The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Annah Ismail, 2021-02-21 10:16:58

PI T2 - hadis cegah kemungkaran 1

PI T2 - hadis cegah kemungkaran 1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAHAGIAN HADIS
PELAJARAN 9 :

MUNGKAR DICEGAH HIDUP
BERKAT



MAKSUD HADIS

Sesiapa dalam kalangan kamu melihat sesuatu
kemungkaran maka hendaklah dia mangubah
dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu,
maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.
Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia
mengubahnya dengan hatinya. Dan (mengubah

dengan hati) itulah selemah-lemah iman.

Hadis Riwayat Muslim

MAKSUD MUNGKAR PADA BAHASA

Perbuatan atau perkataan yang
dianggap buruk oleh akal yang

sihat

MAKSUD MUNGKAR PADA ISTILAH
SYARAK

Perbuatan atau perkataan yang
ditegah oleh syarak atau
melanggar perintah Allah

HUKUM MENCEGAH
KEMUNGKARAN

WAJIB BAGI SETIAP INDIVIDU
MUSLIM

CARA MENANGANI KEMUNGKARAN

1. 2.
Tangan Lisan

3. Hati

Mencegah dengan tangan

Mengubah dengan kuasa yang ada
pada seseorang mengikut

kemampuan dan bidang kuasa
seperti ketua keluarga, ketua kelas,
ketua masyarakat dan ketua negara

Mencegah dengan lisan

Menegur, menasihati atau
melaporkan kemungkaran sama

ada secara lisan atau tulisan

Mencegah dengan hati

Membenci dan menjauhi
kemungkaran tersebut, berazam
untuk tidak melakukannya dan

berharap serta berdoa agar
pelakunya diberi hidayah untuk

bertaubat.

HIKMAH MENANGANI
KEMUNGKARAN

- Dapat meningkatkan kualiti diri melalui
nasihat dan teguran

- Mewujudkan masyarakat yang harmoni
kerana bersikap prihatin

- Negara aman sejahtera kerana mendapat
keredhaan Allah

PENGAJARAN HADIS

- Kita hendaklah mencegah kemungkaran
dengan kuasa dan kemampuan yang ada

seperti menguatkuasakan undang-undang atau
peraturan

- Kita hendaklah menangani kemungkaran secara
lisan atau tulisan seperti nasihat dan teguran
yang membina

- Kita hendaklah membenci kemungkaran dalam
hati dan berusaha untuk menjauhinya.

SOALAN KBAT

Ada di kalangan ahli keluarga anda tidak
menunaikan solat fardhu. Bagaimanakah anda
mencegah kemungkaran yang berlaku di dalam

rumah sendiri. Bincangkan.


Click to View FlipBook Version