PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
BAHAGIAN HADIS
PELAJARAN 7 :
SETIAP ORANG IALAH
PEMIMPIN
Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu
bertanggungjawab atas kepimpinannya.Imam itu ialah
pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Dan
lelaki itu ialah pemimpin dalam keluarganya dan
bertanggungjawab atas kepimpinannya.Dan perempuan itu
ialah pemimpin dalam rumahtangganya dan
bertanggungjawab atas kepimpinannya.Dan pekerja itu
ialah pemimpin bagi harta majikannya dan
bertanggungjawab atas kepimpinannya. Dia berkata: Aku
menyangka bahawa sesungguhnya baginda juga bersabda:
Dan lelaki itu ialah pemimpin bagi harta benda ayahnya
dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Dan kamu
semua ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas
kepimpinannya.
Hadis Riwayat Bukhari
- Pemimpin
- Suami/Bapa
- Isteri/Ibu
- Pekerja
- Anak
Tanggungjawab
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
- Berlaku adil dan menghapuskan
kezaliman
- Menegakkan syariat Islam
- Menyusun sistem pentadbiran yang
cekap dan amanah
- Menyediakan infrastruktur yang lengkap
- Bersikap toleransi terhadap orang
bawahan
TANGGUNGJAWAB SUAMI/BAPA
- Memberikan nafkah kepada anggota
keluarga
- Memberikan didikan agama kepada
isteri dan anak-anak
- Memberikan perlindungan dan menjaga
keselamatan anggota keluarga
- Melayan dan bergaul dengan isteri dan
anak-anak dengan baik.
TANGGUNGJAWAB
SUAMI/BAPA
TANGGUNGJAWAB ISTERI/IBU
- Mentaati suami dan menunaikan
haknya
- Menjaga maruah diri, suami dan
keluarga
- Memelihara dan mendidik anak-anak
- Menguruskan rumahtangga
TANGGUNGJAWAB
ISTERI/IBU
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
- Mengikut arahan ketua
- Bekerja dengan penuh integriti
- Bekerja mengikut prosedur yang
ditetapkan
- Melaksanakan tugasan dengan
sempurna
TANGGUNGJAWAB
PEKERJA
TANGGUNGJAWAB ANAK
- Berbakti kepada ibu bapa sewaktu
mereka masih hidup atau telah meninggal
dunia
- Sentiasa mendoakan ibu bapa
- Sentiasa membantu ibu bapa dengan
sebaik-baiknya
- Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa
dan menyambung silaturrahim dengan
rakan mereka
TANGGUNGJAWAB ANAK
PENGAJARAN HADIS
- Kita hendaklah menyedari bahawa setiap
individu berperanan sebagai pemimpin yang
akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak
- Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab
terhadap orang yang dipimpin dengan adil dan
amanah
- Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah
dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati
- Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa
semasa mereka hidup atau setelah meninggal
dunia kerana jasa mereka tidak terbalas.
SOALAN KBAT
Seorang suami dan bapa yang
menjadi pemimpin dalam
rumahtangga ,bertanggungjawab
terhadap keluarganya akan
melahirkan anak-anak yang stabil
emosinya. Bincangkan.