The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cr.zarifa, 2022-08-03 03:11:40

Draf 6 Buku Panduan Prasiswazah 2022

Draf 6 Buku Panduan Prasiswazah 2022

Keywords: Buku Panduan Final

PENGURUSAN AKTIVITI 50

Bagaimana Menubuhkan Pertubuhan

I. Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 10 orang atau lebih hendaklah
diadakan.

II. Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan berikut :

a. Bersetuju menubuhkan pertubuhan.

b. Meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan.

c. Meluluskan alamat pertubuhan yang hendak didaftarkan.

d. Melantik Ahli Jawatankuasa penaja Pertubuhan untuk menguruskan
Pendaftaran pertubuhan. (Senarai ahli ini mengandungi Yang
Dipertua / Pengerusi, Timbalan Yang Dipertua / Timbalan Pengerusi,
Naib Yang Dipertua / Naib Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha).

e. Menyediakan / meluluskan perlembagaan pertubuhan yang hendak
didaftarkan.

f. Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan pertubuhan serta
keputusan terhadap ketetapan - ketetapan yang dibuat.

Cara Memohon Pendaftaran Pertubuhan

Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara - perkara berikut :

i. Borang permohonan bagi pendaftaran pertubuhan.

ii. Borang data peribadi exco persatuan / kelab.

iii. Perlembagaan badan pelajar.

iv. Jika menggunakan lambang, bendera, lencana atau lain - lain tanda,
sertakan contoh yang berwarna dan keterangan mengenai rekabentuk
tanda - tanda tersebut.

v. Minit mesyuarat penubuhan.

PENGURUSAN AKTIVITI 51

Di Mana Hendak Mendaftar Pertubuhan

Permohonan mendaftarkan pertubuhan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat
Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Perakuan Pendaftaran Dan Penolakan Pendaftaran Pertubuhan

i. Surat kelulusan dikeluarkan kepada pertubuhan yang diluluskan
pendaftarannya oleh Pejabat Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni).

ii. Pemberitahuan mengenai penolakan pendaftaran pertubuhan dikeluarkan
kepada pertubuhan yang tidak diluluskan pendaftaran.

PENGURUSAN AKTIVITI 52
FORMAT KERTAS KERJA :

KERTAS KELULUSAN / MAKLUMAN

TAJUK

TAJUK MESTILAH RINGKAS, PADAT DAN HENDAKLAH DAPAT
MENERANGKAN PERKARA YANG HENDAK DISAMPAIKAN. SEKIRANYA

CADANGAN INI PERNAH DIPERTIMBANGKAN OLEH MANA-MANA
MESYUARAT, MAKA TAJUK YANG SAMA HENDAKLAH DIGUNAKAN.

(Huruf Besar)

1.0 TUJUAN

Menerangkan tujuan kertas disediakan seperti memohon kelulusan atau
kertas makluman.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Hendaklah mengandungi maklumat penting untuk menjelaskan
secara ringkas dan padat mengenai perkara yang dicadangkan.
Seperti contoh:

a) Sejarah ringkas atau asal-usul sesuatu perkara;

b) Rujukan kepada keputusan yang lepas sama ada Mesyuarat
LPU/ Senat/ JKPU/ JKPAU dan sebagainya;

c) Rujukan kepada punca kuasa atau peruntukan undang-
undang yang berkenaan (jika ada) mengenai perkara yang
dikemukakan;

PENGURUSAN AKTIVITI 53

3.0 JUSTIFIKASI DAN ULASAN

Hasil atau faedah yang boleh dicapai melalui pelaksanaan perkara atau
program yang dicadangkan kepada universiti/PTj khususnya.

(Objektif / Hasil Pembelajaran / Impak Kepada Universiti)

4.0 PELAKSANAAN

Nyatakan butiran lanjut mengenai pelaksanaan sesuatu program/cadangan
seperti tarikh, masa, tempat, implikasi kewangan / anggaran perbelanjaan,
kerjasama, para peserta, aturcara program, perasmian pembukaan,
perasmian penutup, penyertaan, panel jemputan, rujukan / pegawai
bertanggungjawab, jawatankuasa program.

5.0 SYOR

Menyatakan tujuan dan cadangan terhadap perkara yang dikemukakan.

Disediakan oleh :……………………………………..

Setiausaha/ Penyedia kertas kerja

Disemak oleh : ……………………………………..

Pengarah Program/ Presiden/ YDP

Disahkan oleh : …………………………………….. Ulasan:

Penasihat/ Timbalan Dekan (HEPA)/ Ketua PTj

PENGURUSAN AKTIVITI 54

Panduan Penetapan Nama Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Biro – Biro
Penetapan jawatan bagi semua projek yang dikendalikan oleh mahasiswa/i
adalah seperti berikut :
• Pengarah Projek
• Timbalan Pengarah Projek
• Setiausaha Projek
• Penolong Setiausaha Projek
• Bendahari Projek
Biro - biro bagi jawatankuasa setiap projek adalah seperti berikut:
• AJK Logistik
• AJK Jamuan
• AJK Publisiti
• AJK Jemputan
• AJK Protokol dan Sambutan
• AJK Tajaan/Sumbangan
• AJK Buku Cenderamata
• AJK Pengangkutan
• AJK Cenderahati
Bagi melicinkan aktiviti / projek setiap 9 ahli jawatankuasa di atas boleh melantik
5 orang ahli jawatankuasa kecil masing-masing.
Semua ahli jawatankuasa yang dilantik perlu diserahkan nama kepada penyelaras
/ penasihat / pengetua / felo masing - masing untuk tujuan merit.
Semua jawatankuasa dan ahli jawatankuasa yang ditetapkan adalah kekal untuk
digunakan bagi setiap urusan surat menyurat.

PENGURUSAN AKTIVITI 55

PENGURUSAN AKTIVITI 56

Panduan Pengendalian Mesyuarat
Sebelum Mesyuarat ( Bahagian 1 ) : Tindakan Setiausaha

PENGURUSAN AKTIVITI 57
Semasa Mesyuarat ( Bahagian 2 ) : Tindakan Setiausaha

PENGURUSAN AKTIVITI 58

Peranan Pengerusi

● Mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai mesyuarat yang
dipimpinnya.

● Adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam sesuatu mesyuarat.

● Mempunyai kemahiran dan kebijaksanaan mengendalikan sesuatu
mesyuarat.

● Sanggup mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa yang telah
diaturkan dan mesyuarat lain yang tidak berjadual.

● Menggunakan undinya sebagai undi pemutus sekiranya dalam sesuatu
pengundian jumlah yang menyokong dan menentang adalah sama.

Peranan Setiausaha

● Mengenali dan menjalin hubungan dengan semua ahli jawatankuasa
termasuk pengerusi.

● Menyimpan senarai nama dan alamat ahli jawatankuasa yang kemas kini.

● Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai semua peraturan
perjalanan mesyuarat.

● Mempunyai penguasaan bahasa yang baik.

PENGURUSAN AKTIVITI 59
Tatacara Permohonan Aktiviti Badan Pelajar (Dalam Negara)

PENGURUSAN AKTIVITI 60
Tatacara Permohonan Aktiviti Badan Pelajar (Luar Negara)

PENGURUSAN AKTIVITI 61

Panduan Peringkat Untuk Melaksana Aktiviti

Peringkat Awal ( Urusan Pentadbiran )

i. Urusan tempahan peralatan, kenderaan dan logistik
ii. Urusan tempahan jamuan / menu
iii. Penyediaan banner / backdrop
iv. Tempahan diari penceramah / perasmi
v. Penyediaan buku cenderamata
vi. Cetakan tag nama, sijil ( badan yang diiktiraf ) dan penyediaan cenderamata

surat jemputan

Peringkat Semasa

I. Pengesahan kehadiran penceramah / perasmi
II. Semakan buku cenderamata
III. Senarai kehadiran jemputan
IV. Jamuan
V. Peronda keselamatan dan tunjuk arah
VI. Bilik tetamu jemputan (VIP)
VII. Pegawai Pengiring perasmi/penceramah
VIII. Pengacara majlis / pengerusi sesi
IX. Aturcara pentadbiran
X. Penentuan tindakan plan A & B

Peringkat Akhir

i. Kenderaan perasmi / penceramah
ii. Tentukan laluan VIP
iii. Tempat perasmi
iv. Hadiah / Cenderamata
v. Sambutan
vi. Peralatan dalam dewan, PA sistem, air mineral, dulang dsb
vii. Pengacara majlis / pembaca doa
viii. Post mortem harian
ix. Makluman Unit Komunikasi Korporat untuk publisiti.

