DISEDIAKAN OLEH:
KELAS 38-
TAN JIA YEE JESSLYN
Lompat YOSANE KHOO THAM XIN YI
Kijang
TAN SIN YEE TAN JING EN
NGG ZHI YEW SHARON BEH SOO QING
KELAS 36- TAN ROU YU
TAN JIA YI TUNG XIN HUI
TANG SYN YEE YEW XIN ROU
WONG YONG EN
Lompat Kijang
● Acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.
● Lompat kijang merupakan acara balapan dan padang, mirip dengan
lompat jauh.
● Sebagai satu kumpulan, kedua-dua acara tersebut dirujuk sebagai
“melompat melintang”.
● Pesaing berlari dalam satu laluan balapan dan mempersembahkan
lompatan sebelah kaki dan melompat menuju tambak berpasir.
FASA ACARA 01 Fasa Penujuan
LOMPAT 02 Fasa Lari Landas
KIJANG 03 Fasa Melonjak
04 Fasa Melangkah
05 Fasa Melompat
06 Fasa Pendaratan
01 Fasa Penujuan
·Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang
maksimum bagi tiga fasa berikutnya.
·Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat
peringkat sederhana.
·Tegakkan badan bila menghampiri
papan lonjak.
Fasa Lari Landas
Jarak lari landas bergantung pada keupayaan atlet.Atlet muda biasanya
mengambil 10 hingga 15 langkah.Teknik larian sama seperti lari
pecut.Kekerapan langkah ditambah pada penghujung larian sementara
halaju larian ditingkatkan sepanjang larian.
Fasa Melonjak
● Fasa Melangkah
- Objektif fasa ini adalah untuk menyamakan dengan jangka masa fasa melonjak dan mencapai
ketinggian lonjakan. Fasa melangkah meliputi hampir ⅓ jarak lompatan dan melibatkan melonjak
dan mendarat dengan kaki yang berlainan.
- Semasa melakukan fasa melangkah, tapak kaki ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada
masa yang sama lutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan
kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan.
- Semasa berada di udara, kaki kanan yang berada di hadapan diayun sedikit ke belakang dan kaki
kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan kaki terbuka ini dikekalkan
seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya
menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan sebenarnya menyentuh
bumi sambil ia bergerak ke arah belakang. Ketika kaki kanan memijak bumi ianya dibengkokan
pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua tangan berada di belakang.
Badan dalam Kedua-dua tangan diayun ke atas untuk membantu menaikkan badan
keadaan tegak.
Paha kaki bebas
dibawa paras
mendatar atau lebih.
Kaki lonjakan ekstensi Terlapak kaki Kaki bebas ekstensi ke hadapan
sepenuhnya. mendarat secara dan ke bawah
aktif dan
pantas
❏ FASA MELOMPAT
- Fasa ini adalah untuk melonjak pada sudut lonjakan
yang optimum.
- Fasa ini juga meliputi hampir ⅓ jarak lompatan dan
melibatkan aksi melonjak dengan sebelah kaki dan
mendarat dengan kedua-dua kaki.
- Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan
( bengok pada lutut ).
- Kaki lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan
tangan.
- Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh seperti
gaya bunting atau ‘sali’ boleh digunakan semasa
berada di udara.
Badan dalam keadaan Kedua-dua tangan diayun ke
tegak atas untuk membantu
manaikkan badan
Telapak kaki Kaki lonjakan Semasa mendarat,
mendarat secara ekstensi badan dalam pike dan
aktif dan pantas
lutut fleksi
Fasa Pendataran
❏ Sebelum mendarat,pelompat akan melojurkan
kedua-dua kaki ke hadapan sambil menghayunkan
kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu
layangannya.
❏ Pelompat mendarat dengan bahagian tumit
kedua-dua kakinya mencecah kawasan pendaratan
terlebih dahulu dan seterusnya badan digerakkan
ke hadapan atau ke tepi.
Atlet Lompat Kijang Malaysia
Muhammad Hakimi Ismail Noor Shahidatun Nadia
Kirthana Ramasamy Andre Anura
“ Peraturan● Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan ditentukan menerusi
undian sebelum pertandingan bermula.
● Kedudukan pencapaian peserta ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh
daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya.
● Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberikan tiga
lompatan dan peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan
akhir
● Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam
lompatan setiap seorang.Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa
batal dikira pemenang.
● Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan
kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada
lompatan selepas lonjakan kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang
sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan sebenar.Jika
peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan dikira batal.
● Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang
disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat
lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas,lompatan dikira
batal.
● Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan
menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan
percubaan atau latihan.
● Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau
pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan
papan melonjak,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi
pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.
● Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan
tepat,permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras
dengan permukaan papan melonjak.
KESALAHAN PESERTA
● Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak
● Memijak dan menyentuh kawasan di luar pelepas
● Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang
sama
● Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang
berlainan
● Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa
membuat lompatan
● Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang
dibenarkan untuk membuat lompatan
● Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke
kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan
SEKIAN,
TERIMA KASIH~