"Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti" BULETIN PUSAT ALUMNI BIL. JAN 2023 - JUN 2023 Disediakan oleh Pusat Alumni UPSI AALLUUMMNNII J A B A T A N H A L E H W A L P E L A J A R & A L U M N I
KKAAKKIITTAANNGGAANN PPUUSSAATTAALLUUMMNNII SSIIDDAANNGG EEDDIITTOORRIIAALL PENAUNG Prof Dr. Norkhalid Bin Salimin KETUA EDITOR Dr. Siti Hartini Binti Azmi EDITOR En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman Pn. Nor Azlina Aladdin JURU FOTO En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman SUSUN ATUR & REKA LETAK Muhamad Haikal Bin Musa (SKIM Pelajar Bekerja) PENAUNG Prof Dr. Norkhalid Bin Salimin KETUA EDITOR Dr. Siti Hartini Binti Azmi EDITOR En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman Pn. Nor Azlina Aladdin JURU FOTO En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman SUSUN ATUR & REKA LETAK Muhamad Haikal Bin Musa (SKIM Pelajar Bekerja) "Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti" DR. SITI HARTINI BINTI AZMI Pengarah Pusat Alumni [email protected] EN. MUHAMMAD ZAFIR BIN MOHD SAMAN SPKU 41 [email protected] EN. ANIZAN MD NOOR Penolong Pendaftar [email protected] EN. RASYIDI BIN JOHAN Timbalan Pengarah [email protected] PN. NOR AZLINA BINTI ALADDIN Pembantu Tadbir N22 [email protected],my EN. MUHAMMAD HIDAYAT BIN BAHARRUDDIN SPKU 19 [email protected]
Kandungan Buletin Kali Ini 2 4 7 ALUMNI TALK : KENANGANKU DI BIDANG PERGURUAN MESYUARAT HALATUJU PENGURUSAN DAN AKTIVITI PUSAT ALUMNI 2023 PROGRAM JELAJAH IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN (IKSB) KE LOMBOK, INDONESIA SESI MEJA BULAT MAJLIS AKSB KEBANGSAAN BERSAMA PUSAT ALUMNI LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KAUNSELING, KERJAYA DAN ALUMNI UPNM KE PUSAT ALUMNI UPSI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI ALUMNI UPSI 2023 3 6 8
Kandungan Buletin Kali Ini 9 11 GAMES DAY 2023 & ALUMNI TALK: "SETTLE DIPLOMA, NEXT?" SAMBUTAN HARI GURU MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN & SAMBUTAN HARI ALUMNI UPSI 2023 ZIARAH KASIH ALUMNI (Tuan Hj Hamdan bin Abd Rahman) 10 12 JELAJAH IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN (SARAWAK) 13 14 15 JEJAK KASIH ALUMNI (CIKGU ROJALI) JEJAK KASIH IKSB - LAWATAN KE SMK TUN ABANG HAJI OPENG
Dr. Siti Hartini binti Azmi Pengarah Pusat Alumni KETUA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera. Keluaran kali ini merupakan keluaran bulan Januari sehingga Jun 2023. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua warga UPSI Anak Kandung Suluh Budiman. Selain itu, syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua ahli editorial Buletin Alumni yang bertungkus lumus menyiapkan keluaran kali ini. Untuk makluman semua, Pusat Alumni UPSI begitu komited dalam menjejaki para alumni yang terdiri daripada pelbagai era dari era SITC, MPSI, IPSI dan UPSI. Hal ini dapat dicapai dengan adanya programprogram bersama alumni seperti program Jelajah Alumni, Ziarah Kasih, Reunion dan sebagainya sekaligus dapat mengukuhkan lagi hubungan antara universiti dan juga alumni Anak Kandung Suluh Budiman. Saya menyeru kepada semua alumni yang berada di luar sana untuk bersama-sama membantu dan menyalurkan data-data terutamanya hal berkaitan kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian. Sebelum saya mengakhiri coretan pada kali ini, izinkan saya memberikan serangkap pantun. Pohon Meranti tiga sebatang Ditebang orang tiga pemuka Sudilah tuan datang bertandang Berbesar hati kami menerima Pintu Pusat Alumni UPSI sentiasa terbuka mengalualukan kedatangan semua alumni. Jumpa lagi di keluaran akan datang. Sekian, wassalam.
