bagi semua
warganegara.

Page | 10

10

Sifat kebersamaan serta cinta akan keharmonian dan
keamanan perlu ada dalam rakyat Malaysia bagi merealisasikan
matlamat perpaduan nasional yang terdiri daripada pelbagai
penganut agama dan budaya yang berbeza. Kesepaduan dalam
rakyat lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat
yang tinggi antara agama dan kaum. Justeru, usaha dalam
membina sikap penerimaan dan diiringi dengan nilai keluhuran
budi pekerti dalam masyarakat perlu diberi keutamaan.
Kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat dapat
diwujudkan jika setiap individu memberikan kefahaman yang
baik terhadap peranan mereka masing-masing untuk
menerapkan nilai murni dalam interaksi kehidupan harian.

Akhir sekali, hubungan baik antara masyarakat berbilang
bangsa tidak boleh dijadikan sebagai satu taruhan daripada
mana-mana pihak. Malah, perlu ada sikap belas kasihan kepada
setiap rakyat yang menginginkan keamanan dan kestabilan
negara agar dapat peluang untuk meneruskan kehidupan yang
selamat dan terjamin. Kekacauan dan konflik di negara asing
boleh dijadikan satu pengajaran penting dalam hidup kita.

Page | 11

11

Kepelbagaian dalam berbilang agama dan budaya
mewujudkan keunikan yang sepatutnya diraikan dan menjadi
kebanggaan dalam rakyat Malaysia. Keharmonian dalam
Malaysia sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa,
namun negara kita berdepan dengan isu sensitif yang boleh
menggugat ketenteraman dan keharmonian iaitu berkaitan
dengan berbilang kaum dan budaya. Isu ini berlaku disebabkan
ada di kalangan kita menyentuh soal perbezaan kefahaman
mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing. Oleh itu,
isu yang melibatkan perbezaan dan kepelbagaian ini perlu
ditangani dengan kadar segera untuk mengelakkan tercetusnya
perkara yang tidak diingini di kalangan rakyat Malaysia.

Kepelbagaian agama yang wujud boleh dijadikan salah
satu faktor yang mencetuskan konflik, antaranya adalah
perbezaan pegangan agama, sikap penganut agama yang
bertindak dari luar batasan undang-undang negara dan salah
faham antara agama atau dari kalangan agama tersendiri. Idea
bagi mengatasi masalah konflik keagamaan ini bukan sesuatu
perkara yang baharu, malah ia berlaku pada awal sejarah lagi
dan ramai dikalangan rakyat berusaha keras dalam
menyelesaikan semua konflik agama yang telah tercetus.
Masalah ini berpunca daripada kalangan penganut agama yang
berusaha untuk menjadikan agama mereka sebagai agama
yang satu-satunya agama, lalu mereka berusaha untuk
menghapuskan semua agama yang wujud di dunia ini. Justeru
itu, kita perlulah menemukan pendekatan yang berbeza bagi
mudah untuk mencapai penyelesaian tersebut.

Page | 12

12

Kesimpulannya, setiap masyarakat perlulah
menitikberatkan setiap perkara tanpa mengambil kira
perbezaan kebudayaan serta menghormati agama lain tanpa
mewujudkan sebarang konflik. Dengan itu, masyarakat dapat
menjamin keamanan dan kedamaian serta dapat hidup dengan
keadaan baik dan selesa.

Antara cara yang dapat dilakukan adalah memberi ruang
kepada setiap masyarakat 1s0upaya dapat mengurangkan
sebarang prasangka dan dapat memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Selain itu, perlu ada beberapa
penjelasan dari segi perspektif keagamaan mengenai prinsip
kepelbagaian kepada masyarakat untuk memberikan
kefahaman yang lebih baik dan jelas dalam menekankan
kepentingan perpaduan dan kehidupan yang harmoni agar
dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Seperti yang kita ketahui, konflik antara agama berlaku
disebabkan oleh orang yang tidak memahami tentang agama
lain dengan lebih baik. Untuk menangani masalah ini, pihak
pengurus majlis keagamaan perlu kerap menganjurkan majlis
untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada
masyarakat, terutama pada masyarakat yang sedang
mengalami konflik keagamaan. Antara contoh lain yang dapat
diutamakan adalah, mewajibkan setiap pelajar dari universiti
awam, swasta atau mana-mana institusi di Malaysia
mengambil kursus mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia
serta hubungan etnik. Kursus seperti ini dapat membantu
pelajar memahami lebih baik mengenai perbezaan tamadun

Page | 13

13

dan agama yang wujud serta dapat menjelaskan cara
mengelakkan konflik keagamaan pada setiap masyarakat.