Selepas Aktiviti

i. Mesyuarat post-mortem Jawatankuasa
ii. Laporan Kewangan
iii. Laporan Projek
iv. Berita semasa
v. Kemas tempat
vi. Sijil penghargaan (Badan yang diiktiraf sahaja)

PENGURUSAN AKTIVITI 62
Panduan Semakan Pengendalian Projek

PENGURUSAN AKTIVITI 63
Panduan Jemputan Perasmi Program

Kategori :
YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Pegawai Utama Kerajaan/Kementerian

PENGURUSAN AKTIVITI 64

Peruntukan Elaun Pelajar

i. Penyertaan mahasiswa dalam sesuatu aktiviti itu mestilah diluluskan oleh
pihak berkuasa Universiti.

ii. Elaun ini hanya layak dibayar sekiranya kemudahan-kemudahan ini tidak
disediakan oleh Universiti/penganjur.

iii. Elaun yang dibenarkan bagi penyertaan mahasiswa dalam sesuatu aktiviti
dalam negeri adalah seperti dibawah :-

a ) Elaun makan - RM 15/- sehari (dalam Terengganu)

RM 20/-sehari (luar Terengganu)

b ) Penginapan - Maksimum RM 50/- sehari

c ) Tambang pengangkutan - Pergi balik dari kampus (atau rumah)

ke tempat aktiviti diadakan (bas)

d) Elaun luar negara - Mengikut kadar negara yang terbabit

iv. Elaun makan layak dibayar apabila sesuatu aktiviti itu dijalankan tidak
kurang dari 24 jam (termasuk waktu perjalanan).

v. Resit/tiket penginapan dan pengangkutan awam berkenaan hendaklah
dikemukakan selepas tamat sesuatu aktiviti itu.

vi. Tuntutan tambang teksi hendaklah berasaskan kos satu tempat duduk
sahaja dan bukan kos keseluruhan sebuah teksi. Bagi teksi awam bermeter
bayaran hendaklah berasaskan bayaran sebenar dan tidak melebihi kadar
yang ditetapkan oleh Badan Pelesenan Teksi Awam.

vii. Perbelanjaan penyertaan mahasiswa di luar negara hendaklah pada kadar
berpatutan bagi sesebuah negara tertakluk kepada jumlah peruntukan
yang dibenarkan.

viii. PTNC (HEPA) boleh mengguna budi bicaranya untuk meluluskan sejumlah
peruntukan yang bersesuaian selain daripada yang dinyatakan di atas
tertakluk kepada peraturan universiti yang sedang berkuatkuasa.

PENGURUSAN AKTIVITI 65

Garis Panduan Penyertaan Pelajar Bagi Program Jemputan Luar

i. Penyertaan Mahasiswa di dalam program-program anjuran pihak luar
mestilah mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni) terlebih dahulu.

ii. Mahasiswa hendaklah mengemukakan kertas kerja berserta surat jemputan
untuk pertimbangan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni)

iii. Mahasiswa juga hendaklah mengemukakan senarai nama peserta yang
lengkap untuk makluman pihak penganjur program.

iv. Mahasiswa hendaklah mengajukan permohonan bayaran yuran dan
sebagainya kepada pihak PTNC (HEPA) untuk urusan kelulusan kewangan
tidak lewat daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh program
dijalankan. Kelulusan kewangan adalah tertaluk kepada budi bicara
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

v. Mahasiswa boleh memohon kepada PTNC (HEPA)untuk mendapatkan
elaun makan bagi tempoh program berlangsung mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan.

vi. Pengecualian menghadiri kuliah hanya akan diberikan oleh pihak Dekan
Fakulti setelah mendapat permohonan dari PTNC (HEPA).

vii. Permohonan kemudahan kenderaan dan sebagainya adalah tertakluk
kepada syarat-syarat menjalankan aktiviti pelajar.

viii. Laporan penyertaan program hendaklah dihantar kepada pihak PTNC
(HEPA) dalam masa tujuh (7) hari selepas program dijalankan.

PENGURUSAN AKTIVITI 66

Prosedur permohonan kelulusan aktiviti anjuran persatuan dan kelab
bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Kepada semua pengarah yang menganjurkan program dan aktiviti persatuan
dan kelab dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniSZA dikehendaki
mematuhi arahan-arahan berikut :

1. Semua aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh persatuan dan
kelab di dalam UniSZA perlulah dihantar 3 minggu lebih awal dari tarikh
yang akan dilaksanakan ke Unit Persatuan, Sekretariat, dan Kelab Pelajar
untuk mendapat kelulusan.

2. Semua aktiviti dan program yang akan dianjurkan mestilah mengandungi
sebahagian besar 8 teras utama yang ditetapkan oleh KPM antaranya nilai
Keusahawanan, Daya Usaha Dan Inovasi, Kesukarelawan, Kepimpinan,
Kebudayaan, Pengucapan Awam, Sukan dan Khidmat Komuniti serta
penerapan rumusan visi dan misi UniSZA iaitu nilai berakhlak, beretika,
berwibawa, berketerampilan dan berwawasan.

3. Semua aktiviti dan program yang akan dianjurkan mestilah mengandungi
sebahagian besar 3 tonggak utama HEPA UniSZA iaitu Adab, Patriotik dan
Manusiawi.

4. Semua aktiviti dan program yang akan dilaksanakan perlulah dibincangkan
terlebih dahulu dan mendapatkan sokongan samada daripada Dekan
Fakulti Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) atau
Penasihat yang dilantik.

5. Semua aktiviti dan program di luar unisza yang melibatkan pensyarah
atau pegawai fakulti sebagai pengiring perlu mendapat kelulusan daripada
dekan fakulti atau timbalan dekan terlebih dahulu sebelum dikemukakan
kepada PTNC (HEPA) untuk mendapatkan kelulusan.

6. Pengarah program yang akan melaksanakan aktiviti melibatkan kos
kewangan dikehendaki membentangkan ringkasan cadangan program
kepada Pegawai PTNC (HEPA). Aspek yang perlu dinyatakan semasa
pembentangan ialah objektif program, perlaksanaan program, implikasi
kewangan dan impak program kepada UniSZA serta pelajar.

7. Pengarah program yang akan menganjurkan aktiviti persatuan atau kelab
perlulah mengemukakan senarai semak kepada Unit Persatuan, Sekretariat,
dan Kelab Pelajar, PTNC (HEPA) selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum

PENGURUSAN AKTIVITI 67

program sebenar diadakan. Tujuannya untuk memastikan setiap keperluan
dapat disediakan lebih awal dan berjalan dengan lancar.

8. Sebarang program yang mendapat kelulusan akan dinilai oleh PTNC
(HEPA) untuk memastikan memenuhi objektif yang dirancang.

9. Mana-mana perbelanjaan tanpa resit tidak boleh dibuat tuntutan semula.

10. Laporan program yang telah dijalankan hendaklah dihantar selewat-
lewatnya seminggu selepas program dilaksanakan.

11. Jika terdapat sebarang pindaan atau pertukaran tarikh, tempat, pengiring
hendaklah dimaklumkan kepada PTNC HEPA (Unit Persatuan, Sekretariat,
dan Kelab Pelajar) selewat-lewatnya 5 hari waktu bekerja sebelum tarikh
asal program.

12. Pengarah program perlu menyediakan laporan ringkasan berita program
tidak melebihi 150 perkataan dalam bentuk hard copy dan soft copy (CD)
berserta beberapa keping foto yang mengambarkan penganjuran program
tersebut untuk dimuatnaik ke buletin PTNC (HEPA).

