PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
TAHUN 5
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSA
UJIAN PSIKOMETRIK
Diperkenalkan pada tahun 2007.
Untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi
murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik.
Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul
data yang akan menyumbang kepada maklumat
profil murid.
Maklumat profil murid akan dapat membantu warga
pendidik mengenal pasti potensi murid dan
menggilap potensi ini.
Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan
bertujuan untuk :
i. Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi
(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan,
kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
ii. Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau
kumpulan.
iii. Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi
meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
iv. Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau
realistik.
v. Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan
individu.
vi. Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi
meluaskan aspirasi kerjaya murid.
Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
a. Ujian Aptitud Am b. Ujian Aptitud Khusus
Mengukur kebolehan minda Mengukur ciri yang
seperti kemahiran menaakul menggambarkan potensi seseorang
dan verbal yang boleh murid untuk menceburi bidang
digunakan untuk meramal pembelajaran, aliran atau pekerjaan
prestasi pendidikan murid pada pada masa akan datang.
masa hadapan.
APTITUD KHUSUS
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI
(IKEP) TAHUN 5
UJIAN APTITUD
Ujian Aptitud adalah mengenal pasti kecenderungan,
kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi
menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dan berkesan.
FORMAT ITEM :
UJIAN PERSEPSI : 90
ITEM
45 MINIT
PILIHAN JAWAPAN :
‘YA’ ATAU ‘TIDAK’
Aptitud Khusus
Inventori kecerdasan pelbagai(IKeP)
Verbal Linguistik
Intrapersonal Visual Ruang
Interpersonal KONSTRUK Logik Matematik
Kinestetik PENTAKSIRAN Muzik
PSIKOMETRIK
Naturalis Eksistensial
VERBAL-LINGUISTIK
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna
perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi
secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis
dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa
terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar
yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan
stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan
lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli
politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.
VISUAL RUANG
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk
gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga
berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna,
membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar
dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh
memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan
gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan
pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.
Logik-Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat
perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh
membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor
dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua
kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar
menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan
penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan
menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih
berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan
pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan
pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-
matematik yang tinggi.
Muzik
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran
mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi
seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan
muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran
daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai
kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid
yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui
pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta
berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik,
konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang
tinggi.
EKSISTENSIAL
Kebolehan untuk memahami dan menimbangtara perkara-perkara
berunsur falsafah yang berkaitan dengan kewujudan Tuhan dan fitrah
makhluk. Kemahiran: Mengawal Diri, Membuat Perkaitan, Motivasi,
Berdikari, Meringkaskan Maklumat
Imam, Pemimpin, Ahli Agama, Ahli Falsafah, Ahli Teologi
mempunyai kecerdasan Eksistensial yang tinggi.
Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti
yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti
fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti
menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar
melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina
model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta
mempunyai kecerdasan kinestetik.
Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang
lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang
kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa
sekelilingnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar
dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran
rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin
agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat
dan pekerja sosial.
Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat
dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan
orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang
kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain
dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka
belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan
berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan
intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi dan ahli
falsafah.
Naturalis
Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-
tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput
rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang
rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang
mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui
aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan,
pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran
mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
TERIMA
KASIH!
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKSA