1
Antologi Pantun Nasihat
Nuramni Syahirah
Nisha Irdina
Haifa Zulaikha
2
INDEKS
Tema
Persoalan
Maksud
Bentuk
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran
3
1 Tanam balik buah peria , 4 Pulau di balik Pulau Gosong,
Buah peria mahal sekali ; Pandan di Jawa diranggungkan ;
Buat baik berpada-pada , Jangan kata terdorong-dorong ,
Buat jahat jangan sesekali Badan dan nyawa menanggungkan
2 Ketua-ketua raja duduk , 5 Hangus bertih berwarna merah ,
Jangan ditimpa papan ; Mari dituang ke dalam kain ;
Diketahui ganja itu mabuk , Suami yang letih usah dimarah ,
Apakah sebab maka dimakan ? Kelak terbang ke bunga lain.
3 Meninjau berpadi masak , 6 Anak cina membawa surat ,
Batang kapas bertimpal jalan ; Dari Perak langsung ke Deli ;
Hati risau dibawa gelak , Hidup di dunia biar beradat ,
Bagai panas mengandung hujan . Bahasa tidak dijual beli .
7 Pisang kelat digonggong helang ,
Jatuh ke lubuk Inderagiri ;
Jikalau berdagang ke rantau orang ,
Baik-baik membawa diri .
4
Tema
Nasihat yang dijadikan panduan kepada
masyarakat agar mereka sentiasa
melakukan kebaikan.
5
Persoalan
(a) Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
(b) Melakukan perbuatan haram akan membawa kepada
kemudaratan.
(c) Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan
kerana dapat membinasakan diri.
(d) Berhati-hati dalam bertutur kerana jika tersilap buruk
padahnya.
(e) Persefahaman antara suami isteri mampu menjamin
kerukunan rumah tangga.
(f) Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
(g) Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di
tempat orang
6
Maksud
Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah
1 berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya,
dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama
sekali.
Sesuatu yang haram dan memabukkan jangan dicuba
2
sama sekali.
Perasaan sedih dan risau jangan dibiarkan berpanjangan
3
kerana kelak akan membinasakan diri sendiri.
7
kata haruslah sentiasa dijaga agar tidak menanggung
4
sengsara.
Seorang isteri perlulah mengelakkan diri daripada
5 memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri
dia akan mencari perempuan lain.
Kita hendaklah beradat ketika hidup di dunia ini dan
6
bahasaTutur itu tidak dapat dijual beli.
Para perantau dinasihati agar pandai membawa diri di
7
tempat orang.
8
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah
kata sebaris.
(e) Terdiri daripada tujuh hingga sebelas suku
kata sebaris
f)Bentuknya terikat
9
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Imej alam. Contohnya, buah peria; padi; kapas; panas;
hujan; pulau; bertih; bunga; pisang.
(b) Anafora. Contohnya, Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali.
(e) Aliterasi. Contohnya, Buat baik
(c) Simile. Contohnya, Bagai panas mengandung hujan.
(d) Asonansi. Contohnya, Batang kapas bertimbal jalan
(perulangan vokal a). k berpada-pada
(perulangan konsonan b).
(f) Rima akhirnya sama, iaitu abab.
10
Nilai
(a) Baik hati
(b) Rasional
(c) Ketabahan
(d) Budi bahasa
(e) Hati-hati
(f) Kepatuhan
11
Pengajaran
(a) Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan
menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
(b) Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa.
(c) Kita hendaklah tidak terlalu bersedih atas dugaan yang
menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan
diri sendiri.
(d) Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap
buruk padahnya.
(e) Kita hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku apabila
berdagang di tempat orang supaya dipandang mulia dan
masyarakat.
(f) Seorang isteri mestilah bijak menjaga hati suami supaya
rumah tangga sentiasa bahagia.