13. Pengarah program perlu menghantar berita ringkas berserta gambar
terbaik semasa program dijalan untuk dimuatkan dalam laman sosial PTNC
(HEPA) bagi tujuan promosi.

14. Program yang berbentuk karnival, pameran, dan gerai jualan mesti
dilampirkan pelan lantai susunan tapak pameran untuk makluman PTNC
(HEPA).

15. Sebarang pindaan kelulusan kertas kerja program perlu dimaklumkan
kepada PTNC (HEPA) terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

PENGURUSAN AKTIVITI 68

Unit Persatuan, Sekretariat, dan Kelab Pelajar, Pejabat Timbalan Naib
Canselor (HEPA)

Pinjaman Peralatan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)

i. Permohonan untuk meminjam peralatan PTNC (HEPA) hendaklah
dikemukakan dengan memenuhi borang yang disediakan di PTNC (HEPA)
satu (1) minggu sebelum pelaksanaan projek.

ii. Kelulusan penggunaan peralatan tertakluk kepada kekosongan tempahan
peralatan berkenaan.

iii. Setiap badan pelajar perlu bertanggungjawab memastikan peralatan
yang dipinjam dijaga dengan baik dan sempurna serta dipulangkan dalam
keadaan yang bersih dan mencukupi.

iv. Peralatan yang didapati hilang, rosak perlu dilaporkan kepada PTNC
(HEPA) dan sekiranya kehilangan atau kerosakan disebabkan kecuaian
maka badan pelajar/kolej perlu menggantikan peralatan yang hilang atau
rosak tersebut.

v. Harga bagi kos kehilangan peralatan berkenaan berdasarkan harga
semasa.

vi. Sekiranya pengguna berkenaan gagal menggantikan kehilangan atau
kerosakan barangan berkenaan tindakan memotong pinjaman pengajian
atau dianggap penghutang akan dikenakan.

vii. Semua permohonan penggunaan peralatan hanya untuk aktiviti rasmi
Universiti sahaja.

viii. PTNC (HEPA) berhak membatalkan mana-mana kelulusan yang telah
diberikan sekiranya badan pelajar tidak dapat memenuhi semua keperluan
di atas.

PENGURUSAN AKTIVITI 69

Penglibatan Pegawai Pengiring

i. Bagi projek atau aktiviti seperti lawatan, program khidmat masyarakat,
program di hutan belantara, laut dan seumpamanya permohonan untuk
mendapatkan pegawai/pengiring boleh dibuat kepada PTNC (HEPA)
dengan menyatakan nama projek, tarikh dan tempat projek serta cadangan
nama pegawai pengiring.

ii. PTNC (HEPA) atas budi bicaranya berhak :

a) Untuk meluluskan kehadiran pegawai pengiring bagi projek di atas

b) Meluluskan peruntukan dengan mana-mana vot untuk elaun makan
dan penginapan

iii. Semua pegawai pengiring yang diluluskan oleh PTNC (HEPA) perlu
mengikuti sepenuhnya program yang dianjurkan oleh mahasiswa/i dan
bersama-sama dalam perjalanan dan penginapan dengan mahasiswa.

iv. Semua pengiring yang telah diluluskan untuk mengikuti sesuatu program
perlu mengemukakan laporan projek secara berasingan kepada PTNC
(HEPA) dalam tempoh (1) minggu selepas tamat projek.

v. Pelajar/Penasihat/Penyelaras perlu memaklumkan penglibatan/kehadiran
pegawai pengiring kepada Ketua Jabatan pegawai pengiring berkenaan
setelah mendapat kelulusan daripada PTNC (HEPA)

vi. Bagi pegawai pengiring yang diarahkan oleh PTNC (HEPA) untuk
menghadiri mana-mana program perasmian atau penutup projek pelajar
berhak menuntut apa-apa elaun yang berkelayakan.

vii. Semua penetapan di atas adalah tertakluk kepada keputusan terakhir
daripada PTNC (HEPA) berdasarkan kepada kes projek dari semasa ke
semasa.

PENGURUSAN AKTIVITI 70

Panduan Penyediaan Notis dan Sepanduk

i. Semua notis, poster dan sepanduk atau banner atau apa sahaja yang
bertujuan untuk dipamerkan kepada umum perlu mendapat pengesahan
cop dan pengesahan pegawai di PTNC (HEPA).

ii. Semua notis, poster dan sepanduk atau banner yang dibuat pengesahan
oleh pegawai perlu mencatat tarikh dikeluarkan notis berkenaan, tarikh
lupus dan nama pegawai yang membuat pengesahan. Nama badan pelajar/
Kolej perlu tertera pada pengesahan berkenaan.

iii. Logo yang boleh digunakan pada setiap notis, poster dan sepanduk atau
banner adalah logo rasmi yang diterima pakai oleh universiti atau kolej
atau mana-mana badan atau organisasi yang tidak bertentangan dengan
peraturan dan undang-undang Universiti.

iv. Notis, poster dan sepanduk atau banner hendaklah dibuat dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Perkataan hendaklah dipastikan
betul/tepat dari segi ejaan dan maksudnya yang tidak menimbulkan sensitif
pihak lain.

v. Notis , poster dan sepanduk atau banner hanya boleh ditampal atau
digantung di tempat yang dibenarkan di dalam Universiti sahaja .

vi. Notis, poster dan sepanduk atau banner yang tidak mengikut garis
panduan di atas akan ditanggalkan oleh mana-mana pegawai atau pihak
keselamatan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan punya notis
atau sepanduk berkenaan. Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada
mana-mana mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas seperti
yang termaktub dalam Akta Kolej Universiti (pindaan) 1971 Bahagian ll
Per. 12 (1) dan Bahagian lll Per. 28 (l)

PENGURUSAN AKTIVITI 71

Garis Panduan Permohonan Untuk Mendapatkan Kelulusan Bagi Memungut
Derma / Kutipan Wang Di Luar Kampus Di Bawah Seksyen 15 A Akta
Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 2012)

Tujuan Garis Panduan Ini Adalah Untuk

i. Memberi penjelasan terhadap tatacara proses permohonan yang perlu
disediakan oleh IPTA untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor bagi
memungut derma/kutipan wang di luar kampus di bawah seksyen 15A Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2012)

ii. Menetapkan skop dan definisi aktiviti memungut derma/kutipan wang yang
boleh dijalankan oleh badan pelajar di IPTA .

Peraturan Am

i. Aktiviti memungut derma/kutipan wang di luar kampus oleh pelajar/
persatuan/pertubuhan pelajar IPTA boleh dibuat seperti diperuntukkan
di bawah Seksyen 15A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(pindaan
2009)

ii. Pelajar/persatuan pelajar yang boleh memungut derma/kutipan wang ini
hendaklah terdiri daripadapelajar/persatuan/pertubuhan pelajar yang
berdaftar dengan IPTA tersebut.

iii. Pungutan derma/kutipan wang hanya boleh dibuat apabila mendapatkan
kelulusan daripada Naib Canselor setelah mendapat kebenaran dari pihak-
pihak dibawah terlebih dahulu :-

a) PTNC (HEPA)

b) Kementerian Luar Negeri dan salinkan permohonan kepada
Kementerian Dalam Negeri (Polis dan Imigresen) sebagai makluman
bagi program yang akan dijalankan di luar negara.

c) Lain-lain Jabatan/Kementerian sekiranya aktiviti yang akan dijalankan
memerlukan kelulusan Jabatan/Kementerian berkenaan.

PENGURUSAN AKTIVITI 72

Skop Aktiviti Memungut Derma/Kutipan Wang

Aktiviti mahasiswa/wi meliputi aktiviti berikut :-

i. Bakti siswa/khidmat masyarakat
ii. Latihan/seminar pendidikan/motivasi/rakan muda
iii. Eksplorasi/pameran/karnival
iv. Lawatan sambil belajar di dalam dan luar negara
v. Penerbitan majalah/risalah
vi. Jamuan makan untuk tujuan amal seperti meraikan anak yatim dan

sebagainya

Jika program mahasiswa/i tidak disenaraikan seperti di atas, hendaklah diperolehi
terlebih dahulu sokongan dan ulasan (HEPA) IPTA.

