SEKOLAH KEBANGSAAN ST. CATHERINE (M),
KOTA KINABALU
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
TAHAP 1 & TAHAP 2
ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM,
SK ST. CATHERINE(M) KOTA KINABALU
Link @ Bar Code Penyertaan Pertandingan :
https://forms.gle/q4CXcha2R9MPEamZA
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu salah satu program sempena
Karnival e-Kokurikulum anjuran Unit Kokurikulum SK St. Catherine(M) Kota Kinabalu
yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Pertandingan bercerita
dalam Bahasa Melayu ini yang mana akan dapat memupuk dan meningkatkan
kesedaran, kefahaman dan penghayatan penggunaan bahasa kebangsaan dalam
kalangan murid di samping menyemarakkan semangat cintakan negara.
2.0 MATLAMAT
2.1 Melaksanakan aktiviti ko-akademik seperti yang dicadangkan oleh Bahagian
sukan kokurikulum dan kesenian, KPM.
2.2 Menanam minat murid untuk menguasai Bahasa Melayu dengan lebih
menarik dan kreatif.
2.3 Memperkukuhkan perpaduan dengan memartabatkan Bahasa Melayu di
sekolah.
2.4 Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti berfaedah dan menarik dalam
situasi norma baharu yang sangat mencabar secara dalam talian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 memberi ruang dan peluang kepada semua murid sekolah menyertai aktiviti
ko-akademik Bahasa Melayu.
3.2 Menyokong dan mengukuhkan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
3.3 Menyemai dan meningkatkan minat murid terhadap persaingan positif
melalui pendekatan yang lebih interaktif.
3.4 Menggalakkan murid menguasai Bahasa Melayu serta meningkatkan tahap
penguasaan bahasa tersebut.
3.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalul kegiatan kokurikulum.
3.6 Membudayakan penggunaan kemahiran teknologi dalam kalangan murid.
4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN BERCERITA
Penasihat : Puan Alinah Andawai (Guru Besar)
Pengerusi: Encik Muhammed Brenan Abdullah (PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi : Encik Paulinus Paulus (PK Pentadbiran)
: Puan Martah Jidwin (PK HEM)
Penyelaras Program :Encik Paulins Paulus
Pendaftaran Online : Puan Betty Wellybrot
Publisiti/Hebahan : Puan Martha Jidwin
Dokumentasi :Puan Susanti Admoh
Penyelaras Pertandingan : Puan Rosinah Godwin & Encik Baihaqi Karib
Juri Pertandingan : Puan Bahara Sangkalang
Puan Kristellah James
Puan Tiang Ming Siew
Sijil & Hadiah : Puan Martah Jidwin
Puan Betty Wellybrot
Puan Susanti Admoh
Puan Bahara Sangkalang
Statistik: Puan Tiang Ming Siew & Puan Hiliani Lupi
5.0 SASARAN PENYERTAAN
5.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid SK St. Catherine(M) sahaja.
5.2 Peserta terbahagi kepada 2 Kategori :
5.2.1 Kategori Tahap 1 (murid tahun 1 - 3)
5.2.2 Kategori Tahap 2 (murid tahun 4 - 5)
5.3 Penyertaan adalah PERCUMA dan sijil penyertaan akan diberikan.
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
6.1 Perlu ada dalam rakaman :
i. Salutasi
ii. Perkenalkan diri
iii.Tajuk cerita
6.2 Tema : Bebas (Mengandungi Nilai Murni dan Pengajaran)
7.0 TERMA PENYERTAAN
7.1 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 video penyertaan sahaja.
7.2 Setiap peserta menghantar satu video rakaman berdurasi antara 3 - 5 minit
sahaja.
7.3 Saiz video yang dihantar adalah tidak melebihi 1GB dan format video
(MP4,WMV,MOV, MPG atau AVI). Peserta hanya perlu menghantar video
pada link Google Form yang disediakan.
7.4 Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Melayu sahaja.
8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
8.1 Sumber-sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
i. buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
ii. cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
iii. cerita-cerita daripada bahan elektronik dan internet.
iv. hasil karya sendiri.
8.2 Kualiti cerita
i. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai
murni sejagat.
ii. Peserta digalakkan memakai kostum.
iii. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
- Menyentuh isu-isu sensitif atau tentang politik,ras dan agama.
- Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.
- Dibantu oleh orang lain.
8.3 Hasilan rakaman video bercerita peserta akan menjadi hak milik pihak
penganjur.
9.0 GARIS MASA PENDAFTARAN
9.1 02 – 06 Oktober 2021
10.0 GARIS MASA PERTANDINGAN
10.1 06 – 13 Oktober 2021
11.0 PENJURIAN PERTANDINGAN CERITA
11.1 Kriteria penjurian
11.1.1 Teknik persembahan : 20 markah
11.1.2 Bahasa dan pertuturan : 25 markah
11.1.3 Penghayatan cerita : 25 markah
11.1.4 Pengajaran / nilai dalam cerita : 10 markah
11.1.5 Tempo penceritaan / perkembangan cerita : 10 markah
11.1.6 Kawalan suara : 10 markah
JUMLAH: 100 markah
11.2 Panel Juri
11.2.1 Ahli panel penjurian dilantik daripada guru sekolah yang mahir.
11.2.2 Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Penganjur.
11.2.3 Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
11.2.4 Sebarangan aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan
pertandingan tidak dilayan.
12.0 HADIAH PERTANDINGAN
12.1 Semua peserta akan diberi e-Sijil Penyertaan Peringkat Sekolah.
12.2 Sebanyak 8 Pemenang akan diberi Hadiah dan sijil pencapaian.
Johan : RM60.00
Tempat Kedua : RM40.00
Tempat Ketiga : RM30.00
5 Saguhati : RM10.00
13.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :
1. Pn. Rosina Godwin 013-3525068
2. En. Muhd Baihaqi Karib 013-8009492
Nama Borang Markah Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Peserta Kategori :………………..
Tahun Markah
Teknik Persembahan
(20%)
Bahasa & Pertuturan
(25%)
Penghayatan Cerita
(25%)
Pengajaran / nilai
dalam cerita
(10%)
Tempo Penceritaan /
Perkembangan cerita
(10%)
Kawalan Suara
(10%)
JUMLAH
MARKAH
KEDUDUKAN
14.0 PENUTUP
Karnival Kokurikulum atau pun Karnival e-Kokurikulum yang akan dijadikan
acara tahunan ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada murid supaya lebih
aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik
sekolah. Di samping itu, diharapkan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim dan muhibbah di kalangan murid, guru dan kakitangan sekolah. Semoga
program ini dapat dilaksanakan dengan lancar sebagaimana yang dirancang dan
mendapat sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat.
Disediakan bersama oleh ;
1. En. Muhd Baihaqi bin Karib
2. Pn. Rosina Godwin