The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahidazrul, 2024-03-05 19:19:47

PERKARA AM

PERKARA AM

MPS KUPSES 2024/25 1


MPS KUPSES 2024/25 2 Manual Pengurusan SMK Pelabuhan Sesi 2024/2025 SMK Pelabuhan 26100 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel: 09-5801320 Faks: 09-5801321 Email : [email protected]


MPS KUPSES 2024/25 3 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Senarai Kandungan 2-3 2 Maklumat Peribadi 4-5 3 Sekapur Sireh – Pengetua 6-7 4 Aku Janji 8 5 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN ❖ Rukun Negara & Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9 ❖ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 10 ❖ Logo, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia 11 ❖ Logo, Moto, Slogan dan Piagam Pelanggan Sekolah 12-13 ❖ Profil Sekolah 14 ❖ Tokoh Cendikiawan Islam 15 ❖ Lagu Sekolah 16 ❖ Pelan Bangunan, Bilik Darjah Dan Laluan Kecemasan 17-18 5 TAKWIM PERSEKOLAHAN ❖ Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 19 ❖ Hari Kelepasan Am Negeri Pahang / Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 20 ❖ Tarikh Peperiksaan Sesi 2024/2025 21 ❖ Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 22-48 ❖ Kalendar Tahun 2024 & 2025 49 6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ❖ Carta Organisasi Pengurusan Dan Pentadbiran Sesi 2024/2025 50 ❖ Carta Organisasi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 51 ❖ Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah 52-54 ❖ Maklumat Guru Dan AKP Sesi 2024/2025 55-61 ❖ Jawatankuasa Induk Perancang Sekolah Sesi 2024/2025 62 ❖ Jawatankuasa Kecil Perancang Sekolah Sesi 2024/2025 63-67


MPS KUPSES 2024/25 4 ❖ Jadual Guru Bertugas Mingguan & Ucapan Pentadbir 68-71 ❖ Aturcara Perhimpunan Rasmi 72 7 PENGURUSAN KURIKULUM ❖ Carta Organisasi Kurikulum Sesi 2024/2025 73 ❖ Jawatankuasa Induk Kurikulum Sesi 2024/2025 74 ❖ Jawatankuasa Kecil Kurikulum Sesi 2024/2025 76-78 ❖ Penggredan Peperiksaan Dalaman 79-80 ❖ Jadual Pencerapan Guru dan Semakan Buku Latihan Pelajar 81-84 ❖ Pakej Matapelajaran Ditawarkan 85-89 ❖ Jadual Pencerapan PdPc Dan Buku Latihan / Aspek Pencerapan PDPc SKPMg2 90 8 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ❖ Carta Organisasi Hal Ehwal Murid Sesi 2024/2025 91 ❖ Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid Sesi 2024/2025 92 ❖ Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Murid Sesi 2024/2025 93-97 ❖ Guru Penyelaras dan Guru Kelas Sesi 2024/2025 98-99 ❖ Infografik Anti Buli 100 9 PENGURUSAN KOKURIKULUM ❖ Carta Organisasi Kokurikulum Sesi 2014/2025 101 ❖ Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sesi 2024/2025 102 ❖ Jawatankuasa Perkembangan Sukan Peringkat Menengah Rendah 2024/2025 103 ❖ Jawatankuasa Kecil Kokurikulum 2024/2025 104-109 ❖ Rumah Sukan 110 ❖ Lokasi Perjumpaan 111 10 SENARAI BERSATU TUGAS GURU ❖ Surat Lantikan Rasmi Jawatankuasa Tugas Guru 2024/2025 112 ❖ Senarai Bersatu Tugas Guru 113-127


MPS KUPSES 2024/25 5 MAKLUMAT PERIBADI Nama : _____________________________________________ Alamat Tetap : ___________________________________ No Telefon : ______________ Tel Rumah: ___________ Alamat Email a) ________________________ b) ________________________ KELULUSAN Akademik a) ___________________________________________ b) ___________________________________________ Kelayakan Ikhtisas :_________________________________________________ Opsyen Utama : ________________________________________________ No.Fail JPN : ____________________________ No.Fail SPP : ___________________________ PERKHIDMATAN Jawatan: Tarikh Lantik Pertama : __________________________ Tarikh Sah Jawatan :__________________________ Gred Sekarang : _____________________ Tarikh Naik Pangkat : __________________________ Tarikh Masuk Pencen : ___________________________ Tarikh Isytihar Harta : __________________________ Tarikh Pencen : __________________________ Nama Waris :_____________________________ Hubungan : __________________________ Alamat Waris : __________________________ No Tel Waris : ___________________________


MPS KUPSES 2024/25 6 SEKAPUR SIRIH Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita telah dapat menghasilkan Manual Pengurusan Sekolah bagi tahun 2024/25. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan manual pengurusan ini kerana ia sangat penting untuk dijadikan sumber rujukan dan garis panduan kepada semua guru dan kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan lebih terancang dan tersusun. Saya ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan baru 2024/2025. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Pelabuhan kerana telah bertungkus lumus serta berpenat lelah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada sesi yang lalu. Selaras dengan semangat “Strive For Excellent”, diharapkan usaha dan kerja kuat semua dapat kita teruskan lagi bagi sesi akan datang. Di samping itu, kita perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan serta Visi dan Misi SMKP. Bagi menjayakan aspirasi sekolah dan cita-cita tersebut, kita warga SMKP perlu menghayati, mencerna dan menggerakkan bersama-sama beberapa nilai yang digarap sebagai hala tuju SMKP atau KUPSES. Bukan itu sahaja, setiap warga SMK Pelabuhan diharap dapat memahami dan menghayati sepenuhnya aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), ini sejajar dengan matlamat utama sekolah iaitu meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan serta boleh bersaing di peringkat daerah dan negeri. Sesi 2024/2025 diharapkan agar semua guru dapat membugarkan PdPc selaras dengan Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP) yang terkini di samping membudayakan kaedah Pembelajaran Abad Ke 21 (PSK21) serta melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan. Saya mengharapkan agar Profesional Learning Community (PLC) dapat


MPS KUPSES 2024/25 7 disemarakkan lagi kerana ia merupakan satu medium yang sangat baik untuk para guru membina PdPc berkesan. Sementelahan juga, kita perlu menumpukan kepada usaha membina sahsiah diri dan adab murid agar murid-murid SMK Pelabuhan menjadi contoh Modal Insan Terpuji. Harapan melahirkan murid ‘ABC’ iaitu ‘Anak Baik Lagi Cerdik akan kita teruskan malahan akan diberi penambahan sejajar dengan hasrat sekolah iaitu melahirkan “Anak Baik Beradab Lagi Cerdik” yang akan terus menjadi pegangan dan aspirasi SMK Pelabuhan. Diharapkan juga sesi 2024/2025 ini SMKP dapat mencungkil lebih banyak bakat-bakat baharu dan menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh sama ada dalam bidang kokurikulum mahupun koakademik agar mereka lebih cemerlang dari tahun sebelumnya. Jika kita mampu cemerlang pada sesi yang lepas, kita pasti akan mengekalkan kecemerlangan malah lebih terbilang lagi pada sesi 2024/2025. Akhir kata, semoga sesi persekolahan 2024/2025, SMK Pelabuhan akan berada sebaris dalam kumpulan sekolah-sekolah yang unggul serta mampu memberi saingan yang sihat kepada sekolah-sekolah yang lain. Hala tuju berteraskan pembentukan kecemerlangan akademik, kemenjadian bakat dalam kokurikulum seiring dengan sahsiah terpuji dan terbentuk secara menyeluruh menjadi harapan dan panduan semua warga SMK Pelabuhan. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik” “Selamat Bertugas!” SIROJUDIN BIN IBRAHIM Pengetua SMK Pelabuhan


MPS KUPSES 2024/25 8 AKU JANJI Nama :_______________________________________ No. K.P. :_______________________________________ Opsyen Subjek :_______________________________________ Bahawa dengan ini saya berjanji dengan seikhlas hati dan sepenuh rasa tanggungjawab akan: 1. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki saya iaitu pengajaran dan pembelajaran, 2. Memberikan kerjasama yang padu untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam semua aspek iaitu: • Peningkatan akademik dari segi kualiti dan kuantiti • Peningkatan sahsiah untuk individu dan keseluruhan • Peningkatan kokurikulum • Peningkatan keceriaan • Peningkatan keselamatan sekolah • Strategi mengurangkan masalah disiplin dan ponteng sekolah • Sentiasa menepati waktu pengajaran dan pembelajaran serta program memartabatkan warga sekolah • Jujur, ikhlas dan sabar dalam menjalankan tugas • Membentuk pelajar menjadi insan yang berdisiplin, berilmu dan beramal menerusi nilai-nilai murni 3. Menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas lain yang diberi untuk kepentingan sekolah dan warga SMK Pelabuhan Sekian terima kasih, __________________________________ ( ) Tarikh: __________


MPS KUPSES 2024/25 9


MPS KUPSES 2024/25 10 RUKUN NEGARA MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut 1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN 4. KEDAULATAN UNDANGUNDANG 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, Masyarakat dan negara.