Proses Mendapatkan Kelulusan

i. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui PTNC (HEPA) dan
mendapat sokongan PTNC (HEPA)

ii. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan 2 bulan sebelum tarikh
program dijalankan.

iii. PTNC (HEPA) hendaklah memastikan permohonan yang dikemukakan
adalah lengkap sebelum dikemukakan ke Pejabat Naib Canselor untuk
diproses bagi mendapatkan kelulusan Naib Canselor.

PENGURUSAN AKTIVITI 73

Maklumat Yang Diperlukan Bagi Permohonan Kebenaran Memungut Derma/
Kutipan Wang Di Bawah Seksyen 15 A Akta Universiti Dan Kolej Universiti
1971 (Pindaan 2012)

Nama IPTA

i. Nama persatuan/pertubuhan

Tujuan

i. Nyatakan tujuan kertas ini disediakan iaitu untuk memohon pertimbangan
dan persetujuan Naib Canselor.

Maklumat Program

i. Objektif program
ii. Justifikasi mengadakan program
iii. Matlamat program
iv. Tarikh dan tempat
v. Jenis program
vi. Jangka masa program
vii. Bilangan peserta – Nyatakan bilangan peserta dan sertakan senarai nama

Senarai Jawatankuasa Pelaksanaan Program

Tentatif Program

Ulasan Penasihat/Fasilitator

Belanjawan

i. Nyatakan sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan
ii. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan
Pandangan Daripada Agensi Yang Berkaitan Mengikut Program Yang
Dicadangkan (jika program melibatkan agensi lain)

Kesimpulan

Ringkasan Eksekutif

PENGURUSAN AKTIVITI 74

PANDUAN KE LUAR NEGARA

Tujuan

Panduan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai peraturan dan
prosedur yang telah ditetapkan berhubung dengan urusan mahasiswa ke luar
negara atas urusan rasmi atau urusan peribadi.

Tatacara

Untuk memastikan individu pelajar dan sebagai langkah bagi mengelakkan
sebarang kejadian atau apa-apa perkara berbangkit yang tidak diingini berlaku
maka pihak Universiti dengan persetujuan pihak Naib Canselor telah menetapkan
peraturan berikut:

i. Mana-mana mahasiswa yang ingin ke luar negara sama ada atas urusan
rasmi atau urusan peribadi hendaklah mengemukakan permohonan
kepada Naib Canselor melalui PTNC (HEPA) (2) dua bulan sebelum
tarikh. Permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan bersama dengan
dokumen-dokumen berikut:

a) Surat permohonan asal daripada pelajar berkenaan menyatakan
sebab dan tujuan hendak keluar negara dan destinasi yang dituju.

b) Satu salinan sah dokumen perjalanan seperti kad pengenalan, pasport
atau pas sempadan dan lain-lain yang berkaitan.

Pemakaian Garis Panduan

Panduan ini adalah terpakai kepada semua mahasiswa berdaftar Universiti Sultan
Zainal Abidin. Pihak universiti tidak bertanggungjawab dan terlepas daripada
tanggungjawabnya bagi apa-apa perkara yang berlaku ke atas mahasiswa atau
mahasiswa yang melanggar peraturan ini. Mana-mana mahasiswa yang ditangkap
oleh Pihak Berkuasa atau Pihak Berkuasa Universiti kerana tidak mematuhi
peraturan ini boleh dihadapkan ke Pihak Berkuasa Tatatertib (Pelajar) dan jika
bersabit kesalahan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kaedah-Kaedah
Universiti Darul Iman Malaysia [Kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal
Abidin]. [Tatatertib Pelajar-Pelajar 1984]

PENGURUSAN AKTIVITI 75

Am

Sebarang kemusykilan dan penjelasan lanjut mengenai panduan ini boleh dirujuk
kepada PTNC (HEPA), Universiti Sultan Zainal Abidin.

Hal-Hal Lain

i. Aktiviti dibekukan dalam tempoh minggu peperiksaan (termasuk minggu
ulangkaji).

ii. Kakitangan PTNC (HEPA) yang diberi kuasa berhak mengetahui, membuat
tinjauan atau memantau kegiatan pelajar yang diluluskan.

iii. Penasihat dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas perancangan,
pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaian dan penambaikan
kegiatan persatuan/kelab.

iv. PTNC (HEPA) berhak mengambil tindakan disiplin ke atas kegiatan pelajar
yang tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.

v. Surat-menyurat yang berurusan dengan pihak luar/jemputan penceramah
luar mestilah melalui PTNC (HEPA) KECUALI surat kepada Y.B. Menteri
dan yang setaraf, mesti melalui Naib Canselor.

vi. Aktiviti hendaklah tamat sebelum jam 12.00 malam.



UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 78

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR

PENGENALAN

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar sebelum ini dikenali sebagai Unit
Penajaan dan Dana Pelajar di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni). Nama baharu unit ini digunakan bermula pada 27 Januari
2019 selari dengan peranannya sebagai sebuah unit yang menyelaras bantuan
kewangan pelajar, biasiswa dan pinjaman dari Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri,
Badan-badan Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta orang perseorangan
yang menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar di Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA).

Unit ini juga berfungsi sebagai unit yang membantu pelajar dari segi bantuan
kewangan kepada pelajar miskin / yatim atau yang ditimpa musibah.

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar turut menyediakan kemudahan
pinjaman dana makan minum dan bantuan kewangan bagi membantu pelajar
yang mengalami kesulitan kewangan bagi makan minum pelajar di kampus.
Penubuhan tabung ini diharap dapat mengurangkan kesulitan para pelajar untuk
meneruskan pembelajaran yang lebih sempurna.

Untuk berurusan sila datang ke alamat sebagaimana berikut:

Alamat Pejabat :
Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Sultan Zainal Abidin
21300 Kampus Gong Badak

Maklumat Kakitangan :

En. Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman Pen.Pendaftar Kanan 09-6688611

Cik Siti Aminah binti Ab. Latif Penolong Pegawai Tadbir 09-6687811

En. Suhaimi bin Ngah Pembantu Tadbir 09-6687942

En. Mohd Khairunizam bin Endut Pembantu Tadbir 09-6688401
En. Mohd Saiful Nizam bin Musa Pembantu Operasi 09-6688329

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 79

Fungsi dan Objektif:

Secara umumnya fungsi dan objektif Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
adalah seperti berikut:

● Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan biasiswa, pinjaman dan
bantuan kewangan seperti PTPTN, Kerajaan Negeri, Yayasan Negeri,
Badan Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta perseorangan.

● Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Tabung Kebajikan dan
Perlindungan Mahasiswa (TKPM).

● Mengurus caruman, tuntutan dan masalah-masalah berkaitan insurans
perlindungan diri pelajar.

● Menguruskan urusan agihan zakat pelajar.

● Menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan program penajaan
pelajar.

● Memberi khidmat nasihat dalam masalah berkaitan penajaan pelajar.

● Melaksanakan inisiatif bagi mencari dana tambahan kepada pelajar yang
mempunyai masalah kewangan secara berhubung dengan agensi luar dan
orang perseorangan bagi mendapatkan bantuan kewangan kepada pelajar
yang memerlukan.

● Membantu pelajar-pelajar yang menghadapi kesulitan kewangan semasa
pengajian.

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 80

Maklumat Penaja Utama

Pembiayaan Pendidikan PTPTN

i. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di Universiti
Awam yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa
di peringkat pengajian berikut:-

• Diploma
• Ijazah Sarjana Muda
• Ijazah Sarjana
• Doktor Falsafah (PhD)
• Kursus Profesional

ii. Tawaran pembiayaan pendidikan akan diberikan sekiranya pemohon
memenuhi syarat-syarat dan menepati kaedah permohonan pembiayaan
yang telah ditetapkan. Tawaran pembiayaan kali kedua hanya akan
dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

a) Menepati syarat-syarat dan kaedah permohonan yang ditetapkan;

b) Pelajar yang telah mendapat pembiayaan pendidikan untuk pengajian
terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat
penajaan lain boleh memohon pembiayaan kedua untuk meneruskan
pengajian mereka setelah hutang pembiayaan terdahulu diselesaikan;

c) Pelajar yang telah mendapat pembiayaan pendidikan dan berjaya
menamatkan pengajian terdahulu boleh memohon pembiayaan untuk
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Permohonan
untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan;

d) Pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada
peruntukan yang mencukupi; dan

e) Kelulusan tempoh pembiayaan akan ditentukan mengikut semester
semasa iaitu ketika permohonan lengkap diterima oleh PTPTN.