BULETIN PUSAT ALUMNI 26 JANUARI 2023 Alumni Talk with Cikgu Arrif Alumni Talk siri pertama tahun 2023 ini telah dijayakan dengan kerjasama Kolej Aminuddin Baki. Alumni Talk adalah sebuah program dimana para Alumni akan berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman mereka kepada mahasiswa yang bakal menjadi seorang guru kelak. ALUMNI TALK : KENANGANKU DI BIDANG PERGURUAN Cikgu Arrif merupakan Alumni MPSI dan telah berkhidmat di bidang perguruan hampir 35 tahun. Pastinya perkongsian yang telah beliau berikan mampu sedikit sebanyak membakar dan memurnikan impian dan cita - cita mahasiswa UPSI untuk menjadi seorang pendidik yang mampu menyumbang pada kemajuan bangsa dan agama. Terima kasih kepada Kolej Aminuddin Baki kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga lebih banyak perkongsian daripada Alumni dapat dilaksanakan pada masa akan datang. 2 Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman “Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti”
BULETIN PUSAT ALUMNI 18 - 20 FEBRUARI 2023 Mesyuarat Halatuju Pengurusan dan Aktiviti Pusat Alumni 2023 telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan distrukturkan semula supaya pada tahun 2023 Pusat Alumni akan lebih cemerlang. Semoga segala perancangan tahun 2023 ini dapat direalisasikan demi nama baik Alumni dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. MESYUARAT HALATUJU PENGURUSAN DAN AKTIVITI PUSAT ALUMNI 2023 3 Oleh Anizan Md Noor “Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti”
26 Februari 2023 Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman dimulakan dengan penyerahan dana pondok UPSI di Madrasah Aliyah NWDI Gereneng. Sambutan yang meriah dengan penuh adat dan tradisi dipersembahkan kepada delegasi dari UPSI oleh masyarakat desa Gereneng dan pelajar Madrasah. Melalui kunjungan ini pihak UPSI telah pun menyampaikan sejumlah dana bagi membantu madrasah membaik pulih dan membangunkan infrastrukturnya. Saudara Hakim (Kepala Madrasah Aliyah NWDI Gereneng) yang juga merupakan Alumni AKSB 2022 mengucapkan terima kasih buat UPSI khususnya kepada Pusat Alumni kerana sudi hadir dan berkunjung ke sini. Dalam ucapan, beliau menekankan kepentingan pendidikan buat anak anak bangsa Indonesia sambil mempromosikan UPSI sebagai Universiti No 1 Pendidikan. Beliau yang sebelum ini berpeluang melanjutkan pelajaran merupakan seorang anak muda yang dahulunya bekerja sebagai pengembala kambing. Katanya lagi dalam ucapan, asbab pendidikan juga lah, beliau berjaya hingga ke tahap ini sekarang. Program ini juga dihadiri oleh : 1. Bapak Gubernur NTB yang diwakilkan oleh Kepala Badan Riset dan Inovasi Daerah NTB (BRIDA NTB) 2. Bapak Wakil Bupati Kabupaten Lombok Timur Haji Rumaksi SJ, SH 3. Bapak Kepala Kementrian Agama Wilayah NTB 4. Bapak Kepala Dinas Pendidikan dan Kebudayaan NTB 5. Bapak Kepala Kementrian Agama Kabupaten Lombok Timur 6. Bapak Camat Sakra Timur 7. Bapak Kepala Polisi Sektor Sakra Timur 8. Bapak Komandan Pos Rayon Militer TNI AD (Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat) 9. Bapak Kepala Desa Gereneng dan jajarannya. 10. Guru besar MA NWDI Gereneng 11. Direktur LPP NTB Semoga usaha ini memberikan sejuta satu manfaat buat ummah. Kemuliaan itu ada pada Ilmu Pengetahuan, Manusia itu diukur dari karya dan amalnya. PROGRAM JELAJAH IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN (IKSB) KE LOMBOK, INDONESIA BULETIN PUSAT ALUMNI 24 - 28 FEBRUARI 2023 4 Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman “Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti”
