CERPEN OREN
Nama Kumpulan Secret
1.Muhammad Irfan Irsyad bin Noor
Hisyamudin
2.Muhammad Amsyar Zufar Bin
Muhamad Zani
1 ARIF
Cerpen ini mengisahkan mengenai
seekor kucing yang diberi nama
Oren. Ayah yang pada mulanya
enggan membenarkan anak-
anaknya memelihara kucing telah
membawa Oren pulang dan
dijadikan sebahagian daripada ahli
keluarga mereka. Pertanyaan ibu
mengenai
Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah
melanggar ibu Oren. Tidak beberapa
lama kemudian, seekor kucing lain
juga telah dibawa pulang, iaitu
Kelabu yang akhirnya telah
menimbulkan konflik kepada Oren.
Kehilangan Oren telah disedari oleh
ayah dan seisi keluarga. Mereka
mengaitkan kehilangan itu dengan
sikap
Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang
berjaya menawan hati mereka sekeluarga.
Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa
kehilangannya sehingga bermimpi Oren
pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah
ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua
yang tumbang.
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Ayah “aku”
bertanya tentang Oren, iaitu
kucing peliharaannya yang tidak
pulang ke rumah. Kegelisahan
ayah “aku” tentang kehilangan
Oren turut mendapat perhatian
anggota keluarganya.
(b) Perkembangan – Ayah
“aku” telah melanggar ibu
Oren sehingga
menyebabkan ibu Oren
mati. Ayah “aku” telah
membawa Oren pulang ke
rumahnya. Ibu “aku”
mengerti sebab Oren
dibawa pulang setelah
mendengar alasan ayah
“aku. Kemudian, ayah “aku”
membawa Kelabu pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang
telah mengekorinya ke kereta. Kelabu
lebih manja dan pandai menarik
perhatian anggota keluarga ayah “aku”.
Oren pula bersikap pasif dan suka
menyendiri.
(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren
masih tidak pulang ke rumah. Ayah
“aku” berasa bersalah dan gelisah akan
kehilangan Oren. Kehilangan Oren
telah terbawa-bawa dalam mimpi ayah
“aku”.
(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan
mimpinya kepada anggota keluarga di
meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke
dapur dengan membawa bangkai Oren.
Oren telah mati dan ditemukan di celah-
celah pokok tua yang tumbang semalam.
Semua anggota keluarga tertumpu kepada
ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah
memelihara dua ekor kucing yang diberi
nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli
keluarga telah menunjukkan minat
masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga
dengan baik dan diberikan kasih sayang
yang sepenuhnya.
PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan
haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara
dua ekor kucing dan sangat menyayangi
kedua-dua kucing tersebut
ii. Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan
selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu
dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara
kucing dengan ahli keluarganya.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan
kejadian kemalangan yang melibatkan
ayah dan ibu Oren.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga
dan ayah mengenai kehilangan Oren.
iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren
bertanyakan ke mana Oren menghilangkan
diri selama empat hari.
iv. Monolog Dalaman
Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang
menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati
ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu
adalah ibu Oren.
v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula
kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke
rumah mereka.
vi. Imbas Muka
Contoh: Anis ada melihat Oren sedang
bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan dan empat hari selepas itu
bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua
yang sudah tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan
Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan
membelai-belai bulu di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren
Watak Sampingan
1. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu
yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian
ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah
contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana
merajuk dengan ayah yang melebih-
lebihkan Kelabu
2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan
ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu
badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam
merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang
tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-
geselkan badannya ke kaki ayah
LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat
hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu
Latar Tempat/ Ruang
i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua
hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman
rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren
ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den
menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja,
Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja
dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang
najisnya
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang
belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah
memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah
yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren
pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-
anaknya menjaga kucing peliharaan mereka
dengan memberi makanan yang berkhasiat
seperti susu
GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang
membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren
dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan
kehadiran Kelabu
iv. Sinkope – tika (ketika)
NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya
menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah
bertanggungjawab memelihara Oren
selepas kematian ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan
yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan
sikap berkasih sayang walaupun kepada
makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab
dalam melakukan sesuatu perbuatan
dan tidak menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang
terpuji dan perlu diamalkan oleh semua
orang untuk menjamin kesejahteraan
dalam hidup.
SEKIAN,TERIMA KASIH