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 81

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-
syarat berikut:

a) Pemohon adalah warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3
kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau

d) Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil
kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma
politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat
tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di Universiti Awam atau
IPTS.

e) Bagi pelajar-pelajar UA/IPTS/Politeknik, kursus yang diikuti mestilah
mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (UA/
IPTS) / Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

f) Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil
Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum
tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;

g) Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang
disyaratkan di perengan (5) dan (6), Pengesahan bahawa kelayakan
tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi
daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;

h) Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu
(1) tahun; dan

i) Tidak mempunyai penaja lain.

j) Pelajar perlu membuka akaun simpanan SSPN sebelum membuat
permohonan.

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 82

Kaedah Permohonan Pembiayaan Secara Online

i. Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:

▪ Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara
dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan
Online di alamat http://www.ptptn.gov.my.

▪ Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang
ditetapkan mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk
membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam
Laman Web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).

▪ Pemohon perlu membeli nombor pin bernilai RM5.00 di semua
cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran di bawah
sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan
pendidikan iaitu:

a. Kaunter
b. Mesin Teller Automatik
c. Mesin Deposit Tunai (CDM)
d. Secara Atas Talian

▪ Nota: No. PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh
pembelian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh
pendaftaran permohonan online.

▪ Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum
memohon pembiayaan pendidikan.

▪ Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank
yang telah ditetapkan oleh IPT. Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) memilih Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk urusan
pinjaman.

▪ Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana /
PhD (sepenuh masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan
Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pelajaran, pemohon
hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan
perkataan “bajet Mini” di Butiran Nama Program / Kursus.

▪ Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 83

PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula
hari ke-6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang
telah ditetapkan oleh PTPTN.

▪ Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari
Laman Web PTPTN untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.

▪ Pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat
Reader’ untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh
dimuat turun daripada laman web PTPTN. Sila KLIK pada ikon ‘GET
ADOBE READER’ dan muat turun di komputer anda.

ii. Dokumen yang tersenarai di bawah hendaklah dicetak dengan
menggunakan kertas berwarna putih, bersaiz A4 (80gsm). Cetakan hanya
dibenar pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka
surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

a. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan
fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (berserta Akuan
Penerimaan, Surat Kebenaran 1,2,3 dan 4). Sila Lengkapkan dan
tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan**.

b. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set
salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila
lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan.

c. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan
fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar
dikehendaki untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap muka
surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen
berkenaan**.

d. Sediakan Setem hasil bernilai RM10.00 bagi setiap satu Dokumen
Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan.
Setem hasil tersebut hendaklah ditampal di sudut kanan pada muka
depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN PADA
DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN).

iii. Penerima biaya juga perlu mengemukakan SATU (1) SALINAN dokumen
sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut :

a. Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang
CETAK MAKLUMAT DI DALAM LAMAN WEB Permohonan online

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 84

yang telah didaftarkan sebelum ini. – dokumen ini tidak perlu disahkan.

b. Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka
hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan
pada muka surat yang sama.

c. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat Tawaran yang
diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh
Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.

Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

i. Pengeluaran kali pertama hanya akan dibuat setelah perjanjian selesai
diterima oleh PTPTN

ii. Pengeluaran seterusnya hanya akan dibuat setelah PTPTN menerima
pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing

Penahanan Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

i. Pelajar yang mendapat GPA kurang daripada 2.00

ii. Menangguhkan pengajian; dan

iii. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian

Penamatan / Pembatalan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

i. Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat
apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus
pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN
semasa dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

ii. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi dari
PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang
telah ditetapkan dalan perjanjian.

Kemudahan Pinjaman / Dermasiswa

i. Berikut adalah maklumat mengenai nilai pinjaman / dermasiswa / bantuan
(setahun pengajian) yang diperuntukkan kepada pelajar yang mengikuti
pengajian peringkat Ijazah pertama dan Diploma di UniSZA :-

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 85

a. Majlis-Majlis Agama RM1,000.00 - RM1,500.00

b. Pinjaman PTPTN RM3,330 – RM6,650.00 (Ijazah)

RM2,380 - RM4,750.00 (Diploma)



c. Biasiswa JPA RM7,140.00 (Ijazah)
RM6,426.00 (Diploma)

d. Kerajaan Negeri RM3,000.00 - RM5,000.00

ii. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) juga
memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu pelajar yang kesempitan
wang khususnya mereka yang belum mendapat penajaan. Nilai bantuan
berbentuk pinjaman ini bernilai RM500.00 setiap semester.

Maklumat Tabung Kebajikan Dan Perlindungan Mahasiswa

Dalam usaha menentukan aspek kebajikan mahasiswa terpelihara, maka UniSZA
juga menyediakan kemudahan dan bantuan kewangan seperti berikut :

1. Kebajikan Pelajar :

a. Kematian pelajar (kemalangan) RM5,000.00

b. Kematian pelajar (bukan Kemalangan) RM5,000.00

c. Keilatan kekal akibat penyakit RM5,000.00

d. Keilatan kekal akibat kemalangan RM5,000.00

e. Khairat kematian pelajar RM1,000.00

f. Khairat kematian ibu/bapa/penjaga RM 500.00

g. Jika masuk wad di hospital kerajaan, bayaran bil hospital akan
ditanggung oleh pihak UniSZA (untuk bayaran bil hospital sahaja)
dengan menyertakan surat jaminan daripada Pejabat Kolej Kediaman
dan Kesihatan Pelajar ke hospital kerajaan.

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 86

h. Kes-kes khas seperti banjir / kebakaran / kemalangan, bergantung
pada pertimbangan dan penilaian pengerusi atau jawatankuasa
berdasarkan pada kes.

i. Khairat kematian ibu/bapa (sila isi borang di pejabat Unit Penajaan,
Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) dan lampirkan sijil
kematian ibu/bapa/penjaga).

j. Sumbangan ziarah pelajar masuk wad di Hospital Sultanah Nur
Zahirah, Kuala Terengganu (sila isi borang di pejabat Unit Penajaan,
Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA).

2. Perlindungan Pelajar :

Manfaat Takaful Berkelompok semua mahasiswa UniSZA dilindungi Insurans
dengan manfaat berikut :

a. Pelajar Tempatan
• Kematian Pelajar (kemalangan)
• Keilatan kekal (akibat kemalangan)
• Perbelanjaan pengebumian (kemalangan)

Mahasiswa dikehendaki membayar RM20.00 untuk skim perlindungan sebanyak
sekali setahun dan RM30.00 untuk tabung kebajikan setiap semester.

b. Pelajar Antarabangsa
• Kematian pelajar (biasa)
• Kematian pelajar (akibat kemalangan)
• Keilatan kekal (akibat kemalangan)
• Keilatan kekal (biasa)
• Perbelanjaan bayaran hospital (akibat kemalangan)
• Perbelanjaan pengebumian (akibat kemalangan)
• Perbelanjaan penghantaran jenazah (akibat kemalangan)
• Kad perubatan

Bagi pelajar antarabangsa, dikehendaki membayar antara RM450.00
hingga RM500.00 untuk skim perlindungan sebanyak sekali setahun dan
RM30.00 untuk tabung kebajikan setiap semester.

UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR 87

Panduan Tuntutan Insuran Diri

i. Tuntutan insurans diri boleh dibuat bagi yang bersabit dengan perkara
berikut :

a. Kematian Kemalangan
b. Keilatan Kekal (akibat kemalangan)

ii. Jika seseorang mahasiswa bersabit dengan perkara (i) diatas, mahasiswa
/ wakil hendaklah melaporkan segera kejadian tersebut kepada Unit
Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) bagi urusan
tuntutan insurans diri.

iii. Tuntutan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Pemberitahuan
Kemalangan bagi Skim Takaful Kemalangan Diri yang boleh didapati di
pejabat Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA)

iv. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan / dikembalikan ke
Pejabat Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA)
bersama dengan dokumen berikut :

a. Salinan kad pengenalan dan kad matrik.

b. Salinan sijil kelahiran

c. Laporan polis

d. Salinan lesen memandu (jika berkenaan)

e. Surat keluar dan masuk wad (jika berkenaan)

f. Resit bayaran perubatan (jika berkenaan)

g. Laporan post-mortem (jika berkenaan)

h. Sijil kematian (jika berkenaan)

i. Permit penguburan (jika berkenaan dan mana-mana yang
bersesuaian)



KOLEJ KEDIAMAN 89

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Pejabat Kolej Kediaman merupakan tumpuan terpenting dalam penyediaan
kemudahan mahasiswa di kampus. Sehingga kini, UniSZA masih mampu
menampung keperluan penginapan untuk sebahagian mahasiswa berdaftar di
universiti ini. UniSZA menyediakan 6 buah kolej kediaman untuk memberikan
keselesaan penginapan kepada mahasiswa sebagaimana di bawah:

Kampus Gong Badak
i. Kolej Kediaman A
ii. Kolej Kediaman B
iii. Kolej Kediaman C

Kampus Perubatan

iv. Kolej Kediaman D (Asrama Maidam)

Kampus Besut
v. Kolej Kediaman E
vi. Kolej Kediaman Taman Ilmu

Setiap kolej kediaman mampu menampung antara 1000 hingga 2000 orang
mahasiswa dalam satu-satu masa. Kolej-kolej kediaman ini berusaha memberikan
penginapan yang kondusif dan selamat. Penginapan yang selesa akan menjadi
pemangkin kepada kecemerlangan para mahasiswa sama ada daripada segi
aspek sosial, akademik dan kesukanan. Atas kesedaran ini maka menjadi harapan
agar kolej-kolej kediaman ini mampu menjana sahsiah demi kecemerlangan.

Bahagian Pengurusan Kolej Kediaman

Kampus Gong Badak : 09 6688983
Pejabat Kolej Kediaman A : 09 6688977
Pejabat Kolej Kediaman B : 09 6687643
Pejabat Kolej Kediaman C

Kampus Perubatan (Maidam) : 09 6688981
Pejabat Kolej Kediaman D

Kampus Besut : 09 6993201
Pejabat Kolej Kediaman

KOLEJ KEDIAMAN 90

Pengurusan Kolej Kediaman (KK)

Pengurusan KK terdiri daripada Pengarah, Pegawai-pegawai Tadbir, Penolong
Pengurus Asrama, Penyelia Asrama serta staf-staf sokongan. Selain itu ianya
turut dibantu oleh Pengetua Kolej Kediaman dan barisan Felo Kolej Kediaman.
Mereka berperanan menyelia permasalahan mahasiswa, kebajikan, kegiatan
ekstra-kurikulum dan penguatkuasaan peraturan dalam usaha membina nilai-
nilai kehidupan di kolej kediaman yang mesra, harmonis, berdisplin dan berdaya
maju. Selain itu mereka juga dibantu oleh Majlis Kolej Kediaman (MKK) yang turut
di lantik dalam kalangan mahasiswa bagi memainkan peranan penting dalam
membangunkan kolej untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sama ada berbentuk
ilmiah, keagamaan, sukan dan riadah, khidmat masyarakat dan lain-lain lagi.

Kemudahan-Kemudahan di Kolej Kediaman

Dalam usaha menyediakan ruang penginapan yang selasa kepada penghuni,
pihak pengurusan KK sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang sesuai
dengan kehendak penghuni.

Ruang pembelajaran yang selesa disediakan untuk mahasiswa mentelaah dan
mengulangkaji pelajaran. Pelbagai kemudahan lain disediakan di kolej kediaman
oleh pihak kolej seperti dewan untuk pelbagai aktiviti pelajar, bilik pantry, surau,
kemudahan mesin basuh dan lain-lain agar dapat dimanfaatkan oleh semua
penghuni.

Pelajar turut disediakan kemudahan sukan seperti gimnasium, gelanggang
permainan bola tampar, bola jaring, bola keranjang, tenis, pingpong, badminton
dan sepak takraw. Kemudahan sukan disediakan bagi mengimbangi keperluan
kesihatan dari segi fizikal dan mental agar dapat melahirkan mahasiswa cergas
dan sihat tubun badan.

Kafeteria turut disediakan di setiap kolej kediaman bagi kemudahan mahasiswa
membeli makanan yang menyediakan pelbagai jenis masakan untuk memenuhi
selera pelanggannya.

Kolej Kediaman sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu dan Pembangunan
Sahsiah Diri

Kolej-kolej Kediaman UniSZA berazam untuk menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri mahasiswanya untuk
melahirkan barisan kepimpinan yang berketerampilan.

KOLEJ KEDIAMAN 91

Kolej-kolej kediaman sentiasa mempelbagaikan aktiviti bukan sahaja di peringkat
kolej kediaman malah peringkat intevarsiti, kebangsaan dan juga peringkat
antarabangsa bagi mencapai objektif itu.

Program seumpama ini amat digalakkan kerana boleh memberi kesedaran dan
membuka minda serta merupakan latihan kegiatan kepada para mahasiswa yang
ingin memajukan diri dalam pengorganisasian program. Di samping itu juga, ianya
dapat dijadikan sebagai landasan dalam merapatkan silaturrahim dan semangat
kerjasama sesama sendiri. Penguasaan bidang akademik semata-mata tidak
mencukupi untuk menjadikan seseorang mahasiswa itu unggul tanpa diadunkan
dengan aktiviti berorganisasi.

Pihak Pengurusan KK amat berharap agar seluruh warganya mampu bertindak
sebagai mahasiswa yang berwawasan, berdedikasi, berketerampilan, mempunyai
sifat intelektual yang tinggi serta bermoral dan beretika hasil daripada penggaraban
semua sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan yang disediakan ini.

Kolej Kediaman menjamin keselesaan kehidupan di kampus

UniSZA merupakan antara kampus UA yang terindah dan nyaman serta sesuai
untuk suasana pembelajaran. Kawasan landskap yang menarik ini merupakan
antara kaedah untuk Terengganu sebagai destinasi pelancongan terunggul di
Malaysia. Dari segi persekitarannya, UniSZA adalah tempat yang selesa untuk
masyarakat kampus pelbagai kaum yang harmoni dan bekerjasama.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 92

1. PENDAHULUAN

Perintah ini dibuat berdasarkan Kaedah 36, Kaedah-Kaedah Universiti Darul
Iman Malaysia(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2008 (sekarang dikenali dengan
nama Universiti Sultan Zainal Abidin). Perintah ini dikeluarkan kepada
semua pelajar yang menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan dan
diurus oleh Universiti.

2. TAFSIRAN

“TNC HEPA” ertinya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni

“Kolej Kediaman” ertinya apa-apa tempat tinggal dengan apa-apa jua nama
yang dipanggil, yang disediakan oleh pihak universiti bagi kediaman pelajar.

“PKK” ertinya Pejabat Kolej Kediaman.

“Pelajar” ertinya termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar
sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar
kampus, pelajar diploma, pelajar matrikulasi, pelajar bukan siswazah
universiti dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau
sambilan di universiti

“Perintah” ertinya Perintah Kolej Kediaman

“Universiti” ertinya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

3. PENGINAPAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Penginapan di kolej kediaman adalah berdasarkan kepada Dasar
Keutamaan Penginapan di kolej-kolej kediaman.

3.1 Setiap pelajar akan didaftarkan bilik masing-masing oleh pihak PKK.

3.2 Kegagalan membuat pendaftaran pada setiap semester mengikut
masa yang ditetapkan akan dikenakan denda.

3.3 Pelajar tidak dibenarkan memberi bilik yang telah didaftarkan kepada
orang lain tanpa kebenaran PKK. Pelajar yang terlibat dengan
kesalahan tersebut boleh di denda dan dihadapkan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 93

4. PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN

4.1 Pelajar dikehendaki mendaftar masuk ke kolej kediaman mengikut
tempoh masa yang ditetapkan oleh PKK. Kegagalan berbuat demikian
akan dikenakan denda.