Bidang Hubungan Internasional: Koordinator : Isbah Diansyah Yahya, M.Ed Anggota : 1. Fitriani 2. M.Ed Sukarni, M.Ed Bidang Media, Publikasi dan Komunikasi: Koordinator : Deny Susanti, S.Pd Anggota : Zul Pahmi, S.Pd, MA Bidang Program dan Perencanaan: Koordinator : Fathurrahim, M.Ed Anggota : Ratin Wahyu Juni Atma, M.Ed Kota Mataram dan Kabupaten Lombok Barat Koordinator : Muhibin, M.Ed Anggota : 1. Mustain, M.Ed 2. Sri Haryati Rohayu, M.Ed Kabupaten Lombok Timur Koordinator : Zohri Ratna, M.Ed Anggota : 1. Satriadi Pratama, M.Ed 2. Lailatul Ismi, M. Ed Kabupaten Lombok Tengah Koordinator : Zul Pahmi, S.Pd. MA Anggota : Faridatun Sumiharti. S.Pd. MA Kabupaten Sumbawa Barat Koordinator : Sopan Hidayat, S.Pd., M.Ed Anggota : Rizka Trimulyani, M.Ed Kabupaten Sumbawa Koordinator : M. Nur Sidik, S.P., M.sc Anggota : 1. Yadi Satriadi, S.I.Kom., M.A 2. Abdul Gafar Kota Bima Koordinator : M. Anis Fuadi, M.Ed Anggota : 1. Tedy Hartadi, M.Ed 2. Burhanuddin, M.Ed Kabupaten Bima Koordinator : Firdaus, M.Ed Anggota : 1. Juryatina, M.Ed 2. Nurul Uyun, M.Ed Kabupaten Dompu Koordinator : Mahdin, M. Ed Anggota : 1. Usnatul Fitriyah, M.Ed 2. Sintya Kurniati, M.Ed Semoga dengan pelantikan ini memberikan peluang untuk UPSI terus gemilang dan terbilang. Salam Ibu Kandung Suluh Budiman X “Selagi Hayat Dikandung Badan” 27 Februari 2023 Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman diteruskan dengan program Pelantikan Ikatan Alumni (IKA) UPSI NTB, Indonesia. Majlis ini dilaksanakan di Madrasah Muallimin Nahdatul Watan Darul Islam, Pancor, Lombok Timur, Indonesia. Delegasi UPSI sempat untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah bersama ratusan pelajar Madrasah. Pelantikan ini adalah bertujuan memberikan wakil Pusat Alumni UPSI untuk menyampaikan info atau program dan aktiviti yang akan dilangsungkan kelak oleh pihak Universiti. Seramai hampir 90 orang Alumni NTB, Indonesia yang masih aktif untuk memberikan pendedahan dan menyampaikan info kepada masyarakat dan anak anak disini untuk menyambung pelajaran di UPSI. Berikut merupakan senarai jawatankuasa Ikatan Alumni UPSI - NTB, Indonesia untuk tempoh 2023 sehingga 2026 : Ketua : Muh. Thahirul Hakim, M.Ed Wakil Ketua : Bachrizal Bakhtiar D., M.Ed Sekretaris 1 : Mila Septian Haryati, M.Ed Sekretaris 2 : Ice Puspitasari, M.Ed Bendahara : Muslihatun Maulidian, M.Ed BULETIN PUSAT ALUMNI 24 - 28 FEBRUARI 2023 Program Pelantikan Ikatan Alumni (IKA) UPSI NTB, Indonesia 5 Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman
BULETIN PUSAT ALUMNI 14 - 15 MAC 2023 Sesi Meja Bulat Majlis AKSB bersama Pusat Alumni telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2023 bertempat di Scholar Suite UPSI. Sesi ini melibatkan wakil wakil AKSB di seluruh Malaysia bagi membincangkan serta menyelaras semula program - program yang bakal dan telah dijalankan antara Pusat Alumni dan AKSB. Semoga perbincangan ini dapat memberikan manfaat buat semua Anak Kandung Suluh Budiman. “Selagi Hayat Dikandung Badan” SESI MEJA BULAT MAJLIS AKSB KEBANGSAAN BERSAMA PUSAT ALUMNI 6 Oleh Anizan Md Noor
Lawatan Penanda Aras Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni UPNM ke Pusat Alumni UPSI. Pusat Alumni UPSI hari ini telah menerima kunjungan dari delegasi UPNM. UPNM dihadiri sendiri oleh Pengarah dan dua orang pegawai. Lawatan ini adalah sebagai penanda aras dan jalinan kerjasama yang bakal dilaksanakan oleh kedua belah pihak. Pelbagai idea dan perancangan yang bersesuaian telah difikirkan dan mendapat persetujuan kedua pihak. Diharap segala apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi memartabatkan Alumni di Universiti masing masing. “Selagi Hayat Dikandung Badan” LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KAUNSELING, KERJAYA DAN ALUMNI UPNM KE PUSAT ALUMNI UPSI BULETIN PUSAT ALUMNI 20 MAC 2023 7 Oleh Muhammad Hidayat Baharruddin
