PAKAIAN TRADISIONAL DAN
PERHIASAN DIRI : ETNIK
KADAZAN
Disediakan oleh Ngg Zhi Yew dari kelas 38
• Kaum Kadazan merupakan antara beberapa daripada
kaum terbesar di Malaysia.
• Kadazan mempunyai beberapa dialek yang digunakan
oleh Dusun atau Kadazan di Malaysia.
• Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan
penduduk majoriti Sabah.
KAUM KADAZAN
• Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi
kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan
kumpulan etnik yang lain.
• Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian
Cina.
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM KADAZAN
Sinuangga’ • Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita.
Satu daripadanya ialah blaus lengan
pendek yang dipakai oleh wanita muda.
(Sinuangga’ )
Sinompukung • Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾
Blaus dipakai oleh wanita pertengahan umur
untuk pakaian seharian. (Sinompukung
Blaus)
Kihongon Blaus • Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua
atau pakar ritual semasa sesuatu
upacara.(Kihongon Blaus )
PAKAIAN KAUM WANITA
• Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik
jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah
dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
• Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada
satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan
separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa
kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian
atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
• Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang
dianggap kaya.
(1) Sinuangga’
• Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman.
Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila
sipemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini,
sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua
sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala.
(2) Sinompukung Blaus
• Simis – blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas.
Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam
leher bentuk U.
• Tapi’ Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain
kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn
siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan
sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari
pinggang hingga ke bawah.
(3) Kihongon Blaus
• Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya
tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu
di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah
tangkong.(1)
• Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang
tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat
dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali
ratan merah digunakan untuk wanita yang belum
berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah
berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di
bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas..
Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan,
satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa
bakul di belakang.(2)
.
PERHIASAN DIRI (WANITA)
• Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari
tembaga atau perak
• Gohong Gelang tembaga atau perak
• Hamai Rantai leher dipakai berselang-seli.
PERHIASAN DIRI (WANITA)
• Simbong Subang
• Paun Kerongsang dibuat dari duit
syilling emas
• Husob Kain berwarna warni yang
dipakai oleh bobohizan diatas bahu
dan melintangi badan. Biasanya dua
husob
PERHIASAN DIRI (WANITA)
• Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar
ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu
burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas
satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk
kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan
hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian
belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana
bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik.
Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di
hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan
kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi
tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang
bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan
kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½
kaki.
PERHIASAN DIRI
WANITA
PERHIASAN DIRI KAUM
WANITA
• Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi
dengan perhiasan dan butang emas.
• Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo.
Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.
• Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
• Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam
beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model
berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan
atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.
• Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran
dan ikaat untuk menguatkan siga.
Pakaian Tradisional lelaki
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI
PERHIASAN DIRI LELAKI
• DISEDIAKAN OLEH NGG ZHI YEW(38)
TERIMA KASIH