MPS KUPSES 2024/25 11 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi ASpirasi Negara MOTTO SMK PELABUHAN URUTAN ANJAKAN TRANSFORMASI 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang. Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun. GELOMBANG 1 (2013-2015) Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama GELOMBANG 2 (2016-2020) Memacu peningkatan sistem GELOMBANG 3 (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri LIMA ASPIRASI SISTEM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadu dan digerakkan secara percuma. AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 KUALITI - Negara dalam kelompok seperti gater atas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun EKUITI - 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosio ekonomi, gender) menjelang tahun 2020 PERPADUAN – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenalpasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global. Setiap urid akan mempunyai… Kemahir an berfikir Kemahir andwiba hasa Kemahir anmemi mpin Identiti nasion al Pengeta huan Etika dan kerohani an “Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak bole hberdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh” YAB Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak (2012) SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK TRANSFORMASI SISTEM Menyedia kan kesama rataan akses kepada pen didikan berkualiti bertaraf antara bangsa Memasti kan setiap murid profesio nal dalam Bahasa Malaysi a dan Bahasa Inggeris Melahir kan rakyat Malaysi a dengan peng hayatan nilai Transfor masi kegurua n sebagai profesio n pilihan Memas tikan kepimp inan berpre stasi tinggi di tempat kan di setiap sekolah Mengu paya JPN, PPD dan sekolah untuk menye diakan penyel esaian khusus berasa skan keperlu an Memanfa atkan ICT bagi meningka tkan kualiti pembelaj aran di Malaysia Mentransf ormasikan Keboleh upayaan dan kapasiti penyampa ian kementeri an Bekerja sama Dengan ibubapa, komuniti dan sector swasta secara meluas Memaksimu mkan keberhasila n murid bagi setiap ringgit Meningka tkan Ketelusan untuk akauntab iliti awam secara langsung 1 2 8 7 5 6 3 4 9 10 11


MPS KUPSES 2024/25 12 LOGO MISI VISI OBJEKIF KPM VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara OBJEKTIF KPM 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan Bersatu padu 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan Sejahtera 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 4. Memberi peluang – peluang Pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


MPS KUPSES 2024/25 13 LOGO, VISI, MISI, SLOGAN DAN PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH LOGO SMK PELABUHAN MOTO AKHLAK AMAL TAQWA SLOGAN SMK PELABUHAN KUPSES SUCCESS SMKP Semangat Kental Matlamat Jelas Kreatif minda Proaktif bertindak BINTANG BERBUCU LAPAN Kecemerlangan pelajar, guru dan semua kakitangan SMKP REHAL BERWARNA MERAH Melambangkan bahawa pendidik di SMKP akan bertanggjawab malahirkan insane yang harmonis dari segi jasmani, rohani dan intelek berlandaskan Al – Quran dan hadis PENSIL,PEMBARIS SESIKU Ilmu dikuasi melalui membaca,menulis dan mengira


MPS KUPSES 2024/25 14 PIAGAM PELANGGAN SMK PELABUHAN Kami warga SMK PELABUHAN dengan penuh azam dan iltizam, berikrar serta berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk: ➢ Sentiasa memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan dengan bersepadu dengan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia serta khidmat yang terbaik melalui amalan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga SMKP. ➢ Memastikan aspek kurikulum dan kokurikulum disampaikan kepada semua pelajar sekolah ini dengan Ikhlas, sabar dan dedikasi bagi memastikan setiap individu mempunyai matlamat yang cemerlang dan berfikiran positif dalam bidang akademik dan sahsiah. ➢ Keselesaan prasarana dan persekitaran sentiasa dititikberatkan untuk membina suasana yang sihat, tenteram dan ceria. ➢ Proaktif dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan semangat yang kental dan dedikasi. ➢ Dinamik pemikiran untuk memastikan anjakan paradigma bagi mencapai kecemerlangan pelajar dan memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa serta masyarakat sekitar melalui pakatan strategik. Kami, warga SMK PELABUHAN percaya dan yakin dapat menunaikan piagam ini dengan sebaik-baiknya.