Pelancaran Sambutan Hari Alumni UPSI 2023 telah diadakan pada 31 Mac 2023. Untuk pengetahuan semua, tarikh 31 Mac telah diwartakan sebagai Hari Alumni UPSI. Tarikh ini diambil sempena tamat belajar pertama kali graduan SITC pada 31 Mac 1924. Memandangkan tarikh 31 Mac tahun ini merupakan bulan ramadan, pihak Pusat Alumni mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis secara fizikal dan akan diadakan pada 20 Mei bersempena sekali dengan Sambutan Hari Raya AKSB. Kami di Pusat Alumni UPSI mengucapkan Selamat Hari Alumni buat seluruh Alumni Anak Kandung Suluh Budiman. “Selagi Hayat Dikandung Badan” MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI ALUMNI UPSI 2023 BULETIN PUSAT ALUMNI 31 MAC 2023 8 Oleh Nor Azlina Aladdin
Selesai sesi Alumni Talk sempena Games Day dengan kerjasama Pusat Alumni. Pelbagai perkongsian yang bermanfaat telah dikongsikan oleh panel sebentar tadi. Permainan Digital juga mampu untuk menjana pendapatan. Tidak percaya? Datang ke UPSI, dan lihat sendiri bagaimana alumni - alumni ini menjana pendapatan dengan bermain “games” dan membangunkan “games”. Dari Alumni untuk Universiti. “Selagi Hayat Dikandung Badan” GAMES DAY 2023 & ALUMNI TALK: "SETTLE DIPLOMA, NEXT?" BULETIN PUSAT ALUMNI 13 APRIL 2023 9 Oleh Anizan Md Noor
BULETIN PUSAT ALUMNI 17 MEI 2023 Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI dan Majlis Hari Raya Aidilfitri UPSI 2023. Majlis penuh istiadat dan bermakna ini bertemakan “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”. Seperti ungkapan “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang” begitulah jua dalam perkhidmatan mereka selama ini, kecemerlangan dan kegemilangan tidak datang dengan mudah. Kota Rom tidak terbina dalam masa sehari, Demikian juga halnya dengan kejayaan insan - insan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman ini, Setiap masa dan ketika ada harga yang tersendiri, Dan semuanya akan ternilai pada suatu hari nanti. Semoga pengiktirafan dan penganugerahan ini dapat memberikan satu nilai makna dalam diri setiap yang menerima. Tahniah Anak Kandung Suluh Budiman! “Selagi Hayat Dikandung Badan” SAMBUTAN HARI GURU 10 Oleh Muhammad Hidayat Baharruddin
BULETIN PUSAT ALUMNI 20 MEI 2023 Telah berlangsung Majlis Hari Raya Aidilfitri Anak Kandung Suluh Budiman & Sambutan Hari Alumni UPSI 2023. Kehadiran hampir 400 orang Alumni dari pelbagai latar belakang dan era pastinya memberikan majlis ini berlangsung dengan kemeriahan dan pastinya terubat rindu para Alumni pada Ibu Kandung Suluh Budiman. Majlis ini juga turut menyediakan sebanyak 6 Anugerah Ikon yang terdiri daripada Ikon Keusahawanan, Sukan, Pengurusan, Inovasi, Pendidikan dan Kesukarelawan. Ikonikon ini dianugerahkan kepada Alumni yang telah berjaya dan mahsyur di bidang yang mereka ceburi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Kehadiran YB Timbalan Menteri Belia & Sukan dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan yang kedua duanya merupakan Anak Kandung Suluh Budiman era UPSI memberikan satu titik kepercayaan bahawa UPSI hari ini bukan sekadar mampu melahirkan seorang Guru yang berjasa dan berjaya bahkan mampu melahirkan tokoh - tokoh negara yang sekaligus membawa nama UPSI terbang bersama. Semoga Majlis ini mampu mengukirkan senyuman dan mengubati rindu Anak Kandung pada Ibu Kandung. InshaAllah, majlis raya ini akan diadakan setiap tahun, tanda ingatan tanpa putus, seorang ibu pada anaknya. Buat semua Anak Kandung diseluruh Malaysia khasnya, dan dunia amnya, Teruskan berbakti dan berjasa. Julanglah nama institusi keramat ini setinggi yang boleh, banggakanlah Ibu Kandung Suluh Budiman. “Selagi Hayat Dikandung Badan” MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN & SAMBUTAN HARI ALUMNI UPSI 2023 11 Oleh Siti Hartini Azmi