Oleh itu, dengan memahami agama-agama lain kita dapat
mengurangkan salah faham di antara kaum yang berlainan.
Contohnya, memahami nilai murni di setiap agama,
kebudayaan mereka, perayaan dan kepercayaan dalam agama
yang berbeza. Hal ini, dapat meningkatkan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain.

Page | 14

14

Sejak negara menikmati arus kemerdekaan bidang sukan
dilihat mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan
antara kaum. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza
agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara
yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.
Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding,
semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita
memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada
pasukan Harimau Malaya. “Ini merupakan salah satu pengisian
ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan
penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan
agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang
sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras
dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.,” jelasnya.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada
negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara. Namun Tidak kira dalam apa jua sukan,
kerjasama dan hubungan akrab akan lahir justeru aktiviti sukan
dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami antara kaum. Contoh sukan yang dapat
menyatupadukan lagi perpaduan kaum adalah seperti bola
sepak, badminton, bola jaring, olahraga, ragbi dan bola jaring.
Menurut penelitian saya, kegiatan sukan seperti ini telah
memberi dorongan anak muda untuk menceburi bidang

Page | 15

15

tersebut. Sebagai contoh, Dato' Lee Chong Wei telah
membanggakan nama Malaysia setelah mendapat tempat ke-
2 dalam pertandingan Badminton pada aksi final di sukan SEA
2005 di Manila. Dari sini ia telah mewujudkan hubungan
diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain.

Selain daripada itu, Sukan berperanan sebagai alat
perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakkan
semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Penyertaan aktiviti
sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya
membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.
Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
penganjuran termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua
tahun sekali pada peringat awal. Justeru SUKMA mula diadakan
setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri.
Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
pemain ataupun penonton. Sukan Malaysia adalah satu acara
sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan
Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM), Majlis Sukan Universiti
Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Seterusnya,
Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan"
(Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan
Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. Seterusnya,
sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan, kemudian
diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat atlet-atlet
remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakan

Page | 16

16

penglibatan secara mendalam dalam sukan yang
dipertandingkan. Secara keseluruhannya, penyertaan diri
dalam acara sukan memberi impak positif dalam
menyatupadukan pelbagai kaum dan bangsa.

Sebagai rumusan perpaduan antara kaum dapat dilihat
antara satu sama lain. Pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan
Cina. Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu
menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Tanpa mengira
warna kulit, bangsa dan agama, bidang sukan sebenarnya telah
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat
majmuk. Kerajaan dan pihak-pihak terlibat perlulah
memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan dan
tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan yang
merupakan salah satu agen menyatupadukan masyarakat.

Page | 17

17

Pada zaman yang penuh dengan teknologi mewah
contohnya seperti telefon pintar, rakyat Malaysia makin kurang
berinteraksi di antara satu sama lain dan juga kurang untuk
membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan jiran
tetangga atau kawan-kawan kurang berinteraksi, malah
dengan keluarga sendiri juga tidak ada komunikasi. Hal ini
sangat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan
kurang persefahaman di antara satu sama lain. Kurang
berinteraksi juga akan menyebabkan hubungan sesuatu
keluarga itu renggang dan kurang bantu membantu jugak akan
menyebabkan semangat perpaduan akan pudar dan hilang
dimakan zaman.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai
kaum. Aktiviti kemasyarakatan adalah salah satu cara untuk
rakyat Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu
sama lain. Seperti yang sedia maklum, aktiviti kemasyarakatan
merupakan amalan yang mulia. Kerana ianya adalah satu
amalan yang membantu antara satu sama lain serta
merupakan satu amalan yang dapat memudahkan pekerjaan
orang lain. Sekiranya aktiviti ini dipupuk dalam kalangan
masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu "berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing". Semua orang mengetahui
bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga
belanjanya akan menjandi enteng dan kecil kosnya jika
dilakukan bersama-sama.