4.2 Pendaftaran keluar mestilah tidak melebihi tarikh akhir yang ditetapkan
oleh PKK kecuali dengan kebenaran oleh PKK. Kegagalan berbuat
demikian akan dikenakan denda.

4.3 Pelajar yang telah mendaftar di kolej kediaman akan dikenakan caj
bayaran sepertimana yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

4.4 Semua caj penginapan adalah untuk tempoh satu semester dan
pelajar perlu membayar pada setiap semester.

4.5 Pelajar yang gagal atau tidak menjelaskan bayaran kolej kediaman
adalah dianggap berhutang kepada universiti dan boleh dikenakan
sekatan yang dikuatkuasakan oleh Universiti termasuklah:

4.5.1 Tidak dibenarkan mendaftar pengajian bagi semester
berikutnya;
4.5.2 Tidak boleh mendapat keputusan peperiksaan;
4.5.3 Tidak boleh mendapat transkrip peperiksaan;
4.5.4 Tidak boleh mendapat skrol; atau
4.5.5 Tidak boleh menghadiri majlis konvokesyen.

4.6 Pelajar yang mendaftar keluar dari kolej kediaman selepas minggu
keempat pendaftaran penginapan di kolej kediaman, bayaran
penginapan tidak akan dikembalikan kecuali dengan kelulusan
bertulis Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC
HEPA) atau orang yang diberi kuasa kepadanya.

4.7 Pelajar yang mendaftar keluar sebelum minggu keempat dari tarikh
pendaftaran masuk di kolej kediaman, caj akan dikenakan mengikut
kadar caj harian dan bilangan hari pelajar menginap.

4.8 Pelajar hendaklah mengosongkan bilik pada setiap semester tertakluk
kepada arahan pihak kolej kediaman.

4.9 Semasa mengosongkan bilik, pelajar hendaklah:

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 94

4.9.1 Memastikan bilik dalam keadaan bersih

4.9.2 Mengambil barang-barang milik pelajar sendiri;

4.9.3 Barang yang ditinggalkan dianggap tidak diperlukan dan
akan dilupuskan oleh kakitangan kolej kediaman;

4.9.4 Sebelum meninggalkan bilik, semua suis elektrik
hendaklah ditutup;

4.9.5 Pelajar hendaklah mendaftar keluar serta menyerahkan
kunci bilik kepada kakitangan di kaunter kolej kediaman
pada waktu pejabat.

4.9.6 Pelajar yang gagal mendaftar keluar atau/dan gagal
memulangkan kunci bilik akan dikenakan denda.

4.9.7 Pelajar yang menghilangkan kunci atau rantai kunci atau
kedua-duanya sekali akan dikenakan denda.

5. MENGINAP TANPA KEBENARAN PADA CUTI SEMESTER

Pelajar adalah dilarang menginap di kolej kediaman pada cuti semester
tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kolej kediaman. Pelajar yang
ingin menginap di kolej kediaman perlu membuat permohonan terlebih
dahulu dan jika diluluskan, pelajar perlu mendaftar masuk di pejabat kolej
kediaman dan perlu mendaftar keluar selepas tamat tempoh permohonan
yang telah diluluskan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

6. MENGHALANG ATAU MENAHAN SESEORANG PEGAWAI, PEKERJA
ATAU AGEN KOLEJ

Seseorang pelajar tidak boleh menghalang, melarang atau menahan
seseorang pegawai, pekerja atau agen kolej daripada memasuki bilik
pelajar kerana menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya
di dalam bilik itu. Pelajar yang terlibat dengan kesalahan tersebut boleh
dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar dan dikenakan
tindakan tatatertib.

7. PERPINDAHAN HARAM

Sebarang bentuk perpindahan haram/perpindahan tanpa keizinan pihak

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 95

PKK adalah menjadi satu kesalahan. Pemeriksaan akan dibuat dari semasa
ke semasa dan tindakan amaran atau denda akan diambil kepada mana-
mana pelajar yang melanggar arahan.

8. KEMUDAHAN DAN PERALATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Segala kemudahan dan peralatan yang disediakan di dalam blok bilik Kolej
Kediaman adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya. Sekiranya
berlaku pengubahsuaian, kerosakan atau kemusnahan kepada kemudahan
dan peralatan tersebut, pihak Universiti berhak membuat tuntutan gantirugi
kepada penghuni yang menyebabkan pengubahsuaian, kerosakan
atau kemusnahan itu. Kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan dengan
kemudahan dan peralatan di kolej kediaman antaranya:

8.1 Pembaziran penggunaan air dan elektrik.

8.2 Dilarang menjemur, menggantung atau menyidai pakaian ditempat
yang tidak dibenarkan seperti tingkap, balkoni, koridor dan hanya
boleh menjemur, menggantung atau menyidai pakaian di tempat
yang telah disediakan sahaja.

8.3 Mengubah/mengalih atau ubahsuai perabot tanpa kebenaran.

8.4 Tidak menggunakan cadar dan sarung bantal pada setiap masa atau
menggunakan cadar dan sarung bantal yang kotor.

8.5 Tidak menjaga kebersihan bilik seperti tidak mengemas atau mencuci
bilik atau membuang sampah di dalam bilik.

8.6 Tidak mempamerkan tanda nama atau/dan gambar sebenar pada
pintu bilik.

8.7 Menampal poster di tempat yang tidak dibenarkan atau tanpa
kebenaran.

8.8 Kebersihan ruang tamu, laluan bilik, balkoni, ruang ampaian, dapur
dan bilik air adalah tanggungjawab semua penghuni rumah yang
berdaftar.

8.9 Penyalahgunaan atau merosakkan kemudahan yang disediakan
seperti pili bomba, alat pemadam api dan lain-lain peralatan yang
berkaitan.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 96

Tindakan amaran atau denda atau tindakan lain yang dirasakan perlu bagi
menjamin ketenteraman dan kesejahteraan kolej kediaman akan diambil
kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan.

9. MASAK-MEMASAK DI KOLEJ KEDIAMAN DAN PENGGUNAAN
PERALATAN ELEKTRIK

Sebarang bentuk masak - memasak di kolej kediaman adalah tidak
dibenarkan kerana boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pelajar
secara keseluruhan. Oleh itu menggunakan/memiliki/menyimpan sebarang
bentuk alat memasak seperti periuk nasi, pemanas air (heater) atau lain-lain
peralatan memasak adalah kesalahan serius. Pelajar juga tidak dibenarkan
menggunakan/memiliki/menyimpan sebarang bentuk peralatan elektrik
seperti seterika, alat penghawa dingin, peti ais, televisyen atau lain-lain
peralatan elektrik. Jika pelajar didapati menggunakan/memiliki/menyimpan
peralatan tersebut, tindakan rampas dan tidak dikembalikan serta didenda
dan/atau boleh dikeluar dari kolej kediaman kecuali ianya adalah dengan
kebenaran atau disediakan oleh pihak PKK.

10. MEMBUAT BISING DI KOLEJ KEDIAMAN

Membuat bising tidak dibenarkan di Kolej Kediaman kerana ianya boleh
mengganggu ketenteraman dan keselesaan pelajar lain. Oleh itu jika
membuat bising samaada dengan menggunakan peralatan seperti radio atau
alat-alat muzik atau apa-apa peralatan yang boleh mengganggu penghuni
yang lain atau tanpa mengunakan peralatan adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Jika pelajar didapati malanggar perintah ini, denda akan dikenakan
dan peralatan yang digunakan akan dirampas (tidak dikembalikan).

11. PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA/DESKTOP

Penggunaan komputer riba/desktop hendaklah berdaftar dengan pihak
PKK. Sebarang penyalahgunaan ke arah perkara yang negatif boleh
menyebabkan kebenaran penggunaannya ditarik balik dan dibatalkan.
Penggunaan pembesar suara (speaker) yang bising atau sambungan soket
tambahan juga dilarang. Tindakan rampas dan denda akan dikenakan jika
pelajar melanggar perintah ini.

12. PENGGUNAAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI.

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada prosedur-prosedur dan Polisi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi UniSZA.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 97

13. MEMBAWA MASUK ORANG LUAR ATAU PELAWAT KE BILIK KOLEJ
KEDIAMAN

Penginapan di Kolej Kediaman hanya diberikan kepada pelajar berdaftar
dengan PKK sahaja. Oleh itu membawa atau membenarkan orang lain
masuk ke kolej kediaman selain pelajar berdaftar yang diberikan kemudahan
tersebut secara rasmi adalah merupakan suatu kesalahan. Ini bagi menjamin
keselamatan dan keselesaan pelajar di kolej kediaman keseluruhannya.
Tindakan amaran atau denda akan diambil dan/atau dikeluarkan dari kolej
kediaman boleh dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melanggar
arahan.

14. MEMASUKI KAWASAN LARANGAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Siswa/siswi/orang luar atau pelawat tidak dibenarkan berada di kawasan
larangan dengan apa jua alasan kecuali dengan mendapat kebenaran
PKK. Tindakan amaran atau denda akan diambil dan/atau dikeluarkan dari
kolej kediaman boleh dikenakan kepada kepada mana-mana pelajar yang
melanggar arahan.

15. MENCEROBOH / MENCURI

Sebarang bentuk pencerobohan atau mencuri adalah kesalahan serius
khususnya di Kolej Kediaman. Pelajar yang terlibat dengan perbuatan
tersebut boleh di denda dan dikeluarkan dari kolej kediaman serta
dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan
tindakan tatatertib.

16. BAHAN/MATERIAL TERLARANG DISISI UNDANG- UNDANG

16.1 Penyalahgunaan Dadah

Sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan segala aktiviti berkaitan
dengannya adalah dilarang dan akan dirujuk kepada peruntukan Akta
Dadah Merbahaya 1952. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut
boleh dikeluarkan dari kolej kediaman dan dihadapkan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib.

16.2 Material Lucah

Sebarang bentuk material lucah (cetak atau elektronik) seperti buku,
video, CD dan lain-lain adalah diharamkan sama ada memiliki, memuat
turun, mengedar, memuat naik, melayari laman lucah, menonton,

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 98

mencetak atau merakam. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut
boleh dikeluarkan dari kolej kediaman dan dihadapkan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib.

16.3 Senjata/Alat Merbahaya

Memiliki, menyimpan atau menggunakan senjata atau alat yang
merbahaya seperti pisau, parang, golok, buluh runcing, rantai basikal,
rantai motosikal, serpihan besi dan sebagainya adalah dilarang.
Pelajar yang terlibat dengan aktiviti tersebut boleh dikeluarkan dari
kolej kediaman dan dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib.

16.4 Mercun/Racun

Pelajar tidak dibenarkan menyimpan, memiliki atau bermain mercun,
bunga api atau bahan-bahan beracun seperti bahan kimia yang boleh
mendatangkan kemudaratan di dalam kawasan kolej kediaman.
Tindakan amaran, rampas/lupus, denda, dikeluarkan dari kolej
kediaman atau/dan dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
Pelajar serta dikenakan tindakan tatatertib akan diambil kepada
mana-mana pelajar yang melanggar arahan.

16.5 Makanan/Minuman yang Tidak Halal atau Memabukkan

Membawa atau menyimpan makanan atau minuman yang tidak halal
mengikut Syariah atau memabukkan ke dalam bilik kediaman seperti
arak, tuak dan sebagainya adalah dilarang. Pelajar yang terlibat
dengan aktiviti tersebut boleh dikeluarkan dari kolej kediaman dan
dihadapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar serta dikenakan
tindakan tatatertib.

17. MEROKOK

Pelajar tidak dibenarkan merokok termasuk rokok elektronik / vape atau
menyimpan, mengedar, membekal atau cuba menyimpan, mengedar,
membekal atau menawarkan apa-apa produk tembakau atau rokok
elektronik kepada mana-mana pelajar atau orang dalam kampus. Tindakan
amaran, rampas/lupus dan denda atau/dan dikeluarkan dari kolej kediaman
akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 99

18. SYISHA

Pelajar tidak dibenarkan menghisap syisha atau menyimpan, mengedar,
membekal atau cuba menyimpan, mengedar, membekal atau menawarkan
apa-apa produk berkaitan syisha kepada mana-mana pelajar atau orang
dalam kampus. Tindakan amaran, rampas/lupus dan denda atau/dan
dikeluarkan dari kolej kediaman akan diambil kepada mana-mana pelajar
yang melanggar arahan.

19. KESELAMATAN

19.1 Pelajar hendaklah sentiasa mengunci pintu bilik masing-masing
dan sebarang pencerobohan atau kecurian kerana kecuaian tidak
mengunci bilik adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.

19.2 Pelajar hendaklah melaporkan semua kejadian pencerobohan atau
kecurian kepada pihak kolej kediaman dan Jabatan Keselamatan
UniSZA.

19.3 Pelajar yang tidak mengunci pintu bilik ketika keluar dari bilik atau
rumah akan dikenakan denda.

19.4 Pelajar yang sengaja atau tidak sengaja meninggalkan kunci bilik
atau rumah dipintu akan dikenakan denda.

19.5 Pelajar adalah dilarang sama sekali membuat salinan kunci tanpa
kebenaran

19.6 Pelajar tidak boleh meminjamkan kunci bilik kepada rakan-rakan

20. PEMATUHAN KOD ETIKA PAKAIAN

Pelajar dikehendaki mematuhi Kod Etika Pakaian Pelajar UniSZA yang
berkuatkuasa sepanjang berada di dalam kampus. Tindakan amaran atau
denda akan diambil kepada mana-mana pelajar yang melanggar arahan.

21. HAD MASA AKTIVITI SUKAN DAN RIADAH

Aktiviti sukan dan riadah di kolej kediaman adalah digalakkan kepada pelajar
bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Walau bagaimanapun aktiviti
tersebut mestilah dihentikan selewat-lewatnya 15 minit sebelum masuk
waktu Maghrib. Tindakan amaran atau denda akan diambil kepada mana-
mana pelajar yang melanggar arahan.

PERINTAH-PERINTAH KOLEJ KEDIAMAN 100

22. KENDERAAN

22.1 Semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman UniSZA tidak dibenarkan
membawa kenderaan kecuali di atas faktor-faktor berikut: -

a) Faktor kesihatan – Pelajar kelainan upaya (OKU) atau pelajar
yang disahkan mempunyai penyakit yang menyebabkan
kesukaran untuk bergerak tanpa kenderaan atau pelajar yang
memerlukan rawatan secara berkala oleh pakar perubatan
berdaftar.

Nota: Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan perlu
mendapatkan pengesahan bertulis pakar perubatan yang
berdaftar.

b) Pelajar-pelajar aktif dalam persatuan yang dibenarkan oleh
UniSZA seperti yang menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP), Majlis Kolej Kediaman (MKK), exco Jawatankuasa
pelajar dan lain-lain pertubuhan berdaftar UniSZA.

Nota: Pelajar perlu mengemukakan dokumen pengesahan atau
perlantikan/keahlian yang dikeluarkan oleh universiti.

c) Faktor keselamatan – Pelajar yang memerlukan kenderaan
persendirian atas isu-isu keselamatan.

Nota: Pelajar perlu mengemukakan dokumen pengesahan
seperti laporan polis atau surat dari pihak yang berkaitan

d) Pelajar pasca siswazah atau pelajar pra-siswazah yang perlu
membuat penyelidikan di luar kawasan kampus.

Nota: Pelajar perlu mengemukakan salinan kad pengenalan
pelajar atau/dan surat dari penyelia

e) Lain-lain sebab yang dibenarkan oleh Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar (TNC HEPA)

22.2 Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kampus
tertakluk kepada syarat dalam Borang Permohonan Kebenaran
Membawa Kenderaan Bermotor Ke Dalam Kampus yang dikeluarkan
oleh pejabat TNC HEPA dan hanya dibenarkan meletakkan kenderaan
mereka di tempat yang dikhaskan untuk pelajar.


Click to View FlipBook Version