BULETIN PUSAT ALUMNI 25 MEI 2023 Oleh Rasyidi Johan ZIARAH KASIH ALUMNI (Tuan Hj Hamdan bin Abd Rahman) Ziarah Kasih Alumni. Pusat Alumni telah menziarahi Ayahanda Haji Hamdan bin Abd Rahman (Alumni AKSB era SITC) yang sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam pada 25 Mei 2023. Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Jun 2023. Arwah merupakan seorang pakar rujuk jawi dan pakar penyelidik bahasa yang juga merupakan alumni AKSB era SITC 1956. Pusat Alumni mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada waris arwah semasa program ziarah sebelum ini. Seluruh warga Alumni dan Universiti mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga arwah dan mendoakan semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang - orang yang beriman. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. “Selagi Hayat Dikandung Badan” 12
BULETIN PUSAT ALUMNI 17 - 20 JUN 2023 JELAJAH IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN (SARAWAK) KUCHING - Pusat Alumni sebagai badan induk di bawah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan satu program Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman di Bumi Kenyalang. Program jelajah yang merupakan inisiatif Pusat Alumni bagi menjejak dan memelihara hubungan antara Alumni selain berkongsi rasa kasih dan cinta Ibu Kandung kepada Anak Kandung. Program yang disambut baik oleh 146 orang alumni dari pelbagai era yang terdiri dari era MPSI, IPSI dan UPSI yang berada di Sarawak sangat membanggakan Ibu Kandung Suluh Budiman. Majlis makan malam yang dijalankan di Harbour View Hotel, Kuching, menjadi tempat permulaan bagi penjelajahan kali ini. Beberapa aktiviti yang mengetengahkan perkongsian idea bersama Alumni di setiap chapter serta mengumpulkan data terkini Alumni di setiap negeri. Harapan yang tinggi diletakkan bagi menjaga hubungan baik antara Alumni dan Alma Mater. Semoga jalinan kerjasama alumni UPSI dan pusat Alumni UPSI akan terus terjalin. 13 Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman “Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti”
BULETIN PUSAT ALUMNI 18 JUN 2023 KUCHING, 18 JUN - Dalam jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman edisi Sarawak untuk tahun ini, Pusat Alumni telah berjaya menjejaki seorang Alumni AKSB era UPSI iaitu Cikgu Rojali atau dikenali sebagai Ray Sape Maker. Cikgu Ray merupakan salah seorang Alumni dari Fakulti Sains Sosial dan Kesenian atau sekarang dikenali Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Beliau merupakan seorang guru dan juga pembuat alat muzik tradisional “Sape” yang terkenal di Sarawak. Penghasilan “Sape” untuk dijadikan bahan gunaan pada murid dan untuk jualan ini menjadikan nama Cikgu Ray terus dikenali di seluruh pelusuk dunia. Terima kasih Cikgu Ray, anda kebanggaan kami. “Selagi Hayat Dikandung Badan” JEJAK KASIH ALUMNI CIKGU ROJALI (RAY SAPE MAKER) ALUMNI AKSB ERA UPSI 14 Oleh Nor Azlina Aladdin
BULETIN PUSAT ALUMNI 19 JUN 2023 15 LAWATAN KE SMK TUN ABANG HJ. OPENG JEJAK KASIH IKSB KUCHING, 19 JUN - Program Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman di Bumi Kenyalang diteruskan dengan lawatan ke SMK Tun Abang Hj Openg. Seramai 15 orang tenaga pengajar keluaran didikan Universiti Pendidikan Sultan Idris sedang berkhidmat disini. Lawatan ini dapat mengumpul maklumat terkini Alumni serta membincangkan idea bagi sama - sama menaikkan kebolehpasaran graduan lulusan dari Universiti ke persada antarabangsa. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar disini. Inilah produk dan kemenjadian graduan yang UPSI telah lahirkan. Semoga terus membanggakan Ibu Kandung Suluh Budiman, terus bersinar menjulang nama UPSI walau dimanapun berada. Tahniah dan terima kasih cikgu. “Selagi Hayat Dikandung Badan” Oleh Anizan Md Noor