Page | 18

18

Seterusnya aktiviti kemasyarakatan juga dapat
mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Melalui
penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat
memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran
tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin
keceriaan kawasan kediaman masyarakat selain mampu
membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran
tetangga. Pada masa yang sama, sambutan hari perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas,
Hari Gawai dan Kaamatan perlu diraikan bersama di negara
kita. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan
diadakan untuk mendedahkan masyarakat kepada keunikan
adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman
antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi
dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan
untuk memupuk perpaduan kaum.

Page | 19

19

Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana
dalam membina generasi masa hadapan yang mementingkan
keharmonian antara kaum. Sebagai contoh dalam institusi
keluarga, ibu bapa merupakan entiti mithali kepada anak dan
perlu menunjukkan teladan yang baik. Contohnya, ibu bapa
haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan
mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama. Maka,
sejak usia muda anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap
ibu bapa yang menghormati kaum lain, bak kata pepatah, Ke
mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itulah sebabnya kita
sebagai ibu bapa wajib memberikan contoh yang baik kepada
anak-anak. Malah ajaran islam menganjurkan kita agar menjaga
tingkah laku dan melakukan amal soleh seawal anak masih berada
dalam bentuk bayi di dalam kandungan.

Page | 20

20

Budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah
dipraktikkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dalam
membentuk dan menanam semangat perpaduan. Barisan
pendidik di sekolah perlu memainkan peranan dalam
menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Sebagai
contoh di sekolah, lagu kebangsaan dinyanyikan dan Rukun
Negara dihayati sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri murid.
Maka dengan demikian, mereka akan menyedari akan
kepentingan bersatu padu dan saling hormat-menghormati.
Selain itu, melalui pengajaran subjek pendidikan moral dan sivik
kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan
bimbingan dan nasihat yang berterusan untuk membentuk
sahsiah positif dalam para murid. Sistem pendidikan memainkan
peranan penting agar negara terpelihara daripada muslihat dan
tipu helah pihak musuh. Hal ini kerana kurikulum yang dibina
untuk para pelajar bukan sahaja menjadi platform untuk
menimba ilmu pengetahuan dan informasi berbentuk ilmiah dan
akademik, bahkan semangat perpaduan juga boleh dipupuk.
Janganlah kita semua memandang remeh terhadap peranan dan
fungsi pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan
kerana sesungguhnya pendidikan itu peranannya sangat besar
sebagai benteng utama insan daripada dihancurkan oleh musuh-
musuh negara yang berhasrat untuk memecah belahkan unsur
perpaduan kaum di negara kita.

Page | 21

21

Oleh itu, ibu bapa dan barisan pendidik hendaklah bersama-
sama berganding bahu dan berganding tenaga dalam membajai
dan menyemai semangat perpaduan dalam kalangan generasi
muda terutamanya anak-anak yang masih bersekolah.

Akhir sekali, dalam sistem perundangan negara kita, rakyat
diberikan hak kebebasan bersuara. Namun demikian, rakyat
Malaysia seharusnya menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Rakyat negara kita haruslah
mengawal nafsu diri dan tidak mengambil kesempatan dengan
mencetuskan isu sensitif dan kontroversi. Hal ini dapat
mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas
kerana bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubati. Justeru, peranan rakyat sendiri tidak boleh dinafikan
kepentingannya dalam usaha memupuk perpaduan kaum di
negara kita

Page | 22

22

Media massa berperanan penting dalam usaha memupuk
semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang
berterusan dalam kalangan rakyat

Media sosial merupakan laman jaringan sosial yang menjadi
platform untuk orang ramai berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain. Sepertimana kita ketahui, media massa boleh
dibahagikan kepada media cetak atau media elektronik. Dalam
hal ini, media elektronik khususnya internet dikatakan media
massa yang amat penting pada era ini, kerana kita dapat
menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengan pantas.
Menurut mantan Perdana Menteri, Dato Seri Najib dalam Sinar
Harian yang bertarikh 27 Februari 2016, beliau berkata bahawa
rakyat Malaysia harus menggunakan media massa untuk tujuan
yang baik dalam menjamin keharmonian dan perpaduan negara
selaras dengan prinsip 1 Malaysia. Peranan penting media massa
dalam memupuk perpaduan adalah dengan menyebarkan
maklumat tentang budaya kaum-kaum yang wujud di Malaysia.
Dalam konteks ini, rakyat Malaysia akan mengetahui dengan lebih
mendalam tentang budaya masyarakat lain. Hal ini akan
membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk
yang wujud di sini. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat
mengetahui tentang perayaan, makanan dan pakaian tradisional
pelbagai kaum. Oleh yang demikian, akan wujudnya
persefahaman antara masyarakat yang berbilang kaum.

