PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
BAHAGIAN HADIS
PELAJARAN 8 :
HINDARI DOSA-DOSA BESAR
MAKSUD HADIS
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat
bertanya: Wahai Rasulullah , apakah perkara itu?. Baginda
bersabda: Syirik kepada Allah, dan sihir, dan membunuh
jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan kebenaran,
dan makan riba, dan makan harta anak yatim, dan lari dari
medan peperangan, dan membuat tuduhan berzina
terhadap wanita yang beriman yang suci dan terpelihara
(daripada maksiat)
TUJUH DOSA BESAR YANG TERKANDUNG DALAM HADIS
Sihir
Qazaf Membunuh
Lari dari Syirik kepada Makan riba
medan Allah
peperangan
Makan
harta anak
yatim
Syirik Jali )(جالي Bahagian syirik
Syirik khafi )(خفي
- Menyekutukan Allah dengan - Melakukan sesuatu amalan
sesuatu pada zat, sifat dan af`al bukan bertujuan kerana Allah.
(perbuatan) Contoh: - Riak
- Sombong
Contoh: - Menyembah berhala - Ujub
- Yakin Nabi Isa anak Tuhan
Kesan: Merosakkan pahala
Kesan: Merosakkan akidah amalan
SIHIR
Perbuatan yang memudharatkan
orang lain dengan bantuan jin
Contoh: - Santau - Minyak pengasih
- Pukau - Pelaris
Kesan : - Memporak porandakan rumahtangga
- Mencetuskan pergaduhan
- Mengakibatkan kesakitan tubuh badan dan
menyebabkan kematian
MEMBUNUH
Perbuatan menghilangkan nyawa
seseorang
Contoh: - Menembak dengan senjata api
- Menikam dengan pisau
- Meletakkan racun dalam makanan atau
minuman
Kesan : - Menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan
- Memporak-porandakan kehidupan masyarakat
MAKAN RIBA
Pertambahan bayaran dalam
urusan pertukaran barang dan
hutang piutang
Contoh: - Hutang yang menetapkan
bayaran faedah dengan peratusan tertentu
Kesan : - Mengakibatkan penindasan
- Melumpuhkan ekonomi umat Islam
MAKAN HARTA
ANAK YATIM
Menggunakan harta anak yatim
dengan cara yang tidak
dibenarkan oleh syarak
Contoh: - Membelanjakan untuk
kegunaan peribadi pemegang amanah secara
berlebihan
- Menyalahgunakan harta anak yatim
Kesan : - Mengakibatkan penindasan
- Menjejaskan hubungan kekeluargaan
LARI DARI MEDAN PERANG
Meninggalkan medan
peperangan menghadapi musuh
Contoh: - Melarikan diri daripada pasukan
yang sedang bertempur menghadapi
serangan musuh
Kesan : - Keselamatan umat Islam dan negara akan
terancam
- Negara terdedah kepada penjajahan dan campur
tangan asing
QAZAF
Menuduh wanita Islam yang baik
melakukan perzinaan tanpa
membawa saksi
Contoh: - Percakapan atau pertuduhan
yang jelas seperti “kamu talah berzina” atau
memanggil wanita “wahai penzina”
Kesan : - Menjatuhkan maruah
- Mencetuskan perbalahan
PENGAJARAN HADIS
Kita hendaklah sentiasa Kita hendaklah Kita hendaklah bersikap
memelihara diri daripada menghindarkan diri amanah dalam mengurus
perbuatan syirik kerana daripada perbuatan harta anak yatim untuk
syirik boleh merosakkan membunuh kerana ia
melanggar hak asasi memelihara hak orang
akidah lain
manusia
Kita hendaklah Kita hendaklah
mempertahankan menghindarkan diri
keamanan negara supaya daripada perbuatan qazaf
Islam dapat ditegakkan supaya maruah umat
Islam terpelihara
SOALAN KBAT
Amalan sihir banyak diamalkan di
kalangan masyarakat seperti pelaris
kedai makan dan untuk pengasih
walaupun mengetahui
pengaharamannya. Bincangkan.