BULETIN PUSAT ALUMNI 19 JUN 2023 Oleh Anizan Md Noor KUCHING, 19 JUN - Pusat Alumni UPSI telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS. Lawatan yang bertujuan untuk berkongsi idea, membina sesuatu yang baru untuk kemajuan dan keunggulan graduan di Universiti masing-masing. Lawatan yang dapat mengumpul maklumat dan berkongsi idea tentang program yang boleh dijalankan bagi menaikkan kebolehpasaran alumni Universiti. Pusat Alumni juga berkesempatan untuk melawat Pusat Tusyen Terbilang yang dimiliki oleh Dr Ishak Johari (Alumni AKSB era UPSI). Pusat Tusyen Terbilang mempunyai sebanyak 6 buah cawangan di sekitar Sarawak. Pusat Tusyen ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dan menjadi kebanggaan negeri Sarawak dalam bidang pendidikan. Tahniah diucapkan kepada pengasas Pusat Tusyen ini, Dr Ishak Johari. “Selagi Hayat Dikandung Badan” 15 LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ALUMNI UPSI KE PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR UNIMAS
KENAL I TOKOH ALUMNI Latar Belakang Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) (2002) Ijazah Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) (2006) Pencapaian Pingat Dato’ Sagor Kelas-2 (Persekutuan Pengakap Malaysia) (2022) Anugerah Pegawai Berintegriti (Jabatan Pendidikan Negeri Perak) (2021) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Pendidikan Malaysia) (1992, 2012, 2020) Pingat Penghormatan Guru (Jabatan Pendidikan Negeri Perak) (2019) Sijil Penghargaan Kolokium TS25 (Jabatan Pendidikan Negeri Perak) (2018) Pen. Setiausaha Persatuan Alumni Sains Sukan (2018 -2019) Sijil Penghargaan Penceramah Kursus Kepimpinan Pengetua Dan Guru Besar (Jabatan Pendidikan Negeri Perlis) (2017) Sijil Penghargaan Ahli Panel/ Penggubal Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) (Kementerian Pendidikan Malaysia) (2017) Sijil Kepujian (Anugerah Dekan) (UPSI) (2001) Naib Johan Liga Futsal Kebangsaan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) (2001) Ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (1988 - Sekarang) Pegawai Cemerlang DG52 Kementerian Pendidikan Malaysia Ikon Pengurusan AKSB 2023 Caretaker Pejabat Pendidikan Daerah Muallim 2021 - 2022 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang (Sektor Pengurusan Sekolah) 2020 - 2021 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Muallim (Sektor Perancangan) 2021 - 2023 Perunding Professional di Tetuan Hafiz Norkhan & Co Perunding Professional di Tagrians Group Sdn. Bhd. Bersara Pilihan dari Sektor Awam pada 1 Oktober 2023 Norazam bin Mat Isa atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Azam merupakan anak jati Negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan pada 14 Oktober 1966 di Teluk Intan. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau pernah menjawat jawatan sebagai guru akademik di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Beliau juga merupakan bekas Penolong Pengarah Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Timbalan PPD Perancangan yang menjalankan tugas Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Muallim. Beliau kini sudah bersara dari Sektor Awam pada 1 Oktober 2023 yang lalu. Wajarlah beliau mendapat Anugerah Ikon Pengurusan AKSB 2023 kerana beliau merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas-tugasnya dalam bidang pengurusan.
TANDATANGAN "Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"
B U L E T I N ALUMNI Disediakan oleh Pusat Alumni "Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti" Pusat Alumni UPSI Rakan Strategik: PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI Aras Bawah, Bangunan Pusat Pelajar Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel: 015-4879 7052