Page | 23

23

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh
memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum,
terutamanya stesen penyiaran tempatan. Hal ini kerana media
massa mudah menarik minat seseorang untuk mengetahui
tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen dan stesen
penyiaran boleh menyiarkan iklan atau program yang membawa
dan mempunyai mesej atau unsur perpaduan. Sebagai contoh,
unsur-unsur perpaduan boleh ditekankan dalam rancangan
hiburan, drama dan dokumentari dengan cara menyiarkan sejarah
sesuatu kaum yang wujud di Malaysia. Surat khabar pula boleh
menyiarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum terhadap
masyarakat dan negara. Secara perlahan-lahan semangat
perpaduan dapat ditanam dalam jiwa masyarakat melalui kaedah
ini.

Page | 24

24

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan yang
melibatkan penyatuan antara dua belah pihak yang
berlainan latar belakang sama ada dari segi agama, bangsa,
kewarganegaraan, kebudayaan dan lain-lain. Menurut Anuar
Puteh, Razaleigh Muhamat atau dikenali sebagai
Kawangit serta Abdul Ghafar Haji Don, perkahwinan campur
adalah perkahwinan yang terhasil daripada komunikasi dan
interaksi antara manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan budaya.

Secara umumnya, perkahwinan campur atau (inter-
marriage) dapat dikategorikan kepada beberapa
jenis, antaranya ialah perkahwinan campur yang berlaku antara
kaum atau etnik seperti kaum Melayu dan kaum Cina. Kategori
yang kedua ialah perkahwinan campur antara
negara, contohnya Malaysia dan China. Manakala kategori
perkahwinan campur yang ketiga ialah perkahwinan antara
agama, contohnya agama Islam dan Kristian.

Page | 25

25

Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di
negara ini ialah perkahwinan campur. Perkahwinan campur
merupakan satu lonjakan atau galakan baharu justeru,
perkahwinan campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat
kita kerana cara ini merupakan perkara yang paling mudah untuk
dilaksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi
muda dapat mewujudkan perbezaan budaya kerana mempunyai
pengalaman perbezaan budaya antara kedua-dua ibu bapa
mereka. Jadi, perpaduan di negara ini mampu dicapai dengan
mudah jika konsep perkahwinan campur itu dilihat sebagai
sesuatu yang positif.

Page | 26

26

Di samping itu, sikap saling hormat menghormati juga penting
dalam meyatupadukan kesepaduan sosial antara kaum di
Malaysia. Sikap-sikap negatif seperti prejudis, stereotaip dan
diskriminasi hendaklah dijauhi dalam kehidupan seharian. Hal ini
kerana sentimen rasisme atau sifat perkauman jika dibiarkan
secara berterusan akan mengancam kestabilan dan keamanan
negara. Malaysia pernah mengalami peristiwa yang menghayat
hati sehingga menumpahkan banyak darah apabila 196 nyawa
orang terkorban dalam Peristiwa 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum
secara besar-besaran. Isu perkauman ini telah menyebabkan
seluruh negara terpaksa diisytiharkan darurat akibat kekacauan
yang tidak dapat dikawal lagi dan banyak nyawa terkorban. Oleh
itu, bagi mengelakkan peristiwa buruk sebegini berlaku pada
kemudian hari, seseorang perlulah menanamkan semangat
berprasangka baik terhadap orang lain daripada etnik yang
berbeza serta mengelakkan elemen-elemen negatif seperti
prejudis, stereotaip, diskriminasi.

Di samping itu, sikap saling hormat menghormati antara satu
sama lain juga harus ditekankan. Sikap saling hormat menghormati
menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak berani untuk
mengeluarkan sebarang ungkapan atau istilah yang boleh
menyinggung perasaan kaum lain. Sikap ambil peduli terhadap
perasaan individu kaum lain menyebabkan rasa perpaduan itu
begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru,
perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihargai di negara ini
jika sikap saling menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk.

