PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 3
BONEKA JARI
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• 1. MURID DAPAT MENGENAL BAHASA
VISUAL PADA KARYA.
• 2. MURID DAPAT MENERANGKAN
PENGGUNAAN BAHASA SENI VISUAL
YANG TERDAPAT PADA KARYA
KRITERIA KEJAYAAN
1. MURID DAPAT MENGHURAIKAN
KARYA DALAM BAHASA VISUAL
2. MURID DAPAT MENYATAKAN
UNSUR-UNSUR SENI YANG
DIGUNAKAN
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
•Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.
Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan
yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti
membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan
pelbagai jenis kraf.
•Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi
perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
•Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan
peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara
aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti
plastersin tanah liat, tepung, paper mache.
TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN
MEMBUAT BINAAN
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk
menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah
melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,
pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya
teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan
yang digunakan.
• Teknik Picitan
• Teknik Lipatan
• Teknik Potongan
• Teknik Cantuman
• Teknik Pembungkusan
• Teknik Guntingan
• Teknik Luakan
Aktiviti dalam bidang membentuk
dan membuat binaan
1. Arca Timbul
2. Arca Mobail
3. Arca Stabail
4. Asemblaj
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami
BONEKA
• Boneka ialah suatu perlambangan
untuk tujuan lakonan dan
persembahan yang dimainkan oleh
seseorang.
BONEKA BATANG
LATIHAN
• SILA SALIN LATIHAN BERIKUT DI
DALAM BUKU NOTA PSV.
1. Apakah maksud boneka?
_____________________________________________________
2. Berapakah jenis boneka yang dipelajari?
_____________________________________________________
3. Nyatakan jenis-jenis boneka.
_____________________________________________________
4. Boneka apakah yang menggunakan tangan semasa persembahan?
______________________________________________________