MPS KUPSES 2024/25 15 PROFIL SMK PELABUHAN SMK Pelabuhan telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan jumlah guru seramai 13 orang dan kakitangan sokongan seramai 9 orang pada masa itu. Jumlah pelajar pula seramai 258 orang. Pada Julai 2002 barulah bangunan sekolah siap dibina dan boleh mula digunakan. Dari aspek pentadbiran, seramai 9 orang Pengetua telah berkhidmat di SMK Pelabuhan sehingga ke hari ini. Encik Sirojudin bin Ibrahim merupakan Pengetua SMK Pelabuhan terkini. Beliau memulakan perkhidmatannya pada 16 Julai 2021. Manakala bilangan guru dan kakitangan sokongan semakin bertambah dari tahun ke tahun sejajar dengan pertambahan pelajar. SMKP menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga 5. Bilangan kelas yang diwarankan adalah sebanyak 41 buah merangkumi 9 buah kelas tingkatan 1, 8 buah kelas tingkatan 2, 7 buah kelas tingkatan 3, 7 buah kelas tingkatan 4 dan 8 buah kelas tingkatan 5. Nama-nama yang digunakan untuk setiap kelas telah dipilih berdasarkan nama-nama Cendikiawan Islam iaitu Al-Khawarizmi (AK), Ibnu Sina (IS), Ibnu Rushd (IR), Ibnu Khaldun (IK), As-Syafie (AS), Al-Maliki (AM), Ar-Razi (AR), Al-Farabi (AF) dan Al-Biruni (AB). Dari segi tawaran aliran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, SMK Pelabuhan telah membuka 4 aliran iaitu Sains Tulen, Perakaunan, PVMA, SRT, dan Kemanusiaan. Mata pelajaran elektif bagi aliran Sains Tulen ialah Fizik, Kimia dan Biologi yang ditawarkan untuk kelas 4AK dan 5AK. Manakala mata pelajaran elektif bagi aliran Teknik dan Vokasional ialah Matematik Tambahan, Prinsip Akaun dan Perniagaan ditawarkan untuk kelas 4IS ,4IR , 5IR dan 5IS. Bagi aliran Kemanusiaan pula, mata pelajaran elektif yang ditawarkan mengikut pakej yang ditetapkan iaitu Pendidikan Seni , Geografi dan Tasawwur Islam untuk kelas 4IK, 4IS, 4AM, 4IR, 5IK, 5IR, 5AM dan 5AR. Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) pula diperkenalkan bermula tahun 2016. Pada tahun 2018 terdapat perubahan dalam tingkatan 4 iaitu 4AS PVMA (Penyediaan Makanan ) telah diubah kepada SRT (Sains Rumah Tangga). SMK Pelabuhan begitu mengharapkan komitmen daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga serta komuniti setempat bagi memastikan kemajuan akademik, sahsiah dan disiplin para murid demi mengangkat martabatnya sebagai sebuah institusi pendidikan yang tersohor dan dihormati. Insya-Allah.


MPS KUPSES 2024/25 16 TOKOH-TOKOH CENDIKIAWAN ISLAM DALAM PEMILIHAN NAMA KELAS. BIL GAMBARAN NAMA SUMBANGAN 1 AL-KHAWARIZMI Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa AlKhawarizmi Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa AlKhawarizmi atau Abū Jaʿfar Muḥammad ibn Mūsā alKhwārizmī atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) ialah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. AlKhawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra. 2 IBNU-SINA Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Hasan Ibn Ali Ibn Sina Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Hasan Ibn Ali Ibn Sina, dikenali sebagai Ibnu Sina atau Avicenna di dunia Barat, merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 M. 3 IBNU-RUSHD Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fekah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. 4 IBNU-KHALDUN Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains arab yang hidup antara tahun 1332 - 1395. 5 AS-SYAFIE Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafii adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia. 6 AL-MALIKI Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith Datuknya,Malik bin Amar Al-Harith merupakan salah seorang Ulama Tabiin yang terkenal. Moyangnya, Amar Al-Harith merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang sama-sama berjuang menegakkan Islam serta pengasas Mazhab Maliki. 7 AR-RAZI Abu Bakar Muhammad bin Zakaria merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. 8 AL-FARABI Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi atau dikenali sebagai "AlFarabi" merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Turki Islam pada awal Zaman Pertengahan. Beliau juga terkenal sebagai ahli kosmologi, logik dan muzik. 9 AL-BIRUNI Abu Raihan Al-Biruni merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.


MPS KUPSES 2024/25 17 LAGU SEKOLAH SMK PELABUHAN LAGU SMK PELABUHAN Iringan doa restu ibu bapa Mengiringi langkahku Menimba ilmu setiap masa Membentuk insan takwa Cita-cita murni semat di dada Amal terpuji dipelihara Amanah bangsa harapan negara Bekalan hari muka Chorus: Marilah kita bersama berikrar Memartabatkan sekolah tercinta Akhlak amal dan takwa Cogan kata di jiwa Panduan kami semua SMKP kebanggaan semua Modal insan dijana Cita-citakan subur Bakti bakal ditabur SMKP kekal gagah dan masyhur Lirik : Norhayati bt Abdullah Lagu : Mohd Zawawi bin Hussin


MPS KUPSES 2024/25 19


MPS KUPSES 2024/25 20 PELAN KEDUDUKAN KELAS DAN LALUAN KECEMASAN SMK PELABUHAN


MPS KUPSES 2024/25 21


Click to View FlipBook Version