Page | 27

27

Cadangan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang lebih
bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap langkah
bijak. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah
veribal kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam
sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah di
sekolah berkenaan tetapi pelbagai bangsa lain turut ada. Lantaran
pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan
pertembungan budaya dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan
ialah usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat
cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem
pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu
sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu
ruang yang sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah
berkenaan sudah pasti akan menemukan pelajar kepada satu
andaian baru dalam hidup mereka.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan
ini telah ditentang oleh pertubuhan yang mewakili masyarakat
Cina kerana bimbang kewujudan sekolah tersebut akan
menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa
ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Secara tidak
langsung hal ini akan mengganggu, membantut dan menjejaskan
perkembangan serta kewujudan SRJK

Page | 28

28

Justeru, sebuah badan bertindak telah membuat desakan
kepada pihak kerajaan supaya membatalkan rancangan Sekolah
Wawasan di dalam Tuntutan 17 perkaranya. Malahan, persatuan
ini juga telah menuntut banyak lagi perkara yang berbaur
perkauman. Manakala parti MCA dan Gerakan pula meminta
supaya pihak Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan
kepada masyarakat Cina berhubung kekeliruan dan kebimbangan
yang timbul mengenai perlaksanaan konsep Sekolah Wawasan.

Kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa
SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta identitinya
sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di
dalam Sekolah Wawasan ini masih lagi mengekalkan sistem
pembelajaran serta kurikulum sedia ada. Dengan kata lain SRJK
Cina, Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada di dalam
keadaannya yang asal. Jadi, penempatan ketiga-tiga aliran ini di
dalam satu kawasan yang sama tidak boleh ditafsirkan sebagai
suatu usaha untuk menghapuskan SRJK.

Apa yang lebih penting di sini, penempatan ketiga-tiga aliran
sekolah ini dapat dijadikan landasan terbaik untuk mewujudkan
integrasi kaum pada peringkat primer lagi. Bak kata pepatah , kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga dengan
integrasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai
seandainya usaha memupuk hubungan serta perpaduan kaum itu
dimulakan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan
membiarkan mereka bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-
sama.

Page | 29

29

Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga
dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai
contoh, Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara
teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan
kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan serta
penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia
sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan
turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu
sama lain.

Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa
sistem pendidikan negara kita merupakan pemangkin dalam
proses memperkasa hubungan sesama kaum. Dari perspektif
yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan
harapan para pemimpin kita untuk mencapai perpaduan kaum.

Page | 32

30

RUMUSAN

Daripada tugasan e-folio ini, kami dapat memahami
bahawa keamanan dan kedamaian Malaysia diwujudkan
dengan pelbagai peranan yang dimainkan oleh semua
rakyat. Iktibar yang kita peroleh ialah kita mestilah saling
menghormati antara satu sama lain. Selain itu, kita
hendaklah memajukan negara dengan menjalin
hubungan baik dengan semua kaum di negara ini. Di
samping itu, perselisihan hendaklah diselesaikan melalui
perundingan. Saya berharapa agar masa depan politik
Malaysia yang lebih cemerlang. Selanjutnya, setiap
lapisan masyarakat di bawah payung 1 Malaysia haruslah
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
merealisasikan konsep 1 Malaysia supaya negara kita
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
rakyat di negara lain.

Page | 30

31

RUJUKAN

- https://www.bharian.com.my/rencana/surat-
pembaca/2018/09/469640/memupuk-semangat-perpaduan-dan-
patriosme

- https://sharedle.blogspot.com/2018/11/cara-cara-memupuk-
perpaduan-kaum.html?m=1

- https://karangan.net/cara-cara-pupuk-perpaduan-di-malaysia/
- https://penegaksukannegara.blogspot.com/2020/09/sukan-dan-

perpaduan.html
- https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-

perpaduan-kaum.html
- https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-

perpaduan-kaum-di-malaysia/
- https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403

/harmonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum
- https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2018/12/509258/kep

elbagaian-agama-budaya-perlu-dihormati

Page | 31

32


Click to View FlipBook Version