PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 5
TAWADUK DAN ISTIQAMAH
MAKSUD TAWADUK
SIKAP KERENDAHAN HATI KEPADA ALLAH DAN
SESAMA MANUSIA
CONTOH TAWADUK
Contoh 1: Tawaduk Dalam Pergaulan
Walaupun Baginda mempunyai kedudukan yang mulia,
Baginda tidak sombong malah menghormati dan
menyayangi kanak-kanak.Baginda mendahulukan ucapan
salam Ketika bertemu mereka dan membelai rambut mereka
dengan penuh kasih sayang.
CONTOH TAWADUK
Baginda Bersama-sama membantu isteri
melayani keluarga dan menguruskan
rumahtangga. Rasulullah menampal selipar
dan menjahit pakaian sendiri.
Hikmah Tawaduk
- Membentuk insan yang bertakwa kerana
sentiasa mengamalkan sifat mahmudah
- Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap
sombong
Hikmah Tawaduk
Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling
menghormati antara satu sama lain
- Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan
Islam
- Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah kerana
sentiasa bersyukur
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
BAHAGIAN AKHLAK ISLAMIAH
ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH
MAKSUD ISTIQAMAH
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan
suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
Cara Memiliki Sifat Istiqamah
Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan
sifat mahmudah
- Sentiasa berdoa memohon Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan
dan meninggalkan laranganNya secara berterusan
- Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang
istiqamah melakukan kebaikan
CONTOH ISTIQAMAH
RASULULLAH
Rasulullah Istiqamah beribadat dan meminta keampunan
kepada Allah walaupun baginda seorang yang maksum.
Rasulullah bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku
beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih dari tujuh
puluh kali setiap hari”.
Hikmah mengamalkan sifat
istiqamah dalam kehidupan
- Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan
kebaikan secara berterusan
- Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan
kebenaran
- Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa
untuk berjaya
SOALAN KBAT
- 1. Sikap tawaduk adalah sikap orang bertakwa.
Huraikan.
- 2. Huraikan kesan tidak istiqamah dalam
melakukan kebaikan.